MAJLIS PELANCARAN DEWAN PERKAHWINAN LUGAR DE LA BODA, PUCHONG PRIMA

by - January 09, 2019

Majlis Pelancaran Dewan Perkahwinan Lugar De La Boda | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Yeayyy finally! Setelah pelancaran Ambassador Putrajaya pada tahun lepas, kini Hanana Group Sdn.Bhd telah mengadakan Majlis Pelancaran Dewan Perkahwinan Lugar De La Boda pada 5 Januari 2019 yang lepas. Kepada bakal pengantin, yes! inilah masa yang sesuai untuk korang menempah awal lokasi perkahwinan dengan harga pakej yang berbaloi serta lokasi yang cukup strategik dan indah.


Untuk pengetahuan semua, kali ini Hanana Group Sdn.Bhd akan tawarkan pakej RM28,000 setelah diskaun pada hari pembukaan adalah RM23,000 which is jimat RM5,000. Menariknya kali ini, mereka turut memperkenalkan dua pakej untuk dua tempat baharu iaitu LUGAR DE LA BODA - GARDEN WEDDING, PUCHONG. Lugar De La Boda Garden Wedding, Puchong ini mengetengahkan konsep 'Garden Wedding' dan ia merupakan konsep yang pertama di Puchong. Bertemakan perkahwinan ala-ala garden (konsep terbuka) yang membawa konsep ala-ala santai gitu dan juga seperti di dalam taman ianya telah beroperasi pada 5 Januari 2019 dan bestnya sesiapa yang nak diskaun korang kena alert. Sebab biasanya, diskaun yang ditawarkan cukup lumayan dan puas hati.






Tahniah saya ucapkan atas pelancaran Lugar De La Boda sekali lagi buat pemilik Hanana Group Sdn.Bhd. 




Satu yang aku nak cakap tentang pakej perkahwinan di Lugar De La Boda dibawah kelolaan Hanana Group Sdn.Bhd ini adalah super friendly juga sangat helpful terutama dari segi pemilihan tema, pakaian dan makanan. Dorang akan serve mengikut kemampuan dan tema apa yang kita nak.


Untuk makluman semua, Hanana Group Sdn. Bhd telah membuka cawangan dewan perkahwinan yang kedua iaitu di kawasan Puchong, Selangor iaitu Lugar De La Boda. Nama Lugar De La Boda ini  diberi bersempena perkataan wedding place di dalam bahasa Sepanyol. Dewan ini juga mempunyai ciri-ciri modern english yang bertatahkan warna emas dan juga warna putih manakala daun-daun dan pokok-pokok yang pemilik ini tanam terdiri daripada pokok-pokok palm dan juga pokok-pokok taman.


Dewan Perkahwinan Puchong ini boleh memuatkan sehingga 50 biji meja dan 500 biji kerusi chivari gold di dalam satu masa.Bagusnya Lugar De La Boda ini, terdapat juga tandas lelaki dan tandas perempuan di bahagian belakang dewan juga surau lelaki dan perempuan di bahagian tepi dewan. Pejabat HGSB berada di sebelah surau lelaki dan mereka juga kalau korang nak tahu ada sediakan bilik akad nikah untuk bakal pengantin, haaaa...cukup lengkap dah rasa tu kan :)




Maksimum tetamu di sini boleh mencukupi sehingga 1,000 pax dengan harga yang dipamerkan seperti gambar di atas dan minimum tetamu adalah 300 pax. Pada yang ingin tahu makanan yang disajikan di sini cukup sedap dan puas hati mengikut bajet yang diperuntukkan. Dengan dewan yang cukup indah dan selesa, tuan rumah pada majlis ini tidak perlu risau akan semua itu.





Semasa majlis pelancaran Lugar De La Boda ini, kami semua turut dihiburkan bersama Azlee Kumpulan Senario dan juga band The Potai yang cukup meriah. Tanpa mereka juga, tidak lengkap juga kenangan manis semasa majlis pelancaran Lugar De La Boda ini kan. Apapun tahniah sekali lagi saya ucapkan kepada Hanana Group Sdn.Bhd atas pelancaran lokasi dewan perkahwinan terbaharu mereka.



Alamat HQ:
Ambassador Putrajaya,
Hanana Group Sdn Bhd,
92, Jalan Perak, Persiaran Diplomatik, 
Persint 15, 62050 Putrajaya

Alamat Lugar De La Boda:
Lugar De La Boda,
Persiaran Tasik Prima 4,
Lake Vista, 47100 Puchong,
Selangor

Telefon:
Farah : 016 - 6700 457
Hanis : 016 - 6700 752
Rezza : 016 - 6700 473
Liana : 016 - 4318 434


You May Also Like

20 comments

  1. Cantik dewan dia. Sapa yang nk konsep mcm tman2 tpi dalam dewan bokeh la buat kat sini kan

    ReplyDelete
  2. wah mek onie nanti nak kahwin boleh lah tempah dewan ni kan.. nampak macma ekslusif je.. included dengan catering macam lengkap dari A-Z, nama dewan pun nak sebut berbelit lidah I hahaha.. nampak sangat lidah keras eheheheheh... okay nanti i bagitahu kawan i la kalau nak kawin pergi buat kat dewan ni ehhee

    ReplyDelete
  3. Lepas ni awak nak kawin kat sini ke? Tanya je tau.
    ke tetap nak buat kat Puncak Alam tu.. hahaha

    Apapun makanan kat sini memang sedap. Teringin nak makan kambing dia lagi

    ReplyDelete
  4. Wah bestnya, ada package untuk minimum 300 pax. harga pun murah, semua kelengkapan catering,
    dewan, pakaian dan solekan pengantin pun disediakan sekali.

    ReplyDelete
  5. Wow! Cx ada juga baca review psl ni. Memang terbaik. Dengan harga yang berpatutan, view yang cantik dan tenang, tambahan pula dengan tema modern english yang bertakhta kan warma emas dan putih, memang mampu menarik perhatian sesiapa sahaja. Best sungguh garden wedding macam ni. Seronok dengan alam semulajadi.

    ReplyDelete
  6. Ini rasanya memang menepati majlis kahwin idaman kebanyakan pasangan ni. Sudahlah lengkap dengan fasiliti semua untuk tetamu, tempatnya pun cantik 😍

    ReplyDelete
  7. cantiknya tempat ni... why tmpat ni x de when i nak kahwin??? huhuhuhu

    ReplyDelete
  8. Tahniah Lugar..cukup lengkap utk sebuaj majlis perkahwinan yg indah. Mekonie jgn lupo jemput kami gok..

    ReplyDelete
  9. Cantik la dekorasi dia. Dah la tempat baru, makanan pun sedap. Best ni kalau boleh buat Majlis kawen atau event kat sini. Tahniah Hanana Group dan Lugar De La Boda

    ReplyDelete
  10. Suka konsepnya. Ala garden gitu. Cantikkk.. tak pernah lagi dpt jemputan kawen macamni.. biasa kt dalam dewan serbaguna je or dewan pdrm.hehe..sekarang senang macam2 pakej ada. Kalu kena dengan harganya tak perlu nak runsing semua da siap.

    ReplyDelete
  11. Taniah buat Hanana Group atas lokasi dewan yang baru. Semoga makin maju jaya. Senang lah orang-orang Puchong nak adakan majlis perkahwinan di dewan yang cantik dengan makanan yang sedap2, selalu tengok orang Putrajaya je buat majlis di dewan Hanana ni

    ReplyDelete
  12. harga ok sangat tu..rugi bakal pengantin kalau tak grab..tema garden macam ni siapa yang tak suka kan..lagi best..hijau je tengoknya..tahniah Lugar de la boda..memnag kene war-warkan dekat mereka yang nak kawin ni

    ReplyDelete
  13. nice place to married, kebetulan ada teman yang akan menikah di malaysia , bisa menjadi piluhan . terimakasih

    ReplyDelete
  14. Wahhhh tahniah Hanana Group. Satu lagi dewan majlis perkahwinan yg indah dan sesuai untuk dijadikan lokasi majlis yg mampu memuatkan ramai org. Cantik pon cantik, selesa pon selesa.

    ReplyDelete
  15. Cantik and luas sangat dewan ni. Dulu masa nak kahwin sikit punya pening nak carik dewan kahwin yang luas, selesa dan cantik. NI siap ada pakej pulak. Untung sangat!

    ReplyDelete
  16. wow such a huge place for wedding and it looks very glamorous and elegant! that's very good options for the Muslims to consider besides of making it at their own home or in hotel.

    How to deal with markets ups and downs?

    ReplyDelete
  17. War...nampaknya lebih mudah untuk mereka yang nak bersanding kan? Boleh lar menggunakan dewan sanding yang cantik ni untuk majlis perkahwinan yang tidak dapat dilupakan. :)

    ReplyDelete
  18. event Majlis Pelancaran Dewan Perkahwinan Lugar De La Boda sangat meriah kan. I like the beautiful setup at the event. memang is a good place for wedding banquet hehe. So romantic and nice la

    ReplyDelete
  19. Bila service bagus dan okay, jadi orang mula beri kepercayaan. Apapon tahniah buat Hanana Group untuk perasmian dewan perkahwinan ke-2 mereka

    ReplyDelete

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..