Tips Cinta – Bagaimana ingin tahu petanda dia adalah jodoh anda

Assalamualaikum semua, ya dah lama tak publish tentang cinta kan, disebabkan masing-masing mempunyai kekangan masa ..harini baru berkesempatan untuk publish, maaf ye terlambat,oh yaa..ini adalah artikel kedua dari ZAIRI FAIEZIL ,artikel pertama di sini.. ini adalah tips cinta khas untuk remaja ke remaja.. harap tips ini menjadi reference pada onie dah juga kalian semua ..insyaAllah

Tips Cinta – Bagaimana ingin tahu petanda dia adalah jodoh anda

Sebenarnya anda harus terima seadanya jodoh dan pertemuan yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. Persoalannya disini bagaimana anda ingin mengetahui dia adalah benar-benar jodoh yang telah ditakdirkan dalam hidup anda?


Anda perlu tahu Allah s.w.t telah mengurniakan manusia pancaindera yang membolehkan anda mengetahui segala perkara yang berlaku didalam diri anda seperti mata untuk melihat, hidung untuk menghidu, akal untuk berfikir, teliga untuk mendengar dan sebagainya. Bagi mengungkapkan setiap hubungan cinta yang telah ditakdirkan untuk anda hanya dengan merasakan sifat emosi, spiritual dan bentuk gaya fizikal yang dipersembahkan oleh pasangan anda.

Sebagai contoh, anda akan merasai segala kenikmatan, kemanisan cinta serta saling perlu memerlukan antara satu sama lain apabila anda bersama-sama denganya. Selain itu anda akan merasakan hidup dan jiwa anda kosong seumpama anda membayangkan dirinya sentiasa mendampingi anda setiap masa.

Saya pasti anda masih belum memahami apa yang saya terangkan diatas. Baiklah disini saya akan kongsikan kepada anda 3 RAHSIA atau petanda dia adalah jodoh kita –

  • Saling mempercayai antara satu sama lain

Cuba anda fikirkan setiap manusia mempunyai rahsia masing-masing dan kadang-kadang ia juga perlu dikongsikan bersama dan pasti mencari rakan atau orang yang boleh dipercayai untuk menyimpan rahsia tersebut dan selalunya akan mencari orang yang tersayang dalam hidupnya. Disitulah bukti cinta sejati dan dialah jodoh yang telah ditakdirkan kerana terbitnya sikap “mempercayai”.


  • Terima anda seadanya

Ramai diantara kita yang tahu akan perkara ini tetapi tidak diendahkan. Ya! tidak kira apa juga kisah silam atau siapa anda sebelum ini pasti dia tidak ambil peduli yang penting dia ingin tahu siapa diri anda sekarang dan tujuan hubungan cinta ini dibina.


  • Sikap bersahaja

Cuba anda perhatikan perwatakanya dari segi percakapan, berpakaian, berjalan dan ketawa, adakah dia melakukan secara real atau sekadar berlakon semata-mata dihadapan anda. Jika ia bersikap sekadar lakonan pasti dia mungkin bukan jodoh kita.

Bayangkan dihadapan anda boleh berlakon apatah lagi dibelakang anda? Tepuk dada tanyalah hati.

Semoga dengan perkongsian yang tidak seberapa ini dapatlah anda tahu akan ketentuan jodoh yang telah ditakdirkan oleh Allah s.w.t tetapi ingat CINTA bukan datang secara bergolek ia perlu di usaha, berdoa dan bertawakal kepada-Nya.

Penulis – Zairi Faiezil ( Pakar Masalah Cinta )

Biodota : Pengasas Blog Cinta Oh Cinta ini mempunyai pengalaman dan liku-liku percintaan yang luas dalam hidupnya dan ia banyak dikongsikan dalam beberapa topik seperti Tip Cinta, Masalah Cinta, Kuliah Cinta dan Motivasi Cinta di dalam blognya.


Sekian~

16 ulasan:

  1. hmm nk kena test tanda2 ni dkt dia..hehe ;p

    p.s new look on meaws blog?

    BalasPadam
  2. semoga kita semua dipertumakan jodoh yg baik2 hehehehe :)

    BalasPadam
  3. kalau dah jodoh x ke mana kan??

    tapi xsalah mencari :)

    BalasPadam
  4. betul betul.. :) rasa ragu2, buat solat istiqarah :)

    BalasPadam
  5. @Saiazuan dia?ehemmmmm... sapa?tak habaq pon,kahkahkahkah...yaaa,new look...smart dak?hehe

    BalasPadam
  6. 3 elemen nie sy akn cuba try ...
    sebab baru otw mencari..
    HUHUHU!

    BalasPadam
  7. Saling mempercayai antara satu sama lain?
    gua mmg percaya ex gua dulu..tpi bila 1 tahap tu dia terkantoi..apa boleh buat..=(

    BalasPadam
  8. aku percaya je kt awek aku..yg jd masalah dia ssh nk percaya kt aku..haha..

    BalasPadam
  9. yg penting kenen terima seadanya.klo expect lebih memang payah.hu3

    BalasPadam
  10. selamat mempraktikkan ye semua :D

    BalasPadam
  11. Quite good advice! InsyaAllah :)

    BalasPadam
  12. wahh ni nak kena test nanti dkt si dia. hehehe

    BalasPadam

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..