PENGALAMAN BERBUKA PUASA DI THE EVERLY PUTRAJAYA 2019

by - June 12, 2019




Pengalaman berbuka puasa di The Everly Putrajaya 2019 | Bagi tahun 2019 membuatkan aku happy yang amat sangat kerana masih diberi peluang berbuka bersama sahabat pada bulan puasa lepas dan juadah yang disediakan pun semuanya enak belaka. Dari tahun ke tahun pelbagai menu baharu tersedia dan untuk menu berbuka puasa di The Everly Puasa 2019 seperti dia entri sebelum ini. Pilihan makanan pun sangat memuaskan hati aku dan ianya membuatkan aku tak sabar untuk tunggu menu buka puasa pada tahun-tahun akan datang pula. 


Rate yang aku bagi untuk menu berbuka tahun ini adalah 4 bintang dari 5 bintang aku bagi. Semuanya sedap-sedap belaka dan aku hampir terlupa ada menu lain lagi. Ya Allah,menariknya dorang punya pencuci mulut bla bla bla bla...see! Aku rasa susah nak jumpa pencuci mulut yang hebat kebabom cantik menarik macam yang ada disediakan di The Everly. Rasa puas sangat! Nak makan seketul kek tu pun boleh. Tapi gamak pulak nak makan seketul kek sesorang kan? Tak reti nak tinggal kat orang belakang jugak ke? Haa sudah! Haha. 




Mata dan nafsu menguasai pemikiran mereka-mereka yang datang berbuka puasa di The Everly Putrajaya membuatkan tak terkata termasuk aku sekali. Memang berbaloi dengan apa yang dibayar.


Yes! Aku sampai The Everly kemain awal dia. Cari surau rupanya okay ada di tingkat atas restoran. Maka aku membuka langkah untuk ke surau. Jem! Lupa nak bawak telekung pulak! Bila anak mata mula meliar ke sana ke mari mencari telekung. Tak nampak. Satu telekung pun tak nampak! Tapi! Aku terperasan satu sudut di mana ada almari kecil yang terlekat di dinding dan seperti bekas sampah tapi bukanlah sampahkan. Bila aku pergi dekat. Ohman! Laaa kat sini telekung rupanya. Cari tempat sangkut-sangkut takde. Rupanya ada dalam almari kecil ni. 




So aku bukak!


What? Takkan ni telekung baru? Takkan takde orang masuk solat di sini? Takkan itu takkan ini. Bila aku keluarkan satu telekung. Nah! Tertarik pulak aku dengan konsep yang ada di surau ni. Sebab telekung yang korang tengok atas ni dalam lipatan macam tu dan mempunyai kertas dimana ia menyatakan telekung ini sudah digunakan apabila kertas di telekung tersebut dah koyak. Haaa lebih kurang macam tu la ayat dia kan. Then lepas dah guna telekung tu terus masuk ke dalam bekas seperti ting sampah tu. Suka konsep macam tu sebab dalam masa yabg sama pihak hotel menjaga kebersihan muslimat. Tahniah diucapkan! 


Maka tibalah waktu berbuka. Tak perlu aku huraikan lagi menu apa yang ada. Sebab aku pernah ceritakan di entri sebelum ini dan overall aku suka yang amat,puas hati dan sedap! Good job The Everly Putrajaya! 

THANK YOU THE EVERLY PUTRAJAYA! Semoga berjumpa lagi di tahun hadapan dan kekalkan rasa yang ada. Terbaik! Im happy when i was there last time.


Jangan lupa try la buka puasa di sini. Nak harga murah kena call tau...hihi...Suasana pun dah selesa...Apapun, selamat menyambut bulan ramadhan dan berpuasa korang semua. Muahhhhh!


ANTARA MENU CITARASA ASLI TRADISI MALAYA TAHUN 2019



















WEBSITE  | FACEBOOK 


SEMOGA RAMADAN TAHUN INI MEMBAWA SERIBU MAKNA DAN KEMANISAN BUAT SEMUA UMAT ISLAM. JUMPA RAMADAN YANG AKAN DATANG PULA :)


Salam Sayang,
Mek Onie,

You May Also Like

15 comments

  1. Nampak sedap ye semua menunya. Next year leh la try berbuka puasa kat sini. Dah la suraunya bagus ye..telekung yg disimpan rapi camtu mmg patut dijadikan teladan oleh hotel lain gak

    ReplyDelete
  2. Salam mek onie, wah menarik nye. Tempat sangat mewah, macam-macam jenis makanan yang dihidangkan ya! kalau nak diet pergi sana habislah diet ke mana hehe.. tapi kalau ana rezekikan ingin juga kesana. Doakan saya ya

    ReplyDelete
  3. Tak pernah lagi berbuka puasa di The Everly nie walaupun dekat dengan rumah Rawlins.
    Next year ajak Rawlins sekali boleh tak Mekonie?
    Thanks babe

    ReplyDelete
  4. Salam mek onie. wah indahnya sungguh ya pemandangan.. Beruntung dapat kesana, kalau saya dimurahkan rezeki ingin juga ke the everly.
    tapi kalau yang diet kesana habisla.. haha

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum mek onie. Wah bestnya baca perkongsian berbuka puasa the everly kalau ada rezeki ingin juga kesana. Tempat mewah, pelbagai makanan berbuka turut disediakan ya!

    ReplyDelete
  6. Wah suka dengan konsep surau tu. Pastinya telekung sangat bersih.
    Singgah pula ke website saya di www.123mamanet.com

    ReplyDelete
  7. Nampak sedap semua makanan. Bagi Naim biar berpada2 di dalam berbuka di mana2 pastikan wang cukup. hehe. selamat hari raya ya

    ReplyDelete
  8. Pernah dengar hotel ni. Dekat je dengan rumah I.😆. Banyak pilihan makanan kat sini. Harga pun berpatutan. Paling best kemudahan solat pun lengkap.

    ReplyDelete
  9. wahhhh bagus betul sistem telekung tu. Memang takkan jumpa la telekung yang kotor, basah ataupun berbau untuk guna masa solat nanti. Menu dia agak biasa nak compare dengan tempat lain.

    ReplyDelete
  10. Satu perkongsian yang menarik tentang pengalaman berbuka puasa. Mesti best kan? Menu makanan yang disediakan nampak menarik dan sedap.

    ReplyDelete
  11. Banyaknya menu yang diseduakan. Kakau Onie cakap semua makanan sedap confirm sedaplah kan. Eh samalah. Suka dengan konsep telekung yang disediakan hotel. Digulung dalam kertas dan selepas guna masuk dalam tong yang disediakan. Memang betul betul jaga kebersihan

    ReplyDelete
  12. Ya Allah part telekung tu memang impressive! Rasa macam tak pernah jumpa lagi dekat tempat lain buat camtu. Betul-betul menjaga kebersihan. Berapa harga buffet ni Mek Onie?

    ReplyDelete
  13. Aduyai... Menyelerakan sungguh makanannya. Harga pun cun! Rugi nya tahu lambat. Huhuu....
    Tak pe, Next year leh laaa try kat sini.
    Thanks sharing Mek

    ReplyDelete
  14. semua makanan sedap belaka...puasa dapat makan buffet memng puas hati..makan banyak sukati sampai kenyang..hahaa...

    ReplyDelete
  15. Banyak jugak menu dia. Surau dia pun nmpak selesa sangat. Tak apa la. Next year boleh cuba berbuka dekat sini pulak kalau datang kl.

    ReplyDelete

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..