Pakej Perkahwinan : Kajang Perdana Avenue Akan Mula Beroperasi Disember Ini

by - November 12, 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Yeayyyy,izinkan saya berkongsi satu info dimana pelanggan-pelanggan atau yang sudah kenal dengan Felda D'Saji Sdn Bhd akan mula bertapak di area Kajang, Bangi, Cheras, Semenyih, Putrajaya, Serdang dan yang berdekatan dengannya. Okay, kalau korang nak tahu.. sudah 90% pembinaan ini telah siap dibina dan akan dijangka beroperasi pada Disember 2015. So, orang Kajang, Bangi, Cheras, Semenyih, Putrajaya, Serdang dan sewaktu dengannya,are u ready guyssssss????? Bukan semata-mata nak adakan majlis perkahwinan je kat sini awak semua. Tapi banyak lagi :D


Teringin jugak aku nak tahu, antara dewan dan rumah... mana pilihan bakal pengantin? Kenapa rumah? kenapa tak dewan je? Bukan ke kalau dewan lagi memudahkan ? Haaaaaa,setiap orang ada pendapat masing-masing. So, bakal pengantin,bakal usahawan serta semuanya..... Korang tak tahu nak adakan majlis kat mana? Haaaaaaaaaa....kat entri ini akan terjawab semuanya...


Siapa yang tak tahu lagi tentang Felda D'Saji ini boleh rujuk Asmara Penchala dan Orchard Villa . Setiap tempat ada konsep tersendiri dan kedua-dua tempat ini kepunyaan Felda D'Saji. Servis yang terbaik pernah aku tahu tentang Felda D'Saji ini adalah katering dia. Makanan dia memang DAEBAK!!!!! SEDAPPPPPP!!!! Pernah try?



Venue Terbaru Felda D'Saji Sdn Bhd : Kajang Perdana Avenue

Alamat: 
Jalan Kajang Perdana 2/2,
Taman Kajang Perdana,
43000 Kajang Selangor.







Seperti yang diberitahu di atas tadi. Kajang Perdana Avenue ini akan beroperasi pada Disember 2015. InshaAllah dengan izin Allah SWT jika semuanya berjalan lancar. Promosi bermula dari RM28 x 500 pax tetamu sehingga 600 orang di mana 200 pax di ruangan berhawa dingin dan 400 pax di ruangan terbuka yang lengkap dengan kipas gergasi.

Kemudahan yang disediakan:-
  • Parking sehingga 250 buah kereta dalam satu masa
  • Bilik menunggu VVIP/VIP 
  • Bilik persalinan pengantin yang dilengkapi bilik air,tandas, surau
  • Pejabat jualan

Akses yang mudah melalui:-
  • SILK Highway
  • Persiaran Kajang-Semenyih By pass
  • Cheras-Kajang Highway
  • Seremban-Kajang Highway
  • Jalan Semenyih

Pakej perkahwinan di Kajang Perdana Avenue ini termasuk:-
  • Penggunaan tempat 
  • Penyediaan katering, layanan tetamu dan VVIP
  • Hiasan Pelamin
  • Walkway dan Archo Dummy Cake 3 tingkat
  • Standard PA sistem
  • Kawalan lalulintas oleh RELA

Avenue juga sesuai untuk acara:-
  • Konvokesyen tadika
  • Makan Malam Korporat
  • Fashion Show
  • Pelancaran Produk
  • Seminar
  • Bengkel pembelajaran

Untuk pengetahuan korang, Kajang Perdana Avenue ini mempunyai kawasan yang luas juga amat sesuai dijadikan majlis konvokesyen untuk tadika dan aktiviti kanak-kanak juga amat sesuai dilakukan seperti sand art, bouncy dan sebagainya. Okay,bawah ni aku belanja beberapa keping gambar dulu ye. Yang sebetulnya inshaAllah bulan 12 ni. Heeee,tak sabar ^___^





 Artist Illustration & Sample Pelamin











Dekat Orchard Villa ni kan korang ( bakal pengantin terutamanya ) . Mereka sangat profesional dan kalau korang nak tahu, katering Orchard Villa ni dari FELDA D'SAJI, korang pernah dengar tak FELDA D'SAJI? Femes kot ! Memang merata dah FELDA D'SAJI ni ada. Sebelum ni aku pernah pergi ASMARA PENCHALA pun katering dia dari FELDA D'SAJI. Memang kalau kat Asmara Penchala pun sedap makanan dia,sah-sah kat Orchard Villa pun sedap.







So, jumpa bulan 12 nanti Kajang Perdana Avenue,inshaAllah ....will update soon and more picture ! Tak sabar jugak aku nak geledah Kajang Perdana Avenue ni. Jangan lupa, Kajang Perdana Avenue ini mula beroperasi pada bulan 12 tahun ini jugak. Doakan semoga semuanya berjalan dengan lancar ye awak semua? Haaaaaa...lepas ni makin ramai la orang nak buat majlis korporat atau majlis perkahwinan kat sini. Sebab? Aku yakin, konsep yang bakal Felda D'Saji ini lakukan tak pernah menghampakan aku even kawan-kawan aku yang pernah cuba servis ini :D


Sebarang pertanyaan boleh hubungi:-

FACEBOOK | WEBSITE
Tel: 
03-8881 1311 (Pej Putrajaya)
03-2698 8302 (HQ)
Fax: 
03-8881 1372 ( Pej Putrajaya ) 
03-2692 4159 (HQ)
PIC:
Encik Syaiful Nazlan - 013-386 0453
Puan Nurul Nadia - 019-295 6232
Salam Sayang,
Mek Onie
letopink@yahoo.com

You May Also Like

3 comments

  1. Waaaa. Nanti awak nak kawin kat sini ke?

    ReplyDelete
  2. saya menyediakan pakej pengapit dengan harga patut... :P

    ReplyDelete

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..