Khasiat Susu Kambing - BARAKA

by - August 23, 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera korang semua. Macamana weekend korang? Ya Rabbi, terpaksa ikat kaki kat rumah sebab banyak benda nak kena setelkan minggu ni sebelum datangnya minggu depan. Apapun alhamdulillah dengan setiap kesibukan yang diberikan. So, ahad ni aku takde kemana dan disebabkan aku tak kemana harini aku decide untuk rehat. Maklumlah minggu ni kesihatan tak menentu. T_T


Jadi. 

Sape peminat setia susu kambing eh? ke ada yang baru nak cuba minum susu kambing? Aku tahu, mungkin susah bagi sape yang tak pernah ambil susu. Mesti masa nak telan susu tu susah gila,haha... Adik aku la paling payah minum susu -..-"


Aku?
Aku memang peminat setia susu
Lagi-lagi susu kambing.
Awak, nanti kalau kita kawen, bubuh hantaran susu kambing 2 set boleh? perisa coklat wajib, perisa original wajib. Ha tu jelah. Haha ( berangan kawen tak salahkan awak?haha )




Baraka
Sesambil buat kerja, sesambil hirup sebotol susu kambing BARAKA. Alhamdulillah, sedap dan tekak boleh terima. Nasib baik ada botol shaker dia, semangat jugak aku nak minum,hehe.. 



Susu Kambing BARAKA Strawberi
Buat masa ni aku minum susu kambing perisa strawberi tapi tula. Warna putih pulak. Nasib baik perisa strawberi tu still ada. Kifkifkifkif. Pun paling senang gila nak buat susu ni, yang ni aku try starter pack punya gaisss..so dia ada dalam bentuk sachet. Senang nak buat. Koyakkan sachet pastu bancuh pastu shake kan aje. Mudoh!



Susu Kambing BARAKA Coklat
Haaaaa,atas ni pulak aku minum perisa coklat punya. Satu ni je warna coklat dan dah tentulah my fav ! hehe.. 



Don's Warong,Plaza Damas

Tarikh: 15 Ogos 2015
Tempat: Plaza Damas,Sri Hartamas

Alhamdulillah,terima kasih kepada Hai Blogger Official dan Mozac Medicare Sdn.Bhd kerana sudi menjemput saya ke majlis pengenalan Produk BARAKA. BARAKA? Yup, ada kaitan cerita aku kat atas tadi, saja la aku cerita dulu. Kasi mukadimah sikit. Apapun, korang semua ni tahu ke tak yang susu kambing ni lebih baik dari susu lembu? 


Ada jugak yang tertanya-tanya. Apa yang lebih baik?

Jawapan dia adalah, susu kambing ni struktur molekulnya lebih hampir dengan susu ibu. Sebab tulah ada kes pasal susu lembu sebelum ni,tapi takpelah. Kita fokus pada susu kambing BARAKA ni nah.


4 Variasi Susu Kambing BARAKA

PENAMBAH BAIKAN:-

  • MMC membuat penambah baikan bagi memastikan pengguna dapat manfaat yang lebih terhadap khasiat susu kambing sebagaimana yang telah diketahui oleh semua orang.
  • Prebiotik Inulin ditambah ke dalam semua variasi susu kambing BARAKA.
  • Inulin adalah satu serat makanan yang membantu sehingga 6 kali ganda dari biasa,penyerapan nutrien atau khasiat yang ada dalam susu kambing.
  • Semua variasi susu kambing BARAKA mengandungi kalsium yang tinggi berbanding jenama lain di pasaran.


Susu Kambing BARAKA mempunyai 4 variasi:-


  • Susu Kambing BARAKA Asli
  • Susu Kambing BARAKA Kolagen
  • Susu Kambing BARAKA Coklat
  • Susu Kambing BARAKA Strawberi

*selain prebiotik inulin dan kalsium yang tinggi, ianya diperkaya dengan marin kolagen juga.

TUJUAN MARIN KOLAGEN:-
  • Bertindak dalam memperbaiki replikasi sel sel baru bagi menganjalkan kesihatan kulit serta tubuh supaya kelihatan muda dan menarik.


Selain dari inulin dan kalsium yang tinggi,

Susu Kambing BARAKA Coklat + Susu Kambing BARAKA Strawberi = diperkaya dengan DHA bagi merangsang sel sel minda

Susu Kambing BARAKA Asli = kandungan kalsium yang tertinggi antara semua variasi dan ada rasa vanila dan korang takkan perasan ianya adalah susu kambing :D



Puan Roziana Syazana Bt Askaran, Pengurus Jualan Mozac Medicare Sdn. Bhd


BARAKA ni bukan ada susu kambing semata-mata gais, aiskrim dan ice blended dari susu kambing BARAKA kolagen pun ada gaisssss...sesapa yang tak mampu nak telan susu, cuba aiskrim dari BARAKA. InshaAllah,ampa mampu punya.

Yang mana tercari-cari produk BARAKA ni, ni nak habaq la ke ampa semua. BARAKA SHOPPE atau kiosk ice cream BARAKA beroperasi di Melaka International Bowling Centre,MITC Ayer Keroh Melaka dan beroperasi di outlet-outlet Giant yang terpilih gais.





Mek Onie bersama botol shaker dari BARAKA

BARAKA Beauty Drink


Bukan susu kambing,ice blended dan aiskrim je korang. BARAKA Beauty Drink pun ada. Fuh! banyak jugak. Apapun,kesemua ini mempunyai kolagen dimana kolagen ni bertindak sebagai alternatif kepada orang yang mementingkan kesihatan akan tetapi mempunyai masa yang terhad untuk bersenam atau beriadah.

BARAKA Beauty Drink ini diformulasikan dari marine kolagen disamping serat anggur.

Sangat sesuai bagi mereka yang ingin mengurangkan berat badan atau ingin mendapat berat badan unggul tanpa melupakan kecantikan kulit.




Susu Kambing Segera dengan Kolagen

Macam yang aku pegang atas ni adalah Produk Susu Kambing BARAKA 650gm. Dia bersaiz besar dari starter pack tadi. Kat mana nak dapat? Ampa p la terjah seluruh rangkaian GIANT,COLD STORAGE ATAU MERCHATO di semenanjung Malaysia ni nahhhh..


Starter Pack - Hanya dijual di online sahaja

Kalau starter pack cenggini macam BARAKA Beauty Drink dan Susu Kambing BARAKA ampa boleh beli kat online (facebook). Yeay,pasni memang stok pepagi aku bawak p keje la oiiiii susu kambing ni haaaaa... Sebab selalunya tak sempat nak makan kat rumah. Terima kasih sekali kepada Mozac Medicare Sdn.Bhd kerana memperkenalkan produk yang terbaik kepada seorang Mek Onie. Alhamdulillah ^_^


Apapun, kalau korang berminat ke apa.. ampa boleh hubungi di:-

Facebook : Baraka Shoppe
Instagram: @barakashoppe
Whatsapp: 018-326 7978
Tel: 03-5103 7657


Salam Sayang,
Mek Onie
letopink@yahoo.com

You May Also Like

2 comments

  1. Ena suka sangat susu kambingg.. Nanti nak try yang ni pulak... Nampak sangat tempting.. Keterangan kak auni pun buat ena tertarik nak beli.. Yeahh

    ReplyDelete
  2. nad minum susu kambing time preggy..sebelum ni tak minum..hehee..kalau ade coklat memang sedap

    ReplyDelete

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..