LATANA THE BOBOHIZAN KEPERCAYAAN DAN BUDAYA DI SABAH

by - January 22, 2018


Latana The Bobohizan Kepercayaan Dan Budaya Di Sabah | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Alhamdulillah. Menjadi penonton semasa menghadirkan diri di Panggung Experimental Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) yang terletak di Jalan Tun Ismail, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kali ini aku akan berkongsi pengalaman dan menceritakan sedikit berkenaan 'Latana The Bobohizan' yang dipentaskan dalam bentuk drama tari. Pertama kali juga aku ke Panggung Experimental ASWARA ini. Memang meriah !


Untuk pengetahuan semua pementasan drama tari 'Latana The Bobohizan' ini diadakan bersempena dengan tahun melawat Sabah bagi tahun 2018 iaitu di Keningau. So, di sini siapa yang pernah ke Keningau? Mesti masih ramai yang belum menjejaki Keningau kan? InshaAllah kalau ada rezeki aku akan Keningau nanti. Tapi sebelum tu, doakan semoga perjalanan aku ke Kota Kinabalu dan Kundasang pada bulan 3 ini berjalan dengan lancar. 


Info tentang Drama Tari 'Latana The Bobohizan' :

  1. Di negeri Sabah, banyak kepercayaan dan budaya yang terkenal dimana menjadi ikutan dan amalan dalam kehidupan seharian. Kepercayaan terhadap bomoh wanita yang digelar Bobohizan ini wujud sejak ratusan tahun lampau dalam kalangan kaum Dusun seta sub suku yang lain seperti Kadazan, Lotud, Kimaragang, Tatana, Rungus dan sebagainya. Institusi Bobohizan dipercayai bermula seawal wujudnya imej pencipta (Kinoingan) yang mana isteri kepada Kinoingan merupakan Bobohizan yang pertama.
  2. Kelainan pada pementasan kali ini adalah penceritaan dengan dipentaskan dalam bentuk persembahan drama tari dimana para penonton dapat melihat sebuah tradisi dan budaya yang menjadi amalan oleh masyarakat kadazandusun yang dianggap sebagai pemimpin dan ketua dalam menyelesaikan masalah melalui upacara ritual bermula dari kelahiran sehingga kematian.
  3. Mereka mengamalkan sistem kepercayaan animisme dan merupakan kelompok masyarakat yang mempraktikkan sistem 'Egalitarian' iaitu berpegang kepada konsep kesamarataan dalam kehidupan bermasyarakat. 
  4. Konsep kepercayaan dan amalan mereka berasaskan bahawa setiap benda yang wujud termasuklah manusia akan dipanggil sebagai Minamangun dan setiap ciptaan yang bernyawa pula dipanggil sebagai tusod-tusod dan masing-masing mempunyai peranan yang tersendiri.
  5. Secara tradisinya, kebudayaan merupakan keseluruhan cara hidup yang termasuk di dalamnya adalah pengetahuan, kepercayaan, seni, moral, undang-undang, adat resam dan kemungkinan-kemungkinan serta kebiasaan yang dipelajari oleh manusia sebagai ahli dalam masyarakat.
  6. Istilah Bobohizan adalah bermaksud mereka yang sangat arif dan pakar dalam melafazkan mantera yang dianggap sakral dan suci bagi pengamal kepercayaan ini. Terdapat empat asas ritual iaitu Ingkau, Divato, Dimpunan dan Tingkayu.

Seperti yang korang akan lihat gambar di bawah ini adalah pementasan drama tari yang menampilkan barisan para performer pelajar dan alumni fakulti tari dan teater ASWARA di bawa pimpinan Saudara Aim Zackry (Pengarah). Drama tari 'Latana The Bobohizan' ini mengisahkan tentang seorang Bobohizan yang terdiri daripada golongan wanita dan berpengaruh dalam budaya masyarakat Kadazandusun. Pementasan ini juga melalui rangkaian koreografi gerak tari berdasarkan penceritaan yang disampaikan. Projek ini bertujuan untuk membantu usaha dalam mempromosikan produk Kebudayaan Negeri Sabah khususnya Kadazandusun sekaligus menyamput Tahun Melawat Sabah 2018 (Keningau) yang telah dilancarkan oleh Pegawai Daerah Keningau, Tuan Haji Yusop Haji Osman. Tahniah Keningau !


SINOPSIS 'Latana The Bobohizan'



  • Sebuah persembahan drama tari yang diberi tajuk 'Latana The Bobohizan' . Pementasan ini mengisahkan sebuah kisah mengenai peranan Bobohizan yang membawa watak utama dikenali sebagai Latana. Beliau mempunyai kelebihan dari segi kebolehan pengantara alam ghaib dan nyata dalam menghadapi pelbagai situasi melalui penceritaan kelahirannya, adat perkahwinan, bencana alam, merawat penyakit, konflik perebutan kuasa, kematian dan meraikan hari memperingati. Dalam persembahan tersebut dipentaskan dalam bentuk drama tari yang merupakan sebuat persembahan tarian yang disampaikan menggunakan plot secara berpandukan konsep, tema atau jalan cerita tertentu. Persembahan ini disampaikan secara berkumpulan mengikut koreografi tertentu dalam pembentukan gerak tari. Memandangkan segala penceritaan mengenai masyarakat Kadazandusun khususnya watak Latana sebagai Bobohizan banyak melibatkan pergerakan di dalam setiap upacara yang diketuai.




KELAHIRAN
  • Disaat Anggok melahirkan anaknya, Odu Lijah memberitahu bahawa adanya dahau (roh baik) yang dikurniakan oleh aki-ngabalu (nenek moyang) akan mendampingi anaknya kelak. Anggok telah meninggal dunia ketika melahirkan anak dan bayi tersebut disambut baik oleh Odu Lijah yang diberi nama Latana. Kelahiran bayi tersebut disinari cahaya yang bersinar pada wajahnya bersesuaian dengan kepercayaan pemberian nama Latana sebagai pelapis baru Bobohizan dan bakal menjadi seorang yang berpengaruh dan mempunyai kelebihan yang luar biasa.




MEMPELAJARI ILMU RITUAL
  • Dengan kelebihan yang ada pada Latana, beliau mula tertarik dengan hal spiritual dan mula mempelajari ilmu-ilmu ritual antara syarat untuk menjadi Bobohizan sebagai pelapis muda Bobohizan yang bergurukan Odu Lijah.





PERKAHWINAN
  • Perkahwinan Gandis dan Latana mendapat restu daripada kedua belah pihak iaitu Odu Lijah dan keluarga Gandis.



TOLAK BALA
  • Kg.Banyan Dusun dilanda musim kemarau yang teruk sehingga menyebabkan seluruh tanaman menjadi kurang subur dan rosak. Odu Lijah yang melihat keadaan itu cuba membantu dengan melakukan upacara, tetapi tidak berjaya.



KEMATIAN
  • Latana mencari penyelesaian dengan menaiki gunung bagi melakukan ritual tolak bala untuk membantu mengubati Odu Lijah tetapi tidak berjaya. Odu Lijah sempat menyerahkan pedang miliknya kepada Latana sebagai tanda lantikan Bobohizan. Odu Lijah akhirnya meninggal dunia.



RITUAL DAN ALAM GHAIB
  • Latana melakukan ritual tolak bala untuk menyelesaikan pergaduhan tersebut tetapi pengsan dan mendapat mimpi Odu Lijah datang memberitahunya bahawa seseorang perlu dikorbankan bagi memulihkan keadaan tersebut. Latana memberitahu mimpinya secara terbuka kepada penduduk kampung.



MAGAVAU
  • Sebagai tanda membalas budi di atas pengorbanan Latana, penduduk kampung mengadakan upacara Magavau sebagai tanda kesyukuran dan memperingati peristiwa itu.



Tuan Haji Yusop Haji Osman, Pegawai Daerah Keningau, semasa majlis pelancaran bagi menyambut Tahun Melawat Sabah 2018 (Keningau). Tahniah Keningau! InshaAllah saya datang!

Bersama Faizal Ashraf Azhar, Pengurus Acara yang merupakan pelajar Tahun 3, Semester 5 Program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Seni dan Budaya dengan Kepujian. Tahniah Pengurus Acara. Teruja saya tengok Pementasan Drama Tari ini. Seronok jugak belajar kepercayaan dan budaya yang ada di Negeri Sabah kan. Actually, banyak lagi kepercayaan dan budaya yang ada dalam Malaysia ini. InshaAllah, saya akan explore satu per satu.

You May Also Like

1 comments

  1. Hi, this is from Monsopiad Heritage Village, I understand that you guys are promoting a Drama Theater under Latana, as she is one of our Monsopiad's Descendant and the High Priestesses back here at Penampang, Sabah. May I know are you selling this product for a business purposes or only for the Official opening ceremony for Keningau Visit Year 2018?

    ReplyDelete

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..