ALTHEA: KINI TELAH MELANCARKAN ALTHEA A'BLOOM

by - May 22, 2019




Althea: Kini Telah Melancarkan Althea A'Bloom | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Yeay, kini Althea Korea telah keluarkan produk terbaharu lagi iaitu koleksi A'Bloom. Dalam koleksi Althea A'Bloom ini terdapat 7 jenis produk yang korang semua perlu tahu. Sebanyak 7 jenis produk dari koleksi Althea A'Bloom ini hasilnya tidak pernah mengecewakan kerana produk keluaran Althea ini sangat menepati kehendak pengguna terutama mereka yang memerlukan. Untuk keluaran terbaharu ini, secara fizikalnya aku suka akan packagingnya dan untuk meringue puff it's totally made my day lah!

Pernah dengar Althea?

Siapa yang selalu follow kisah aku di facebook atau instagram mungkin tahu Althea tu apa dan seronok dia macam nak matik! #SeriousTalk

Untuk entri kali ini onie akan review 7 produk dari Althea A'Bloom:

  1. 1x A'Bloom BHA Blackhead Blaster
  2. 1x A'Bloom Giant Meringue Puff
  3. 3x A'Bloom Baby Meringue Puff
  4. 1x A'Bloom Moisturizing Watermelon Mask Sheet
  5. 1x A'Bloom Nourishing Avocado Mask Sheet
  6. 1x A'Bloom Brightening Lemon Lime Mask Sheet
  7. 1x A'Bloom Anti-Blemish Peach Mask Sheet

A'Bloom BHA Blackhead Blaster


A'Bloom BHA Blackhead Blaster | First thing first, memang aku suka gila dengan A'Bloom BHA Blackhead Blaster ini kerana packaging dia yang sangat mudah untuk disimpan dan dipakai semula. Sangat hygience kerana produk didatangkan dengan penutup pada sebelah dalam produk. Bukan apa, bila jenis yang kena pusingkan ini, kebarangkalian untuk produk keluar terlebih semasa ditutup mudah terjadi, dan oleh sebab itu juga A'Bloom BHA Blackhead Blaster ini disediakan bersama penutup di sebelah dalam.


Fungsi A'Bloom BHA Blackhead Blaster ini adalah sebenarnya untuk :
  • (BHA Semulajadi) - Membersihkan liang pori yang kotor hingga mendalam dan menanggalkan sel-sel kulit yang telah mati . 
  • (Apricot Seeds) - Bagi yang kulit muka berminyak A'Bloom BHA Blackhead Blaster ini sangat sesuai di pakai kerana ia dapat membantu mengeluarkan sebum yang berlebihan.
  • (Charcoal) - Fungsi charcoal ini sudah tentu ramai yang dah tahu dan memang satu kewajiban ia untuk menyerap kotoran pada liang pori yang kotor
  • (Tea Tree Leaf Oil) - Membantu untuk menenangkan kulit dan menghalang kulit dari kemerahan serta iritasi (keradangan kulit)


Komen aku tentang A'Bloom BHA Blackhead Blaster ini adalah:

1. Harga dia murah RM16 sahaja.
2. WAJIB beli pada yang mengalami kulit muka berminyak dan kombinasi.
3. Didatangkan dalam bentuk stick yang sangat mudah untuk digunakan.
4. Result yang sangat cepat dan rasa macam OMG! Cepat gila boleh nampak kesan dia. Muka selembut bayi plus blackhead yang ada terus hilang. Sumpah cepat nampak result dia.
5. Deep cleanse! Semasa menyapukan A'Bloom BHA Blackhead Blaster ini pada kulit muka bersama muka yang dibasahkan menggunakan air suam, sekaligus liang pori akan terbuka dan menyebabkan kesan kotoran pada kulit muka tertanggal dengan mudahnya.
6. Cara nak pakai A'Bloom BHA Blackhead Blaster ini pun sangat mudah sahaja kerana perlu basahkan kulit muka dengan air suam ( bagi liang pori terbuka), kemudian sapukan A'Bloom BHA Blackhead Blaster ini pada tempat yang bermasalah dan bersihkan semula menggunakan air sejuk bagi menutup liang pori semula. Dan lihat hasilnya! Sangat menakjubkan ye.
7. Boleh dibawa kemana sahaja kerana saiznya yang kecil dan mudah disimpan di mana sahaja.



A'Bloom Giant Meringue Puff & A'Bloom Baby Meringue Puff



A'Bloom Giant Meringue Puff & A'Bloom Baby Meringue Puff | Okay! Beauty Blender lover! Yeay, korang mesti geram gila tengok meringue puff dari koleksi A'Bloom ini. Sungguh, first time aku dapat pun aku dah teruja kerana nama, bentuk dan fizikal meringue puff ini sendiri. Superb gila! Rekaan meringue puff ini direka mengikut situasi setiap pemakaian kepada si pemakai. Kira ikut part muka juga la nak pakai side by side meringue puff tu. Warna meringue puff ni memang sangat cantik.



Fungsi A'Bloom Giant Meringue Puff & A'Bloom Baby Meringue Puff:
  • A'Bloom Giant Meringue Puff : Sesuai digunakan pada bahagian muka yang luas seperti di dagu, pipi dan dahi. Actually hidung pun boleh juga but depend on what makeup u using. 
  • A'Bloom Baby Meringue Puff : Sesuai digunakan di bahagian mata, hidung dan kawasan yang susah untuk blend foundation.

Komen aku tentang A'Bloom Giant Meringue Puff & A'Bloom Baby Meringue Puff:

  • A'Bloom Giant Meringue Puff : RM8/pc
  • A'Bloom Baby Meringue Puff (3 pcs) : RM11/pc
  • See? Harga dia memang murah gilakan. Rugi sape tak cuba. Bagi yang mula nak berjinak dengan makeup aku sarankan untuk korang beli meringue puff ini. Murah je weh.
  • Kedua-dua meringue puff ini mempunyai fungsi tersendiri.
  • Bagi A'Bloom Giant Meringue Puff ini, apabila dibasahkan guna air, ia mampu mengembang sehingga 1.5 kali ganda kerana kedua-dua meringue puff ini menggunakan material non-latex sponge iaitu span bukan latex yang sifat hidrofilik. Thats why, kalau dibasahkan, meringue puff mampu mengembang sehingga 1.5 kali ganda :D
  • Untuk kesan yang best gila, aku sarankan untuk basahkan meringue puff ini menggunakan air supaya kesan makeup kelihatan superb dan rata
  • Untuk makluman semua, sekiranya korang gunakan meringue puff ini secara kering makeup akan menjadi matte tetapi kalau gunakan meringue puff secara basah, makeup akan kelihatan glossy. Haaa, untuk yang ni depend on you guys nak makeup macamana. Kalau onie, onie lagi suka matte,hehe..Sebab tak suka nampak muka glossy gitu. 
  • Meringue puff ini sesuai untuk semua kulit muka.
  • Geram! super soft dan fleksibel!


A'Bloom Mask Sheet


A'Bloom Mask Sheet | A'Bloom Mask Sheet haritu ada buat sale which is beli 10 mask sheet, free lagi 10 pcs mask sheet untuk setiap fungsi mask tersebut tapi aku tak sempat langsung nak membeli weh. Geram pulak kita rasa. Sumpah A'Bloom Mask Sheet ni memang tak merugikan langsung kalau beli. Untuk A'Bloom Mask Sheet ini ada 4 jenis mask dimana setiap mask ini mempunyai fungsi dan nama yang berbeza. Antaranya adalah:

  1. A'Bloom Moisturizing Watermelon Mask Sheet
  2. A'Bloom Nourishing Avocado Mask Sheet
  3. A'Bloom Brightening Lemon Lime Mask Sheet
  4. A'Bloom Anti-Blemish Peach Mask Sheet



Fungsi A'Bloom Mask Sheet:

  1. A'Bloom Moisturizing Watermelon Mask Sheet : Melembabkan kulit muka
  2. A'Bloom Nourishing Avocado Mask Sheet : Menganjalkan kulit muka
  3. A'Bloom Brightening Lemon Lime Mask Sheet : Mencerahkan kulit muka
  4. A'Bloom Anti-Blemish Peach Mask Sheet : Membantu untuk membersihkan kulit muka dan mengawal minyak.


Komen aku tentang A'Bloom Mask Sheet:

  • Harga dia memang superb murah gila. RM2/pc sahaja dan korang juga boleh beli 10pcs untuk harga rm15. Jimat RM5. Tapi tulah, mask sheet ni memang cepat betul sold out even baru dilancarkan bulan lepas.
  • Mask Sheet ini bau dia sangat wangi.
  • Aku suka mask sheet ini kerana potongan fabrik setiap sheet ini fix pada kulit muka dan takde kecil part mulut dan mata. 
  • Sangat berkesan. 
  • Essence dia memang terbaik even dibiarkan lebih 20 minit. Tapi tips untuk pakai mask sheet ini biarlah 10 hingga 20 minit sahaja supaya mask tidak kering pada muka. Kalau boleh tanggalkan sheet mask semasa muka tengah lembab. Biar dia kering tanpa sheet mask.
  • Akan beli lagi!

Maklumat lanjut:

You May Also Like

1 comments

  1. Artikel Yang Bagus Gan Mohon izin Comment nya ^_^

    BOLA PELANGI - BANDAR MIX PARLAY TERBESAR DI INDONESIA HANYA DENGAN 1 USER ID SUDAH BISA BERMAIN SEMUA GAME.
    Join US ! klik link di bawah ini ☟
    Prediksi Bola dan Togel.
    Bola Online
    Mix Parlay
    Bola Jalan
    Bandar Bola

    ReplyDelete

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..