ALTHEA: WATERFUL GREEN BAMBOO PADS DAN SKIN RELIEF CALMING CREAM

by - April 14, 2019




Althea: Waterful Green Bamboo Pads Dan Skin Relief Calming Cream | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Yeay, kini Althea Korea telah keluarkan produk terbaharu lagi iaitu Waterful Green Bamboo Pads dan Skin Relief Calming Cream. Kedua-dua produk ini mempunyai fungsi yang berbeza dan harga berbeza. Namun hasilnya tidak pernah mengecewakan kerana produk keluaran Althea ini sangat menepati kehendak pengguna terutama mereka yang memerlukan. Untuk keluaran terbaharu ini, secara fizikalnya aku suka akan packagingnya yang simple but nice dengan gabungan warna putih mint dan putih green. 


Pernah dengar Althea?

Siapa yang selalu follow kisah aku di facebook atau instagram mungkin tahu Althea tu apa dan seronok dia macam nak matik! #SeriousTalk

Actually aku dah lama tercari-cari toner yang best dan menepati piawaian (ceh!) aku. Akhirnya aku jumpa dengan harga yang sangat berbaloi. Produk ini baru sahaja keluar tetapi telah ramai yang gunakan dan mendapat feedback yang sangat baik kalau baca di bahagian review produk tu. That's why, aku memilih untuk mencuba toner dan moisturizer jenis ini.


Waterful Green Bamboo Pads





Komen aku tentang Waterful Green Bamboo Pads ini adalah:

1. Harga dia murah dan mempunyai 80 pcs kepingan cotton gauze.
2. WAJIB beli sebab sangat berbaloi terutama bagi mereka yang mempunyai kulit yang kering. Percayalah Waterful Green Bamboo Pads ini bila dipakai pada kulit muka ia membuatkan kulit muka sentiasa segar tak tidak kering.
3. Siap ada pengepit untuk ambil cotton gauze ni. Kira terjamin dari bakteria dan kotoran.
4. Muka tak bermaya?Lesu? Serius, pakai toner ni memang akan terus segar dan hidrasi.
5. Deep hydrate of course!
6. Boleh digunakan as a toner or pad mask. So pilih korang lebih suka yang macamana.
7. Dibuat dengan bahan EWG hijau yang diakui selamat untuk digunakan even untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif.




KORANG WAJIB BACA REVIEW DI SINI.



Kenapa Perlu Memilih Produk Ini: Deep hydration, Lightweight, Refresh, Essential. Dengan hanya satu langkah mudah, korang dah boleh start pakai makeup setelah menggunakan Waterful Green Bamboo Pads. Terdapat Salix Nigra (Willow) Bark Extract dimana ianya berfungsi sebagai anti-bakteria dan membuatkan kulit muka tidak gatal apabila menggunakan produk ini. Centella Asiatica Extract pula membaiki terus kulit muka yang rosak dan menghidratkan kulit muka.

Saiz: 100ml / 80 pcs

Warna: -

Cara pakai: Boleh digunakan sebagai toner atau mask pad. 




SKIN RELIEF CALMING CREAM



Komen aku tentang Skin Relief Calming Cream ini adalah:

1. Harga dia murah sahaja; RM44.
2. Bagi yang mengalami kulit muka yang sangat kering, aku sarankan untuk korang pakai Calming Cream ini. Kerana fungsinya yang bertindak sebagai pelembap, ianya mampu melembapkan kulit muka korang secara mendalam juga menguatkan skin barrier dengan 5 kandungan yang selamat dan terbaik.
3. Juga tidak melekit ye. Sesetengah orang termasuk aku tak suka pelembap yang melekit kerana boleh meninggalkan banyak kesan pada kulit jadi aku sendiri pun telah cuba produk ini ternyata ianya menghidratkan kulit secara mendalam.




 KORANG WAJIB BACA REVIEW DI SINI.



Kenapa Perlu Memilih Produk Ini: Keeps irritated & Sensitive Skin Calm And Cool. Setelah mencuci muka dan memakai toner (seperti di atas) langkah seterusnya untuk memakai Calming Cream ini pada kulit muka supaya terus hidratkan kulit muka secara terus kering. Aku sangat berpuas hati setelah memakai Skin Relief Calming Cream ini. Bagi sesiapa yang nak cari pelembap hidrat ni, silalah cuba yang ini. Confirm korang akan suka.

Saiz: 80ml / 2.7 oz

Warna: Putih

Cara pakai: Basuh muka dengan pencuci muka, layangkan toner dan jangan lupa untuk memakai Skin Relief Calming Cream. 


Maklumat lanjut:



Salam Sayang,
mekonie@yahoo.com


You May Also Like

0 comments

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..