Restoran Hipster Paling Sedap dan Cantik : Billionaire's Concept Cuisine ,Melaka

by - September 21, 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera korang semua ! Heiiiii Melaka ! Aku datang lagi! Minggu lepas aku sempat merayau area Melaka dengan harapan selera makan aku naik balik. Alhamdulillah, naik korang ! Ya Allah. Bersyukur yang amat ! Tapi time aku pergi ritu memang cuaca tak berapa nak cantik sebab minggu2 lepas memang jerebu teruk benooooo.. Nasib baik aku nampak Melaka lagi,wakakakaka...


So,haritu..pepagi isnin.. aku start kereta dari cheras. Tidur rumah kawan. Sebab nak gerak sesama dengan kawan lain. Okay, start kereta pastu ohhhh... lupa ! Sebelum aku keluar rumah,tuan rumah bekalkan dengan sarapan ya rabbi ! Sedap gilehhhhh.. Walaupun sarapan tersebut agak kebaratan,tapi perut aku masih boleh terima. Okay,korang rasa apa? Nanti la next entri aku cerita okay?


Start kereta jam 8pagi, biasalah weh. Nak boleh keluar dari Selangor ni memang hazab sikit.. dengan jemlah..hadoiii...getik betul aku... Sampai melaka jam 10.00am. Seronok weh atas highway takde kereta,Pecut sikit,lulz..

Ehemmmm! Kau tengok aku punya mukadimah? Hazab tak nak tunggu isi penting dia?wakakakakakkakakka


So, sampai melaka tunggu geng yang lain, sempat jugak aku shopping dalam AEON Bandaraya Melaka tu weh. Haaaa,lambat sangat korang pun,haha.. So, lepas semua sampai ! Terus tuju ke restoran yang aku dah jangka awal-awal memang best ! Betul! memang best ! Korang yang duduk area Melaka ni dah singgah ke belum? Aku rasa kalau korang belum singgah memang rugi dia tu tatau nak cakap macamana la kan. Sebab restoran ni memang restoran HALAL dan Restoran baru yang menyediakan sajian makanan barat atau western food yang pertama di Melaka serta dimiliki oleh orang Muslim dan dioperasikan sendiri oleh orang Muslim ! Walaweiiiiiii ! Kebabom habaq hang !


Lokasi paling senang la kalau korang semua nak ingat adalah opposite dengan AEON Bandaraya Melaka ! Ingat tu ! Okay ! Dengan itu, aku taknak bebel banyak-banyak. Meh aku sajikan gambar sekeping dua (sangat!)


Sebelum aku nak cerita pasal makanan,izinkan aku cerita pasal dekorasi restoran ni dulu eh ! hehehehehehe...Teruja aku kalau pergi memana restoran pastu bila start langkah masuk ke restoran tu mesti aku tengok dekorasi dia dulu dengan harapan makanan-makanan pun sedap setanding dengan dekorasi yang depa buat. 


Bagi aku, hiasan sesebuah restoran tu pun sangat penting untuk menarik perhatian pelanggan yang akan datang ke restoran ini. Andai hiasan pun pemilik ambik tak kisah. Maka rugilah pemilik tersebut.

Good Decoration with good environment

Tapi ! Pemilik Restoran Billionaire's Concept Cuisine ini sangat kreatif kerana setiap apa yang dipersembahkan sudah menarik minat kami yang datang tempoh hari ! Teruja weh tengok restoran hipster yang cantik cenggini. Kat area Selangor berlambak restoran / cafe hipster tapiiiiiiiii semua tak in dengan aku,lol.... Sebab? haaaaa... Ni aku nak cerita ni... Ok,baca ayat bawah eh.


Billionaire's Concept Cuisine

Aku kata dah tadikan, Restoran ni berhadapan dengan AEON Bandaraya Melaka je weh... Rugi la sape singgah jusco tapi tak singgah Billionaire's sekali tu haaaaaaaa... Ok,sambung ayat atas tadikan. Pasal yang sebab tu.. Aku sebenarnya was-was jugak nak pergi restoran ni. Lelagi kat Melaka kau. Tak pasal pergi jejauh tapi tatau rasa makanan dorang macamana,huhu.....hampeh ke sedap ke hauk hauk ke...

Dont forget for using hashtag #grindshack

Bermula dengan 'Enter Here' aku kuatkan semangat untuk melangkah masuk ke restoran ini. Kuatkan semangat kau, pulun gilakan bahasa?hahahaha.. Start langkah masuk. Hadoi. Laluan nak masuk pun dah kreatif. Tak tahu la keadaan atas tu macamana.

Be the light

Sekali tengok lampu pun dah terbekenan. Maka dalam hati, Ya Allah Ya Tuhanku, semoga hari ini bukanlah hari yang rugi bagi aku yang datang dari Kuala Lumpur untuk cuba menu-menu kat Restoran Billionaire's Concept Cuisine ini. *kemain doa aku,lol.

You create ur reality.

Sesambil tunggu makanan sampai gais, izinkan makcik onie ketip gambar sekeping dua. Haha

Mek Onie x Yaya Natsumi

Yeayyyyyyy ! Co Pilot aku tempoh hari. Thanks Yaya sudi jadi Co Pilot saya ritu ! Oh, ritu aku yang drive sendiri dari kolumpo ke Melaka. Hamboiiiii,pandai dah mek culik anak dara orang ye. Hehe...



Good Friends,Good Food and Good Restaurant




So, menu yang kita orang order tadi tu dah sampai.. Maka ! Sesi kenyangkan kamera dah jadi kebiasaan kami,huhu...Sorry sape yang tak senang dengan keadaan macam ni,tapi dah JADI KEUTAMAAN ! Kisah lah orang nak cakap apa. Asalkan diri sendiri puas ! 


Caracas Ribeye Steak & Lychee Raspberry Refreshers.


Okayyyyyy! ni adalah menu yang aku order ! walaweiiiiiiii... Air dia tu aku tak boleh lupa ! Memang sedap gila tahap tak tahu nak cakap macamana dah haaaa! So, aku order Caracas Ribeye Steak yang berharga RM39.90. Okay! apa yang aku suka dengan menu ni, restoran ini sediakan dengan rasa yang cukup sedap dan simply grilled and served with black papper sauce or mushroom sauce.. baru puas hati makan. Kat bawah steak tu ada mashed potato yang super sedap ! First time aku makan mashed potato yang sedap dan tak muak ! Pun disediakan dengan salad,jagung dan buah-buahan yang dipotong kecik. Adoiiiii, teringin balik tetiba..huhu...Air tu nama dia Lychee Raspberry Refreshers. Hmmmm,mengidam mengidam mengidam !

Royal Mushroom Soup : RM5.99 
Sedap !!!!! 



Menu kita orang haritu, Tak tahu nak cakap macamana ! Perut korang semua steak-steak eh?haha...aku memang ah...kalau terjah restoran cenggini memang aku terjah steak/chicken chop dulu,wakakakaka... Oh,kalau korang perasan,ni sebelah luar. Biasanya waktu siang cenggitu, orang banyak duduk dalam,sebab kat luar dia panas sikit.. Malam baru syiokkkkk nak duduk luar..hik...Tapi okey je kalau sesiang pun korang nak duduk luar, asalkan korang selesakan?


Hugo Caesar Salad : RM9.99



Apa yang kita orang order lagi haritu :

Moscow Mixed Grill : RM39.90
New York Striplon Steak : RM29.90
Hong Kong Tenderloin Steak : RM39.90
Pisa Seafood Aglio Olio : RM14.99

Semua sedap ! Susah nak jumpa steak yang tak kering dan steak aku makan ni memang berbaloi dengan harga serta juicy ! Tak keras dan tak liat,tu paling penting bagi aku !


Semua makanan yang kita orang try ritu memang terbaik ! Tak la berduka ! So,tak menyesal aku menyinggah Billionaire's Concept Cuisine tu wehhh... Kalau korang nak tahu! Satu bumbung Billionaire's Concept Cuisine ni pun ada satu lagi nama iaitu Grind Shack ! Apa yang special dia? Aiskrim,Kek dan Coffee dia wehhhhhhhhhhhh! Adoiiiiii! Paling tragis tak sempat try coffee dengan kek! Sebab dah kenyang sangat ritu,hahaha! Nak tapau pun lupa! Apalah kau fikir mek?

Caramel Sutra

Andddddd Chicago best popcorn? Korang nak mengamuk tak? Garret Popcorn wehhhhhhh ! First time aku makan popcorn yang sedap dengan aiskrim yang sedap ! Nama aiskrim ni Caramel Sutra. Aduh !Sedap sungguh namanya,hihi. Tapikannnnnnn,kalau korang nak try aiskrim, aku suggest ampa try hat ni. Serius sedap !!!!!


Oreo Krush!Crushed Oreos disaluti bersama coklat cair! aduhhh! 


Honey Bae gaissss honey bae ! Topped with fresh honey combs and drenched in pure organic honey. Kau rasa nak menangis tak tengok aiskrim macam ni rupa? Rasa dia memang milky plus manis tapi manis dia tu bukan manis yang gila nak patah gigi tu,tak ! Memang cukup balance rasa dia. Selain dari aiskrim ada jugak kek dan coffee ye gaisss...

Raspberry Cheeze

Everything gets better with coffee | Photo By Grind Shack


Emmmmmmmmm,yeahhhhhhh! Mereka di siaran akhbar and me too ! Thanks reporter sudi interview diri ini. 


Apapun, kondisi restoran ini memang terbaik ! dari segi makanan,dekorasi dan kemudahan sangat memuaskan hati aku. Satu lagi ! Servis dorang terbaik ! Ada sorang staf kat sana tegur aku, dia tanya datang dari mana..bla bla bla banyak lagilah... Susah jugak nak jumpa staf macam tu. Adeh lupa pulak aku nak tanya nama staf tu... Dia baru lagi kerja kat situ, but then dia ambik kisah jugak la customer datang dari mana. At least dorang tahu,kita orang ni datang jejauh dari kolumpu nak try makanan kat Billionaire's Concept Cuisine ni. Fuhhhh! Kipidappppp yawwwwwwwwww... Nanti pergi Melaka memang aku nak terjah aku nak tibai aiskrim dan kek dan coffee dan steak lagi ! Makan la sampai lebam demi perut kesayangan,hihi..


'Abang' kata takpe, makan jelah..Asalkan bahagia. Kahkahkah..



Kesimpulan dia, harga bermula dari rm7-rm39.90. Setiap hari ye bukak,so takde alasan yang korang tak boleh pegi,hahahahahaahahahaha... Ya ! Satu lagi restoran ni pun sesuai adakan majlis seperti event ke birthday party ke... dan masa malam tu, awiehhhhhh datang buat PC kau kat restoran ni,gempakkkkkkkkkk gilakkkkkkk! Awiehhhh datang,korang tu bila lagi? 

Awiehhh yang artis rock Malaysia tu haaaaa... Hebak!


Dah la, aku taknak cerita banyak..makin mengidam aku makanan kat sini T_T




Western Food | Coffee | Cake | Ice Cream 

Thanks korang sudi baca dan tahan air liur, aku yang tukang taip ni pun da tak kuad tengok gambar-gambar dalam entri ni. Kat KL berlambak restoran hipster ,tapi rasa makanan tak sama macam deko-deko . Kadang deko je lebih,rasa makanan non hado... tapi ritu p Melaka nasib baik ah jumpa restoran hipster yang ni haaaaa! So, jangan lupa ! Singgah nah ! 



ALAMAT: 8-1,JALAN LAGENDA 6,TAMAN 1 LAGENDA,75400 MELAKA

FACEBOOK : GRIND SHACK 
INSTAGRAM: @GrindShack
ALAMAT: 6-1,JALAN LAGENDA 6,TAMAN 1 LAGENDA,75400 MELAKA




Salam Sayang,
Mek Onie
letopink@yahoo.com

You May Also Like

8 comments

  1. Temptingnyaaa tengok semua makanan kat sini.. Boleh terjah ni nanti.. Harga pun not bad

    ReplyDelete
  2. huaaaaaa nak g lah nanti, nampak sedapppp!

    ReplyDelete
  3. Salam..
    singgah pagi kat sini...
    sangat menarik okey..
    InsyaÁllah klu sampai sana...nak singgah jugak laaa

    ReplyDelete
  4. erkkk selalu singgah melaka and ke aeon melaka.. tap x pasan kedai ni..huk huk.. ni yg mau terjah....

    ReplyDelete
  5. wah wah... nice semua makanan di sini ye sis..

    ReplyDelete
  6. Makkk aihhh...mahal cam gampang..

    ReplyDelete
  7. baca sampai lupa nak bernafas.. haha! maybe sebab penceritaan yg terlalu eksaited sampai yg membaca pun bace bersungguh2 sampai abaikan penanda wacana.. hahaha! time kasih. esok nk pegi melaka nk terai lah kedai ni. semoga kedai ni bukakkk

    ReplyDelete

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..