BILA PACKING BARANG NIAGA MESTI KAKI KEBAS, INI TIPSNYA

Bila Packing Barang Niaga, Mesti Kaki Kebas, Ini Tipsnya! | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Finally, setelah sekian lama onie tak kongsikan sesuatu. Nahhh! Harini onie nak sharekan satu benda yang aku rasa mesti ramai tercari-cari jugakkan iaitu produk nak hilangkan rasa kebas/semut-semut pada bahagian tubuh badan kita. Honestly onie nak cakaplah dengan korang. Aku ni sejenis yang kalau duduk sekejap tak kisah duduk dekat lantai ke kerusi ke aku jenis cepat kebas kalau duduk bersila atau bersimpuh. Last-last aku berlunjur kaki jelah. Aku tak faham orang yang duduk bersila lelama tu korang memang rasa tak sakit atau kebas kaki ke wei? Aku asal duduk dalam 10 minit mesti rasa kebas wei! aishhhh stress mak! Betul, aku punya kebas kat kaki ni bukan biasa-biasa,ada sekali tu aku terdetik jugaklah nak jumpa doktor. Tapi takpelah, aku dah jumpa something yang ekspress dan memang berkesan jugak dekat aku bila pakai time kaki kebas ni.




Sebenarnya ada beberapa tanda kenapa kaki atau tangan mudah berasa kebas/semut-semut ni kan. Antara puncanya adalah saraf terhimpit oleh otot, tendon, tisu dan tulang yang berdekatan, Cakera teranjak yang boleh menyebabkan hernia pada tulang belakang, kencing manis, Angin Ahmar dan penyakit arteri periferal (PAD). Kesemua penyakit ini kebiasaanya perlulah dirujuk kepada yang lebih pakar iaitu doktor dan jangan pandang ringan dengan punca-punca yang ada ya. Silalah rujuk ke doktor dengan kadar segera. Mungkin onie pun kena rujuk dengan doktor jugakkan? Emmm tapi mungkin jugakkan sesekali kena rujuk kat pakar. Sebab kebas kat kaki aku ni memang luar biasa. Hmm. Nantilah daku fikirkan. For now, onie nak share jugak produk apa yang onie pakai bagi nak hilang rasa kebas dan paling best boleh bawak kemana-mana dan seronok gila pakai. Tapi jap, korang kena baca kisah onie dulu ni okeh!hihi




Tu belum cerita bila onie start packing barang niaga yang onie  sendiri kena duduk bersila lama, thats why la onie kena wujudkan juga satu workspace untuk onie buat kerja yang selesa. Contohnya bila onie kena kemaskini blog onie ni haaaa, kena duduk atas kerusi, kalau tak tahun keberapa nak siap pun tak tahu la. Sebab kalau onie buat baring atau duduk di lantai, memang cepat gila kot kaki kebas. Kadang tu stress, sebab bila kaki kebas ni dia dah curi masa kita. Kena rest dulu la apa la. Kan dah buang masa. Jadi apa yang onie buat jugak, adalah wujudkan ruang kerja yang selesa. Kerusi memang kena wajib ada. Tapi bila datang masa kena packing barang niaga onie, haaa onie mulalah liat nak start, sebab kalau start mesti nak kena duduk kat lantai packing lipat bagai tu. Jadi inilah masalah utama onie yang kadang-kadang tu kerja jadi lama. Kaki kebas pastu kena rest kejap. Jadi, onie perlu ambil masa yang lama untuk siapkan satu kerja disebabkan kekebasan kaki ni.




Kaki kebas satu hal. Tu belum sakit belakang duduk menghadap barang niaga yang nak kena packing. Jadi onie pun survey jugaklah ubat sapu yang best nak pakai then bila pakai tu memang buat kita release abis. Nasib baik ada Garci Gel Pro.




Kali ini onie nak kongsikan dengan korang berkenaan produk dari syarikat MISG GLOBAL SOLUTION dimana syarikat ini adalah syarikat bumiputera melayu sepenuhnya yang mula beroperasi pada tahun 2016. Dah lama dah rupanya syarikat ini menapakkan. Sebelum ramai yang tanya, yess ini adalah no.pendaftaran syarikat MISG GLOBAL SOLUTION : 002987910-M.


Produk yang onie nak kongsikan dengan korang adalah Garci Pro Gel. Merupakan Premium Herbal Essence.Onie pernah jugak tertengok iklan Garci Pro Gel kat TV. Time tu tak fikir panjang, terus cari then alhamdulillah dah dapat pun! Bila dengar dorang share pasal Garci Pro Gel ni, dalam hati macam best je kan. Tu yang nak try. So bila dah try, memang serius best! Puas hati yang amat bila pakai. Onie suka pakai selepas mandi pagi tu then tengahari lepas tu sebelum nak tidur. Memang best yang amat. Malam tu onie akan sapu kat belakang, bahagian paha, lengan dan jugak semestinya bahagian kaki onie ni yang selalu kebas. Pastu pakai stokin, fuh! Terus lena tidur. Tu yang bestnya Garci Pro Gel ni. Korang pun kena try, kalau ada mak ayah korang yang sakit belakang, lenguh-lenguh tu kan, onie sarankan Garci Pro Gel ni. Memang best!



Punya panjang la onie ceritakan? So onie nak share dengan korang kenapa kena pakai Garci Pro Gel ini.
  • Bila korang pakai Garci Pro Gel ni, dia memberikan kesan sejuk dan tak panas pun sebenarnya. 
  • Paling penting, tekstur Garci Pro Gel ini tidak greasy dan bau dia segar macam bau aromaterapi. Dah nama pun sejuk dan refreshing therapy for pain relief guys.
  • Yesss betul ada bau aromaterapi sebab dalam ni ada Pure Eucalyptus Oil yang mana fungsi Eucalyptus ni pun sebenarnya banyak manfaat dia juga. Antaranya adalah untuk meredakan sendi-sendi, melancarkan pernafasan,menyembuhkan luka, meredakan batuk dan banyak lagi. Itu yang bestnya Garci Pro Gel ni. Bukan setakat nak hilangkan kebas di kaki tau, kita pakai produk ni kita jugak kena study apa yang ada dalam sesuatu produk. Jangan tengok luaran sahaja okay. Lagi satu, Gel Garci Pro ini menggunakan minyak kayu putih.
  • Formulated with Apple Extract and Argan Oil Extract.
  • Wooo! Cepat meresap ya Garci Pro Gel. Tak oily langsung bila sapu.
  • Membantu merawat saluran darah dan saraf yang rosak penyebab kebas/sesemut. i letew.
  • Membantu melancarkan aliran darah di bahagian kebas.
  • Membantu mengelakkan risiko strok dan serangan jantung mengejut.
  • Membantu merawat sakit-sakit badan.
  • Membantu membuang angin dalam badan
  • Paling penting ada kelulusan KKM. Jadi, jangan ragu-ragu ya untuk terus cuba okay.


Okay ini untuk penggunaan rasa kebas kurang dari 6 bulan dinasihatkan guna 3 kali sehari iaitu pada awal waktu pagi, petang dan malam sebelum tidur. Sekiranya rasa kebas lebih dari setahun dan stroke dinasihatkan supaya sapu gel kebas ini 4 jam sekali. Tu je. Harga Garci Pro Gel ni RM90 sahaja. Apa yang penting, kita kena ikhtiar kemudian kita doa dan tawakal semoga rasa sakit terus surut. Okay bye nak tidur sapu Garci Pro Gel dulu. 


Maklumat lanjut berkenaan Garci Pro Gel rujuk di bawah:



Tiada ulasan:

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..