TIPS KAHWIN MUSIM PKP SEWAKTU WABAK COVID-19

Tips Kahwin Musim PKP Sewaktu Wabak COVID-19 | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Alhamdulillah, hikmah PKP yang paling tak disangka adalah onie berkahwin. Berkahwin dengan siapa, macamana onie kenal, biarlah onie, keluarga, saudara mara dan kawan rapat sahaja yang tahu. Pertemuan yang sungguh tak diduga dan perjalanan serta proses onie berkahwin sangat mudah dan lancar cuma ada satu part onie punya perangai yang tak boleh dilupakan ada nak tergelak, kesian dan sedih dengan diri sendiri,HAHA..Nanti onie cerita dekat bawah. Sebelum ini onie hanya tengok persiapan majlis kahwin PKP orang lain sahaja, tak sangka onie punya jodoh waktu PKP jugak,haha..


Maka, perjalanan untuk membina masjid bermula apabila onie bertunang pada bulan 27 Julai 2021 (tanya suami sebab ambe sejenis lupa tarikh peristiwa,haha) dan dalam tempoh bertunang ni la kami merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat which is benda baik takkan nak dilambatkan kannnn. Jadi setelah selesai majlis pertunangan onie dan suami. Suami pun suruh onie cari kursus kahwin yang tarikh berdekatan. Kira tarikh kursus kahwin tu tak la jauh mana. 


KURSUS KAHWIN.
Untuk kursus kahwin ini, sebenarnya onie sangat lurus jugak sebenarnya,haha.. lurus sebab ingat bila duduk Daerah Kuala Selangor, kena ambik kursus kahwin dekat Daerah yang sama juga. Rupanya waktu PKP ni dia takde batasan. Boleh je ambik Daerah mana-mana ikut kekosongan tarikh kursus. Untuk tarikh kursus ni onie ambil pada 30 Julai 2021 hingga 1 Ogos 2021. Dan onie pilih kursus kahwin di website SPPIM pada pautan Pra-Perkahwinan Online dan onie pilih Jenis Penganjur PAID. Kat sini korang boleh je letak tarikh panjang untuk tengok mana tarikh yang kosong mengikut kelapangan anda. Kursus kahwin 2 hari tau. 

Masa kursus kahwin ni pulak, onie teringat sampai sekarang yang nama onie kena petik dengan ustaz masa kursus, haha.. Soalan yang ditanya, siapa perempuan pertama yang masuk syurga. Haaa ingatkan Aisyah isteri Rasulullah ke Sumaiyah ke..Rupanya jawapan dia adalah Ummu Mutiah. Siapa Ummu Mutiah ni? Okay korang google dan bacalah kisah beliau. Seram ye kisah Ummu Mutiah ni.. Seram yang bermaksud, wujud lagi ke seorang isteri seperti Ummu Mutiah ini?


SISTEM ONLINE (WEBSITE SPPIM)
Sebenarnya masa mula-mula nak kahwin musim PKP ni onie blur jugak, Sebab tak tahu cara. Bila aku study study lepastu barulah tahu macamana nak buat permohonan kahwin. Sebab sewaktu wabak COVID-19 ni memang beberapa negeri tidak terima borang NCR termasuk negeri Selangor tau korang. Antara negeri yang menggunakan website SPPIM ini adalah Negeri Sembilan, Melaka, Perlis, Kedah, Perak, Wilayah Persekutuan, Johor dan Selangor. Negeri lain inshaAllah akan diperluaskan. Mungkin negeri lain dikira tidak menggunakan permohonan dalam talian disebabkan faktor penduduk kot. Haaa itu logik onie lah, Mandai je,haha..Tapi sistem online iaitu website SPPIM ni sangat mudah digunakan. Mula-mula je macam blur. Onie pun sebab suami yang banyak tolong. Dekat website SPPIM ni ada pautan untuk Benar Nikah Online, Pra-perkahwinan online, NCR Luar Negara, RundingCara Online,Senarai PAID serta panduan perkahwinan. Mudahkan? Korang study je, macam onie.. Memang suami onie yang banyak tanya pada PAID, sebab onie ni lambat kot,ahhahaha.. Ampun ye suami. 


Jadi kena fahamkan bagaimana nak isi dan gunakan website SPPIM ni tau. 
WEBSITE SPPIM ---> KLIK SINI


UJIAN HIV
Ujian HIV ni pun sebenarnya onie keliru sebab kena buat ikut Daerah yang kita mastautin, rupanya tidak juga ya. Onie pilih Klinik Kesihatan Seksyen 19 Shah Alam. Kebetulan ada tarikh kosong yang dekat maka kami pilihlah tarikh tersebut. Onie dan suami buat di KK Seksyen 19, senang pergi sekali. Borang HIV tu boleh ambil di website SPPIM atau di temujanji online di QMED ASIA (CONTOH KK SEKSYEN 19 SHAH ALAM) . Dah setel kursus kahwin, Ujian HIV..barulah boleh pergi ke next step..BNO


Tapi kisah borang HIV ni memang kelakar ya. Onie pergi koyakkan borang ujian HIV sekali dengan dokumen yang tak pakai dah. Apa punya careless onie ni. Huwarrr. Masa ni, onie busy packing order. Nasib baik suami datang cantumkan balik borang ujian HIV. Apa punya perangai la onie ni, careless lain macam. Oh borang yang onie koyakkan tu borang ujian HIV suami,haha.. Menangis jugaklah dia. Ampun suami! Lepass setel cantum borang, kami ke KK Seksyen 19 Shah Alam semula untuk minta tandatangan yang baru, nasib baik dapat dan tak kenal bebel dengan Staf Nurse kat sana. Adoiii. 


BENAR NIKAH ONLINE (BNO) (WEBSITE SPPIM)
Lepas setel semua, marilah isi BNO ini. Untuk BNO, ramai yang keliru yang mana.. kedua belah pihak pengantin kena isi. Macam onie, onie yang isikan detail onie dan suami. Kita mintak je detail yang dikehendaki dengan suami kita. Walaupun onie isi, ada benda kadang onie lupa,haha..Nasib baik la suami onie masa tu jenis memang ingat semua. Dari No.Kad Pengenalan, alamat rumah sampailah ke benda lain. Masa nak isi BNO ni kan, kita kena ambil gambar tau. Tapi sebenarnya gambar tu tak guna pun. Nasib baik jugak tak guna, sebab ambik gambar sendiri. Tak helokkk,haha.. Nak pergi kedai gambar time PKP mana la ada nak bukak kedainya pun. Ambik la sendiri. HAHA..


Di sini apa yang onie nak kongsikan, sekiranya pasangan dalam daerah yang sama, boleh je hantar Borang BNO ni bersama pasangan tau. Tapi sekiranya pasangan lain-lain negeri. Boleh call Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) masing-masing untuk maklumat lanjut. Alahhh korang kalau tak faham, call je PAID. Call waktu pejabat la ye. haha.. Bagi yang pasangan berlainan negeri contoh Negeri Selangor dan Kelantan, yang mana Selangor menggunakan sistem SPPIM dan Kelantan pula Borang NCR, untuk kes ini.. anda boleh rujuk terus dengan PAID masing-masing ya. Sebab kadang lain daerah, lain cara. Inikan pula negeri. Pelik jugak, kenapa la tak diselaraskan. Pusing i..haha


HANTAR BORANG BNO DI PAID
Setelah selesai isi Borang BNO ini onie hantar Borang BNO ni dekat PAID bersama pasangan, sepatutnya kalau ikut syarat dia, pihak lelaki kena hantar Borang BNO dulu sehingga PAID luluskan permohonan berkahwin. Tapi macam kes onie ni kan, kami alamat di daerah yang sama jadi kami call dahulu tau pihak PAID untuk bertanya boleh ke untuk hantar sekaligus. Rupanya boleh sahaja. Ini untuk PAID Kuala Selangor tau. Kalau PAID lain onie tak pasti, korang kena call dulu untuk menyenangkan kerja korang. Apa-apa pun call je PAID, tanya.. orang kata malu bertanya sesat jalan kan? Jadi tanya jelah.



MASA HANTAR BORANG BNO DI PAID
Semasa hantar borang BNO di PAID, makesure kita kena pastikan dokumen yang nak dihantar tu lengkap, jadi semak banyak kali pun tiada masalah. Jangan lupa bawa bil air/elektrik sebab benda ni PAID nak bagi tujuan pengesahan alamat tempat tinggal semasa. Onie masa ni, lupa bawak oiii, nasib baik ada adik dekat rumah jadi dia tolong ambikkan gambar. Nasib baik PAID Kuala Selangor tu okay sahaja,haha..Tapi onie geram jugaklah sebenarnya, sebab masa email peringatan untuk penghantaran Borang BNO tidak dinyatakan untuk bawa bil air/elektrik bersama. 

Sila bawa duit cash bersama untuk bayaran pendaftaran bernikah ye masing-masing. Onie kena bayar RM40 bagi pihak perempuan dan pihak lelaki. Masa hantar borang BNO ni juga, korang kena isi slip kecil pendaftaran bernikah beserta tarikh nikah yang korang nak. Actually onie punya tarikh nikah sepatutnya dalam sistem 2.9.2021 tapi suami onie tanyakan ada tarikh awal lagi tak, nasib baik ada. Tarikh nikah awal ni atas persetujuan kami berdua serta keluarga ya. Lagipun nikah masa PKP mudah juga rupanya sebab tidak melibatkan banyak pihak seperti katering, pelamin, jurunikah,jurugambar dan tetamu. Jadi pemilihan tarikh tu memang melibatkan kami berdua serta keluarga sahaja. Satu lagi, Allah permudahkan urusan kami. Alhamdulillah.

Slip yang onie isi tadi tu, kena pegang sampailah waktu akad nikah sebagai kad pengenalan gitulah. Jadi senang. Balik rumah setelkan hantaran pula.


HANTARAN MUSIM PKP
Nak dijadikan cerita, perjalanan kami untuk membina masjid ini sangat singkat dan ditambah pula dengan kedai-kedai di shopping mall tutup maka kami ambil pendekatan untuk beli hantaran yang simple dan bermakna. Kira yang pepenting sahaja la. Kek kahwin pun tempah lambat. Nasib baik kakak tu sudi ambil tempahan onie. Gelang, cincin pun order online sahaja. Takuttttt sebab mahalkan emas, jadi kami redha dan cari yang betul-betul dipercayai sahaja. Cincin tunang lagilah last minute kami dapatkan. Tapi nasib baik jugaklah dapat. Antara barang-barang hantaran yang onie bagi. Tapi rupanya onie lupa dengan satu supplement yang packaging dia ni cantik. Dapat lepas kahwin. Alah-alah. Jadi onie nak kongsi sikit kenapa onie pilih AFYAA HAYYIBA ini. 


KENAPA ONIE NAK JADIKAN AFYAA HAYYIBA INI SEBAGAI HANTARAN?
Sebab utamanya adalah produk ini kurang gula lagi baik serta kesihatan harta paling berharga iaitu tubuh badan kita. Selain itu, Afyaa Hayyiba ini menggunakan bahan utama seperti Habbatus Sauda dan Biji Peria. Rata-rata ramai yang tahu, Habbatus Sauda ini adalah perubatan emas dalam sejarah islam.Peria pula adalah ciptaan teragung alam semulajadi. Cara pengambilan Afyaa Hayyiba ni pun mudah je, ambil 1 sachet sehari dan perlu dihabiskan setelah bungkusan dibuka.


FAKTA TENTANG AFYAA HAYYIBA
  • Disahkan HALAL oleh JAKIM
  • Menggunakan ramuan sunnah




HABBATUS SAUDA
  • dikenali juga sebagai jintan hitam yang digunakan sudah lama dalam dunia perubatan dalam sejarah selama lebih 2,000 tahun. Ia berasal dari Timur Tengah. Ibnu Sina, seorang pakar perubatan Parsi menjelaskan dalam bukunya Canon of Medicine, Habbatus Sauda sebagai ubat yang baik.
  • Mengandungi 85% asid lemak (omega-3,-6 dan -9) dan thymoquinone.
  • Mempunyai ciri-ciri antioksidan dan anti radang.
  • Menyokong kadar gula darah yang sihat dengan meningkatkan rembesan insulin dan membaikpulih sensitiviti insulin.
  • Membantu mengekalkan kadar kolesterol yang sihat dengan memperlahankan penyerapan kolestrol yang ke dalam usus.
  • Membantu mengawal tekanan darah dengan merangsang keanjalan saluran darah.

PERIA
  • Peria diiktiraf sebagai ramuan pemakanan yang ideal dan mempunyai kompaun semirip insulin iaitu polipeptida yang menunjukkan ciri-ciri mengawal diabetes secara semulajadi.
  • Afyaa Hayyiba ini mengandungi Polypeptide-k (PPk) Ekstrak Biji Peria dengan 18 asid amino yang menunjukkan taburan semirip insulin manusia (34% homologi). Proses ekstraknya dipatenkan di 153 buah negara termasuklah Eropah dan Amerika Syarikat
  • Polypeptide-k (PPk) Ekstrak Biji Peria membantu mengaktifkan semula insulin dan meningkatkan sensitiviti insulin.
  • Merangsang pembawa glukosa dan menggalakkan penggunaan glukosa sebagai sumber tenaga.
  • Menyokong kadar gula darah yang sihat.



KELEBIHAN MEMILIH AFYAA HAYYIBA
  • Formulasi ramuan berganda untuk membantu mengawal gula dalam darah.
  • Selain daripada Habbatus Sauda dan Biji Peria, terdapat 6 ramuan sokongan seperti Ekstrak Gymnema Sylvestre, Ekstrak Kayu Manis, Ekstrak Mengkudu, Ekstrak Misai Kucing, B-Complex dan Kromium
  • Ekstrak Gymnema Sylvestre: Tumbuhan tropika daripada keluarga milkweed dengan nama sanskrit purba, yang membawa maksud pemusnah gula. Mempunyai ciri-ciri hipoglisemik disebabkan kompaun aktifnya, asid gimnenik. Asid gimnenik mempunyai struktur yang sama seperti molekul glukosa
  • Ekstrak Kayu Manis: Terkenal dengan ciri-ciri anti radang dan antioksidan dengan pelbagai polifenol.Membantu mengawal lemak darah dan kadar haemoglobin terglikosilasi (HbA1c)
  • Ekstrak Mengkudu: Dikenali sebagai mulberi india. Setiap bahagian mengkudu mempunyai nilai profilaktik dan terapeutik yang tinggi bagi kesihatan manusia.
  • Ekstrak Misai Kucing: Juga dikenali sebagai teh jawa yang mempunyai ciri-ciri antioksidan, hipoglisemik dan anti radang
  • B-Complex: Mengandungi vitamin B1 (Tiamin),B2 (riboflavin),B3 (niacinamide),B5 (asid pantotenik),B6 (Pridoksin),B7 (biotin),B9 (asid folik),b12 (kobalamin). Nutrien penting yang membantu dalam penghasilan tenaga, metabolisme selular dan sistem saraf yang sihat.
  • Kromium: Mineral surih yang penting untuk kawalan glisemik




HAYYIBA DILENGKAPI DENGAN RAMUAN BERTEKNOLOGI MODEN,MEMBANTU ANDA UNTUK..
  • Meningkatkan imuniti.
  • Mengawal tekanan darah dan meningkatkan stamina.
  • Mengurangkan keradangan dalam badan
  • Meningkatkan kesihatan secara keseluruhan.

AFYAA HAYYIBA DIFORMULASI KHAS UNTUK..
  • Golongan diabetes dan pra-diabetes
  • Golongan yang cenderung terkena diabetes atas faktor genetik
  • Golongan yang ambil makanan dan minuman bergula tinggi
  • Golongan umur pertengahan
  • Golongan yang jarang bersenam



PELAMIN
Mula tu onie tengok semua pelamin mahal, lepastu design pelamin biasa-biasa je then location pelamin jauh. Sah-sah kena bayar transport lagikan. Survey punya survey nasib baik onie jumpa satu kakak ni dia buat sewa pelamin, tapi kita kena deko sendiri. Mula macam rasa renyah sebab kena deko sendiri. Tapi disebabkan ada adik-adik lelaki, maka onie guna kudrat mereka. Rupanya senang je pasang pelamin ni korang. So next time pada bakal-bakal pengantin, sesiapa yang buat majlis simple sahaja boleh la gunakan konsep sewa pelamin ni. Mudah dan jimat sebenarnya. RM500 jah untuk pelamin ni dan onie guna dalam masa 5 hari kalau tak silap. Lamakan? Setengah tu, bayar mahal tapi boleh sewa dalam beberapa hari sahaja. Tak berbaloi rasa. Cuma bila sewa pelamin ni kita kena ingat yang mana bila kita sewa, ingatlah macamana kita ambil dan kita pulang. Okay semua?




INAI
Inai, adik ipar yang belanja, alah-alah comel betul. Dia beli kat shopee je dan warna dia memang onie puas hati ya rabbi. Pakai sendiri je korang. Jimat,haha.. Macam onie, onie tak pakai seluruh pergelangan tangan sebab suami tak suka. Onie pun tak suka juga sebenarnya, huhu..So pakai kat hujung jari pun dah berseri,gitu..



BAJU AKAD NIKAH DAN BERSANDING
Baju pengantin pun ada 2 pasang ye uols,haha.. Sebab tarikh akad nikah dengan bersanding lelain. Walaupun bersanding dalam rumah sahaja serta bersama keluarga terdekat,kira majlis tertutup la. Tetap nak ada baju bersanding ye. Dua-dua baju ni pun onie cari last minute jugak. Tapi nasib baik sampai dalam masa yang tepat serta saiz baju dia puas hati. Lega disitu. Kasut pun onie beli dekat Shopee jah. RM6 uols,hahahahahhaa... Sebab bersanding dalam rumah je kan, so takde beriya nak heel bagai, lagi satu onie tak suka pakai heel. Letih wak. 




MAKANAN
Walaupun tiada khemah, tiada tetamu, tetapi umi abah onie siap order nasi beriyani ayam dan kambing sebanyak 200 pax untuk diagihkan pada jiran tetangga serta ada agihan di kampung (Kelantan) yang dikelola oleh pakcik saudara onie sebanyak 200 pax. Semoga murah rezeki abah umi sebab belanja part makanan ni. 




AKAD NIKAH
Okay sampai masa untuk akad nikah, ada satu kisah rupanya, sebab bila ada pertukaran tarikh akad nikah masa hantar Borang BNO, rupanya jurunikah tak alert dengan penukaran tarikh ini, nasib baik 2 hari sebelum akad nikah onie call. Adoi la haaaaa,nasib baik call. Masa akad nikah ni, kami baru tahu yang mana dah ada 2 dos vaksin tak perlu buat ujian PCR COVID-19, alohhh laaaa...terbang duit den uii. Kenapa la PAID tak maklumkan awal-awal,alah alah..Masa kursus kahwin pun tak dimaklumkan,huhu..

Okay tempoh akad nikah di PAID ini mengambil masa selama 13 minit sahaja korang. Tempat onie akad nikah bole rekod video, siap ada tripod tau. Bagus betul PAID Kuala Selangor. Atleast ada la kenangan untuk tunjuk ke anak cucu,haha.. Sarung cincin ke gelang ke takde ye masa ni, sebab memang cepat proses akad nikah dia. Onie pergi akad nikah ni pun bertiga sahaja. Onie, suami dan abah sebagai wali. Masa proses akad nikah ni, sedih wak. Abah sebak. Onie lagilah sebak. Sarung cincin dan gelang onie tak buat masa bersanding atau depan orang ramai tau. Suami onie buat dalam bilik sahaja, kira onie dan suami sahaja ketika itu. 


Tips onie kat sini kalau nak kahwin masa wabak COVID-19:
  • Study sistem SPPIM. Tak faham call je PAID
  • Segala borang nak kahwin tu sila simpan dan semak banyak kali supaya takde yang termiss
  • Kalau nak koyakkan borang yang tak digunakan dah, sila semak bahawa borang itu betul-betul taknak dah. Jangan jadi macam onie uols, pergi koyakkan borang ujian HIV suami,hahaha.. Koyak kecik pulak tu, bukan koyak besar. Adoi makkk.
  • Just cool sahaja, jangan mengelabah nak marah pihak PAID atau KK. Kalau ada tarikh yang korang nak tu bersyukur sahaja. Jangan marah-marah sebba tak dapat tarikh awal. 
  • Percaya pada Allah. Kalau benda baik, inshaAllah Allah permudahkan.
  • Jangan membazir dengan barang yang tidak perlu. Ingat, kahwin bukan masa akad nikah atau bersanding sahaja. Kahwin untuk selamanya tau korang. Jadi duit itu jimatlah. Tak perlu nak ikut trend sangat. Buat mana yang termampu dan janganlah sampai nak berhutang bagai. 


Jadi itu sahajalah yang onie nak kongsikan tentang tips kahwin musim PKP sewaktu wabak COVID-19 ni. 

3 ulasan:

  1. tahniah...selamat pengantin baru

    BalasPadam
  2. ALHAMDULILLAH TAHNIAH ONIE, Jr. PSP AKHIRNYA KAWEN JUGA,

    SEMOGA PERKAHWINAN DIBERIKAN KEBAHAGIAAN HINGGA KE JANNAH, SELAMAT MELAYARI BAHTERA PERKAHWINAN.

    BalasPadam
  3. Tahniah Onie.. Selamat pengantin baru.. wah menariknya hantaran onie

    BalasPadam

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..