Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ingat lagi ke dengan entri "Tips Temuduga SPA - Pembantu Perawatan Kesihatan U11" ? Rupanya ramai juga yang email aku bertanyakan tentang temuduga tu. Alhamdulillah, rasanya tak salah juga kot kalau aku share pada mereka yang bakal nak temuduga nantikan?
Semoga kalian semua berjaya, aku?emmmm... actually aku pun nervous juga, sebab ini adalah pertama kalinya aku dapat temuduga dari Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Macam curious gila nak tahu jawapan dia.
Untuk pengetahuan orang yang ditemuduga bagi jawatan PPK U11 ini,keputusan adalah pada 22.12.2014 selepas jam 5 petang dan korang boleh cek di website www.spa.gov.my .