9 MAKANAN KOREA INI WAJIB CUBA DI SEOULNAMI KOREAN BBQ

by - April 18, 2019



9 Makanan Korea Ini Wajib Cuba Di SeoulNami Korean BBQ | Hai Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Minggu lepas onie lepak dekat Mid Valley dan alang-alang dengar kata ada restoran baru buka di The Gardens berdekatan dengan Mid Valley tu aku pergilah menapak ke sana. Mula tu ingat SeoulNami Korean BBQ ini terletak sama dengan restoran lain iaitu ditingkat bawah. Rupanya ditingkat satu dan korang perlu cari kedai Robinsons which is restoran SeoulNami ni memang bersebelahan dengan kedai Robinsons. Tak jumpa jugak, korang naik tingkat 1 dan tengok no.kedai F215.


Sampai-sampai je, haaa! Ramai pula orang makan dekat situ. Rupanya ramai juga anak Malaysia tekak korea termasuk aku. Honestly ini adalah restoran kedua yang berkonsepkan makanan Korea aku pergi. Sebelum ni apatah namanya. Kira yang aku pergi ke restoran korea ini memang betul-betul aku cuba menu korea yang terbaharu untuk tekak melayu aku ni.






SeoulNami adalah Korean BBQ joint spearheaded by passionate Malaysians dengan kepakaran masakan Korea dimana ianya mesra muslim Korean BBQ yang mana warga Malaysia boleh enjoy. Kalau korang nak tahu, makanan di SeoulNami Korean BBQ terutama Korean  BBQ yang perlu dimasak menggunakan arang di setiap meja. Di SeoulNami ini, pelanggan boleh merasai sendiri pengalaman makan sebagaimana orang Korea makan di negara mereka. Pelbagai aktivti yang boleh dibuat sepanjang makan di SeoulNami Korean BBQ ini dan antaranya adalah pelbagai makanan yang boleh dirasai, aktiviti yang ada di meja pelanggan serta chit chat with family and friends.


Cara aku makan di SeoulNami ini adalah seperti:


  • Mula-mula, pilih daging yang korang rasa nak makan dan cuba. Boleh tanya staff mereka juga yang mana menu yang ramai order.


1. Beef Plater (RM119.00)

Hirisan nipis yang punyai rasa yang cukup membuatkan malam tidak tidur lena terkenangkan menu ini.


2. Chuncheon Chicken (RM59.00)

Untuk menu ini aku pilih 2 perasa iaitu Honey Butter Chicken dan Ganjang Chicken. Dedua ni memang sedap nak matik la aku cakap. Ayam ni la yang aku kata tak payah dah cicah dengan sos pun rasa dia memang cukup menyelerakan dah. Untuk masakan ayam ini aku tidak masak terlalu garing. 

  • Sila pilih side dishes dan sos yang korang suka.



3. Fire Ramyeon (RM39.00)

Tak pernah-pernah aku makan dengan nikmatinya ramen ni, ni bila makan dekat SeoulNami Korean BBQ ni mampu menambah even rasa pedas dia superb pedas tapi satu aku nak cakap. Pedas dia bukan pedas yang semata-mata pedas pijar tu ye. Tapi pedas dia yang membuatkan kita nak lagi nak lagi nak lagi dan sampai ke hari ini aku rasa nak lagi. Ish!





4. Fist Rice (RM29.00)

Bagi yang sukakan campuran nasi, seaweed dan ayam masakan korea ini, wajiblah korang cuba. Yang first time nak makan pun silalah cuba. Sedap tak terkira dan cara makan dia korang perlu gaul sendiri dan bentukkan membulat begini kemudian ngap masuk dalam mulut. 





5. Kimchi Trio (RM29.00)

Kimchi Trio ini hanya ada di SeoulNami sahaja ye. Bagi yang penggemar kimchi sila cuba Kimchi Trio ini.




6. Spicy Octopus (RM39.00)

Wajib cuba!

  • Paling best makan di sini korang akan dapat steam egg secara percuma setiap meja (complimentary)


7. Steam Egg (Complimentary for each table)



8. Burnt Cheesecake (RM12.00)

Cara nak makan dia, kena letak dalam arang sebelum masak ayam daging dan biarkan beberapa minit untuk masak. Rasa burnt dia yes rasa dan sedap!

  • Dah selesai pilih semua tu, tiba masa untuk membakar ayam/daging pilihan hati korang tadi. Part memasak ni tanya je dekat staff dorang untuk prefer time yang sesuai supaya tidak rentung. Untuk masak daging ia akan diberikan jaring untuk membakar dan ada sesetengah menu perlu dibakar di atas plates juga akan disediakan oleh staff. Cuma tinggal panggil dorang je. Be careful sepanjang memasak ye. Tapi di sini, asap tidak bertebaran merata ye kerana mereka mempunyai ventilating fan untuk menyedut asap sekaligus tidak membuatkan tempat makan menjadi panas malah selesa lagi untuk teruskan jamu selera. Tips nak masak ayam/daging ni juga boleh tanya pada staff mereka di sana. Tapi aku suka yang separuh masak, sedap jugak! Dia punya marinate tu hadoiiii, memang puas hati nak makan weh. Tayah cicah dengan sos pun takpe dah. Oh ya, sebelum nak mulakan set up jaring tadi dan membakar, jangan lupa letak Charcoal Burnt Cheesecake. Masak Burnt Cheesecake ni pun ada masa dan dia akan bagi jam untuk set masa. 





  • Pilih air pun jangan lupa dan enjoy dengan makan semua. Best nak makan ketika makanana panas-panas lagi dan cicah dengan sos atau wrap dengan sayur segala tu.


9. Signature Drinks:
  • Out-of-This-World Lemonade (RM24.00)
  • Binggrae Banana Uyu Colada (RM24.00)
  • Sparkling Orange Cream Soda (RM19.00)
  • Fizzy Sour Plum Cooler (RM19.00) *Paling sedap gila bagi aku!



Empat jenis pencicah sos: Seoul spicy sauce, sea salt, samjang dan soy powder



Apa macam? Tergoda ke idok?hehe... Rasa nak repeat lagi sekali je ni wak T_T


HARGA :

  • CHUNCHEON CHICKEN (RM59.00)
  • BEEF PLATER (RM119.00)
  • SPICY OCTOPUS (RM39.00)
  • KIMCHI TRIO (ONLY IN SEOULNAMI) (RM29.00)
  • FIST RICE (RM29.00)
  • CHARCOAL BURNT CHEESECAKE (RM12.00)
  • FIRE RAMYEON (RM39.00)
  • SIGNATURE DRINK
  • CHEESE LAVA (RM19.00)
  • STEAM EGG (FREE)

Alamat:
SeoulNami Korean BBQ
F-215, The Gardens Mall,
Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City,
59200 Kuala Lumpur
Tel: +603-2202 3336





You May Also Like

19 comments

  1. The best korean bbq ever. Paling suke fist ball dgn grill die. Kimchi pun best sebab banyak pilihan. heheh. Nk repeat soon

    ReplyDelete
  2. Kita tak biasa makan makanan korea. Tapi tengok menu dia semua macam best best je ..
    Kalau pandai makan makanan korea, mesti nak terjah terus.
    Suka tengok daging dia tu. Nampak macam sedapnyaa..

    ReplyDelete
  3. Kak min paling suka fist rice tu wak..memang sedap sangat2..kimchi kat sini pun sedap sbb ada setengah tempat i gi ada yg terlalu masam n dah tak rangup. Tapi sini food dia semua sedap

    ReplyDelete
  4. Sedapnya. Saya baru tadi makan breakfast. Tapi nampak gambar-gambar ini dah rasa lapar semula.

    ReplyDelete
  5. Akak kalau makanan korea ni suka betul makan daging bakar tu. nyummmyy! selain ayam pedas mereka. nanti nak ke restoran ni kalau berkelapangan. lokasi mid valley dekat ajeeeee. hehehe

    ReplyDelete
  6. Kalau sebut makanan Korea ni.. TB rasa TB lah paling tak reti nak makan.. haha.. sebab tak pernah makan makanan korea lagi.. selalu je tengok orang makan tapi tak pernah cuba utnuk diri sendiri lagi.. kalau sebut nama-nama makanan pun tak berapa tahu.. hehehe.. leh la try makan kat sini nanti.. teringin nak rasa Kimchi rupa mana

    ReplyDelete
  7. bestnya makan makanan korea kat sini..sllu jer nampak dlm drama diorg selalu buat bako2 yang ada paip besor tu ha..npk best jer..semua menyelerakan..fefeling korea kejap ye..dah tak payah pergi korea nak mkn diorg tu

    ReplyDelete
  8. Yeay! Rawlins dah paksa kengkawan buat reunion di sini semasa Ramadhan kelak - suka ruangnya yang luas dan makanannya yang banyak choice.

    ReplyDelete
  9. Woww! Tak pernah lagi makan makanan korea real macam ni. The closest thing to Korean food I eat is Seoul Garden yg basically BBQ je pun haha.

    ReplyDelete
  10. Wah boleh tahan jugaklah harga beef platter tu. Pitam nak membayor. Btw, dekat je Gardens Mid Valley dgn rumah. Nampak menunya pun sedap. Boleh lah singgah jap lagi.

    ReplyDelete
  11. Sedapnya, Qiss kena try ni. Macam-macam ada kan. Dekat The Gardens Mall kan. Raya nanti lah ajak kawan-kawan makan kat sini. Best tengok makanan dia.

    ReplyDelete
  12. Teringin betul nak try makan kat sini. Dah la I peminat makanan Korea. Paling nak try fire ramyeon Tu. Sedapnye kalau dapat datang makan weekend ni. Harga dia ..mmmm...tunggu gaji after raya.

    ReplyDelete
  13. suka sangat makan dekat sini !!!! serious sedap gila. terutama sekali nasi gumpal2 tu dengan sotong kurita. air dia pon best. harga dia not bad, kita gunakan konsep sekali-sekala. nanti nak repeat lg

    ReplyDelete
  14. Dari sembilan menu tu yang paling kita suka adalah Octopus, Burn Cheesecake dan juga Mist Rice memang terbaik.. Tapi semua sedap kat sini kita layan sampai habis kot tak cukup siap tambah lagi kan awak...

    ReplyDelete
  15. Sedapnye... Nak cuba jugaklah makanan korea ni dekat SeoulNami Korean BBQ, rindu makanan korea rasa nak travel lagi ke Korea..ishh ishhh spicy otopus tu memang sedap dah pernah makan masa dekat Korea sampai repeat 3 kali masa dekat sana

    ReplyDelete
  16. sedapnya tengok makanan kat seoulnami bbq nie. tetiba teringat scene drama korea. memang satu je branch kat kl eh?

    ReplyDelete
  17. Wow harga die boleh tahan yee tp dgr cter premium dgg tu sure sedapp kn?? Nk try juga especially hahaha cheese cake tu nmpk sedap sgt!!

    ReplyDelete
  18. nampak macam sedap tapi akak xpandai makan makanan korea hahaha, sushi pun makan yang nasi dengan timun telur tu je, lain2 takleh masuk.

    oh ya ayam spicy korea boleh masuk, yang tu sedap, berebut makan dengan anak hehe tapi kat tempat ni takde kan?

    yanmie
    http://www.yanmieonline.com

    ReplyDelete
  19. Omg so many of my favorite food here, must try out this new Korean restaurant

    ReplyDelete

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..