Part 4: Tips mengecat bilik polka dot

PART 1 : SUASANA BARU
PART 2: BILIKKU YANG POLKA DOT
PART 3: WARNA-WARNI BILIKKU
Entri ini khas bagi mereka yang mencari tips mengecat bertemakan polka dot,ramai jugak pm dan email mek tanya pasal benda alah ni,serabut jugak kadang,tapi takpe! mek ikhlaskan hati berkongsi ilmu sedikit ye.. marilah sama-sama kita mula menghias bilik terutama mereka yang bergelar anak dara itu,hehe... actually, design polka dot ni boleh diapply disemua dinding,ikut taste korang ..okeh,mari kita mulakan ^_^
MEK HARAP TIPS INI DAPAT MEMBANTU KORANG,MAAF JIKA TIADA GAMBAR BAGI MEMUDAHKAN KEFAHAMAN KORANG, INTERNET MEK PROBLEM :(
Pertama sekali nak kabo,sila sediakan :-
  • berus warna (ikut kesesuaian saiz dan tempat untuk dicat,besar kecil berus tu ikut kesesuaian korang)
  • plastik bersaiz A4 yang adik-adik korang buat cover di muka depan folio tu
  • cat *pemilihan warna bergantung pada korang, paling cun guna 3 warna yang berbeza
  • masking tape (warna putih tu)
  • tisu jika diperlukan
  • surat khabar untuk lapik semasa kerja mengecat

Kenapa guna plastik A4 yang adik-adik korang buat cover di muka depan folio tu? *yang keras tu tau,mek lupa namanya,huhu..

  • Kerana, dari situlah korang akan designkan polka dot tu, korang lukis di kertas A4 biasa dulu kemudian baru lekat di plastik A4 yang keras tadi,selepas sudah dilekatkan korang ukir guna pisau pada A4 keras tadi tu untuk mendapatkan bentuk bulat, benda ni paling memainkan peranan yang penting dalam mengecat design ini,so..design cantik-cantik masa kat kertas A4 biasa tu tau,hehe...

Berus warna?

  • Onie memilih berus warna yang biasa,ala berus mewarna yang duk warna di drawing block tu,hehe... onie pilih berus yang kecil kerana masa kita nak cat di polka dot dia tak keluar dari garisan,hehe

Cat?

  • Untuk cat polka dot ni maksimum pilih 3 warna je,tak payah banyak-banyak.. kombinasi warna tu memainkan peranan ..so,hati-hati semasa memilih warna :)

Masking Tape?

  • Perlu pakai masking tape, tujuan onie pakai masking tape tu supaya masa kita mengecat nanti tak adalah nak senget sana senget sini,hehe.. 

Tisu dan surat khabar ?

  • Juga perlu dipakai supaya kita buat kerja dalam keadaan yang kemas :)


Onie pilih gambar ni sebagai gambar diheader onie tu,hehe.. Bila bilik dah cantik (perasan) barulah selesa dengan bilik kita sendiri,kalau tak hari-hari masuk bilik rasa nak troma sepanjang zaman je..


Setelah lengkap dan faham step di atas itu mari kita mulakan sesi belajar mengecat lebih detail tanpa gambar 
*tips ini onie bagi contoh macamana onie mengecat dibilik onie tu, kalau korang nak ubah boleh juga,ikut kesesuaian,keselesaian dan citarasa masing-masing
  • Ukur jarak lantai untuk letak masking tape,masking tape tu tak perlu dilekatkan terlalu kuat,takut cat lain yang keluar.
  • Selepas siap lekatkan masking tape tu, teruskan mengecat polka dot menggunakan A4 keras tu yang dah ada lubang bulat-bulat,yang A4 paper biasa tu korang buang pun tape,sebab A4 paper yang biasa tu just nak lukis bulat je, faham? tak faham boleh terus pm mek di facebook
  • Cara nak cat guna A4 keras tu korang perlu letak masking tape di setiap bucu A4 keras tu kemudian dilekatkan didinding dan baru cat,jangan pelik kerana cat tu mesti akan kena di A4 keras tu tau.
  • Masa onie cat ni,dinding onie tu dah warna pink,so..onie kena cat under code balik bermaksud cat putih tu la .
  • Tips: 1 A4 keras tu korang boleh dapat 3 bulatan!
  • Apabila siap cat untuk 3 bulatan itu, buka masking tape dengan berhati-hati supaya tidak kotorkan dibahagian lain dan teruskan mengecat ikut citarasa korang :)
  • Apabila siap cat under code ,barulah korang decide nak cat warna kombinasi bagaimana ^_^
Pertama kali duduk dalam bilik yang bertemakan polka dot ni korang akan rasa pening kerana bulatan itu,tapi jangan risau..sudah lama korang akan biasa..!

Selamat mencuba,

jika tidak faham boleh rujuk onie di facebook :)
syok jugak kalau onie buka bisnes ni as a part time,hehe...tapi tapi tapi ada ke yang sudi? 



35 ulasan:

  1. aku baru bayangkan buat pola dot dlm 4, 5 keping jem...oemjee oemjee hahahah nway thnx for the tips...aku runsing dgn masking tape tuh...sah kena import ko mai ipoh ;p

    BalasPadam
    Balasan
    1. pahal dengan masking tape tu? kau nak import aku?meh meh meh amik aku :P

      Padam
  2. Daebak ! Lepas ni nak buat polca pulak dah. Thankssss. Btw, design blog awak ni mcm princess. onomnom . comel ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. buat tauuuuuuuuuu,hehe..... yeke macam princess?aummmm :D

      Padam
  3. meh tolong "polkadot" kan bilik akak pulak...hehehe

    BalasPadam
  4. shida tiap2 tahun cat rumah sndri ^_^ tp kalo polka2 ni blm pernah try..myb lps ni hehee..tp kne minta idea onie lah ^_^

    BalasPadam
  5. Cantiknya dot2 besar ru.... hurm... mcm teringin pulak. Tapiiii.. malassss. Hihihi

    BalasPadam
  6. kalo sya cat serupa ini kat dalam bilik sya akan ada la insan yg bertukar jadi harimau haha..kena tunggu ade umah sendri la nmpaknya

    BalasPadam
  7. mek onie..tlg cat bilik akak..:)

    BalasPadam
  8. nnt nak try buat mcm ni la kat bilik pengantin kite..hehehe :D

    BalasPadam
  9. suke polkadot...tapi nak mengecat ni malas cikit...heehhe

    BalasPadam
  10. Memang cerewet kalau nak cat dinding kalau nak buat ton atau ade design. tahniah kepada Mek Onie berjaya mengecat dengan baik & teliti. siap bagi info kepada pembaca.

    BalasPadam
  11. akak mmg tak rajin laa nk buat semua nie onie..cat biasa boleh laa..tahniah berjaya buat onie

    BalasPadam
  12. lawa sangat

    tapi kemalasan nk cat wuwuwuw

    BalasPadam
  13. lawa sangat2 la....rajin tol...

    BalasPadam
  14. aww beautiful! Layout baru blog Onie ni cantik gilee!

    BalasPadam
  15. rajin nye mek ni, lawa lak tu ..mai cat bilik kite lak :D ..

    BalasPadam
  16. skrg ni trend polkadot kann..ske tgk..bulat situ..bulat sini...
    ari ry je rajin cat umah...klo kasi polkadot..hikhik..keje kene lbh halus sikit..baru cantik

    BalasPadam
  17. good idea, boleh cuba nnt.. :)

    do follow my blOg ya.. http://sheilanasir.blogspot.com

    BalasPadam
  18. peh peh peh. mek kau datang rumah aku la senang.

    BalasPadam
  19. Cantek sgt theme kaler oren nih..nmpak fresh kn..huhu blik org da kawen branak pinak xkn nk polkadot gk mek..huhuu

    BalasPadam
  20. Kreatifnya... Mieya teringin nak buat macam tu jugak. tapi... malas huhuhu

    BalasPadam
  21. Assalamualaikum, lawanya bilik awak! tolong cat rumah sheila boleh dok? heee

    BalasPadam
  22. Cantik warnanya..
    Kalau ruang bilik luas lagi cantik kan

    BalasPadam

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..