MAKANAN MINUMAN JEPUN KESUKAAN KORANG DAH SAMPAI MALAYSIA


Makanan Minuman Jepun Kesujaan Korang Dah Sampai Malaysia | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Yeayyyy haritu aku ke Nu Sentral dan nak menghala ke Monorel pergi Bukit Bintang kemudian terperasan kedai FamilyMart ni. Orang berpusu-pusu keluar masuk dari kedai tu dan aku pelik kenapa ramai sangat yang keluar masuk. Walhal kedai jajan-jajan gitu je. Sekali bila kata hati kata masuklah onie masuklah onie. Maka aku pun meluru masuk ke dalam kedai tersebut aku perhati setiap sudut dan first impression aku sangatlah wowwww sebab aku ternampak coklat yang kawan aku hadiahkan semasa dia pulang dari Osaka dan ada terjual di FamilyMart ini adalah satu perasaan yang wowww jugaklah kan. Bukan coklat je. Pelbagai makanan minuman ada dijual di sini dan dah tentu makanan minuman dari Jepun turut terjual di sini. So kalau korang nak tahu, FamilyMart ni sangat femes di Jepun tau sejak tahun 1973 lagi haaaa.. See lama gila dah kan? 



Bestnya lagi, cashier di sini sangat peramah,cepat dan tangkas! Bila pelanggan keluar dari kedai tersebut mesti muka happy je memasing dan paling aku perasan adalah ramai yang beli aiskrim kon berperisa Matcha tu haaaa... masa tu aku berpuasa lagi dan belum tiba waktu berbuka pun untuk aku beli aiskrim kon yang kesukaan ramai manusia tu. Jadi di sini, bila aku tengok ramai yang membeli aiskrim kon dan ketip gambar itu membuatkan aku tambah pelik lagi dan apa benda ni sampai femes sangat nak ketip-ketip gambar tu haaa? See. Membuatkan aku tertanya-tanya haaaaa...



Selain dari aiskrim, minuman seperti gambar di atas pun turut dijual dan perasa dia kebanyakannya ramai yang suka dengan harga berpatutan.


Pelbagai mi segera yang turut terjual di sini. Ramen samyang kesukaan ramai pun ada haaa... 


Satu lagi aiskrim Matcha. Ya rabbi, kenapa buat air liur aku nak meleleh je bila tengok aiskrim Matcha ni. Harga dia pun bolehlah. Murah jugak.


Pelbagai Mi Segera yang ada.




Biskut ni sumpah sedap gila weh. Menyesal tak beli banyak buat stok ritu. Huwarrrr... 


Siapa yang ke Jepun kalau tak beli coklat ni memang tak sahkan. Tapi jangan risau, di FamilyMart pun dah ada terjual tau korang.




Last but not least, minuman kegilaan ramai banana milk! Ya Rabbi patutlah ramai yang gila. Sedap yang amat rasa dia dan kenyang sejurus kau minum banana milk ni! Terbaik FamilyMart  Harap-harap kat area shah alam ke puncak alam ke ada la seketul. Aummm...


Salam Sayang,
Mek Onie
mekonie@yahoo.com


2 ulasan:

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..