HIMALAYA CYSTONE MERAWAT BATU KARANG,KENCING KOTOR,KENCING BERDARAH,GOUT, CRYSTALLURIA DAN UTI

Himalaya Cystone Merawat Batu Karang, Kencing Kotor, Kencing Berdarah, Gout,Crystalluria Dan UTI | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Rata-rata ramai penghidap masalah Batu Karang di Malaysia ditemui di bahagian atas saluran kencing iaitu buah pinggang dan ureter. Kekerapan batu karang ini adalah 10% -20% di Asia berbanding dengan 15% - 18% di negara barat mengikut sumber di Portal Rasmi MyHEALTH Kementerian Kesihatan Malaysia. 


Ungkapan seperti 'Korang jangan lupa minum air banyak ya. Nanti kalau tak minum kena Batu Karang nanti susah'. Ini adalah ungkapan biasa yang kita dengar dari ibu bapa kita yang selalu menasihati kita supaya banyakkan minum air masak supaya badan sentiasa kekal hidrat dan fungsi badan tidak terganggu. Jadi benarlah, kita perlu minum air masak yang mencukupo untuk mencegah daripada penyakit batu karang sama ada pada buah pinggang atau pundi kencing serta dapat mengelakkan terjadinya mendapan mineral pada buah pinggang yang disingkirkan menerusi air kencing.



RAMAI ANTARA KITA NI YANG TIDAK TAHU MANA ASALNYA PENYAKIT BATU KARANG NI DATANG DAN APA ITU PENYAKIT BATU KARANG. OKAY JOM ONIE TERANGKAN TENTANG PENYAKIT BATU KARANG.

Rata-rata sudah pun mengetahui yang mana air kencing ini terhasilnya daripada buah pinggang dan organ ini juga bertindak sebagai agen untuk menapis toksik dalam badan. Setelah air kencing terbentuk, ia akan disalurkan melalui tiub yang dipanggil sebagai ureter dan disimpan di dalam pundi kencing sebelum dikeluarkan. Pembentukan batu pula boleh berlaku sepanjang saluran tersebut iaitu buah pinggang, ureter sehinggalah pundi kencing. Pembentukkan batu bukan sahaja berlaku pada buah pinggang malah batu karang hempedu juga merupakan masalah yang boleh dikatakan agak lazim berlaku ke atas ramai orang. Kalau korang nak tahu, jenis batu juga pelbagai bergantung kepada komponen yang membentuknya.






JENIS BATU KARANG
  1. Kalsium Oxalate
  2. Asid Urik
  3. Cystine
psst.. menurut sumber yang sahih, batu yang sering dialami oleh pesakit di Malaysia ialah batu jenis kalsium oxalate, asid uric dan batu jangkitan. Serta kalau korang nak tahu juga, terdapat jenis batu struvite yang mengandungi magnesium, ammonia dan fosfat bercampur dengan karbonat.


Penyakit Batu Karang dah tahu..tapi dari mana datangnya Batu Karang ini? Mesti ramai yang pelikkan sebab batu. Macamana batu boleh ada dalah organ tubuh badan kita walhal kita tak pernah pun telan batu. Haaaaa meh baca bawah ni bagaimana Batu Karang ni terjadi. Pembentukan Batu Karang ini terjadi bergantung kepada risiko serta penyakit sedia ada yang sedang dialami oleh pesakit tau korang. Contohnya seperti di bawah: 

  1. Dehidrasi. Masalah inilah yang ramai pandang enteng. Kurang minum air. Masalah Batu Karang ini boleh dialami oleh sesiapa sahaja yang mengalami masalah kekurangan air dalam badan. Bila kita kurang minum air masak, maka air kencing akan menjadi pekat dan situasi ini merupakan penggalak pembentukan batu kristal. Jadi kita kekalkan tubuh badan kita dari terhidrasi selalu okay. Jangan dehydrate sokmo. Bahaya. Bahaya untuk fungsi tubuh badan kita juga.
  2. Paras bahan tertentu yang tinggi dalam badan kita. Seperti yang onie kongsikan di awal penulisan ini, jenis batu ni terhasil mengikut bahan tau. Kalau korang nak tahu bahan seperti kalsium oxalate atau asid urik berlebihan dalam badan ia akan menyebabkan bahan ini termendap dalam buah pinggang dan terhasillah batu karang. 
  3. Jangkitan saluran kencing berulang. Jangkitan saluran kencing ini juga adalah faktor yang menyumbang kepada pembentukan batu karang. Paling teruk bila seseorang itu mengalami kencing tersekat disebabkan pembengkakan prostat ataupun ketumbuhan air kencing yang bertakung secara lama menjadi rumah pembiakan kuman dan akhirnya mengundang kepada jangkitan. Bahaya tau korang, kalau tak pantau ketiga-tiga masalah ini. 

6 TANDA JIKA SESEORANG MENGALAMI MASALAH BATU KARANG
  1. Sakit belakang pada bahagian buah pinggang
  2. Sakit ketika membuang air kecil
  3. Terdapat pasir pada air kencing
  4. Kencing sedikit dan tidak lawas
  5. Darah dalam air kencing
  6. Loya dan muntah

BAGAIMANAKAH MASALAH BATU KARANG DISIASAT ATAUPUN DIKENALPASTI? ADA BEBERAPA KAEDAH YANG DILAKUKAN BAGI MENGESAN KEHADIRAN BATU KARANG. ANTARANYA;

  1. X-RAY ABDOMEN : Hampir 90% batu karang boleh diketahui melalui pancaran x-ray. Teknik ini juga selalunya disusuli dengan prosedur Intravenous Pyelogram (IVP) iaitu bahan pewarna disuntik ke dalam badan pesakit agar bentuk serta paras batu dapat dilihat dengan lebih jelas dan terperinci.
  2. IMBASAN ULTRASOUND : Imbasan ini bertujuan untuk mengenalpasti batu yang tidak dapat dilihat melalui pancaran x-ray. Kaedah ini dilakukan jika pesakit benar-benar disyaki mengalami batu karang tetapi tidak dijumpai dalam x-ray
  3. UJIAN DARAH : Ujian darah ini penting bagi mengetahui paras bahan dalam badan seperti kalsium, asid urik serta fungsi buah pinggang. Ia sekaligus bertujuan untuk mengenalpasti jenis batu yang dialami pesakit supaya mendapatkan rawatan yang tepat.
  4. UJIAN AIR KENCING : Melalui kaedah ini, status jangkitan pesakit boleh diketahui dan pemberian antibiotik. Kaedah ini juga penting untuk mengetahui jika air kencing pesakit itu berasid ataupun alkali.

JENIS RAWATAN BAGI BATU KARANG

  1. RAWATAN KONSERVATIF : Rawatan jenis ini terpakai kepada batu yang bersaiz 4mm ke bawah. Hal ini kerana, batu tersebut masih boleh keluar dengan sendirinya ketika berkumuh. Namun pesakit akan diletakkan dalam suatu tempoh pemerhatian.
  2. EXTRACORPOREAL SHOCKWAVE LITHOTRIPSY (ESWL) : Kaedah ini melibatkan tembakan gelombang pada bahagian buah pinggang bagi memecahkan batu karang sehingga menjadi serpihan dan dikeluarkan ketika kencing. Prosedur ini dilakukan ke atas saiz batu 2cm ke bawah
  3. PERCUTANEOUS NEPHROLITHOTOMY : Prosedur ini dilakukan bagi batu bersaiz 2cm ke atas atau gagal prosedur ESWL, Hirisan pada bahagian buah piggang akan dilakukan dan setelah itu batu dipecahkan menggunakan laser. Kemudiannya, tiub kencing sementara akan disambung sebagai laluan serpihan batu karang.
  4. PEMBEDAHAN TERBUKA : Kaedah ini telah jarang digunakan kerana kebanyakkan batu boleh dikeluarkan mengikut prosedur seperti di atas. Sekiranya batu terlalu besar, ini merupakan kaedah yang terbaik.

Jadi korang takut tak dengan Batu Karang ni? Sebab tu kita kena peka dengan kesihatan tubuh badan kita. Untuk mengelakkan Batu Karang terjadi dan terus terjadi, onie nak share satu produk yang mana, jenama produk ini sangat dikenali dan kandungan ubat ini mengandungi bahan semulajadi yang terbukti selamat digunakan iaitu Himalaya Cystone Tablets.

Okeh dah jom onie share berkenaan Himalaya Cystone Tablets ni. Paling beruntungkan, produk ini boleh dimakan oleh ibu mengandung juga, untungkan? Tapi onie sarankan untuk tanya kepada doktor dahulu samada sesuai atau tidak pengambilan ubatan ini untuk diri korang.


KELEBIHAN HIMALAYA CYSTONE TABLETS:

  • Cystone membantu menguraikan keluar batu-batu kecil dari buah pinggang dan menghalang jangkitan pada saluran kencing
  • Cystone menormalkan pH kencing dan mengurangkan rasa sakit semasa membuang air kecil dimana antimikro akan melawan patogen kencing biasa yang mengurangkan rasa sakit dan anti radang.
  • Cystone juga dapat membantu mengurangkan keradangan atau bengkak uretra dan sakit semasa kencing atau kencing berdarah dan kena hyperuricemia (gout)


HIMALAYA CYSTONE TABLET BAGUS MERAWAT:
  • Batu karang
  • Crsytalluria - kehadiran kristal dalam air kencing
  • Urinary Tract Infection (UTI) - Jangkitan saluran kencing oleh mikroorganisma (kuman) pada bahagian tertentu saluran kencing samada pada ginjal, ureter, pundi kencing dan urethra.
  • Kencing kotor
  • Kencing berdarah
  • Penyakit asam urat (gout)

KANDUNGAN BAHAN YANG ADA DALAM HIMALAYA CYSTONE TABLETS:
  • Saxifraga Ligulata (Pasanabheda) - mempunyai sifat diuretik, demulsen dan antimikrob. Oleh kerana kandungan lendir yang tinggi, yang menjadikan herba sebagai sifat demulsennya, Pasanabheda menenangkan dan melindungi tisu dalaman yang merengsa atau meradang. Sebagai diuretik, herba membantu membuang batu kecil dan kerikil bersama air kencing
  • Rubia Cordifolia (Indian Madder) - spesis dari tanaman berbunga di dalam kopi keluarga, Rubiaceae. Ia telah ditanam untuk pigmen merah yang berasal dari akar. Rubia Cordifolia (India Madder) merupakan agen antiseptik, anti radang yang mempunyai kesan menenangkan pada kulit.
  • Tribulus Terretris (Small Caltrops) - Tribulus Terrestris tumbuh secara semulajadi di banyak tempat di dunia termasuk Amerika, Australia, Eropah, Timur Tengah dan Afrika. Tribulus Terrestris digunakan untuk penawar hati, buah pinggang, urinari dan kadriovaskular.



PENGAMBILAN DOS YANG DISARANKAN:
  • Bagi pesakit buah pinggang makan 3 tablets 2 kali sehari selepas makan sehingga batu karang keluar
  • Bagi menghalang pembentukan batu karang; makan 1 tablet 2 kali sehari selama 6 bulan.
  • Bagi kencing kotor dan gout; makan 2 atau 3 tablets 2 kali sehari sehingga tiada lagi simptom dan pulih sepenuhnya
psssttt... selamat diambil oleh wanita hamil selepas Trimester Pertama.


SAIZ PEK:
  • 100 tablet per botol


Haaaa itu onie cakap, wanita hamil pun boleh makan Cystone ini, cuma perlu dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu. Produk Himalaya Cystone ini mudah dibawa kemana sahaja kerana packagingnya berbentu kompak dan botol. Apapun kita ikhtiar untuk mengelakkan terjadinya Batu Karang daripada melarat. Semoga pembaca onie semua kembali pulih dari penyakit Batu Karang ini dan sama-samalah kita menjaga kesihatan tubuh badan kita dengan minum air masak secukupnya. Untuk maklumat lanjut korang boleh check https://himalayawellness.my 



Tiada ulasan:

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..