First time buat facial dan treatment di Mayfair,Pavilion

by - September 25, 2014

-Sponsored post-

Assalamualaikum dearest-dearest serta salam sejahtera kepada semua. Tajuk tu bukan aku nak kata yang sebelum ni aku rajin pergi ke spa or treatment apa. Aku ni sebenarnya penakut gila nak pegi pusat-pusat kecantikan macam tu. Aku takut produk yang digunakan tidak bersesuaian dengan muka aku. Pembaziran? Aku tak pasti dengan perkataan pembaziran tu,haha.. yang aku tahu,aku nak jugak dapatkan kulit yang mulus semulus dato ct tu haaa,mihmihmih...

*Please baca sampai habis sebab aku nak bagi hadiah untuk korang!


Last-last, bulan lepas aku pergi sendiri Mayfair di Pavilion tu, tingkat 7..Tingkat 7 tu memang BEAUTY HALL punya section sahaja,masuk dalam tu terasa diva sekejap kau,kehkehkeh.. kanan kiri pusat kecantikan,geram aku! Tapi tujuan utama adalah nak ke Mayfair. So,abaikan yang lain seketika. Jalan dengan penuh keyakinan ke Mayfair! Cewah! 


Sampai sana terus disambut oleh staf di sana,very friendly. Aku yang pemalu lagi segan ni terus senyum pada mereka semua,hihi. So,sampai-sampai terus duduk dan staf di sana hidangkan green tea sementara nak menunggu consult dari pakar perunding kecantikan Mayfair. Duduk-duduk,layan green tea pastu isi borang. Choiiiiiii,mulalah berdebar gila. Berdebar dia serupa nak masuk bilik operate weh! Benci. Takut gila sebenarnya,haha...




Seorang Mek Onie yang bertungkus lumus untuk ke Mayfair demi kecantikan dan diberi rundingan tentang penjagaan serta treatment yang bakal buat jantung aku semakin berdegup kencang,haaaa!

Sebelum aku pergi sini,aku study dulu Mayfair ni macamana,okay ke tak.. pakar perunding dorang okay ke,garang ke... Ternyata 29 tahun Mayfair mempunyai rekod kecemerlangan dan merupakan jenama yang terkenal dari bidang pelangsingan dan kecantikan . Selain itu,Mayfair sangat pentingkan nilai estetika iaitu kesejahteraan dan keselesaan pelanggan. Aku sendiri,telah melalui pengalaman sebagai pelanggan Mayfair, sangat terbaik! Di samping itu, Mayfair mempunyai 31 outlet di Malaysia. Sudah pasti kalian senang untuk berhubungkan?

Tekan sini untuk melihat alamat outlet-outlet Mayfair di Malaysia.




Tunggu punya tunggu,salah seorang perunding kecantikan datang duduk depan aku yang aku imagine macam doktor pembedahan!hahaha..Sebenarnya,perunding kecantikan ni sangatlah baik dan lemah lembut orangnya bertanya tentang keadaan muka,kesihatan dan soalan paling aku ingat sekali.. "pernah pergi spa & treatment?" 


Dengan hati kecil aku bersuara,tak pernah pergi. Sebab aku takut,takut kalau produk yang digunakan tidak sesuai dengan aku,time tu jugak aku bagitahu dia. Pastu, perunding kecantikan ni pun bagitahu la,penting tau pergi pusat kecantikan semua tu. Kesian kulit kalau kita tak jaga.Actually,aku dah lama gila sedar benda ni... kita perempuan so kecantikan itu kadang-kadang perlu dijaga untuk masa hadapan. Aku sangat sedar tu sebenarnya,tapi aku takut.

Sebab takut je pun seorang mek onie tak berani jejak ke pusat kecantikan, jeng!hahahahahahaahahahhahahaha..Aku yakin,kulit muka aku sangat bagus (dasar perasan tak sedar diri). 



Sekali lepas diberi consultant oleh perunding kecantikan,perghhhhhhhhhhh! dark eye circle 2 tepek, Dark color tone 2 tepek (kat dahi satu kat bahagian bawah hidung hingga dagu satu) dan black heads,huwarrrrrr...aku dah agak,seguni aku guna nose strip untuk hilangkan black heads,tapi still ada!!!! Aku cakaplah,aku 3 minggu sekali pakai nose strip untuk hilangkan black heads tu,tapi aku kecewa,penggunaan benda tu sangatlah tidak berguna kerana ianya akan meninggalkan kesan black heads tu,sobsobsob.

*padahal ada seguni lagi nose strip tu kat dalam almari aku,tetiba dah takut nak pakai,haha


First time scan muka dan aku happy sebab scan muka adalah dalam wishlist aku untuk tahun ini,heiiii....nak jugak scan muka,nak la jugak tahu keadaan muka kita dalam dan luar kulit itu,sihat ke takkan,huhu. So,aku dah berjaya lengkapkan wishlist aku tu,Thanks Mayfair!



Bulu roma dimuka itu adalah normal dan bukan tanda kuat seks ok,muahahahahaha... dan gambar yang belah kanan tu adalah kewujudan kawah black heads,heiii deiiiiii...aku ingat dengan penggunaan nose strip yang nak hilangkan black head tu berkesan,rupanya dari dalam kulit lagi black heads wujud,scaryyyyyyyyyyyyy hakak. 

Masalah kulit muka aku adalah:
1. Dark Eye Circle
2. Dark Color Tone
3. Black Heads

Muka tu tak payah nak serius sangat boleh tak mek?lempang kang,hahaaha...

Selepas cek muka , aku dibawa ke suatu sudut dan time ni jantung aku berdegup laju,hahaha...entah apa la kau mek,nak suruh jadi cantik pun nak berdegup bagai,haha.. Okay,aku dibawa untuk menimbang dan ukur tinggi.

Berat badan: 41kg
Tinggi: 154cm
BMI:17.3

denggggggg!!! kekurangan berat badan sehhh....huwarrrrr.... ada pendapat atau guideline tak macamana nak tambahkan berat badan ???anyone ?emmm



Pakaian yang mesti dipakai semasa membuat treatment.
Robe namanya,mihmihmih


Selepas details tentang kulit muka dan bmi diperoleh oleh perunding kecantikan tadi,aku terus menuju ke bilik yang ditetapkan oleh staf di sana. Cisssss, makin berdegup jantung aku masa ikut staf disana. Walhal, nak diberi kecantikan kot mek,haha. Selalu tau nak nervous..hik.. so..sampai je bilik tu aku terus nak woowwwwww!!! Adakah bilik ini untuk aku?haha... tambah diva sikit


VVIP ROOM


Salah satu sudut bilik yang aku buat treatment iaitu vvip room. Luasss! Macam hotel rasanya. Tepi belah kanan tu boleh tengok pemandangan kl. 






Jakuzi pun ada dalam vvip room tu,acecececy
 Mulalah nak berangan suatu hari akan dapat jakuzi macam gambar atas tu..haha..very class okeh!!! 4.5 dari 5 bintang aku kasi kat bilik ni.




Rawatan yang pertama adalah Perfect Skin (Using IST Machine) .Disebabkan kulit aku jenis drr,dehydrated,stresses,sensitive and slightly wrinkled aku diberi rawatan Perfect Skin. Apa yang aku suka dengan rawatan ini adalah kerana rawatan serta tindakan bahan tersebut antaranya:-


  • Impereta Cyclindrica yang merupakan tumbuhan asli to asianad australia dan minyak tersebut dari akar yang digunakan untuk melembapkan kulit 20% selepas 24 hours of use.
  • Wheat Protein: komponen utama sel-sel dan perlu bagi pertumbuhan,pembaikan dan pembaharuan tisu berterusan.
  • Wheat: Kaya dengan Vitamin E,F dan B yang memberi lembapan dan menyuburkan kulit.




Perfect Skin (Using IST Machine) aku nak bagi 4.5 / 5 . Best weh, rasa nak repeat lagi sekali. Hihi




Selepas diberikan rawatan muka, sukanya!!!!!!kawasan yang ada black head terutama di hidung tu terus licin. 
(sorry,kualiti gambar sangat kong,huhu)



Berkaitan rawatan muka aku paling suka rawatan muka. Mula-mula dia akan bersihkan muka kita dulu,kemudian buang black head. Eh,time buang black head ni memang perghhhh sakit gila..tapi hasilnya memang vavavom kot weh. Sangat puas hati dengan servis mereka. Kemudian serum dan mask ! Memang fresh gila muka that time.


NL909 ION STATIK (Facial) (IST Mesin) 

The Ultimate Body Cell Rejuvenation


NL 909 Ion statik adalah penggunaan yang berkesan "High Frequency Vibration Wave technology"  yang menggabungkan 10 manfaat dalam satu rawatan. Dirumuskan oleh pakar canggih menguruskan badan dan kecantikan Mayfair, mesin revolusi ini adalah yang terbaik pada penyembuhan dalaman, di mana caj dari alat kesihatan tenaga mengalir melalui seluruh badan dan berkesan dalam menguruskan badan, kecantikan dan menggalakkan kesihatan tenaga. Dijamin tiada kesan sampingan.

Kelebihannya:-



  • Simpan semula Kulit Radiance 
  • Antioksidan - Merangsang 
  • kolagen






Selepas diberi rawatan muka Perfect Skin, rawatan seterusnya adalah menggunakan CLA Chili Creme. Ok time ni aku dah cuak kerana chili. Haha...mestilah panaskan kalau chili. Tapi,bila sudah disapu takde la panas,sejuk je rasanya. Bau pun wangi,hehe. Rawatan ini akan disapu pada satu badan kemudian badan kita akan diwrapping menggunakan plastik dan selepas siap wrapping badan jadi kejung,kahkahkah... nak naik atas katil balik tak boleh,kejung kau tahu bila kena wrapping dengan plastik satu badan,hahaha



Rawatan seterusnya aku akan dibalut dalam heat blanket (PROSES HEAT CIRCULATION) yang bertujuan untuk mengeluarkan peluh,membantu dalam melegakan otot,meningkatkan peredaran darah dan mengurangkan pembendungan cecair. Dah siap ada dalam heat blanket,staf yang beri rawatan kat aku pasang irama lagu yang perghhhh..mendayu-dayu mata ni haaaa,haha.. 30 minit selepas berada dalam heat blanket ternyata badan aku mengeluarkan peluh dengan jayanya. Yeayyyyy...good treatment for mayfair !!!

CLA Chili Creme- Mengandungi intipati CLA,capsium yang diekstrak dari benih cili. Ia berkesan dan serta-merta merangsang penguraian dan perkumuhan lemak badan. Chili creme ini turut membantu meningkatkan peredaran darah dan saliran limfa. 

Wrapping-bertujuan untuk mendapatkan bentuk badan yang ideal walaupun aku tahu badan aku dah ideal,mihmihmih

Heat Blanket- bertujuan untuk melegakan otot, meningkatkan peredaran darah dan mengurangkan fluid retention.







Vibe Kinetic Therapy (VKT)
Oh,sebelum proses CLA Chili creme tadi, aku dibawa dahulu ke sini untuk membuat exercise selama 10 minit dan sepertinya aku telah lari berpuluh kilometer. Sakit pinggang tahu ! Haha..A vibration effect of VKT is like thousands small rolling massage with infrared that helps to burn fats faster. Terasa haba dia,hehe..VKT can consume 500 calories which is two hours of exercises,perghhhh! 

Oleh itu, alat ini dapat mempercepatkan proses penurunan berat badan :)





Yeayyyyy,terima kasih awak kerana memberikan rawatan yang terbaik untuk saya. Massage dia paling best, eh semua-semua la best!hehe..Totally, rawatan yang diberikan sangat memuaskan hati.




VIP ROOM


Untuk rawatan aku,aku dapat vvip room, tapi gambar atas ini adalah vip room. Lawa jugak vip room ni ;)



NORMAL ROOM


Haaaa,ini normal punya. Setiap bilik ada fungsi dia bergantung pada rawatan apa yang kita buat. Aku kira untung la dapat merasa duduk dalam vvip room,haaaa...diva sekejap,kahkah



Selepas tamat sesi rawatan,staf disana bagi aku minum rose tea. First time kau minum rose tea,aroma yang umphhhhh!  Kesimpulannya perlu ke kau rasa takut mek?Takkan?? Maklumlah,aku tak pernah kot buat treatment semua ni,of course la takutkan....Tapi bila aku dah cuba rawatan di Mayfair totally aku sangat puas hati!

tadi rose tea, gambar atas ni green tea. Sukanya green tea!


See,muka bahagia dapat massage dapat buat rawatan muka dapat guideline dari pakar perunding kecantikan Mayfair. Terasa pwincessssss sangat hari itu,hihi... Oh,sebelum sebelum sebelum aku terlupa, mayfair sekarang tengah adakan promotion yang aku rasa sudah ramai tahu . Promotion itu adalah Rm29 untuk 5 treatment samada slimming atau facial. 

Tak percaya lagi? Aku rasa korang patut terjah website mayfair:





Terima kasih Mayfair kerana memberi servis yang terbaik untuk saya dan totally masa saya buat rawatan tersebut adalah selama 5 jam,memang puas hati sangat. Tak rugi aku datang cuba rawatan Mayfair ini. See, terus ada keyakinan diri lepas ni untuk ke pusat spa dan tak takut dah kerana Mayfair telah memberi kepercayaan kepada saya untuk menjaga kecantikan luaran dan dalaman. Mek kan cool ! Tak perlu kot nak takut-takut,hehe..




GIVEAWAY RAWATAN
PERCUMA MAYFAIR

Dan disebabkan korang bertahan sampai habis baca pengalaman aku semasa membuat rawatan di Mayfair ini,aku dengan lemah lembutnya menjemput korang semua untuk join giveaway yang aku pasti sangat berbaloi nanti. Caranya senang je (jawab soalan dibawah,tinggalkan nama, url blog dan email) dan yang pasti FREE untuk pembaca blog Mek Onie.



Soalan:

Kenapa korang patut dapatkan rawatan percuma ini?

Sila tinggalkan jawapan, nama, url blog dan email di bahagian komen post entry ini. Jawapan yang buat aku tersenyum dialah pemenangnya,hehe



Selamat Mencuba korang.
Terima kasih banyak-banyak Mayfair.

Salam Sayang,
Mek Onie
letopink@yahoo.com







You May Also Like

15 comments

  1. Soalan : Kenapa akak patut dapatkan rawatan percuma ini?

    Jawapan : Sebab ... Aaaaaaaaaaaahhhh! (jeritan histeria) ....lawa gile onie lepas treatment! Akak nak cantik macam onie, comei cam onie, kulit bersih macam onie! hehe. Akak pun ada skin problem, selulit keliling badan dannnnn .... akak perlukan massage hehehe. Pasti kekal langsing bergetah dengan Mayfair Bodyline kannnnn ....auuuww! :D

    Nama : Hanim Hashim
    Url Blog : rusukiri.blogspot.com
    Emel : wanimira737@gmail.com

    ReplyDelete
  2. Saya nak dapat rawatan di Mayfair kerana saya tidak pernah buat rawatan muka. Nak sangat buat rawatan muka sebab nak tahu apa masalah pada kulit muka saya. Saya harap bila buat rawatan sini, kulit muka saya yang banyak blackhead, whitehead,parut jerawat etc akan dapat diatasi.. dah saya boleh tersenyum sendiri bila tengok cermin ha gitu...

    Tp Mayfair nie ada ke rawatan untuk lelaki haha. Lelaki pun kena jaga kesihatan kulit okey! takpela kan kalau takde pun. atleast saya cuba.,..

    nama : hafizhafizol
    url : www.hafizhafizol.my
    email : hafizhafizol@gmail.com

    ReplyDelete
  3. Memang patut naw la mek onie pilih teman untuk buat rawatan percuma di May Fair ni, Mana taw lepas ni muka teman lagi puteh melepak dari Emma Maembong. Tak Emma Maembong Nicky Minaj pun jadilah. Muehehehe :D

    ReplyDelete
  4. Memang patut naw la mek onie pilih teman untuk buat rawatan percuma di May Fair ni, Mana taw lepas ni muka teman lagi puteh melepak dari Emma Maembong. Tak Emma Maembong, Nicky Minaj pun jadilah. Muehehehe :D

    http://santanmanis.blogspot.com/

    santanmanis555@yahoo.com

    ReplyDelete
  5. lelaki boleh pergi x? BBL pun ada masalah black head..

    ReplyDelete
  6. uiii mek onie g spa tu ahaha. peloles la lepaih ni.

    saya patut dapatkan rawatan percuma ini kerana muka dah habis kena makan dengan produk.kbai

    http://u-mie.blogspot.com/

    umie_nadhirah@ymail.com

    ReplyDelete
  7. muja patut dapatkan rawatan percuma itu sebab muja ada masalah berat badan berlebihan dan kulit muka yang sangat la jauh daripada cantik dan muja tak nak muja kawin nanti orang cakap erkkkk tu pengantin gemuk, hodoh lak tu... tak ke sadis? :'(

    ps- moga moga dapatlah rawatan percuma ni... amiin :D

    ReplyDelete
  8. Saya nur amalina. Sy sudah lama berazam untuk mengurangkan berat badan dan kelihatan cantik tetapi tidak tahu bagaimana caranya. Sy sudah tidak mampu menampung lemak di setiap sudut bdn sy... sy hrp mayfair mampu mengubahnya.

    ReplyDelete
  9. wah2..org tu da pegi la..hehe..best kn!! tp onienye treatment lain :P

    ReplyDelete
  10. eh jap..rs mcm org tu tukar template la? ke tukar header je?

    ReplyDelete
  11. Wahhhh, bahagai betul nampak muka mek onie selepeas buat facial treatment tu. Amboi ! Haaa, ni fana datang nak join giveaway Mek Onie anjurkan ni. Nak gak kulit muka meletop vavavom macam Mek Onie tu.

    Kenapa korang patut dapatkan rawatan percuma ini?
    Jawapan : Fana yang muka berkawah ni rasa macam PERLU (penegasan ayat disitu) dapatkan rawatan percuma ni sebab fana nak rasa betapa eksklusifnya dirawat oleh perunding kecantikan yang lemah lembut tu. Pastu, yela dah nama pun percuma kan sesuai la untuk fana yang belum bergaji ni ha. Pastu fana memang tak pernah buat facial treatment sebelum ni, nak gak la rasa macam mana feel dia kan? Lagi-lagi kat Mayfair tu ha. Curlasss ! Eh, siapa nak join lagi ni?

    URL Blog : http://fanacheksaat.blogspot.com

    ReplyDelete
  12. mek onie nak ! meh nak jawab soalan .
    kenapa saya patot dapat rawatan percuma adalah sebab saya student yg tak mampu nak buat rawatan muka . dan muka ni sangat lah terok kondition nye . berminyak,blackhead whitehead, tona ta sekata dan sye dah mula stress dengn muka ni . dah tak tahu nak buat ap . panjg pulak kan . nama:nor aswalela binti ismail. url : isolabellaz.blogspot.com email: aswaleyla@gmail.com

    ReplyDelete
  13. Kenapa patut menang.
    Nak buat makeover.. my wishlist dlm 2014 yang carry fwd sejak 2013 ... hehehheee

    Www.kitepunye.com
    Kitepunye2013@gmail.com

    ReplyDelete
  14. Nak jawab jugak.

    Sebab saya nak cantik untuk Islam. Hahahaha gedik tak jawapan tu mek onie. padahal Islam tak kisah pon. yeke?? Haha

    ReplyDelete

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..