MYLARA SKINCARE: JOM PUTIH SEAWAL 9 HARI

by - April 19, 2020



MyLara Skincare: Jom Putih Seawal 9 Hari Dengan MyLara Skincare | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Yeay! Benda ni onie dah pakai seminggu lebih dan ternyata onie happy gila dengan produk MyLara Skincare. Sebelum tu dikala RMO ni, onie tak sempat nak mencari produk pembersih muka dekat mall. Onie nak beli time sale tapi disebabkan kawan onie haritu suggest pakai MyLara Skincare ni, maka onie pakai jugaklah produk ni. Nasib baik menjadi. Almaklum la you, kalau part muka ni aku sangat ambil berat. Muka kot, takut la effect apa-apa lepas pakai MyLara Skincare ni kan. Tapi alhamdulillah onie happy dengan result dia. Seronok pakai. 


Pernah dengar MyLara Skincare?


Okay, ni first time jugak aku dengar nama MyLara Skincare. Before this tak pernah kenal langsung. Lepas aku kenal produk MyLara Skincare ni terus aku follow instagram dorang, ikuti perkembangan semasa berkenaan produk ini. Dalam hati aku, "hebat jugak produk MyLara Skincare ni ya,mostly yang pakai menjadi then kulit muka dorang tambah cantik!'



Antara produk MyLara Skincare yang ada seperti:

  1. Glowing Cleanser
  2. Perfect Glow Serum
  3. Glowing Gel Aloe Vera
  4. Facial Toner
  5. Matte Perfect CC Cream
  6. Instabright Night Cream

Tapi untuk entri kali ini onie akan share pengalaman onie memakai Glowing Cleanser, Matte Perfect CC Cream dan Instabright Night Cream. Jadi 3 produk ini sahaja onie akan kongsi dengan korang apa yang onie rasa dengan produk ini. Cuma korang jangan keliru pula, bekas Glowing Cleanser tu sebenarnya bukan macam tu. Owner kata, packaging dorang dah habis, jadi dorang pakai packaging botol macam tu buat sementara waktu. So, aku okay sajo. Janji dapat cuba produk dorang. 


Packaging;
  1. Glowing Cleanser: Bekas asal dia cantik. Tapi disebabkan bekas asal habis (kot) ke kilang dorang tak sempat siapkan (musim PKP) jadi iols okay saja.
  2. Matte Perfect CC Cream: Just nice and easy to bring anywhere.
  3. Instabright Night Cream: Sama juga komen aku seperti di atas ni. 




Tekstur;
  1. Glowing Cleanser: Dalam bentuk gel.
  2. Matte Perfect CC Cream: Berwarna natural, bertekstur lembut dan tidak melekit.
  3. Instabright Night Cream: Berwarna putih pearl, bertekstur lembut, tidak melekit, tidak berkilat.

Fungsi;
  1. Glowing Cleanser: Membersihkan kotoran, habuk dan debu, melembabkan kulit muka, mencerahkan wajah dan menyembuhkan luka jerawat.
  2. Matte Perfect CC Cream: Paling penting ada SPF 35, fungsi CC Cream ini bukan setakat foundation sahaja malah ianya boleh dijadikan sunblock, memudarkan ketidaksempurnaan, mencerahkan, menyamakan tona kulit, melembapkan, melembutkan, menaikkan seri, meremajakan kulit wajah dan melindungi kulit dari sinaran matahari (SPF 35).
  3. Instabright Night Cream: Mencerahkan tona kulit tidak sekata, mencerahkan kulit sunburn, mencerahkan bekas parut hitam jerawat, jeragat dan hiperpigmentasi.





Cara Pakai MyLara Skincare 3 in 1;
  1. Glowing Cleanser: Bersihkan tangan, sapu cleanser dimuka dalam gerakan membulat, bilas muka dengan air suam dan tekap muka dengan tuala lembut.
  2. Matte Perfect CC Cream: Cuci muka dengan Glowing Cleanser, sapu toner pada kulit muka, ratakan serum seluruh muka, 15 minit sebelum nak keluar rumah boleh pakai CC Cream, CC Cream ini boleh dipakai waktu siang dan malam serta bersihkan kulit muka sebelum tidur.
  3. Instabright Night Cream: Cuci muka dengan Glowing Cleanser, sapu toner dan serum pada wajah, sapu rata krim malam pada muka dalam keadaan urut ke atas, dab dab(tepuk-tepuk) kulit muka supaya krim malam ini menyerap jauh kedalam kulit wajah. 

Harga;
  1. Glowing Cleanser: RM25
  2. Matte Perfect CC Cream: RM30
  3. Instabright Night Cream: RM30
Harga Sale Basic Whitening 3 in 1: Sale Price RM72 / NP RM75 



Komen aku tentang Set Basic Whitening 3 in 1;
  1. Harga berbaloi.
  2. Tiny bump aku dekat pipi hilang lepas seminggu pakai Basic Whitening 3 in 1 ni.
  3. Aku suka Glowing Cleanser dia sebab bila lepas cuci muka tu, muka jadi lembut macam kulit bayi.
  4. Kulit muka dah tak kering dan kusam.
  5. Packaging produk yang boleh dibawa kemana-mana.
  6. Produk lokal yang boleh dipercayai. Korang kena pakai. 
  7. Bau wangi yang diminimumkan pada produk ini.
  8. Jangan risau, pada produk CC Cream ini terdapat argan oil.
  9. Pencuci muka didatangkan dalam bentuk yang hygiene cuma night cream dan cc cream perlu menjaga kebersihan tangan apabila menggunakannya. 
  10. Kalau korang nak tahu, MyLara Skincare ni boleh dibeli loose tau dan banyak lagilah produk. Bukan pembersih muka je tau. Lipstik pun ada! Ala bestnya! Kalau korang nak usha boleh klik website bawah ni tau,hehe. Selain itu, banyak tips yang boleh korang belajar kat

Maklumat lanjut:

You May Also Like

2 comments

  1. lagi nice kalo mek onie bole buat entry pasal kandungan, pengilangan dan lab test approval untuk product ni..itu pendapat saya saja..:)

    ReplyDelete
  2. onieeeee. haiii assalamualaikum. salam ramadhan 1441H. semoga sihat2 je

    ReplyDelete

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..