24 February 2017

February 24, 2017

BENANG HIJAU DAN MCC ADA SALE WEI

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Heiiiiii, esok weekend dah jemah oiiiiii... pergi mana ampa semua??? Ni onie ada benda nak share ni dengan korang. Lelagi,korang ni peminat setiap pada jenama Benang Hijau dan MCC. Sekaligus buat korang jadi, 'mekkkkkk... nok hok mano so ni... kelabu mato wei lokkkkkkk...' haaaa gituh! Hujung minggu ni pulakkan benda dia. Dah!benda apa onie wehhhhh.... ???


TUDUNG BAWAL ONIE DARI BENANG HIJAU


Haaaa, meh baca sampai habis...sesungguhnyaaaa! Korang wajib ke JUALAN GURANG BESAR-BESARAN BENANG HIJAU X MCC. Di mana?Haaaaaa, korang boleh datang beramai-ramai, nak bawak sekampung pun takde hal. Nahhhhh! Copy sesiap alamat dia ni. Yang pasti di HQ MCC Bangi tau. Alamat dia nah!

No.3, Perindustrian Suntrack,
Seksyen 13,
Bandar Baru Bangi,
Selangor.

Pastu, sila set jam korang tu pada 25 dan 25 Februari 2017 tau! Wajib datang ! Sebab banyak butik pakaian muslimah popular iaitu Benang Hijau telah bergabung meletoppppp kebabom bersama butik MCC sempena jualan gudang secara BESAR-BESARAN pada 25 dan 26 Februari 2016 iaitu pada hari sabtu dan ahad. Tipu kalau kata tak free!


Kalau korang nak tahu, Benang Hijau dan MCC ni menawarkan lebihhhhhh 50 jenis tudung dengan harga RM5 je wakkk bagi penghabisan stok. Haa?tengok je? Sesiap la set date tu awak oiii... Selain tu jugak, sebanyak 100 jenis blouse,jubah dan palazzo boleh didalati dengan harga serendah RM35 dan RM50 pada hari istimewa nanti.


JUALAN GURANG BESAR-BESARAN BENANG HIJAU X MCC

JUALAN GURANG BESAR-BESARAN BENANG HIJAU X MCC

JUALAN GURANG BESAR-BESARAN BENANG HIJAU X MCC


Sape yang datang nanti, korang takkan balik dengan tangan kosong ke apa tau. Lepas je korang shopping dengan pembelian sehingga RM150, korang layakkkkkk dapat cabutan bertuah seperti hamper dan baucer tunai. Onie rasa, mesti ramai yang shopping lebih pada RM150 ni. Sebab aku sendiri bila tengok koleksi tudung dari Benang Hijau dan bebaju di MCC pun agak tergugat sebenarnya ni,huwargh! Matilanakkkkk...


Bukan tu je, Benang Hijau dan MCC turut perkenalkan tudung rekaan terbaru mereka dan dijual dengan harga istimewa. Khas untuk hari tu sahaja. Alaaaa, bencinyaaaa!Sah-sah murah ni weh.


Pada yang bawak anak-anak, dahhhhh korang tak perlu risau dah! Pasal apa tak perlu risaukan?  Haaaaa, sebab Didi & Friends iaitu watak animasi cukup famous dalam kalangan kanak-kanak turut menghiburkan hati anak-anak. Dan onie rasa, situasi seret kaki maknya dan bapaknya takkan terjadi, sebab anak-anak bahagia dengan kehadiran watak animasi Didi & Friends. Fuh! Bukan tu je, banyak lagi aktiviti korang wei... contohnya, bouncy castle, coloring contest dan macam-macam lagi..dah jumpa hujung minggu ni k. Kita shopping sampai lebam ! Aumm..Kalau nnak tengok koleksi, sila tekan link bawah ni. Confirm...terpikat,terlekat,terbeli! DEBIT & KAD KREDIT DITERIMA!


Salam Sayang,
Mek Onie,
letopink@yahoo.com


19 February 2017

February 19, 2017

TAHNIAH GT DOLLAR GROUP MALAYSIA!

Korang pernah dengar GT Dollar Malaysia? Okay, kalau tak pernah meh sini onie nak kenalkan pada korang semua. Apapun, onie ucapkan tahniah kepada GT Dollar Malaysia yang telah melancarkan GT Dollar Group Malaysia. Pada tanggal 16 Januari 2017 di Kuala Lumpur bertempat di Pusat Konvesyen Sime Darby, Bukit Kiara Kuala Lumpur telah berlangsungnya majlis pelancaran GT DOLLAR GROUP MALAYSIA. Majlis ini telah disempurnakan oleh Y.B Datuk Mas Ernieyati Bin Samsudin, Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan.





Majlis ini telah dihadiri oleh mereka-mereka yang hebat iaitu seramai 3,000 pengguna industri IT dan E-Dagang bagi memberi sokongan pada pembangunan ekosistem FinTech. Turut terlibat semasa majlis pelancaran ini adalah dif-dif kehormat. Untuk pengetahuan pembaca onie juga, kerjasama ini tterjalin antara Kerajaan Malaysia dan GT Dollar yang bertujuan untuk meringankan kehidupan rakyat melalui pelancaran aplikasi mudah alih GT Dollar. Antara produk yang baharu yang dilancarkan oleh GT Dollar adalah Aplikasi GT Dollar dan GT Robot. Selain itu, GT Mobile dan GT Watch pun turut dilancarkan pada hari yang sama.


Apa benda GT Dollar tu onie?

↳ Aplikasi GT Dollar ini adalah berkonsepkan aplikasi "One-stop mobile e-commerce platform" di mana ianya bertujuan membantu peniaga mengembangkan perniagaan mereka dan mendapat lebih ramai pelanggan baru.

↳ GT Dollar ini berkonsepkan E-WALLET

↳ Kenapa E-WALLET? Kerana bertujuan untuk membantu mereka yang sentiasa sibuk dan dengan kos sara hidup sekarang yang tinggi. Menarik bukan?

↳ Menariknya lagi, setelah anda memuat turun aplikasi ini, anda akan peroleh kredit percuma sebanyak RM300 ke dalam akaun GT Dollar dan korang boleh belanja sesuka hati. 

↳ Aplikasi ini memudahkan komunikasi di antara pengguna dan peniaga juga bertambah mudah kerana adanya lokasi GPS-Lancar dan perkhidmatan lain seperti pemindahan data pembayaran bil utiliti dan rangkaian chat sosial dan banyak lagi.

↳ Secara kasarnya, aplikasi ini berfungsi sebagai komposit gaya hidup seharian seseorang dan panduan bandar untuk melengkapkan dan memudahkan gaya hidup yang semakin sibuk.


Apa benda GT Robot tu onie?

↳ Untuk menyempurnakan lagi kerjasama ini, satu lagi tekonologi iaitu GT Robot telah dihasilkan dengan teknologi tinggi dan inovasi di bawah GT Group, pakar kemajuan dalam penyelesaian robot humanoid.

↳ Yakkkkk! Apa benda GT Robot ni? Kalau korang nak tahu, teknologi ini telah dilancarkan dengan bentuk robot yang comel dan dikenali sebagai Gt Wander Boy. Dah tengok gambar? Comelkan? dan itulah GT Wander Boy.

↳ GT Wander Boy ini boleh berinteraksi bersama manusia di muka bumi ini bagi menyelesaikan masalah manusia. Hebatkan?


Apa benda GT Mobile tu onie?

↳ Yes! GT Mobile ini adalah sebuah telefon pintar yang sangat user friendly.

↳ Pelbagai kemudahan yang disediakan di GTMobile.

↳ GT Mobile ini seperti jenama telefon lain juga, cuma ada beberapa fungsi tidak sama pada telefon pintar yang lain. Apapun, onie akan update berkenaan GT Mobile ini dalam masa terdekat. Pun dah dekat sebulan macam tu onie pakai GT Mobile,hehe...



Apapun, tahniah sekali lagi onie ucapkan pada GT Dollar Group Malaysia. GT Dollar Malaysia berharap untuk mengembangkan perniagaan e-dagang di dunia dan menjadi pintu masuk bagi Asia. Pada majlis tempoh hari. Tahniah!



Salam Sayang,
Mek Onie
letopink@yahoo.com

February 19, 2017

SENHENG PERKENALKAN KAD BARU PLUSONE !

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua kaki shopping. So, siapa sini pernah shopping di Senheng? Yup, Senheng Electric (KL) Sdn.Bhd tu. Dah tentu korang biasa dengar dengan nama pengeluar barangan elektrik ini kan? Kalau korang nak tahu, lebih 100 cawangan dibuka di Malaysia untuk pelanggan-pelanggan macam korang yang gemarkan barangan dari Senheng. Siapa yang biasa shopping di Senheng korang mesti tahukan yang dulu, Senheng dah pun lancarkan kad member untuk ganjaran yang menarik dan point serta tawaran khas bagi ahli yang mempunyai kad member. Kalau dulu korang tengok kad member Senheng ini gambar depan dia seekor Panda, sekarang tak dah. Sebab kalau korang perasan, kad baru untuk kad member ni imej baru iaitu raket elemen shuttlecock. 



Apapun, episod baru telah bermula sejak 1.2.2017. Haaaaaa, masih baru lagikan? So, kiranya korang tak terlambat lagi nak join sebagai member Senheng. Masih awal lagi ni korang! Apa yang baru? Okay! Senheng telah perkenalkan kad member baru untuk pelanggan-pelanggan Senheng. Kali ini, banyak yang baru, banyak yang menarik, banyak kelebihan dan macam-macam lagi. Ibarat mudah dah korang nak membeli-belah di Senheng.


Program loyalti PlusOne ini memberikan yang terbaik buat pelanggan-pelanggan semua. Bukan kad je dah bertukar tau korang tapi sekarang ni dia jadi makin eco-friendly. Haaaaa,eco-friendly macamana pulak tu kan?Haaaaa, meh sini nak cerita. Dengan adanya kad member yang cardless ni, dahhhh mudah la ampa-ampa semua nak memborong pasni. Bukan tu je, nak cek detail ke. Kat aplikasi Senheng ada semua haih. Jangan risau tau korang.


Semuanya, untuk pelanggan Senheng. Senheng memberikan komitmen yang sepenuhnya dalam menjual kepada pelanggan-pelanggan. Menariknya, lebih gembira untuk membeli belah lepas ni. Masih berfikir lagi untuk menyertai sebagai ahli Senheng? Haaaa, rugi kalau korang berfikir lagi. Sebab apa? Meh sini nak cerita lagi.



KISAH SEBENAR KAD BARU INI. KENAPA ELEMEN SHUTTLECOCK KAN?

Dengan elemen bulu tangkis dan raket badminton di kad baru Senheng ni korang kena tahu bahawa Senheng juga penaja bagi SS Purple League. Haaaaaa, nampak tak tu? Semangat kesukanan wajib ada Senheng ni. Terbaik! Elemen yang dipilih pun bukanlah semata-mata dipilih untuk dijadikan rekaan ekslusif di kad baru Senheng ini.Kalau korang nak tahu jugak, Senheng telah bekerjasama untuk membangunkan sukan negara iaitu suka badminton. Haaaaaa, sape suka sukan badminton dia tahulah,hiihihihi..Nak tunggu lagi? Jom, kita shopping di Senheng dengan pelbagai mata ganjaran anda akan peroleh!





Antara kelebihan yang ada untuk korang jadi member Senheng ini adalah:-

🌟 Ekstra 1 tahun waranti- Jom dapatkan tambahan 1 tahun waranti di peluar yang top kebabom setiap kali korang membeli di Senheng.

🌟 Purchase & get rebate with EZ CreditBeli dan dapatkan rebate dengan kredit EZ- Jom nikmati rebat kredit sehingga 10% dengan setiap pembelian produk premium, yang bestnya korang semua rebat boleh ditukar kepada nilai tunai untuk menebus produk. Haaaaaa, best ke idok?

🌟 Penggantian warranti- Dengan bayaran yang minimum untuk penggantian satu produk.

🌟 Tebus mata kad kredit  - Tebus je mata ganjaran segera dengan produk,haaaaaa. Seronok tak awak-awak semua?

🌟 Beli & Dapatkan mata ganjaran- Korang beli pastu korang boleh dapatkan mata dengan setiap pembelian untuk tebus produk. 

🌟 Aplikasi Senheng - Malas nak keluar mencari-cari?Nah! Dunia zaman sekarang ni kan semuanya hujung jari. Ketip-ketip smartphone, terus sampai kat rumah. Jadinya cepatlah korang install aplikasi Senheng di Play Store atau Apple Store. Haaaa...

🌟 Mata ganjaran seumur hidup- Enjoyyyyyyy dan enjoy dengan mata ganjaran seumur hidup dengan PlusOne Lady Card. Untungggggnya korang!






 Jangan lupa korang. Aplikasi Senheng pun ada di telefon korang yang canggih tu. Banyak benda boleh tengok kat situ. Aku rasa korang takkan menyesal bila install aplikasi Senheng ni. Sebab kat aplikasi Senheng ni korang akan dapat apa yang korang nak. Tambahan pula, korang juga dapat kelebihan jika korang mendaftar sebagai ahli di Senheng.





Kalau kat aplikasi tu korang boleh cek sendiri berapa point dah korang dapat. Haaaa, cepat install aplikasi Senheng ni. Jangan lupa juga untuk daftar kad baru PlusOne di mana-mana cawangan Senheng di seluruh Malaysia.




Jangan lupa juga ADD PLUSONE NEWFACE tau korannggggg :D 



Salam Sayang,
Mek Onie
letopink@yahoo.com

12 February 2017

February 12, 2017

LAKARKAN DETIK MANIS ANDA DI STUDIO PHOTOSHOOT KAIO STUDIO

Banyak sangat dah studio photoshoot sekarang. Photographer pun bertimbun dah sekarang. Tapi kat mana la studio photoshoot yang terbaik?Photographer yang terbaik? Harga terbaik? Korang ! Dari tahun tahun yang lepas lagi aku dah kenal dengan Kaio Studio ni. Dia punya team memang mesra alam! Friendly pulak tu. Kau yang keras terus jadi pap pap pap pap pap di mana posing kau akan bertukar secara automatik dengan guideline dari team Kaio Studio. Haaaaa, korang nak kata aku berlakon dalam menaip entri korang cakaplah! Sebab aku sendiri kenal team Kaio Studio ni macamana. Kerja dorang memang perfect! Macam tahun lepas, dia share ilmu asas macamana nak ambil video. Kau selama ni tekan REC lepas tu pappppppp! Siap! Salah weh rupanya teknik ambil video. Nasib baik team Kaio Studio ajar serba sedikit semasa di Studio Photoshoot beliau. Walaupun ASAS sahaja yang diajar. Dia ajar macamana nak setting ISO segala bagai. Ingat lagi dok Kaio? Sungguh tak kedekut ilmu aku kata kat korang. Ingat sampai sekarang macamana nak ambik video.


Lagi best, di Kaio Studio ni jugak korang boleh lakarkan detik manis bersama yang tersayang ke, bersama family ke, bersama sahabat ampa semuakan. Seriussss! Ini yang aku katakan studio photoshoot yang terbaik yang ada di Shah Alam korang weh.... Dahhhhhh, jom tengok apa aku nak cerita tentang KAIO STUDIO dannnnnnnn jom jugak tengok gambar letop kebabommmmmm dari ABAM-ABAM KAIO STUDIO kita ni haaaaaaaa..... 3 bulan tak boleh move on. Mesti nak kena tengok je gambar doranggg! Aummmmmmmm sangat!

PHOTOSHOOT STUDIO TERBAIK DI SHAH ALAM
APA MEK ONIE KATA TENTANG KAIO STUDIO?

😍 BEST!
😍 PHOTOGRAPHER TAK KEKWAT LANGSUNG!
😍 STUDIO SELESA WEI
😍 GAMBAR SEMUA MELETOP KEBABOM
😍 KORANG KAKU MACAM KAYU? JANGAN RISAU, BANG-BANG KAIO STUDIO ADA UNTUK AJAR KORANG TAK JADI KAKU.
😍 LIGHTING TERBAIK.
😍 KELENGKAPAN SEMUA CUKUP
😍 STUDIO KAIO STUDIO MUDAH JE NAK CARI. KAT SEKSYEN 13 SHAH ALAM JE WAK.
😍 BANG-BANG KAIO STUDIO SEMPOI! DAH TU JE NAK KATA,WAHWAHWAH..



TIPS SEDIKIT DARI SANG ONIE NI:-

😍 CUMA, KALAU KORANG NAK SHOOT DI STUDIO KAIO NANTI, BAWAKLAH PROP LETOP KORANG TU.
😍 BELAJAR POSING AWAL-AWAL. TENGOK JE KAT IG TU HAAAAAA....



Bila lama-lama aku kenal Kaio Studio ni, tup tup aku dapat tahu di mana mereka telah meluaskan sayap ke pelbagai genre. Just WOWWWWWWW! Sebab aku rasa macam kenal tahun lepas je dengan Kaio Studio ni tup tup depa dah banyak genre! Paling terkejut bila Kaio Studio jadi Official Photographer pada Satilla Melvin dan Shaheizy Sam punya wedding wakkkkkkk! Time tu dalam hati aku, " mak aiiiiiii.... Kaio Studio ni bukan sebarangan photographer aku kata" Terbaikkkkkkkkk wehhhh!


Bila wujudnya Kaio Studio ni? Haaaa, Kaio Studio ni bermula sejak tahun 2012 dah pun. 6 tahun dalam bidang fotografi dan mereka juka bermula sebagai wedding videographer sahaja. Tapi sekarang ni, Kaio Studio makin berkembang kepada perkahwinan, event, pengiklanan, video kempen dan program TV.


Selain daripada perkembangan Kaio Studio ini, pelbagai pencapaian telah dicapai oleh Kaio Studio,antaranya adalah :-

Pemenang Most Glam Fashion Videographer 2015 oleh Majalah Glam. Korang boleh klik >>> sini kalau nak tengok

★ Kaio Studio juga pernah ke Paris bersama Anuar Zain untuk sesi penggambaran muka depan majalah Fashion & Travel.

★ Pernah ke Cairo, Mesir untuk sesi photoshoot bersama pereka fesyen ternama tanah air iaitu Ezuwan Ismail.

★ Kalau korang nak tahu, Lynda Rahim, Wandpa, Melinda Looi dan Zawara pernah bekerjasama untuk mendapatkan khidmat dan sentuhan karya kreatif dari Kaio Studio. Siapa mereka? Yes. Mereka yang menggunakan khidmat Kaio Studio ini adalah orang yang ternama iaitu pereka fesyen yang terkenal di tanah air Malaysia.

★ Para selebriti dan jenama-jenama pakaian ternama juga tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan khidmat dari Kaio Studio seperti Creacion by Dato Siti Nurhaliza, Adriana Yariqa (Jenama dari Singapura), Miasara Couture, Lumiere Concept dan ramai lagi. Cukuplah nama yang tersenarai ini sudah cukup popular dan ternama untuk menggunakan khidmat Kaio Studio. Tambahan lagi, Dato Siti Nurhaliza pun hire Kaio Studio semata-mata untuk mendapatkan khidmat dari Kaio Studio.


Nak tahu atau tengok hasil karya Fesyen dari sentuhan Kaio Studio korang boleh tengok di sini. Dah tentu korang akan jadi cair hati!


PENGALAMAN SEMASA BERPHOTOSHOOT DI KAIO STUDIO. 

Ini adalah pengalaman pertama aku berphotoshoot di White Studio dan Black Studio, Kaio Studio. Lokasi Studio Photoshoot ni sangatlah senang dan selesa. Studio photoshoot ni pun sangatlah selesa dan cantik. Haritu, aku ada 3 persalinan di mana aku kena salin 3 pakaian termasuk baju yang aku pakai masa datang photoshoot haritu. Apa yang menariknya di studio photoshoot Kaio Studio ini, dari A - Z lengkap. Maksudnya lighting original iaitu lighting dari luar tingkap. Pastu, kelengkapan photoshoot pun sangatlah banyak. Ring light pun ada weh. Hehe...



Haiiiii awak, sudikah... haaaaaa.... 
Baju yang ni aku kata. Padahal biasa, bila Kaio Studio tembak,fuh!

Seorang kayu tapi bila Team Kaio bagi guideline, nahhh!

Cantikkkkk yakmat! Tq KAIO STUDIO!


Disebabkan aktiviti haritu photoshoot, maka aku bermula dengan make up make up bersama MUA pilihan aku. Kisah MUA tu nanti aku update entri lain tau. Serius, mudah gila untuk MUA ambik gambar sebab ada pencahayaan dari luar tingkap. Nak bergambar pun mudah korang weh. Sebab ada lighting original kat situ. Lepas dah setel mekap semua tu, aku tukar baju pilihan haritu. Maka dah siap semua tibalah masa untuk aku feeling-feeling model depan kamera bersama team Kaio Studio. Sungguh, tetiba aku jadi kaku haritu, padahal kalau sendiri yang ambik gambar rilek je. Tak la pulak kakukan. Ni mesti sebab photographer haritu letoppppppp sampai aku pun tak boleh nak fokus untuk posing lelebih,HAAHAHAHAHA..


Gambar atas ni aku pakai baju bebiasa je kot. Tapi bila team Kaio bekerja. Ni lah hasil dia! nak tercampak rasa weh. Terus nampak PERFECTTTTTTTTTTTTT!




Cari tempat gambar untuk pre-wedding? Haa, di Kaio Studio ada penyelesaian dia.



PHOTOSHOOT STUDIO TERBAIK DI SHAH ALAM

PHOTOSHOOT STUDIO TERBAIK DI SHAH ALAM

PHOTOSHOOT STUDIO TERBAIK DI SHAH ALAM

Tapiiiiiii ! Bila aku dah kaku macam tu, team Kaio dah mula faham apa yang tak kena dengan aku. Lepas pada tu, haaaa...onie buat macam ni buat macam tu...mata pandang sini...okay pandang bawah...tangan letak kat pinggang sambil team Kaio ketip kamera depa. Hasilllllllllll dia letoppppppp!!!!!! Pernah sekali aku kena photoshoot dengan photographer, tapi dapat pulak photographer yang straight macam kayu. Akhir sekali, gambar kau macam kayu, hahahahhahahahahahaha...langsung tak membantu. Tapi bila shoot dengan Kaio Studio ni, aku sangat berpuas hati sampai nak kasi 11 bintang dari 10 bintang. Boleh macam tu? Dorang layankan je korang nak posing macamana. Tak kedekut picit butang kamera. Depa memang melayaaaaannnnnnn je korang posing. Yang penting, lepas ambik gambar time tu gak boleh tengok hasil dia. Gambar pun cepat gila dapat. Laju betul dorang buat kerja. Respek weiiiiiiiii! Mudah sikit la nak share pengalaman berphotoshoot di Kaio Studio. Sebab gambar memasing dah dapat haritu. Memang ini baru terbaikkkkkkkkkkkkkk! Tak pernah aku jumpa studio photoshoot yang terbaik di area Shah Alam ni haaaaaaaa. Pun korang boleh pilih nak white studio atau black studio. Pilih je. Dorang no hal lah! Kalau korang nak tahu, hari tu aku photoshoot dari jam 10pagi sampai 6petang. Kau rasa? HAHAHHHA...dan paling penting, dorang stay kat situ sampailah kami semua balik.


Koranggggg! Bagitahu je Kaio Studio korang nak shoot apa, dorang boleh buat punya. Hasil dia memang letop!




SERVIS APA YANG ADA DI KAIO STUDIO INI?

★ Fotografi Perkahwinan dan videografi
★ Fotografi Korporat dan videografi
★ Video Komersial
★ Kempen video dan fotografi
★ Video muzik
★ dan banyak lagi.


Macam video muzik tu kan, KAIO STUDIO pun pernah membuahkan hasil untuk artis tersohor Malaysia seperti Tasha Manshahar (OH,NO!), SYED SYAMIM DAN TASHA MANSHAHAR (RAGU-RAGU), AZLAN & THE TYPEWRITE ( PASAR KARAT), BIMASAKTI (MARYAM), ZAROLL ZARIFF ( JANGAN KAU KEMBALI ) DAN BANYAK LAGI. Haaaaaaaaa, korang boleh tengok >>>>>> SINI <<<<<<<<


Korang boleh cek di website Kaio Studio kalau nak tengok segalanya. Hasil gambar dan video pun korang boleh tengok di website. Kawan aku pun dah guna khidmat KAIO STUDIO. Korang boleh tengok >>>>>>>SINI<<<<<<< Korang bila pulak? Apaun, terima kasih banyak-banyak KAIO STUDIO kerana sudi shoot kami semua dengan hasil yang gebummmmmmm dan yang pasti semua orang puas hati! Kita suka yang amattttt! Bolehlah nanti, kahwin kita hire KAIO STUDIO! Bestttttt yakmat.


BERMINAT DAN MACAMANA NAK HUBUNGI KAIO STUDIO?

Lokasi dia mudah je tau korang. Yang penting korang waze je KAIO STUDIO. InshaAllah jumpa. Bangunan Kaio Studio ada di hadapan Acapella Apartment di Seksyen 13, Shah Alam atau ini alamatnya:


KAIO STUDIO AND PRODUCTION SDN.BHD.
1-06, MITEA RESIDENCE OFFICE,
NO.5 PERSIARAN SUKAN, SEKSYEN 13,
40100 SHAH ALAM,
SELANGOR




Salam Sayang, 
Mek Onie
letopink@yahoo.com


11 February 2017

February 11, 2017

MUDAHNYA SERVIS DENGAN THE WEDDING HERITAGE !

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hai bakal pengantin semua. Macamana korang punya preparation untuk hari-hari bahagia korang tu? Atau pun korang masih tercari-cari lokasi dan pakej perkahwinan korang? Haaaaa, untuk entri kali ini. Ya. Aku sedia membantu korang untuk melaksanakan impian raja sehari buat bakal pengantin macam korang. Impian bagaimanakah untuk korang inginkan? Haaaa, jom baca sampai habis. Sebab aku nak bagi diskaun untuk korang. Haaaa, best tak best tak? Untuk pakej kali ini The Wedding Heritage menawarkan pakej lengkap perkahwinan. Kiranya all in package la di banglo mewah pada harga yang sangat mampu milik bermula hanya RM9500 sahaja. Setelah 2 tahun beroperasi, ini TWH telah mempunyai 2 cawangan iaitu di Villa TWH dan Banglo TWH.

THE WEDDING HERITAGE : PAKEJ PERKAHWINAN


THE WEDDING HERITAGE : PAKEJ PERKAHWINAN

πŸ’˜πŸ’˜πŸ’˜20 ORANG TERAWAL DENGAN KOD ' BOOKING BLOGGER ' AKAN DAPAT REBATE RM500. SAH SEHINGGA MAC 2017 TAU KORANG. HAAAA! DAH CEPAT BOOKING!πŸ’˜πŸ’˜πŸ’˜



CAWANGAN

😍 Villa TWH : Wedding Venue & Eventspace
Lokasi: Taman Sri Ukay, Ampang

Spesifikasi Majlis: 
😍 Birthday Party
😍 Product Lauching
😍 Open House
😍 Berendoi & aqiqah
😍 Tunang ? Nikah ( 100-200pax)
😍 Private reception
😍Terhad kepada 500 pax

😍Banglo TWH : Wedding Venue
Lokasi: Seksyen 6, Kota Damansara

Spesifikasi Majlis:
😍 Malam berinai
😍 Nikah
😍 Night Reception
😍 Day Reception
😍 Corporate Open House
😍Terhad kepada 2000 pax



5 SEBAB KENAPA BAKAL PENGANTIN PERLU PILIH THE WEDDING HERITAGE (TWH)


1. FLEKSIBEL

😍 Dari segi masa dan bajet kahwin pelanggan, berbeza kahwin di dewan dan di TWH.
😍 Pengurusan TWH akan memberikan lebih masa lebih--lebih lagi selepas majlis untuk keluarga pengantin membungkus makanan dan merehatkan diri selama 2-3 jam.
😍 Jadi bagi tetamu yang terlewat masih boleh berjumpa pengantin dan seperti berada di rumah mereka sendiri. Haaaa, best tak???? Dah la boleh buat di Banglo kan...pastu buat macam rumah sendiri pulak.
😍 Pengurusan TWH juga boleh mengeluarkan quotation secara custom mengikut bajet pengantin.
😍 Menempah tarikh berlansung perlu bayar deposit sebanyak RM2500 sahaja.
😍 Pembayaran perlu dibayar sehingga 3 bulan sebelum majlis perkahwinan.
😍 Tuan majlis pun boleh menambah makanan seperti konsep street food. Contohnya, kambing golek, apam balik, pisang goreng cheese, abc, aiskrim dan menu sampingan.
😍 Yang bestnya, bakal pengantin iaitu pelanggan sendiri boleh menolak mana-mana pakej yang tidak diperlukan dan kos pun turut berkurang. Best tak korang?


THE WEDDING HERITAGE : PAKEJ PERKAHWINAN



2. KESELESAAN 

😍 Selesanya di sini, bilik persiapan pengantin, surau, bilik rehat tetamu, tandas dan ruang tamu bagi keluarga pun turut disediakan.
😍 Selain itu juga, di Banglo Kota Damansara kita turut mempunyai penginapan homestay selama 2 hari 1 malam.
😍 Banyak ruang yang selesa terutama bagi ahli keluarga yang sudah berumur atau anak kecil.
😍 Menariknya, persiapan ahli keluarga juga seperti berada di rumah sendiri. Umpama hotel dah haaa.
😍 Peralatan seperti iron, pemanas air, kelengkapan mandian, tuala malahan lebihan tilam dan bantal turut disediakan. Siap boleh berjemaah lagi, haaaa...luas tak luas ruang yang disediakan tu?


3. KUALITI

😍 Vendor dan panel yang bekerja di bawah TWH kesemuanya sudah mempunyai pengalaman selama 20 tahun. So, tak perlu risau dah la kan?
😍 Setiap tempahan dari bakal pengantin akan diuruskan oleh SENIOR WEDDING PLANNER juga dilantik menjadi floor manager pada hari majlis korang nanti.
😍 Tiada idea? No worries. Di TWH mereka akan bantu bagaimana untuk mencapai impian korang.
😍 Servis RELA pun diberi secara percuma.
😍 Setiap item apa yang digunakan, inshaAllah semuanya yang terbaik!



4. KAHWIN CUCI TANGAN

😍 Sebab kekangan masa, ramai yang memilih TWH.
😍 Bukan tu sahaja, bagi yang berpenghuni di kawasan perumahan dan pangsapuri serta tidak cukup ruang untuk melangsungkan perkahwinan turut memilih TWH sebagai lokasi kedua mereka.
😍 Bila dihitung balik, pengurusan oleh TWH ini sangat berbaloi kerana pakej yang dipilih adalah paling murah jika dibandingkan dengan pakej yang lain.
😍 Sebab tu lah, ini sebab ke-4 kerana korang perlu memilih untuk berkahwin di TWH. Semuanya bisa di atur donggg,hikkkkkk..


5. BIDAN TERJUN

😍 Takde masa dah? Haaa, takpe! TWH ada ni haaaa...
😍 Walaupun ampa tempah 2 minggu sebelum tarikh majlis korang tu, Nah! TWH ada sanggup bantu ampa walaupun disaat akhir. Pakej orang lain mampu buat macam ni? Hedokkkkkkkkkan.
😍 Dengan syarat, tarkh yang korang pilih tu mesti tarikh kosong nah!




Kalau korang nak tahu, dah ramai pelanggan yang berpuas hati menggunakan khidmat dari TWH ni. Sebab khidmat servis yang diberikan oleh TWH diluar jangkauan depa semua. Haaaaaaa, nak risau apa lagi? Cepat booking!



ATAU BOLEH HUBUNGI: 016-562 9394

Salam Sayang,
Mek Onie
letopink@yahoo.com



About

About [span]me[/span]
Hello, I'm Mek Onie

Love Eat, Window Shopping (HAHA), Make Up & Online.Friendly. Love To Laugh. Love My Passion.Do What U Love & Love What U Do. Any Invitation Or Enquiry, Please Email Me [at] letopink@yahoo.com ,TQ

online

Blog Archive