KEMERIAHAN MALAM BOLLYWOOD SYIDA MELVIN DAN PASANGAN DI DEWAN BESAR TUN RAHAH

by - January 29, 2019



Kemeriahan Malam Bollywood Syida Melvin Dan Pasangan Di Dewan Besar Tun Rahah | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Yeayyy! Tahniah buat pasangan cantik sejoli ini. Pengantin yang cantik dan mempunyai mirip iras kakak-kakaknya. Syida Melvin dan pasangan telah diijabkabul pada 19 Januari 2019 bersama pilihan hatinya iaitu Shahiq Shaheen. Pada majlis Malam Bollywood yang diadakan pada 23 Januari 2019 di lokasi yang cukup indah iaitu di Dewan Besar Tun Rahah.


Bercakap tentang lokasi majlis mereka, aku telah dijemput oleh pihak Felda DSaji untuk bersama-sama meraikan majlis tersebut. Perjalanan aku bermula dari MRT Kwasa Sentral dan aku decide untuk naik train sahaja kerana hari kejadian aku tak berapa sihat. Dari MRT Kwasa Sentral dan aku turun di MRT TRC (Tun Razak Exchange). Rasa dah lama jugak tak naik MRT ni. Then untuk perjalanan yang pantas aku decide naik MRT je. 











Sampai aku di MRT TRX itu, aku pasang google maps untuk ke Dewan Besar Tun Rahah yang hanya mengambil masa selama 7 minit sahaja. Dapat jugaklah aku tengok suasana dan keadaan sebenar dia bangunan TRX tu. Hoi! Besar jugaklah weh, 4 tingkat shopping mall dan selebihnya office. Teruja wak, sesambil jalan kaki nak ke Dewan Besar Tun Rahah tu. 




Lokasi Dewan Besar Tun Rahah ini berada dalam bangunan Menara Yayasan Tun Razak, Jalan Bukit Bintang. Actually takde maslaah pun kalau nak naik kereta then park kereta di sekitar kilang coklat ( Beryl's Chocolate Kingdom), cuma kena menapak sikit je. Ala sikit je. Kalau park dekat area Beryl's Chocolate Kingdom tu tak silap aku per entry RM7. Then jalan lurus ke Menara Yayasan Tun Razak. Bagi yang pertama kali datang, korang boleh buka google maps macam aku buat. 




Okay, Dewan Besar Tun Rahah ni sungguh besar dan cantik. Nak planning untuk majlis kahwin, product launching, seminar atau majlis apa boleh buat di Dewan Besar Tun Rahah ini. Lokasi yang sangat strategik. Bagi malam bollywood Syida Melvin dan Shafiq Shaheen ini, sungguh aku kata, cantik tak terhingga dekorasi bersempena majlis malam bollywood itu. Pelamin yang disediakan pun cantik.


Sampai masa bab pelamin pulakkkkkk... Yeayyy! Kalau korang nak tau pelamin ni memang pelamin idaman semua orang kerana tema bollywood di Malaysia sudah diterima ramai dalam kalangan rakyat di Malaysia. Pemilihan warna yang sangat cantik juga mampu mengubah mood pada malam tersebut.



  • Keluasan pada bahagian pelamin sangat puas hati,bergantung kepada tuan rumah sama ada dekorasi yang crowded atau simple but nice dapat memperlihatkan keluasan pelamin tersebut.
  • Kerusi pengantin jenis memanjang ,well.. kerusi ini boleh request nak macamana. 
  • Dekorasi pelamin yang simple but nice. Walaupun simple tapi tetap indah dihati semua orang pada malam itu, tahniah!
  • Servis katering dari Felda DSaji yang membuatkan tetamu berselera dan aku jamin masakan dari Felda Dsaji tak pernah menghambarkan. 

Kesimpulan apa yang aku nak cerita ini adalah tawaran pakej ini merangkumi:-

  1. JENIS HIDANGAN : Makanan dan minuman dihidang secara Buffet atau Dome
  2. TAMBAHAN HIDANGAN PENGANTIN : Tambahan hidangan dimeja hi-table (meja pengantin) yang akan ditentukan oleh Chef D'Saji.
  3. MEJA KHAS : Penyediaan set meja khas berhidang heated dome untuk tetamu khas lengkap dengan sarung kerusi,riben kerusi,,alas meja bulat dan overlay serta set crockeries dan kutleri jamuan secukupnya.  
  4. KEK PERKAHWINAN : Disediakan untuk upacara memotong kek perkahwinan bagi menyempurnakan majlis. (pilihan pengantin)
  5. SESI FOOD TESTER : Bagi medapatkan kepercayaan dan kepuasan dari setiap pelanggan D'Saji, satu sesi Food Tester atau Food Discussion untuk 10 orang akan dijalankan.
  6. PELAMIN ASAS : Penyediaan pelamin asas oleh kontraktor yang telah dilantik oleh Felda D'Saji.
  7. STANDARD PA SISTEM : Sistem PA dan Rostrum untuk kegunaan juruacara majlis perkahwinan bersama lagu-lagu pengantin baru dimainkan melalui CD atau band.
  8. TEMPAT LETAK KERETA : Ada dibasement or boleh parking area Beryl's Chocolate Kingdom :)

Apapun, semuanya berjalan dengan lancar dan sekali lagi saya ucapkan tahniah kepada Syida Melvin dan Shafiq Shaheen. Cantik dan meriah yang amat majlis dorang haritu :)











8 lokasi lain dibawah jagaan Felda D'Saji adalah:

  • Red Carpet Avenue, Strand Mall
  • Dewan Gemilang, Kelana Jaya
  • Dewan Merak Kayangan
  • Dewan Perdana Felda
  • Laman Warisan Putrajaya
  • Dewan Residensi UTMKL
  • Banquet Hall, Menara Felda
  • Orchard Villa Gombak

Apapun,servis katering dan lokasi dari Felda DSaji ini sangat puas hati dan kepada pengantin, Jangan lupa untuk merealisasikan impian anda di sini. 



Sebarang pertanyaan,tempahan atau sebut harga boleh hubungi:-



TELEFON: 03-2698 8302
 

ZAIDI : 019-297 4800
 

HIDAYU: 012-921 4691 
 


Jadikan saat bahagia anda lebih romantik dan teratur bersama Felda D'Saji dan Dewan Besar Tun Rahah . :D

Salam Sayang,
Mek Onie
letopink@yahoo.com


You May Also Like

20 comments

  1. cantiknya shida melvin..tahniah..selamat pengantin baru..:)

    ReplyDelete
  2. wahhh meriah dan cantik tema bollywood..tema mcm ni mmg pilihan semua orang nak2 retis kan..perkhidmatan pakej pun dengan menu2 pun menarik

    ReplyDelete
  3. wah cantiknya pengantin..meriah majlisnya..semoga ikatan perkahwinan yang dibina berkekalan sampai syurga..Aamiiin

    ReplyDelete
  4. Pengantin cantik sangat! Saya pernah attend wedding kawan di sini. Dewannya memang besar, makanan pun sedap. Tahniah buat pengantin.

    ReplyDelete
  5. wow so beautiful , love the style of bollywood. I been to an Indian wedding before and its very pretty decoration, it's my dear's excolleague wedding. This is good post as I now recalled memories of my last attended wedding :D

    ReplyDelete
  6. Terbaiklah servis dia. Dewan kemain besar dan luas. Sesuai sangat buat apa² majlis dan event. Kawasan juga strategic. Recommended ni. Pengantin pon cantik belaka.

    ReplyDelete
  7. Wow...more extravagant than the indian wedding. Glad you liked this theme. The bride and groom look very beautiful. Congratulations to the newly weds!

    ReplyDelete
  8. Muka syida tu sebijik macam kakak dia. macam copy paste betul. lawa tema kahwin dia tu

    ReplyDelete
  9. Amboiii nampak meriah sungguh majlis perkahwinan Syida Melvin nie. Siap ada tema-tema lagi. Tema bollywood pulak. Mesti ada tari menari malam tu kan. Bestnya !!

    ReplyDelete
  10. Cantiknya Shida Melvin..sesuailah tema majlis perkahwinan ni majlis nampak grand dengan konsep bollywood macam nih...

    ReplyDelete
  11. Felda D'Saji ni dah byk rupanya dewan yg dia handle rupanya ya. Tapi apa2 pun pelamin dia tu mmg kebabom sangat! Meriah nyaa ala hindustan gituu

    ReplyDelete
  12. Felda D’Saji dah bertapak lama di bumi malaysia dia...makanan yg dihidangkan pn sedap2 belaka...pokoknya mmg xrugi ambil felda d saji utk apa jenis majlis sekali pn...

    ReplyDelete
  13. Cantiknya pengantin. Persis puteri bollywood. Menu yang disediakan nampak sedap dan menarik. Berselera tengok. Dewan pun cantik

    ReplyDelete
  14. Tahniah pengantin baru. Cantik betul konsep bollywood ni..terselah pengantin dipelaminan.
    Dewan n makanan pun nampak best..beruntuglah uoll dapat merasai

    ReplyDelete
  15. Tengok ig tilla pon meriah giler..untung onie boleh join sekali.. felda dsaji punya deco debomm..

    ReplyDelete
  16. Wow! Grand nya! Selamat pengantin baru! Semoga hidup manis dan gembira selalu.

    ReplyDelete
  17. Meriahnya kenduri Syida Melvin, ala bollywood pulak tu. Memang grand kan. Cantik betul dekorasi n makanan pun banyak choice.

    ReplyDelete
  18. Cantik pengantin.. Tahniah..
    Sedapnya menuuuuu.. Dah la tengah lapar..
    Kalau laaa depan mata, syok ni. Hehe

    ReplyDelete
  19. wahhhh bestnya mek onie dapat pergi majlis perkahwinan retis... bukan calang calang juga mek onie ni, apa pun cantik sangat pengantin punya pakaian muka pun lawa bestnya... makanan pun nampak sedap..

    ReplyDelete
  20. konsep party yang luar biasa, selamat menempuh hidup baru semoga menjadi keluarga sakinah mawadah dan warohmah

    ReplyDelete

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..