SINGGAH SEBENTAR DI ISTANA AIR TAMAN SARI, YOGYAKARTA

by - February 26, 2019




Singgah Sebentar Di Istana Air Taman Sari, Yogyakarta | Setelah aku melawati Istana Sultan Di Keraton Yogyakarta, aku dan rakan media lain hanya berjalan kaki untuk sampai ke Taman Sari ini. Tiket masuk ke Taman Sari ini adalah Rp.5000 dan Rp1000 bagi yang nak mengambil gambar dan video. 





Keindahan Taman Sari ini terus mendapat kunjungan orang ramai termasuk aku sendiri agak teruja apabila tibanya di Istana Air yang pernah gah suatu masa dahulu. Taman Sari ini mempunyai reka bentuk bangunan yang sangat luar biasa dan masih timbul persoalan kenapa begini binaannya. Sungguh aku pun agak tertanya apabila sampai di sini. Tapi setiap pembinaan itu ada sebab-sebab tersendiri. Jadi, dengan tiket masuk yang murah, hargailah peluang yang ada di Taman Sari ini.




Masa aku pergi, sangat ramai kunjungan, jadi untuk bergambar sebenarnya agak susah tapi cukuplah untuk aku menghayati setiap sudut yang ada di Taman Sari ini.



Info Dan Sebab Kenapa Anda Perlu Ke Taman Sari Ini?


  • Tiket masuk yang murah.
  • Merupakan peninggalan bekas taman atau kebun istana Keraton Ngayogyakarta Hadinigrat.
  • Dahulunya, taman ini dinamakan sebagai The Fragrant Garden yang memiliki keluasan 10 hektar serta mempunyai 57 bangunan seperti gedung, kolam pemandian, jambatan gantung, kanal air, danau buatan, pulau buatan dan lorong bawah air.
  • Taman Sari ini berfungsi sebagai kubu pertahanan terakhir jika istana diserang oleh musuh.


  • Taman Sari ini mempunyai 4 bahagian tertentu dimana bahagian pertama adalah danau buatan, bahagian kedua adalah danau buatan antara lain ialah Pemandian Umbul Binangun. Manakala bahagian ketiga pula adalah Pasarean Ledok Sari dan Kolam Garjitawati serta bahagian keempat adalah bahagian yang ditinggalkan seperti dermaga dan bekas jambatan gantung.
  • Pada bahagian pertama inilah terdapat Sumur Gumuling, Pulo Kenongo dan Pulo Cemethi. Lazimnya, di Sumur Gumuling ini seringkali mendapat perhatian bagi mereka yang masuk ke Taman Sari untuk bergambar kerana seni binanya yang sangat indah dan luar biasa. Di Sumur Gumuling ini juga pernah menjadi tapak masjid pada zaman dahulu serta mempunyai kolah untuk mengambil air wudhuk.
  • Di Taman Sari ini tiada info yang dipertontonkan, jadi sebelum nak pergi ke Taman Sari better korang search google berkenaan Taman Sari supaya tidak lost.
  • Di bahagian bawah tanah Taman Sari terdapat terowong sebagai kubu pertahanan jika diserang musuh.

  • Di Taman Sari inilah dikenali sebagai Istana Air atau Umbul Pasiraman kerana terdapat tempat pemandian Sultan dan Permaisurinya sahaja. Di tempat pemandian ini juga ada kisahnya tersendiri dimana selain Sultan mandi di sini, hanya diizinkan perempuan sahaja yang syaratnya perlulah meninggalkan pakaian tanpa seurat benang di badan serta selain perempuan, Sultan melarang keras untuk memasuki tempat pemandian ini. 
  • Jangan lupa juga untuk luangkan masa seketika di Taman Sari tau. Take time di sini dan mohon ambil gambar di Sumur Gumuling tu tau.


Paling sedih tak dapat bergambar di tempat paling famous iaitu di Puing Masjid Sumur Gumuling, huhu. Time aku pergi memang ramai gila manusia dan kami diberi masa pendek untuk explore Taman Sari ini. InshaAllah one day aku akan ke sini lagi :)


Sponsored Trip and thank you to The Ministry of Tourism Indonesia ♥

You May Also Like

19 comments

  1. Cantik tempat ni untuk buat photoshoot.

    ReplyDelete
  2. Wah.. dah sampai yogjakarta dah dia.. huhu.. mesti syok kan kat sana .. dapat melawat macam -macam tempat yang best dan tak pernah dilawati.. ada ambil gambar banyak-banyak tak.. nak tengok.. hehehe

    ReplyDelete
  3. Ni kalau masuk sini leh ambik gambar byk2 buat stok post IG ni sbb tempat dia cantik sgt. Tp mmg spoil kan klau g time ramai org xleh nak ambik byk gambar huhu

    ReplyDelete
  4. Kalau buat nostalgic theme cantik kat sini kan..best la Onie dapat berjalan selalu luaskan pemandangan dan pengalaman..kalau akak memang akan bergambar jer la...seronok..sure ada beribu gambar...

    ReplyDelete
  5. cantik senibina istana ni.. tak rugi byar tiket sebab banyak gambar boleh ambil utk dimuatkan dalam instagram

    ReplyDelete
  6. Lawanyaa Taman Sari niiiii. Xpernah lagi nak jejak kaki ke Yogja ni. Every gambar lawa nya. Kolam2 situ semua tak boleh masuk ke?

    ReplyDelete
  7. Cantik laa tempat ni..nama pon cantik "taman Sari" macam dalam lagu Matahari Maya..ewah2..

    ReplyDelete
  8. Cantiknya Istana Air ni.Jatuh cinta betul dengan seni bina tempat ini sebab banyak unsur klasik dan juga identiti Indonesia itu sendiri. Boleh cuba kesini nnti.

    ReplyDelete
  9. ya Allah nampak cantik betul yer tempat nie. teringin nya pergi ke Yogyakarta. tak pernah lagi sampai ke sana. nanti nak pergi sini lah. boleh feeling2 model gituee.

    ReplyDelete
  10. Cantinya tempat ni. Sangat historical. Nanti nak ke jogja lab. Belum sampai lagi sini.

    ReplyDelete
  11. Onie bestnya. Apa sambungan ayat last sekali "Take time disini dan jangan.." Jangan apa Onie? Ada kisah seram ke. hehehe. Ruby suka trip belajar di negara Indonesia ni. Banyak susur galur Melayu bermula di negara ini. Kisah Sultan, Kisah Wali Songo dan kisah kehadiran agama Islam. Tambahan di sana kepelbagaian agama dan budaya juga menarik. Nak pi sana tanpa FAM trip takut plak. Hahaha. Tapi tak sihat nak join FAM Trip. Takpelah baca blog Onie je. Teruskan menulis dengan lebih lengkap. Akak tunggu!

    ReplyDelete
  12. Wow.. Nice. Saya belum berhasrat melancong jauh.. Teruja pula tengok view di sana cantik dan banyak tempat boleh kita terokai kan..

    ReplyDelete
  13. Tempatnya sgt unik.. Jarang ada kt tempat lain kan.. No wonder org yg suka travel lebih suka pergi tmpt2 cmni... Hopefully suatu hari dpt jejak kesini

    ReplyDelete
  14. tpt tinggalan sejarah yg wajib dikunjungi kalau ke sini.. akak follow awak jugak..

    ReplyDelete
  15. Istana air bunyi menarik. Untung dapat lihat dan fahami sejarah lama. Apatah sejarah negara luar...tiket murah ya.. kalau ada rezeki blh dtg sini

    ReplyDelete
  16. This place is really breathtaking, very suitable for taking awesome photos that are highly instagrammable. :)

    ReplyDelete
  17. faham sangat...memang cabaran sungguh nak ambik gambar kat tempat cantik dengan ramai orang , semua kena cepat...tapi memang suka pergi tewmpat camni sebab sejarahnya....benda lama pun tapi masih cantik terpelihara...kalau pergi akak akan jadikan blog mek onie sebagai rujukan akak...insyaAllah

    ReplyDelete
  18. Wow... I want to be that rich till I also have a huge pool just to shower.... That's really a gorgeous place.. And somehow looking at the pictures can see how majestic their lives were

    ReplyDelete
  19. Tempat bersejarah kat Indonesia. Itu yang best apabila menjelajah ke negara lain untuk mendapat pengalaman hidup, budaya hidup , makanan dan adat resam yang berlainan. Selamat bercuti!

    ReplyDelete

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..