JOM SERTAI PENCARIAN IKON WANITA MELAYU 2018

by - March 27, 2018

Jom Sertai Pencarian Ikon Wanita Melayu 2018 | "Siapa minat gila nak jadi model dan menang? Yang pasti plussize pun boleh join ! Saya akan kongsi di mekonie.com" Dah bacakan status aku yang tu? Kalau dah baca tahniah kerana anda berminat. Ramai jugak yang bagi respon positif. Terima kasih korang kerana sudi meninggalkan jejak di petak komen aku. Sangat terharu dan yes. Cara-cara nak join adalah sangat mudah. Sebelum aku nak kongsi tentang pencarian ini. Yes. Selama 4 tahun telah berlangsung pencarian yang mendapat banyak sambutan daripada mereka yang terus mencuba nasib. Tahniah kepada mereka yang berjaya dan yang tak berjaya. Mana tahu, ini peluang untuk korang pula?


JOM SERTAI PENCARIAN IKON WANITA MELAYU 2018


Pencarian yang aku maksudkan ini adalah Pencarian Ikon Wanita Melayu 2018  (PWM2018), kembali membuka peluang untuk semua gadis Melayu di luar sana untuk bergelar Ikon Wanita 2018. Menariknnya untuk kali ini, pihak Plaza Shah Alam sebagai penganjur utama telah membuka peluang kepada gadis yang bersaiz plus size atau 'curvy' untuk turut serta mencuba nasib bergelar Ikon Wanita Melayu. Yesssss...Korang yang plus size dan berkeyakinan pun boleh cuba! Jangan terus rasa down dengan diri sendiri kalau belum mencuba.


Sedikit info tentang Pencarian Ikon Wanita Melayu 2018:

Mula dianjurkan pada tahun 2014, Pencarian Wanita Melayu diwujudkan bagi mencari gadis Melayu yang masih mengamalkan gaya hidup Melayu dalam dunia serba moden  hari ini. Peserta yang diangkat sebagai pemenang utama akan diberikan gelaran IKON WANITA yang melengkapi ciri-ciri seperti personaliti menarik, beretika dan memiliki pemikiran yang seiring dengan kemajuan dunia moden hariini. Sepanjang penganjuran acara ini, empat Ikon Wanita telah diangkat iaitu Ashira Kaseh, Ayu Harris, Hazwani Zaini dan Nurul Ain Basiron.


Cara Menyertai Pencarian Ikon Wanita Melayu 2018 :

  1. Penyertaan secara atas talian dibuka untuk peserta mendaftar sejak akhir Januari 2018 lalu di laman web rasmi www.plazashahalam.com dengan syarat lengkap penyertaan. 
  2. Peserta dikehendaki mengisi setiap butiran tersedia dan mengepilkan gambar terbaik mereka sebagai rujukan pihak penganjur dan koordinator.
  3. Sesi ujibakat bakal diadakan pada 31 Mac 2018 (Sabtu) bertempat di Plaza Shah Alam bermula jam 11 pagi bagi sesi pertama dan jam 2 petang bagi sesi kedua.
  4. Bagi sesi ujibakat ini pemarkahan para peserta akan dinilai daripada sudut personaliti, skill komunikasi dan bakat yang untuk ditonjolkan.
  5. Beberapa soalan akan diajukan oleh juri terpilih bagi melihat keupayaan serta kebolehan para peserta dalam menjawab soalan secara spontan dalam masa yang ditetapkan.
  6. Penyertaan akan ditutup pada 5 April 2018



TAGLINE Pencarian Ikon Wanita Melayu Bagi Tahun 2018:
"MALAY GIRLS RULE TOO"



Tagline "MALAY GIRLS RULE TOO" ini akan digunakan sepanjang tempoh penganjuran Pencarian Wanita Melayu 2018 pada tahun ini. So, siapa yang bakal menjuarai dan memenangi hati juri nanti dengan tagline ini? Fuhhhh!


JOM SERTAI PENCARIAN IKON WANITA MELAYU 2018


Mentoring Session:

Pada pertama kalinya sesi mentoring akan diadakan pada tahun 2018 untuk finalis yang terpilih. Empat mentor terpilih adalah pemenang Pencarian Wanita Melayu sebelum ini terdiri daripada Ashira Kaseh (Pemenang 2014), Ayu Harris (Pemenang 2015), Hazwani Zaini (Pemenang 2016) dan Nurul Ain (Pemenang 2017). Setiap mentor akan mengendalikan 3 finalis yang akan dibentuk personaliti, keyakinan serta imej mereka sebagai wanita Melayu dalam beberapa aktiviti yang telah disusun. Kelas solekan, etika, pertandingan memasak dan aktiviti luar sebagai riadah telah disusun sepanjang tempoh seminggu sebelum mereka melangkah ke sesi final PWM2018.


JOM SERTAI PENCARIAN IKON WANITA MELAYU 2018


Habib Jewels Selaku Penaja Utama Pencarian Wanita Melayu 2018 (PWM2018)

Seperti tahun sebelumnya, HABIB JEWELS menjadi penaja utama program Pencarian Wanita Melayu  2018 kali ini. Antara penaja lain yang turut memberi sokongan terhadap penganjuran PWM2018 adalah Ice-Watch, Elianto, ARCO.MY dan D'Qapas.



Siap Sedia Kepada 12 Finalis Pencarian Wanita Melayu 2018 (PWM2018)

Antara aktiviti yang telah disusun untuk 12 Finalis Pencarian Wanita Melayu 2018 (PWM2018):

31 Mac 2018 : Sesi Ujibakat di ruang legar Plaza Shah Alam
5 April 2018 : Press Conference Pencarian Wanita Melayu 2018
21 April 2018 : Semi-final Pencarian Wanita Melayu 2018
22 April 2018 : Mentoring Session : Rock Climbing, Kelas Etika, Perundingan Imej & Sesi Fitting Acara Final
23 April 2018 : Kelas & Demo Solekan Bersama ELIANTO di Elianto HQ, Mid Valley
25 April 2018 : Lawatan ke HQ Habib Jewels selaku penaja utama Pencarian Wanita Melayu 2018 (PWM2018)
26 April 2018 : Pertandingan Memasak di Plaza Shah Alam
28 April 2018 : Acara Kemuncak Pencarian Wanita Melayu 2018 di Plaza Shah Alam pada 2 - 5 Petang


JOM SERTAI PENCARIAN IKON WANITA MELAYU 2018


Sedikit Tentang Plaza Shah Alam:

Plaza Shah Alam berlokasi di tengah kesibukan Bandaraya Shah Alam yang terletak di Seksyen 9. Lebih sepuluh tahun memberikan keterujaan serta pengalaman beli-belah buat kejiranan Shah Alam, Plaza Shah Alam hari ini sinonim sebagai sebuah hub sehenti yang menawarkan keperluan gaya hidup seharian.


Tawaran gaya hidup tidak hanya terikat pada idea seperti F&B, Fesyen dan Kecantikan. Plaza Shah Alam juga menjadi pusat tumpuan servis dengan adanya badan kerajaan yang berpusat di sini seperti Jabatan Pendaftaran Negara, FAMA dan lain-lain. Sehingga hari ini kami menawarkan segala bentuk pengalaman beli-belah untuk semua pengunjung daripada kelas pertengahan ke atas. Plaza Shah Alam dimiliki oleh syarikat Evergreen Venues Sdn.Bhd.


Untuk syarat-syarat boleh baca di laman web Plaza Shah Alam:




You May Also Like

20 comments

  1. Wow! Ikon wanita melayu cantik-cantik belaka..

    Good luck for those whom are participating..

    ReplyDelete
  2. harap pemenang dapat membawa namanya dengan baik dan juga meberikan manfaat kepada semua dengan sikapnya. salam kenal dari saya :) #done follow

    ReplyDelete
  3. Cantik semuanya model yang diambil gambarnya. Penaja pun antara syarikat yang hebat di Malaysia. Semoga berjaya kepada peserta yang berdaftar.

    ReplyDelete
  4. All the best untuk yang bakal join..kita xlayak nak join..huhu..semoga event berlangsung dengan jayanya dan tak sabar nak tengok bakal pemenang tu..

    ReplyDelete
  5. Siapa yang rasa layak tu boleh lah join pencarian ikon wanita melayu ni. Sekarang ni macam agak payah jugak nak jumpa wanita yang mengamalkan gaya hidup Melayu dalam zaman yang serba serbi moden ni.

    ReplyDelete
  6. OMG , kalau la sis cantik ... Tapi tak lepas tang ketinggian pula . Alahai... Cecantik nya derang tu semua.

    ReplyDelete
  7. Kembali lagi pertandingan pencarian ikon wanita melayu. Gadis plus size pun cantik dan berbakat apa kan. Suatu kelainan untuk pertandingan tahun ni. Bab lawatan ke HQ Habib Jewels tu pastilah best. Btw, pertandingan memasak, calon bertanding ke yang memasak? Psst; Ejaan WEBSITE awak tu dah typo ke WEBISTE. Muahh.

    ReplyDelete
  8. Oh...setiap tahun pertandingan ni ye..nasib akak dah tua..kalau muda dah alama akak join ni..menarik betul..hehehe..nak hantar anak join pun anak x cukup umur

    ReplyDelete
  9. Amboi Mekonie nak jadi wanita Melayu Pilihan ker heheheheh tapi kena jadi seorang wanita yang bijak dan berilmu untuk mewakili orang melau dan tahu adab serta budaya melayu....

    ReplyDelete
  10. Woahhh.. Bukan calang-calang punya gelaran ni! Mestilah datang dengan tanggungjawab yang besar kepada sesiapa yang menang nanti! Apapun untuk menilai program macam ni sudah tentu menitikberatkan kecantikan rohani selain jasmani kan?

    ReplyDelete
  11. Bila bab wanita dari Malaysia ni. Bukan susah nak cari Tapi kriteria2 yg penting pada zaman sekarang amatlah very rare. Keayuan, kelembutan, tutup kata yang baik dan perilaku yang bagus untuk dijadikan role model untuk perempuan di luar sana.

    ReplyDelete
  12. Kemain ada contest ni. Agak-agak, kalau rendah ada chance nak sertai ke tak?

    ReplyDelete
  13. Eh yang baju biru tu macam muka awok la...
    Tak join ke Mek Onie?

    ReplyDelete
  14. Bestnya mesti yang join ni semua berbakat kan
    suka tengok wanita berkeyakinan dan educated n

    ReplyDelete
  15. Pernah cover event ni 2 tahun lepas. Mmg menarik, bukan setakat uji minda peserta tetapi personaliti juga

    ReplyDelete
  16. wah cantik betul gadis gadis melayu, tu orang kata siapa bilang gadis melayu tak menawan, tak menarik hati... hahahaha..

    tapi i tak ada kriteria lah nak jadi model, jadi penulis bolehlah haha

    ReplyDelete
  17. Macam menarik program ni. Bagus program ni diadakan boleh mwnguji minda peserta

    ReplyDelete
  18. Kalau boleh biarlah wanita melayu yang dicari mempunyai wajah wanta melayu asli..no mix muka mat salleh kan?

    ReplyDelete
  19. It is great that they have a platform like this to find a stunning icon. All the best to those entering for 2018, I am sure the experience is going to be like no other.

    ReplyDelete
  20. wahhh bagus ni. sesiapa yang ada bakat, cantik and beauty with brain layak ni apply! Boleh tak ika pun nak masuk hehe

    ReplyDelete

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..