KONSERT SABYAN LIVE IN MALAYSIA 2019 MERIAH

by - January 14, 2019



Konsert Sabyan Live In Malaysia 2019 Meriah | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Baru-baru ini iaitu pada 12 Januari 2019 aku berkesempatan ke Konsert Sabyan Live In Malaysia 2019. Sejujurnya, aku seorang peminat pada artis muda dari negara jiran iaitu Indonesia, Sabyan Gambus. Kemunculan Sabyan Gambus ini membuatkan ramai pendengar dari corong radio di Malaysia semakin mengenali akan lagu beliau. 


Pada 12 Januari 2019 yang lalu, Konsert Sabyan Live In Malaysia 2019 telah mendapat sambutan yang luar biasa di Malaysia. Kumpulan nasyid Sabyan Gambus dari negara jiran tampil dengan konsert sulung mereka di Malaysia bertempat di Stadium Malawati Shah Alam. Bagi yang belum mengenali Sabyan Gambus ini jom kita kenali mereka dengan lebih rapat lagi. Sabyan Gambus mula ditubuhkan pada tahun 2015 dan terdiri daripada enam orang ahli. Mereka adalah Khoirunnisa atau Nissa,19 (vokalis), Ahmad Fairuz (Ayus)Keyboard, Sofwan Yusuf atau Wawan (perkusi), Kamal (darbuka), Tubagus Syaifulloh (Tebe) biola, dan Anisa Rahman (backing vokal).





Mula menjadi fenomena di Indonesia dan Malaysia apabila lagu saduran yang telah dinyanyikan oleh mereka yang berjudul Deen As Salam mendapat perhatian di saluran Youtube. Setakat ini sebanyak 190 juta tontonan dan lagu ini sentiasa mendapat putaran lagu diradio-radio Malaysia mahupun di negara asal mereka. Bukan itu sahaja, lagu lain seperti Ya Habibal Qolbi, Rohman Ya Rohman dan Ya Asyiqol turut mendapat ratusan juta pendengar di laman Youtube.


Syarikat MHH Laguna Sdn.Bhd telah mengambil langkah berani dengan menganjurkan "Konsert Sabyan Gambus Live In Malaysia 2019". Acara konsert selama 3 jam yang akan menampilkan persembahan pembukaan oleh Kumpulan Nasyid terkenal Malaysia, UNIC serta The Helmies (Heliza Helmi & Hazwani Helmi). Manakala Sabyan Gambus menyampaikan keseluruhan 13 buah lagu sepanjang malam tanpa henti. Hebat sungguh vokal Sabyan. 


Istimewanya pada malam Konsert tersebut, Sabyan turut memperkenalkan single terbaharu mereka yang berjudul 'Sukron Lillah'. Menurut Nisa juga, tahun 2019 ini adalah permulaan tahun yang baik buat beliau dan teamnya kerana seawal 2019 mereka telah mengorak langkah mengadakan acara yang dalam berskala besar seperti ini di luar Indonesia. 


Senarai Lagu Persembahan pada malam Konsert Sabyan Live In Malaysia 2019:
  1. Nassim
  2. Ahmad Ya Habibi
  3. Ya Asyiqol Medley Ya Habibal
  4. El Oum
  5. Deen As Salam
  6. Sukron Lillah
  7. Lawkan Bainana
  8. Atuna
  9. Jamalu
  10. Ya Maulana
  11. Allahumma Labbaik
  12. Kun Anta
KONSERT SABYAN LIVE IN MALAYSIA 2019 MERIAH


KONSERT SABYAN LIVE IN MALAYSIA 2019 MERIAH

Apapun, satu pengalaman yang cukup menarik dan luar biasa bila dapat join konsert islamik sebegini. Semoga tahun 2019 ini, merupakan tahun yang terbaik buat semua umat. Turut hadir dan membuat persembahan pada Konsert Sabyan tempoh hari adalah The Helmies (Heliza Helmi dan Hazwani Helmi) serta UNIC. Paling terkesima bila The Helmies perlu ke Syria pada malam konsert tu. Sungguh bertenaga beliau dan untuk Sabyan Gambus, moga terus sukses dan dikenali ya. Konsert yang luar biasa tanpa henti oleh Sabyan Gambus. Moga ada lagi Konsert islamik sebegini :)


 Salam Sayang, 
Mek Onie
mekonie@yahoo.com



You May Also Like

2 comments

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..