PENGALAMAN PEMBEDAHAN APPENDIX

by - April 09, 2020



Pengalaman Pembedahan Appendix | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Yeayyyy! Lepas 28 hari selepas pembedahan appendix, aku ada kekuatan nak duduk lama-lama untuk berkongsi kisah sakit appendix ini. Ramai lagi yang tak tahu dan tertukar appendix dan batu karang. Tapi sakit pada bahagian appendix ni dia datang sekali sahaja seumur hidup. Cuma untuk kes aku ini, aku pernah mengalami sakit perut sampai nak membuang air besar tak boleh, lepas tu rasa mual dan nak pengsan. Itu yang aku perasan masa mula-mula aku sakit perut. 


Sakit pada appendix ini adalah appendicitis (nama penyakit) iaitu radang appendik.





Aku ceritakan kronologi aku sakit appendix ni macamana.

  1. Pada 7 hingga 9 Mac 2020 ni aku demam.
  2. 9 Mac 2020 : Aku bertolak dari kerja jam 6.00 pagi. Sewaktu aku dalam perjalanan ke tempat kerja dari Puncak Alam ke Shah Alam, tiba-tiba sakit pada perut menyerang tanpa sebab. Bukan sakit perut nak membuang sakit dia. Sakit perut yang aku rasa nak pengsan time tu jugak. Sewaktu itu, aku hanya menahan sakit perut sambil kepala aku letak di stereng kereta sambil kereta bergerak. Aku berdoa moga dalam 10 minit lepas tu tak sakit. Kalau lepas 10 minit sakit lagi aku akan buat pusingan U. Lebih kurang 15 minit macam tu aku menahan sakit. Keras kepala kan aku ni?
  3. 9 Mac 2020 : Lepas 10 minit dah tak sakit. Aku fikir kalau sakit jugak, aku nak singgah di rumah makcik aku di Alam Budiman. Tapi masa tu kebetulan dah tak rasa sakit. Lepas dari Alam Budiman, sakit tu serang lagi dalam 10 minit macam tu. Tengok?Still teruskan perjalanan jugakkan? Memang gila.
  4. 9 Mac 2020 : Aku janji dengan officemate aku (zu nama dia) untuk pergi klinik gigi. Saja nak pergi cuci gigi. Lepas dah setel cuci gigi semua tu. Kami balik office dan buat kerja macam biasa.
  5. 9 Mac 2020 : Jam 2.00pm aku mengadu sakit kepala dan jenis aku sekarang ni malas dah nak layan sangat kalau sakit kepala. So, aku dengan gigihnya pergi sambung buat kerja. Jam 4.00pm perut aku buat hal lagi sampai la jam 4.30pm. 4.30pm tu time aku balik dah, aku ingat nak stay kejap bagi reda, tapi aku tak boleh. Aku terus balik dan lagi sekali aku keras kepala. Sepanjang perjalanan aku nak balik tu, aku sakit bahagian perut dari pusat ke bawah perut dan ke kanan. 
  6. 9 Mac 2020 : Sampai area Puncak Alam around 5.30pm dan aku terus singgah Klinik Panel abah aku. Punya la sakit perut,terus aku singgah klinik sebelum sampai rumah. Sampai klinik tu aku bagitau dr aku demam dan sakit bahagian perut. Time tu aku tak kira dah, aku cakap sakit sangat dan aku cerita la aku sakit perut dekat Dr.Renuga (nama dia) dari pagi nak pergi kerja. So, aku ambil darah dan cek air kencing. Lepas tu, Dr.Renuga ni suruh aku baring dan dr mula check bahagian perut aku. Dia tekan-tekan bahagian perut dari pusat hingga ke kanan. Memang sakit gila bila doktor tekan dan doktor terus suspek appendix sebab hasil dari cek darah tu, darah putih aku tinggi dan air kencing kotor sikit doktor kata. Terus doktor keluarkan surat rujukan untuk rujuk ke hospital. 
  7. 9 Mac 2020 : Balik rumah aku cerita kat mak aku sampai nangis (mengada) aku. Kebetulan abah takde. Adik no.2 pulak dia kerja malam time tu. Jadi nak taknak adik no.2 aku la yang menghantar ke hospital. Masa kat rumah aku mintak adik aku hantar ke Hospital Shah Alam since Hospital Sungai Buloh (HSB) lagi dekat dengan rumah tapi HSB masa ni tengah busy dengan kes COVID19. So, aku taknak ambil risiko ke sana. Terus ke Hospital Shah Alam.

So, simptom aku di sini adalah sakit perut di bahagian perut yang menajam hingga terasa di bahagian kanan perut, demam beberapa hari, mual, perut kembung, sembelit dan susah nak kentut.


Di Hospital Shah Alam.


  1. 9 Mac 2020 : Tiba di Hospital Shah Alam (HSA) lebih kurang jam 9.00pm macam tu di Emergency Department (ED). Time tu adik aku ambilkan wheelchair sebab sakit gila perut dan tak boleh jalan. Adik aku pergi daftar kat kaunter pendaftaran. First bilik, aku masuk bilik saringan. Check demam bagai semua tu. Dekat sini, doktor akan tanya, kenapa awak datang kecemasan. So, aku cerita A sampai Z siap tunjuk surat rujukan dari Klinik Swasta tadi tu. Nasib baik HSA terima. Lepas aku cerita semua, dr bagi aku panadol 2 biji dan pergi daftar kat kaunter yang tengah-tengah (lupa nama apa) untuk ambil no. Time ni cuak gak bila kat ED, al-maklumla, time ni musim COVID. Mak, adik-adik aku langsung tak pakai mask waktu kat ED.
  2. 9 Mac 2020 : Lepas dah ambil no. semua, kami menunggu around 30 minit ke 1 jam macam tu untuk rawatan seterusnya. Time ni la aku ke sana ke mari, mula-mula doktor nak cek perut, lepas tu cek darah, cek air kencing. Bila dah dapat result darah semua tu, aku dibawa jumpa dengan doktor pakar. Time tu ada 2 doktor, aku tak ingat nama dr tu, tapi yang aku ingat sorang doktor india (pakar bedah) dan sorang lagi doktor perempuan melayu. Doktor india tu sangat soft spoken yang amat. Baik sangat doktor tu. Bila dah tau result semua, dr pakar tadi refer aku ke Doktor Pakar Sakit Puan pula.
  3. 9 Mac 2020 : Masa refer kat Pakar Sakit Puan ni, aku cuak gila sebab takut bila scan ada jumpa benda yang tak diingini. Serius takut dan aku siap tengok. Scan dia tu macam scan ibu mengandung tu. So, aku nampak la rahim dan fallopian tube aku. Alhamdulillah semua doktor kata okay. Sebab apa aku kena refer dengan Pakar Sakit Puan? Sebab Pakar Bedah risau takut aku sakit lain. That's why aku kena refer dengan Pakar Sakit Puan. Kat sini pun, Pakar Sakit Puan dia lelaki dan sangat soft spoken! terbaik! So, bila part sakit puan ni okay semuanya. Jadi aku telah dihantar semula ke ED oleh Staff Nurse (SN). Terima kasih SN.
  4. 9 Mac 2020 : Time ni 2 kali Pakar panggil aku. First sekali doktor sahkan aku Appendicitis dan kali kedua aku masuk bilik rawatan doktor tanya aku smoking ke. Sebab aku tengok pandangan doktor pada aku sangat pelik. Harapnya baik sahaja. Time ni, aku dimaklumkan aku kena berpuasa start jam 2 pagi.
  5. 9 Mac 2020 : Sekali lagi kena masuk bilik rawatan untuk warded. Jadi sah aku kena warded dan lagi sekali aku diingatkan aku kena puasa sebab operation emergency ini akan dijalankan keesokan hari. 
  6. 10 Mac 2020 : Tepat jam 1 pagi aku warded. Mula dapat katil besar. Lepas tu ada patient yang memerlukan katil tu, jadi SN dan doktor arahkan aku untuk berpindah di katil yang kecil di laluan utama dalam Wad Pembedahan 5B. Tak apa lah, kita kena utamakan pada mereka yang memerlukan. Malam tu aku tak lena tidur sebab menahan sakit perut dan memikirkan hari esoknya untuk pembedahan. Memang tak lena. Jadi malam tu aku seorang diri je.



Pembedahan yang telah onie jalani adalah appendectomy iaitu rawatan utama untuk sakit appendix. Sebelum pembedahan dilakukan antibiotik akan diberikan untuk melawan kemungkinan 'peritonitis'. Untuk pembedahan onie,bukan laparoskopi tetapi bukaan biasa di bahagian kanan bawah perut. Setelah pembedahan, staf nurse atau doktor akan tanya kita dah kentut atau buang air besar ke belum. Kalau salah satu tu dah, boleh discharged. Dalam masa 12 jam selepas pembedahan, biasanya pesakit dah boleh bangun dan bergerak serta mengambil masa untuk kembali ke normal dalam 2 hingga 3 minggu.



Sepanjang di Wad Pembedahan 5B

  1. 10 Mac 2020 : Setiap beberapa jam doktor tanya keadaan aku dan bila pagi tu, aku gigihkan diri untuk bangun pagi dan mandi. Ambil baju hospital dekat troli dia sendiri. Tak dapat makan sebab puasa. Jam berapa dah aku tak ingat, doktor datang untuk buat pengesahan aku sakit lagi ke tak. Aku cakap, aku sakit dan bila cek perut lagi sekali dengan cara menekan, doktor suspek aku punya appendix dah pecah. So, memang emergency operation.
  2. 10 Mac 2020 : Tepat jam 12pm aku diberi kepingan kertas untuk aku sign samada aku setuju tak nak buat pembedahan dan diberi baju untuk operation. Baju operation ni lain sikit sebab dia ikat kat belakang. Time ni aku panggil SN untuk ikat baju aku. 
  3. 10 Mac 2020 : Tepat jam 12.30, dua orang SN dah sesiap nak bawak aku pergi ke Dewan Bedah. Time ni aku menunggu mana umi abah ni, nasib baik sempat jumpa dorang dan dorang pun ikut sekali ke Dewan Bedah. Sampai Dewan Bedah, SN pesan dah salam mak ayah?Dah minta maaf semua? Aku time ni nangis, umi aku nangis, abah aku cool je,haha.. Lepas dah setel bermaafan semua tu. Dr Pakar Bius briefing aku, kena kuatkan semangat. Nanti bila ada orang panggil cepat-cepat bangun sebab doktor nak buang ventilator (alat pernafasan). Doktor maklumkan, sepanjang pembedahan tu pernafasan aku hanya bergantung pada ventilator tu sahaja. Siap brief semua aku terus ditolak ke Dewan Bedah. Aku apalagi, perhatikan keadaan sekeliling. Bila sampai je Dewan Bedah, aku macam Ya Allah bilik apa ni. TAKUT! Macam dalam drama dah rasa. Last aku dengar doktor tu cakap tarik nafas dalam-dalam,lepas, tarik nafas dalam-dalam, lepas..lepas tu aku tak sedar apa dah.
  4. 10 Mac 2020 : Sedar-sedar aku dengar wife kepada abang officemate aku panggil, "Auni, bangun. Kakak ni..wife en.hazani ni...." haaa lebih kurang gitu ayat dia. Time aku sedar tu, sumpah aku high gila. Sebab ubat bius dengan morphine (tak silap aku)tu kuat sangat kot. Memang high gila dan lalok gila time ni. Perit weh rasa dia. Lepas tu, aku sedar jam 5 pm. 



10 Mac 2020
Masa operation aku: 1.30 pm - 3.30 pm (di dewan bedah)
Aku sedar: 5.00pm (di ward)

11 Mac 2020
Discharged


Kanan kiri kena drip. Adoi perit.


Lepas operation...


Rasa dia perit ye. Sakit yang amat. Nak bangun kena ada orang angkat,nak tidur pun kena ada orang angkat, nak pergi toilet pun jalan kena slow macam ibu lepas bersalin czer tu. Haaa, macam tulah. Sumpah perit rasa dia. Nak batuk nak bersin memang seksa, memang tak boleh kuat-kuat sebab takut jahitan terbuka. Jadi memang tak puas langsung la nak batuk dan bersin selama lepas operate tu. 


Lepas seminggu operation...



ni umi aku korang, dia la selalu jaga aku kat hospital bila aku sakit T_T


ni kawan ofis aku yang aku sayang. Terima kasih zu, sebab teman umi g bayar bil hospital lepastu pegi naik turun pinjam wheelchair, takkan lupa!

Ni semua officemate satu unit yang saya sayang. Love you semua. Dorang datang kemain happy, pastu balik rumah baru reti sakit,kahkahkah.. Time ni dah nak discharged dah


Rasa dia still perit dan seminggu ni aku duduk rumah makcik aku, almaklumla rumah aku apartment dan sakit nak naik tangga. Jadi terpaksa la stay umah makcik aku seminggu. Hari kedua hingga hari keempat, kahak aku berdarah sebab kesan masukkan tiub dalam mulut. Lepas seminggu tu baru aku balik umah aku dan naik tangga ke tingkat 3, seslow jela haaaaaa. Masuk minggu kedua rasa dia perit lagi dan aku boleh bangun sendiri tapi still kena bangun slow-slow dan now alhamdulillah dah okay cuma part makan aku jaga bebetul dan tak dapat nak angkat berat sangat. Takut jahitan terbuka.   Jadi, aku buat apa adanya sahajalah. Syukur sangat sebab aku dirawat dengan staf yang sangat baik di Hospital Shah Alam. Terima kasih Pakar Bedah, Pakar Bius, MO, HO, Staff Nurse dan paling penting terima kasih umi sebab jaga kaklong dikala kaklong sakit. Jasamu dikenang sangat.


18 Mei 2020: Next TCA di Klinik Bedah, Hospital Shah Alam. Doakan semoga semuanya okay.



APAKAH ITU SAKIT APPENDIX


Sakit appendix (appendicitis) adalah radang appendix. Appendix merupakan organ sepanjang 3.5 inci dari usus besar. Appendix mengandungi tisu khusus yang boleh menghasilkan antibodi dimana fungsinya tidak dapat dipastikan sampai sekarang. Oleh itu, kita boleh hidup tanpa appendix.


Sakit appendix adalah kecemasan perubatan yang memerlukan pembedahan segera untuk mengeluarkan appendix. Sekiranya tidak dirawat, appendix yang meradang akhirnya akan pecah, atau merebak serta menumpahkan bahan-bahan jangkitan ke dalam rongga perut. Ini boleh menyebabkan jangkitan rongga perut (peritonitis) iaitu keradangan yang serius pada lapisan rongga perut (peritoneum) yang boleh membawa maut melainkan ia dirawat dengan cepat dengan antibiotik yang kuat.


Kadang-kadang abses yang berisi nanah membentuk di luar appendix yang meradang. Tisu parut kemudian menanggalkan appendix dari seluruh bahagian perut untuk mencegah jangkitan daripada merebak. Appendix yang bernanah adalah keadaan yang kurang penting, tetapi malangnya ia tidak dapat dikenal pasti tanpa pembedahan. Atas sebab ini, semua kes sakit appendix dianggap sebagai kecemasan yang memerlukan pembedahan.




You May Also Like

2 comments

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..