SIDANG MEDIA BERKAMPUNG MACAM VIP BERSAMA TONTON

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Bila throwback balik kisah kampung ni tetiba rindu pulak aku dengan halaman kampung aku, suasana kampung dan segala benda yang berkaitan dengan aktiviti serta perilaku kampung. Serius rindu. Bila part balik kampung ni je tak payah cakaplah. Kalau boleh nak stay terus kat sana. Sebab? Suasana kampung aman damai. Bangun pagi je nyaman je rasa. Tak macam bandar,huhu.. (okay,bukan sesi mengeluh tau..tapi inilah realiti). Dah bila hari tu aku pergi event yang tema dia kampung, homai... terus aku rindu yang amat dengan kampung. 


Sebut balik kisah kampung ni, korang perasan tak aku 2 minggu lepas duk gigih guna hashtag #BerkampungMacamVIP . Iyeeeeee, ada kisah dia tau sebenarnya. Memang la tema dia tu kampung. Tapi apa kaitan kampung dengan VIP dan Tonton segala ni kan? Haaaaaaa, tu korang kena la baca sampai habis. Sebut kampung,yes aku suka. Sebut VIP, yes aku suka jugak dan sebut Tonton, Homaiiiiiii tergila sekejap rasa. Sebab sebenarnya aku adalah peminat tegar drama di Tonton waktu dahulu kala.


#BerkampungMacamVIP

#BerkampungMacamVIP

#BerkampungMacamVIP

#BerkampungMacamVIP

Azrel Ismail Dan Ruhainies
Pengacara yang menggeletek penonton


Pengacara bersama Duta Tonton, Saharul Ridzwan dan Mia Ahmad

Sesi autograf

Kalau korang nak tahu, Saharul Ridzwan dan Mia Ahmad adalah selebriti yang tak perlu di gembar gembur dah sebab mereka ini adalah selebriti yang terkenal di tanah air. Dan sejujurnya aku adalah peminat tegar artis kepada Saharul Ridzwan,mihmihmihmih...Mereka ini adalah dua duta tonton bagi program Bahasa Melayu sejak 20 April 2016 yang lalu. Wahwahwahwah.. Tahniah jugak aku ucapkan kepada mereka ini kerana telah menambat hati tonton untuk menjadikan mereka sebagai duta tonton. Selain Saharul Ridzwan dan Mia Ahmad ni,  Tonton juga melantik Soo Wincci dan Helney Hii sebagai duta untuk program Bahasa Cina. 


Banyak pembaharuan yang telah dibuat dan diperkenalkan oleh Tonton VIP serta Tonton kini menjadi lebih padat dan canggih. Haaaa,apa yang padat? apa yang canggih tu kan? Macam ni. Sape la yang tak kenal dengan portal video nombor satu Malaysia iaitu Tonton ni kan? Tipu la sape yang tak pernah dengar tu. Zaman internet kot sekarang,hehe... Kalau korang nak tahukan, lebih 5.9 juta pelanggan di Tonton dan Tonton sendiri BERJAYA mencipta era baharu yang melanda dunia hiburan tanah air kita dengan menyajikan pelbagi filem dan drama. Tak kira la drama tempatan atau antarabangsakan. Nama pun Tonton. Sah-sahlah segala drama tempatan ada dalam tu,yang bestnya drama-drama yang bakal ditayangkan didatangkan khas dengan konsep berdefinasi tinggi iaitu HD dan ada jugak drama yang disiarkan beberapa bulan awal sebelum disiarkan di kaca tv. Haaaaaaaaaa, tak salahkan jadi yang pertama? 


Mereka orang kuat Tonton


Ikutkan, sape yang bernasib baik masa Hari Kemerdekaan lepas tu kan, beberapa proragam eksklusif seperti It's A Date, Cinta Roller Coaster dan Secret Lover. Selain itu, program eksklusif Tonton seperti Hijab Chic, Crazee Stupid Stuff, 1001: Celebrity Encounters dan Cinta Masam Manis merupakan program yang aku rasa korang tolonglah jangan terlepas. Sebab aku sendiri dah tengok trailer dia. Sumpah best. Lagi-lagi Hijab Chic dan Cinta Masam Manis,hikkkk.....


Macamana nak melanggan pakej VIP terbaru ni ?
  1. Boleh melanggan pakej VIP serendah RM3 yang menawarkan program siaran langsung, saluran premium dan arkib video tonton melebihi 23,000 jam tanpa sebarang iklan video.

Plan bermula pada harga?
  1. RM3 - 1 hari
  2. RM5 - 7 hari/1 minggu
  3. RM10 - 1 bulan
  4. RM96 - 1 tahun

Apapun, pengguna Tonton yang bukan VIP dah tu, korang tak payah risau sebabnya korang masih boleh menikmati program yang disajikan secara percuma contohnya kandungan berita, bual bicara dan program yang bersiaran secara langsung dan banyak lagi. Untungnya kat sini, pengguna Tonton yang bukan VIP masih lagi boleh menonton 2 episod pertama setiap drama bersiri lama dan baru tanpa bayaran pun haaaa, cumanya rasa macam rugi plak kalau tengok cerita sangkut-sangkut ni pastu nak kena tunggu drama,haaaaaaa.....


Desa Balqis Kuala Linggi


Saharul Ridzwan

Suasana #BerkampungMacamVIP

Saharul Ridzwan yang sangat friendly

Barisan-barisan VIP,eh

This is #BerkampungMacamVIP


#BerkampungMacamVIP

Gambar rumah atas ni lah tempat aku stay dan tempat ni jugaklah buat aku teringat kat kampung. Huwarrrrrrrr.... Btw, terima kasih kerana menaja penginapan kami di sini iaitu di Desa Balqis Kuala Linggi. Ruginya, aku sampai malam dan tak sempat nak tengok-tengok pantai.



" Dengan menawarkan pelbagai program tempatan yang menarik dan hebat, Tonton akan menjadi pilihan utama dalam kalangan rakyat Malaysia di mana para pengguna boleh menonton program-program kegemaran mereka itu keselesaan masing-masing, di mana sahaja mereka berada," kata Airin Zainul, Pengurusan Besar Kumpulan ntv7,8TV dan Tonton.


Apapun, aku ucapkan tahniah kepada Tonton kerana ada pembaharuan begini. Sebenarnya aku tak sabar nak tengok cerita hantu 1001 Celebrity Encounters tu, huwarrghhhhh.... So, korang pun janganlah lepaskan peluang untuk Tonton Macam VIP, hehe...

Untuk maklumat lanjut korang boleh rujuk link bawah ni tau :)



SALAM SAYANG,
Mek Onie
letopink@yahoo.com

Tiada ulasan:

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..