Jelajah Lubuk Linggau Sumatera Selatan di Indonesia | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Yeayyyyyyy akhirnya aku berkesempatan juga untuk kemaskini berkenaan kisah aku menjelajah ke Sumatera Selatan di Indonesia. Ini adalah pertama kali aku melangkah kaki ke Sumatera Selatan dan sangat teruja. Trip kali ini dibawakan khas bersempena Media FamTrip International Musi Triboatton Palembang pada 8 hingga 12 November 2017. Dikesempatan ini juga, aku mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dinas Kebudayaan & Pariwisata Sumsel kerana sudi membawa diri ini untuk menjelajah Indonesia. Walaupun ini adalah FamTrip dimana ditaja sepenuhnya sepanjang aku berada di Sumatera Selatan namun aku akan berkongsi info-info yang menarik dan mohon maaf sekiranya aku tidak paparkan kos sebenar perjalanan ini.
Aku akan kongsikan perjalanan ini bermula daripada aku di Malaysia kerana perasaan aku ketika itu sangat gementar kerana ini adalah kali pertama aku mengikuti trip yang ditaja oleh Dinas Kebudayaan & Pariwisata Sumsel dan sebelum ini aku pernah bersama trip yang ditaja oleh AirAsia ke Bangkok bersempena Majlis Ulangtahun AirAsia ke-2 (tak silap,hehe). Pada mulanya aku ingat trip ke Sumatera Selatan ini dibatalkan namun apabila ada pengesahan dari pihak sana untuk trip kali ini, aku bersyukur dan ini adalah rezeki untuk aku menjelajah Sumatera Selatan bersama Media dari Malaysia dan Singapore.
Untuk pengetahuan semua, Sumatera Selatan ini adalah merupakan sebuah wilayah yang terdapat di Negara Indonesia dimana terletak di bahagian Selatan Pulau Sumatera. Sumatera Selatan ini adalah negeri yang ibu kotanya di Palembang. Kalau korang nak tahu, Sumatera Selatan ini bersempadan dengan Negeri Jambi di sebelah Utara, Negeri Kep.Bangka-Belitung di bahagian Timur, negeri Lampung di Selatan dan negeri Bengkulu di Barat. Negeri ini kaya dengan sumber alam seperti petroleum, gas asli dan arang batu. Selain itu, ibu negeri Sumatera Selatan iaitu Palembang terkenal sejak dahulu kerana menjadi ibu kota bagi Kerajaan Sriwijaya.
Selain itu, negeri ini mempunyai tempat-tempat yang menarik untuk dikunjungi seperti Sungai Musi, Jambatan Ampera, Pulau Kemaro, Danau Ranau, Kota Pagar Alam dan banyak lagi. Terdapat juga makanan tradisional seperti pempek, model, tekwan, pindang patin, pindang tulang, sambal jokjok, berengkes dan tempoyak.
Yes! Sebelum aku tiba di Lubuk Linggau ini, perjalanan kami bermula daripada Malaysia dan terus ke Jakarta untuk transit sebelum ke Sumatera Selatan. Perjalanan ini akan bermula dari Jakarta - Lubuk Linggau - Gubug Makan Mang Engking Sebroyot - Sat Lantas Polres Empat Lawang - Pagar Alam dan akan berakhir di Palembang. Aku akan cuba olahkan perjalanan kami sepadat yang mungkin dan akan tunjuk lokasi yang wajib korang terjah bila ke Sumatera Selatan. Untuk entri ini aku akan fokuskan perjalanan ke Lubuk Linggau dimana Lubuk Linggau atau singkatannya Linggau ini adalah sebuah bandar di Sumatera Selatan, Indonesia dan mempunyai sebuah kawasan seluas 401.50km dan sejumlah penduduk lebih kurang 167, 138 orang. Linggau ini masih serumpun dan sama bahasa dengan Palembang.
Aku ke Linggau ini menaiki kapal terbang Nam Air IN 014 dari Jakarta dan mengambil masa selama sejam. Pesawat Nam Air ini kecil dan agak gementar juga masa naik. Apapun, pesawat kami selamat mendarat di Lapangan Terbang Lubuk Linggau Silampari pada jam 1.30 petang waktu tempatan selepas transit di Jakarta selama lebih kurang 2 jam macam tu. Pesawat Nam Air ini tidak selalu ada dan menjadi keperluan untuk korang pilih dahulu masa yang sesuai sekiranya ingin menaiki pesawat Nam Air ke Linggau. Ketika tibanya kami di Jakarta, kami disambut oleh jejaka handsome dari Indonesia, Mas Eka yang super handsome!
Setibanya kami di Lapangan Terbang Lubuk Linggau Silampari pula, kami di sambut meriah oleh Mbak Esa yang sangat baik orangnya dan tak jemu melayan karenah kami,haha..yang istimewanya kami diberi tengkolok untuk media lelaki dan selendang untuk media perempuan. Terharu gila wei, dalam hati ni rasa macam tak layak pulak untuk disambut begitu dan saya respek dengan sikap penerimaan mereka pada kami ketika itu. Terharu sampai harini wei. Walaupun 2 bulan dah aku peram kisah ni. Aku cuba untuk ulaskan dengan baik. Aku yakin, ramai lagi yang belum sampai ke Linggau ini kan? Sekiranya sampai ke Linggau ini .. make sure ambillah cuti panjang untuk terokai Linggau sekaligus jelajah Pagar Alam dan kawasan di Sumatera Selatan ini.
Makan Di Gubug Makan Mang Engking Sebroyot, Lubuk Linggau
Sebelum aku meneruskan perjalanan ke Pagar Alam, kami telah singgah di Gubug Makan Mang Engking Sebroyot yang terletak di Lubuk Linggau. Gubug Makan Mang Engking Sebroyot ini adalah satu lokasi tempat makanan dan istirehat yang sangat cantik dan berseni. Tujuan kami singgah di sini adalah untuk beristirehat dan mengisi perut sebelum memulakan perjalanan yang mengambil masa selama 4 jam untuk ke Pagar Alam. Nasib baiklah aku makan jugak. Sebab kalau aku dah penat, biasanya aku akan kurang makan dan sebenarnya aku tak expect pun perjalanan ke Pagar Alam itu sangat mencabar keimanan weh. Serius mencabar.
Suasana di Gubug Makan Mang Engking Sebroyot
Gubug Makan Mang Engking Sebroyot ini menyajikan kami dengan menu masakan dari Sunda. Menu utama yang ada di restoran ini adalah ikan gurame (ikan talapia). Bila sampai di Negara Indonesia, memang waktu makan mesti kena ada ikan gurame ni. Menariknya, Gubug Makan Mang Engking Sebroyot ini dibina di atas kolam ikan dan gazebo ini diperbuat daripada buluh. Jujur aku kata, orang Indonesia kebanyakkannya sangat berseni siap bolah buat spa lagi di gazebo ini kerana boleh menjulurkan kaki ke dalam kolam ikan untuk diurut oleh ikan-ikan yang boleh tahan sihat jugak. Tapi aku tak cubalah, sebab aku ni seorang yang penggeli,baahahhaha... Tapi memang cool gila Gubug Makan Mang Engking Sebroyot ni.
Setelah beristirehat di Gubug Makan Mang Engking Sebroyot, kami memulakan perjalanan ke Kota Pagar Alam yang sejauh lebih kurang 168km dan mengambil masa selama 4 jam lebih bergantung kepada keadaan jalan tersebut dan kelajuan pemandu. Setelah kami menempuh perjalanan selama lebih kurang 1 jam lebih. Kami diberhentikan di Sat Lantas Polres Empat Lawang untuk membuang air kecil dan apa yang sepatutnya. Masa tu memang agak penat dan ngantuk dan memang terbaik sebab diberhentikan di pit stop tu. Setelah itu, perjalanan di sambung dengan di escort/diiring oleh pak polisi. Memang wow terasa!
Pengalaman sepanjang perjalanan memang Tuhan sahaja yang memahami dan memang satu cabaran yang sangat besar dan aku rasa macam dah mula give up. Sepanjang perjalanan 4 jam kami melalui kawasan hutan belantara dengan menaiki van serta jalan yang rosak. Apapun, apabila sudah menempuhi selama 4 jam, aku bersyukur kerana kami selama sampai di Kota Pagar Alam. Masa sampai, waktu tu tengah gerimis dan agak gelap. Jadi memang tak nampak sekeliling di kawasan hotel tu. Tapi hotel yang kami menginap ni pun memang super cantik nak matik. Sebab?
Okay, aku tahu.. Kang makin panjang aku menaip mesti ada yang bosankan? Jadi jumpa di entri seterusnya untuk tahu sebabnya. Nantikan lokasi-lokasi yang menarik di entri seterusnya. Perjalanan dari Malaysia - Kota Pagar Alam ini memakan masa selama satu hari dan satu pengalaman yang tak akan dilupakan. Ingat, jumpa di next entri tau. Terima kasih Dinas Kebudayaan & Pariwisata Sumsel. Rindu dengan manusia yang baik-baik itu.
Belajar Make Up Bersama Sue Melati | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Fuh! Sebut berkenaan make up, 10 kali juga saya fikir. Sebab? Banyak sebabnya. Antaranya adalah komitmen. Yes. Make up pun perlu ada komitmen. Tak duit, masa. Incase kalau kita dah terbiasa dengan make up sepanjang hidup ni, bila tiba-tiba duit tak mencukupi mesti rasa ralat dan mempunyai satu beban yang perlu difikir mana nak dapatkan duit demi make up. Tapi make up ini juga sebenarnya adalah sesuatu aset yang perlu wanita-wanita invest untuk diri sendiri. Ya. Kadang-kadang bila fikir perlu ke produk kosmetik? Perlu ke beli? Yes! Anda wajib beli demi untuk diri sendiri. Paling asas adalah compact powder, foundation, blusher dan lipstik. Itu sehabis simple la tu. Tapi untuk menjadi seorang yang lebih yakin dengan diri sendiri, make up ini adalah sesuatu sangat bagi kaum wanita ini.
Pada beberapa minggu lepas, saya merajinkan diri untuk pergi ke kelas mekap untuk belajar ilmu berhias, gitu! Lokasi kelas make up saya adalah di Pusat Komersil TSB, Sungai Buloh dimana lokasinya dekat dengan pengangkutan awam seperti MRT, KTM dan bas. Jadi bagi sesiapa yang teringin nak join ke kelas mekap Sue Melati ini, jangan risau sekiranya anda tidak mempunyai transport.
Siapa Sue Melati ini? Sue Melati ini bukan nama asing lagi dalam dunia make up ni. Memang dikenali dan sering menjadi orang disebalik pada rancangan yang hebat-hebat. Antara program TV yang pernah bersama adalah:
Nona
Wanita Hari Ini
Mentor TV3
Drop The Beats
Clever Girl
Anugerah Juara Lagu
Muzik Muzik
Hero Oven
Sue Melati juga adalah seorang pakar make up artis Malaysia dan membantu wanita supaya kelihatan lebih cantik, elegen dan bertaraf world class! Ada 3 jenis servis yang ditawarkan oleh Sue Melati ini dan antaranya adalah:
Profesional Makeup
Basic to advance
Personal/Group coaching
Di dalam kelas Sue Melati ini beliau akan mengajar dari tahu hingga tak tahu dan dari A sampai Z, haaaa. Antara teknik yang diajar di dalam kelas Sue Melati ini adalah:
Teknik memakai foundation waterproof
Teknik blend eyeshadow
Teknik letak shimmer dan glitter eyeshadow
Kegunaan brush dengan betul
Melukis kening tanpa cukur
Contour muka nampak cengkung
Teknik bibir nampak munggil.
Daripada teknik di atas ini, kebanyakan pelajar yang hadir ketika kelas make up ini ramai yang tidak pandai menggunakan teknik seperti yang dinyatakan di atas dan happynya, aku suka cara Sue Melati ini mengajar dan langsung tidak kedekut ilmu. Kelebihan bila join kelas makeup Sue Melati ini adalah korang akan dapat:
Demo dan praktikal (Jangan lupa rekod video masa Sue Melati buat demo)
Sijil penyertaan
Makanan tengahari juga disediakan
Barang make up di sediakan (Bawa diri je weh)
Goodies bag untuk setiap pelajar
Make up paling cantik akan dapat hadiah special daripada Sue Melati
Bagi sesiapa yang tidak tahu, Sue Melati mempunyai produk sendiri iaitu foundation dan oil. Sue Melati Foundation (FD) dan minyak penaik seri wajah mempunyai kelebihan tersendiri. Antaranya adalah:
Full Coverage
Wangi yang amat
Anti-Aging
Mengandungi ekstrak bunga sakura dan tea tree
Mencerahkan kulit
Memudarkan jeragat
SPF 50
Sangat ringan dan tidak bercapuk
Vitamin C & E
Mengecutkan jerawat
Produk formula sendiri CFM bukan produk rebranding atau repackaging
Mekap tahan selama 14 jam dengan satu sapuan.
Minyak Penaik Seri Wajah mempunyai kandungan seperti Argan oil, Rosehip oil, Blackseed oil dan tatamu oil. Tatamu oil ini adalah bertujuan untuk mengubati dan memperbaiki kulit yang rosak serta melembutkan dan menghaluskan kulit Minyak Penaik Seri Wajah ini juga mempunyai kelebihan seperti:
Anti-bakteria
Antibiotik
Antioksidan
Anti-alergi
Anti inflamasi
Diluluskan oleh KKM pun haaaa! So, gunakanlah tanpa was-was ye,hehe
Jujur aku cakap, untuk penggunaan kali pertama produk Sue Melati ini dalam teknik makeup memang sangat menyenangkan dan super cantik! Untuk Sue Melati FD ni, memang terdapat satu kod sahaja dan sekiranya kulit muka berwarna gelap, campurkan juga dengan warna foundation yang gelap sedikit supaya kulit muka tidak berubah menjadi warna kelabu. So, untuk campurkan foundation yang lain tu memang takde masalah dan tak cakey pun. Apapun terima kasih banyak pada @kaiostudio kerana memperkenalkan saya dengan Sue Melati ini dan beri peluang ye. Maceh. Dah! Jom ikat perut beli barang make up,muahahahahahaha...Macam aku, aku make up ikut mood aku, lagi seronok kalau dapat makeup time tak boleh solat,hihi....selebihnya aku lebihkan pada serum, pelembab je pada kulit wajah aku ni demi menjaga kulit ini agar sihat sejahtera!kih!
KALAU NAK MENANG PRODUK FULL SET SUE MELATI JANGAN LUPA SINGGAH FACEBOOK SUE MELATI SEPERTI LINK DI BAWAH SEKALI.
PRODUK FULL SET SUE MELATI:
SUE MELATI FOUNDATION
MINYAK PENAIK SERI WAJAH
BERUS DARI SUE MELATI
Untuk sebarang pertanyaan atau khidmat boleh berhubung:
7 Perkara Tentang Keningau, Negeri Sabah | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Siapa pernah tahu tentang 'Latana The Bobohizan' ? Kalau nak tahu korang boleh klik sini untuk mengetahui kepercayaan dan budaya yang ada di Sabah terutamanya dalam kalangan masyarakat Kadazandusun. Seperti yang saya perkatakan di entri sebelum ini adalah berkenaan Tahun Melawat Keningau 2018 atau Visit Keningau Year 2018 akan membawa korang untuk menyelami apa yang ada di Keningau. Jadi, dah bersedia untuk mengetahui 7 perkara tentang Keningau yang ada di Negeri Sabah?
Seperti yang saya maklumkan pada entri sebelum ini dan ketika saya menghadiri Pementasan Drama Tari 'Latana The Bobohizan' telag berlangsung juga Majlis Pelancaran Visit Keningau Year 2018 peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang telah dirasmikan oleh Pegawai Daerah Keningau, Tuan Haji Yusof Bin Haji Osman.
Terima kasih Tuan Haji Yusof Bin Haji Osman yang merupakan Pegawai Daerah Keningau serta Encik Rafie Robert, Pengarah Projek Visit Keningau Year 2018 kerana sudi menerima kunjungan kami sewaktu pelancaran tersebut. Sebelum terlupa, saya ucapkan tahniah kerana Keningau terpilih sebagai Tahun Melawat bagi 2018 ini. Semoga ramai pelancong akan ke sana nanti.
Bismillah.
Untuk pengetahuan semua, Keningau adalah sebuah bandar yang terletak di kawasan pedalaman Sabah, Malaysia dan terbesar di Bahagian Pedalaman atas. Keningau kini merupakan bandar kelima terbesar selepas Tawau dan Lahad Datu. Keningau bersempadan dengan Daerah Ranauh dan Tambunan di sebelah Utara, Nabawan dan Tenom di sebelah Selatan, Tongod di sebelah Timur dan Papar di sebelah Barat Sabah.
Untuk ke Bandar Keningau ini, korang juga boleh menggunakan jalan darat dari Kota Kinabalu melalui Jalan Tambunan atau melalui Jalan Kimanis di mana masing-masing mempunyai jarak sekitar 128 Kilometer yang mengambil masa kira-kira 2 jam setengah perjalanan. Ke Sandakan melalui Lebuhraya Keningau - Sandakan dan ke Tawau melalui Lebuhraya Keningau - Tawau dengan menaiki sama ada perkhidmatan teksi, bas mini ataupun bas ekspress.
Tak nak naik pengangkutan darat?
Boleh juga kalau nak naik pengangkutan udara iaitu kapal terbang di Bandar Keningau. Tapi, Lapangan Terbang Keningau ini hanya sesuai untuk kegunaan kapal terbang jenis foker sahaja. Bagi saya, untuk menjadi pelancong yang kental apa kata kita menaiki pengangkutan darat sambil menghayati sekeliling Keningau kan.
Masih ingat lagi dengan Batu Sumpah Keningau yang terletak di Keningau berkenaan ringkasan tentang Perjanjian 20 Perkara Sabah antara Kerajaan Sabah dan Kerajaan Malaysia? Yes. Batu Sumpah Keningau masih berdiri dan wajib korang pergi sendiri untuk merasai peninggalan sejarah yang sekian lama peninggalannya.
Walaupun Keningau ini berada di kawasan pedalaman, namun..korang jangan tidak tahu bahawa di Keningau ini mempunya 7 Perkara Tentang Keningau yang wajib korang ketahui. Antara 7 yang saya maksudkan adalah:
Tempat Bersejarah
Adventure / Aktiviti Lasak
Pasar Setempat
Taman Rekreasi
Agro Tourism
Tempat Keagamaan
Kraftangan
Jadi, izinkan saya senaraikan pada setiap 7 perkara dengan lokasi-lokasi menarik yang ada di Keningau. Jangan lupa mark siap-siap lokasi yang saya senaraikan ni.
TEMPAT BERSEJARAH
Ansip Ferry Memorial Park
The Oath Stone Keningau
World War 2 Memorial Park
Muzium Warisan Keningau
Rumah Besar OKK Sedomon
Japan Surrender Point
ADVENTURE
Gua Laing - Laing Cave
Gua Batu Salag - Salag Rock Cave
Batu Minitinduk - Minitinduk Rock
Sub - Station Minitinduk Trails (Rafflesia Park)
Bukit Trig - Trig Hill
Bukit Matanoi - Matanoi Hill
Bukit Lugas - Lugas Hill
Bukit Kikiran - Kikiran Hill
Air Terjun Tinaaman
Air Terjun Berkembar
Air Terjun Mandanan
Tindian White Water Rafting
Lubuk Pinamansok
PASAR SETEMPAT
Tamu Ground Keningau
Pasar Tamu Apin-Apin
Pasar Malam Keningau
Tamu Kraf Taman Bandukan
TAMAN
Pusat Rekreasi Taman Bandukan
Kapayan Recreation Resources
Mee Woo Resort
Taman Banjaran Crocker
Sungai Tagal Kg.Senagang
Sungai Tagal Kg.Nuntunan
Sungai Tagal Taman Bandukan
AGRO TOURISM
Evegreen Live Stock Farm (Eco Yap)
Pusat Penternakan Sebrang (Live Stock)
Pusat Pelancongan Bukit Kayu Manis
TEMPAT KEAGAMAAN
Guang Ji Temple
Pusat Ziarah Keluarga Kudus Keuskupan Keningau
Masjid Al-Taqwa
KRAFTANGAN
Pusat Kraftangan Sabah
Kampung Kraf Kg.Batu Lunguyan
Kampung Kraf Kg. Ulu Senagang
Kampung Kraf Kg. Kuala Kahaba
Jadi lengkaplah 7 perkara yang saya senarai di atas untuk korang lakukan di Keningau nanti ! Konsep dia adalah more to nature. Yeah!
Apapun, saya berhasrat untuk menjelajah Negeri Sabah serta sekiranya berkelapangan saya teringin ke Keningau. Korang yang mana belum singgah ke Keningau jemputlah datang kerana banyak kawasan kehijauan serta semulajadi seperti gua dan air terjun yang mempunyai keistimewaan sendiri. Semoga dengan pelancaran ini, Keningau terus dikenali. InshaAllah bulan 3 ini saya akan ke Kota Kinabalu dan Kundasang dahulu. Adakah selepas itu akan Keningau? Haaaaaa....
Latana The Bobohizan Kepercayaan Dan Budaya Di Sabah | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Alhamdulillah. Menjadi penonton semasa menghadirkan diri di Panggung Experimental Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) yang terletak di Jalan Tun Ismail, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kali ini aku akan berkongsi pengalaman dan menceritakan sedikit berkenaan 'Latana The Bobohizan' yang dipentaskan dalam bentuk drama tari. Pertama kali juga aku ke Panggung Experimental ASWARA ini. Memang meriah !
Untuk pengetahuan semua pementasan drama tari 'Latana The Bobohizan' ini diadakan bersempena dengan tahun melawat Sabah bagi tahun 2018 iaitu di Keningau. So, di sini siapa yang pernah ke Keningau? Mesti masih ramai yang belum menjejaki Keningau kan? InshaAllah kalau ada rezeki aku akan Keningau nanti. Tapi sebelum tu, doakan semoga perjalanan aku ke Kota Kinabalu dan Kundasang pada bulan 3 ini berjalan dengan lancar.
Info tentang Drama Tari 'Latana The Bobohizan' :
Di negeri Sabah, banyak kepercayaan dan budaya yang terkenal dimana menjadi ikutan dan amalan dalam kehidupan seharian. Kepercayaan terhadap bomoh wanita yang digelar Bobohizan ini wujud sejak ratusan tahun lampau dalam kalangan kaum Dusun seta sub suku yang lain seperti Kadazan, Lotud, Kimaragang, Tatana, Rungus dan sebagainya. Institusi Bobohizan dipercayai bermula seawal wujudnya imej pencipta (Kinoingan) yang mana isteri kepada Kinoingan merupakan Bobohizan yang pertama.
Kelainan pada pementasan kali ini adalah penceritaan dengan dipentaskan dalam bentuk persembahan drama tari dimana para penonton dapat melihat sebuah tradisi dan budaya yang menjadi amalan oleh masyarakat kadazandusun yang dianggap sebagai pemimpin dan ketua dalam menyelesaikan masalah melalui upacara ritual bermula dari kelahiran sehingga kematian.
Mereka mengamalkan sistem kepercayaan animisme dan merupakan kelompok masyarakat yang mempraktikkan sistem 'Egalitarian' iaitu berpegang kepada konsep kesamarataan dalam kehidupan bermasyarakat.
Konsep kepercayaan dan amalan mereka berasaskan bahawa setiap benda yang wujud termasuklah manusia akan dipanggil sebagai Minamangun dan setiap ciptaan yang bernyawa pula dipanggil sebagai tusod-tusod dan masing-masing mempunyai peranan yang tersendiri.
Secara tradisinya, kebudayaan merupakan keseluruhan cara hidup yang termasuk di dalamnya adalah pengetahuan, kepercayaan, seni, moral, undang-undang, adat resam dan kemungkinan-kemungkinan serta kebiasaan yang dipelajari oleh manusia sebagai ahli dalam masyarakat.
Istilah Bobohizan adalah bermaksud mereka yang sangat arif dan pakar dalam melafazkan mantera yang dianggap sakral dan suci bagi pengamal kepercayaan ini. Terdapat empat asas ritual iaitu Ingkau, Divato, Dimpunan dan Tingkayu.
Seperti yang korang akan lihat gambar di bawah ini adalah pementasan drama tari yang menampilkan barisan para performer pelajar dan alumni fakulti tari dan teater ASWARA di bawa pimpinan Saudara Aim Zackry (Pengarah). Drama tari 'Latana The Bobohizan' ini mengisahkan tentang seorang Bobohizan yang terdiri daripada golongan wanita dan berpengaruh dalam budaya masyarakat Kadazandusun. Pementasan ini juga melalui rangkaian koreografi gerak tari berdasarkan penceritaan yang disampaikan. Projek ini bertujuan untuk membantu usaha dalam mempromosikan produk Kebudayaan Negeri Sabah khususnya Kadazandusun sekaligus menyamput Tahun Melawat Sabah 2018 (Keningau) yang telah dilancarkan oleh Pegawai Daerah Keningau, Tuan Haji Yusop Haji Osman. Tahniah Keningau !
SINOPSIS 'Latana The Bobohizan'
Sebuah persembahan drama tari yang diberi tajuk 'Latana The Bobohizan' . Pementasan ini mengisahkan sebuah kisah mengenai peranan Bobohizan yang membawa watak utama dikenali sebagai Latana. Beliau mempunyai kelebihan dari segi kebolehan pengantara alam ghaib dan nyata dalam menghadapi pelbagai situasi melalui penceritaan kelahirannya, adat perkahwinan, bencana alam, merawat penyakit, konflik perebutan kuasa, kematian dan meraikan hari memperingati. Dalam persembahan tersebut dipentaskan dalam bentuk drama tari yang merupakan sebuat persembahan tarian yang disampaikan menggunakan plot secara berpandukan konsep, tema atau jalan cerita tertentu. Persembahan ini disampaikan secara berkumpulan mengikut koreografi tertentu dalam pembentukan gerak tari. Memandangkan segala penceritaan mengenai masyarakat Kadazandusun khususnya watak Latana sebagai Bobohizan banyak melibatkan pergerakan di dalam setiap upacara yang diketuai.
KELAHIRAN
Disaat Anggok melahirkan anaknya, Odu Lijah memberitahu bahawa adanya dahau (roh baik) yang dikurniakan oleh aki-ngabalu (nenek moyang) akan mendampingi anaknya kelak. Anggok telah meninggal dunia ketika melahirkan anak dan bayi tersebut disambut baik oleh Odu Lijah yang diberi nama Latana. Kelahiran bayi tersebut disinari cahaya yang bersinar pada wajahnya bersesuaian dengan kepercayaan pemberian nama Latana sebagai pelapis baru Bobohizan dan bakal menjadi seorang yang berpengaruh dan mempunyai kelebihan yang luar biasa.
MEMPELAJARI ILMU RITUAL
Dengan kelebihan yang ada pada Latana, beliau mula tertarik dengan hal spiritual dan mula mempelajari ilmu-ilmu ritual antara syarat untuk menjadi Bobohizan sebagai pelapis muda Bobohizan yang bergurukan Odu Lijah.
PERKAHWINAN
Perkahwinan Gandis dan Latana mendapat restu daripada kedua belah pihak iaitu Odu Lijah dan keluarga Gandis.
TOLAK BALA
Kg.Banyan Dusun dilanda musim kemarau yang teruk sehingga menyebabkan seluruh tanaman menjadi kurang subur dan rosak. Odu Lijah yang melihat keadaan itu cuba membantu dengan melakukan upacara, tetapi tidak berjaya.
KEMATIAN
Latana mencari penyelesaian dengan menaiki gunung bagi melakukan ritual tolak bala untuk membantu mengubati Odu Lijah tetapi tidak berjaya. Odu Lijah sempat menyerahkan pedang miliknya kepada Latana sebagai tanda lantikan Bobohizan. Odu Lijah akhirnya meninggal dunia.
RITUAL DAN ALAM GHAIB
Latana melakukan ritual tolak bala untuk menyelesaikan pergaduhan tersebut tetapi pengsan dan mendapat mimpi Odu Lijah datang memberitahunya bahawa seseorang perlu dikorbankan bagi memulihkan keadaan tersebut. Latana memberitahu mimpinya secara terbuka kepada penduduk kampung.
MAGAVAU
Sebagai tanda membalas budi di atas pengorbanan Latana, penduduk kampung mengadakan upacara Magavau sebagai tanda kesyukuran dan memperingati peristiwa itu.
Tuan Haji Yusop Haji Osman, Pegawai Daerah Keningau, semasa majlis pelancaran bagi menyambut Tahun Melawat Sabah 2018 (Keningau). Tahniah Keningau! InshaAllah saya datang!
Bersama Faizal Ashraf Azhar, Pengurus Acara yang merupakan pelajar Tahun 3, Semester 5 Program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Seni dan Budaya dengan Kepujian. Tahniah Pengurus Acara. Teruja saya tengok Pementasan Drama Tari ini. Seronok jugak belajar kepercayaan dan budaya yang ada di Negeri Sabah kan. Actually, banyak lagi kepercayaan dan budaya yang ada dalam Malaysia ini. InshaAllah, saya akan explore satu per satu.