Krim Jerawat Datang Bulan Dari Hajah Ramlah

by - September 21, 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera korang semua. Ya Rabbi, aku memang excited gila bila dapat tahu ada Krim Jerawat Datang Bulan.  Aiseyyyyy! Nama dia memang comelllllllllll plus packaging dia yang sangat klasik. Hadoilah. Aku tahu, Krim Jerawat Datang Bulan ni baru je nak tembus pasaran. Tapi bila aku tengok ramai yang berminat terutama kat facebook Hajah Ramlah HQ terus aku pun teruja nak pakai jugak ! Tapi kebiasaannya jerawat aku datang time period jah dan alhamdulillah jugak sebab bukan jenis jerawat yang setia kat kulit muka. Nasib baik sangat tau ! Korang dah penat guna kaedah tradisional? Haaaa,meh sini wehhhh aku ada barang baik nak cerita ni. Terutama untuk awak yang ada masalah jerawat !


* Sape nak menang RM1000,sila baca entri ni sampai habis!

KRIM JERAWAT DATANG BULAN | HAJAH RAMLAH


Apa yang aku nak bagitau korang, produk ni memang unik sebab lain dari yang lain. Sebab apa aku cakap unik dan lain dari yang lain ni ? Sebab satu produk yang khas diformulasikan untuk pantas menghilangkan jerawat masa wanita datang bulan. Bukan tu je weh, ia sekaligus menghilangkan kesan gelap atau merah pada bekas jerawat. Aku biasanya jenis gatal tangan. Suka usik-usik jerawat sampai darah takpun aku cucuk dengan jarum sampai kebabom jerawat tu,hahahahaha.... Korang tahu tak jerawat ni banyak jenis. Jap lagilah aku cerita sikit. Ni jerawat datang sebab adanya hormon estrogen dan hormon tesrosteron. Biasalah,bila kedua hormon tidak stabil mulalah datang jerawat bertubi-tubi pastu mulalah nak baling-baling barang mekap *okay feeling drama sangat! haha..




Kadang jerawat ni datang bukan sebab hormon jugak, tapi disebabkan kebersihan. Haaaaa ! Korang jaga betul ke muka korang tu? Selalu usap-usap ke tidokkkk? Atau selalu je stress ni? Kalau ye, stabilkan la dirimu wahai sayang sekalian ! Jangan lupa jugak pilih produk yang bersesuaian dengan kulit muka ampa,kalau tak sekian terima kasih. Selamat datang bapak jerawat . 


Haha..well, aku kalau start mengarang cenggini la :P



KECIL TAPI POWER KEBABOM!


Apa yang aku nak cakap ni,produk Krim Jerawat Datang Bulan ni memang sesuai sangat dengan wanita ke remaja yang selalu je muka kena hinggap dengan jerawat.Jerawat ni biasanya akan datang sebelum 8 hari korang period. Tempat yang selalu tumbuh jerawat adalah di dahi dan dagu! Orang laki pun sesuai jugak kalau nak pakai produk ni even dorang tak datang bulan pun. hahaha...jangan risau tau.. boleh pakai,hikkkkk :D




Memang hakikatnya, kalau orang ada jerawat atau tumbuh jerawat ni memang rasa tak selesa atau rasa tak yakinkan? Ni based on my experience sendirilah, haritu paling tak senonoh boleh cik jerawat ni tumbuh kat tepi hidung,tak pasal orang ingat tu taik hidung T_T




Apa yang aku suka dengan Krim Jerawat Datang Bulan ni kan.... dia punya bekas tu comel gila ! memang senang nak bawak travel bawak naik kapatebang ke pergi memanalah... memang senang nak angkut sebab berat dia hanyalah 10g dan bekas dia tu meman cute gila ! 



PRODUK YANG SELAMAT!


Satu lagi, dia punya krim ni bau dia macam bau berangin bau mint gituuuuu,tapi bila sapu kat muka dia akan rasa sejuk yang menyengat,tapi sekejap je tu korang, nak kasi hilangkan jerawatkan,wajiblah bertabah beberapa saat,hahahaha.... pastu sakit tu akan hilang bila krim tu dah nak start kering. So no worries gegirl or boboi, krim ni takla menyakitkan yang amat,chill chill aje tau :D




Cara nak pakai dia tu memang senang gila kalau korang pandai bajet masa, letak kat jerawat yang serang muka ugaisssssss....tayah la letak satu muka, jimat weh jimat,hahaha! macam aku biasanya aku akan pakai selepas solat isyak pastu biarkan je sampai subuh. Lepas tu basuh la macam biasa ! alohhhh la,senang sangat.. tak susah langsung weh !




Korang penah pakai bedak sejuk? Haaaa! aku suka pakai bedak sejuk,lelagi time panas atau sebelum nak tidur,alahai....nyaman je muka, tapi konsep krim ni sama jugak dengan bedak sejuk. Lelama dia akan mengeras. So, boleh ah tido tak hingat dunia,kahkahkahkah!


HAJAH RAMLAH


Bau dia best ! Pastu bila sapu kat kulit muka takde la berminyak-minyak ke apa. Yang penting aku suka sebab krim ni berangin ! hahahaha.... Warna krim ni putih-putih . Konsep serupa bedak sejuk tapi kebaikan krim ni memang untuk hilangkan jerawat dan bekas-bekas/parut-parut jerawat yang durjana ituuuu... hik...




Tips ni paling penting untuk korang kalau nak pakai krim ni !


  1. Basuh muka sehingga bersih.
  2. Letakkan krim ni hanya atas jerawat. Tayah nak rajin sapu satu muka ampa.
  3. Pakai selepas solat isyak hingga subuh.
  4. Jika selepas krim mengeras ia merekah dan sedikit tertanggal dari wajah,takde masalah pun. Normal je tu. Keberkesanan tetap terpelihara,
  5. Basuh wajah keesokan harinya.
  6. Jika jerawat baru nak naik,biasanya ia tidak akan jadi keluar. Ia terus mengecut dan sembuh.
  7. Jika jerawat besar,krim ini akan buatkan jerawat anda cepat masak dan jangan terkejut kalau 'mata' jerawat cepat keluar, masa ni la sesuai untuk picit jerawat ,hahahaha..tapi pastikan jangan terkena kuku jari,guna tisu bersih !
  8. Selepas picit, letakkan terus krim ini secara sedikit menebal pada jerawat itu. Biarkan macam biasa,,
  9. Bila jerawat sembuh, mungkin ada tanda gelap/merah di bahagian jerawat maka,amalkan la krim ini selalu.



KRIM YANG BERKUALITI TINGGI !

Dengan adanya krim yang korang tengok memang kecikkkkk! Tapi jangan korang tuding bukan-bukan ye ! Sebab krim ni memang berkualiti tinggi !!!!! Bahan utama krim ni adalah Kapur dan Pati Kulit Kayu Willow Putih. 100% non hado bahan kimia yang bahaya tu haaaaa...So,pakai tanpa was-was ok ! 




Paling nak tahan lama, pakai krim ni time datang bulan je awak. Tahan la 2 minggu. hehehehe..Jangan risau tau korang ! sebab produk ni memang tak bahaya . Apapun, kita dah usaha,selebihnya kita serahkan pada Allah SWT. 




Kat sini aku ada tips sikit kalau korang yang dah beli krim ni:-

  • Macamana nak tahu krim ni sesuai ke idok dengan korang? Jawapan dia kat sini. Sebelum korang nak tenyeh kat jerawat dimuka korang tu,aku sarankan korang sapu sikit krim ni kat permukaan kulit lipatan lengan korang atau dikenali permukaan kulit nipis di sebalik siku. Takpayah basuh dalam beberapa jam. Sekiranya takde tindakbalas alahan seperti gatal,kemerahan atau ruam...maka selamatlah untuk korang tenyeh dijerawat kat muka korang tu. Kalau ada tanda negatif,sila jangan teruskan untuk memakai krim ini. :D


KRIM JERAWAT DATANG BULAN

Kalau korang rasa dah jatuh hati dengan Krim Jerawat Datang Bulan dari hajah ramlah ni, apakata korang call terus untuk order ! Sebab memang rugi ah kalau korang yang tak try sendiri ! Formulasi antara yang terbaik di pasaran ni weh. 


Sebelum aku lupa ! Korang nak menang RM1000 tak? Kalau nak,jom join selfie gambar sebelum dan selepas anda guna produk ini pastu bubuh la caption kebabom sikit dan hashtag #HajahRamlah dan upload di facebook! Jangan lupa setkan pada public ye. 

Syarat nak join : Pastikan kelihatan kotak/bekas Krim Jerawat Datang Bulan dalam gambar tersebut.

Pengumuman: Akan diberitahu di Facebook melalui PM dan gambar korang tu akan digunakan sebagai testimoni produk ! Apalagi, jom ah joinnnn!


Untuk maklumat lanjut, korang boleh terjah bawah ni :-


Salam Sayang,
Mek Onie
letopink@yahoo.com

You May Also Like

5 comments

  1. best ni.. tp kalo tak dtg bulan pun boleh guna.. asal mkn kacang naik jerawat.. uhukkk

    ReplyDelete
  2. suka tengok packaging dia..comel dan vintage :)

    ReplyDelete
  3. berminat blh order dengan aimie wakil jualan sah 0146212567
    atau boleh lihat testimoni dan maklumat lanjut mengenai produk
    https://www.facebook.com/ghazain.shop

    ReplyDelete
  4. wahh patut lah Mekonie makin cantik sekarang... wahh sweet sangat..nak gak lah..

    ReplyDelete

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..