Sidang Media Serikan Impianmu bersama Fair & Lovely

by - May 19, 2013


Selepas dijemput ke event bersama cik epal kali ini saya lagi sekali diberi peluang untuk menghadiri majlis Press Conference untuk rancangan yang bakal disiarkan tidak lama lagi iaitu bermula pada 27.5.2013 pada hari isnin dari jam 7.30pm-8.00pm selama 5 minggu dan episod akhir akan disiarkan pada 1 julai dari jam 7.00pm-8pm . Jangan lupa saksikan rancangan yang memberi inspirasi kepada gadis terutamanya !


Date: 16 Mei 2013
Venue: Cathay Cineplex,eCurve
Time: 3.00pm-5.30pm

Okeh,kita taknak celoteh panjangggggg lagi,kita cerita dengan gambar sekali la ehhhhh ^__^



yeahhhh! berjumpa lagi !!!!!! 
Syafiqah hashim dan kak asyik bersama saya ! waaaaaa,seronok dapat kenal dengan dorang niiii :D



Yeahhh ! Sidang ini dihoskan oleh Hafiz Hatim (adik hunny madu uolsss) dan sazzy falak dan rancangan yang bakal disiarkan di tv juga akan dihoskan oleh mereka berdua !!! tak sabar pulak rasanya nak tengok rancangan ni ^__^



Mentor yang berpengalaman dari industri yang berlainan seperti  Kieran Hot FM (DJ Radio HOT FM) , Najeeb Azami ( MUA) , Kung Suan Ai ( Pengarah Pemasaran Pavilion Kuala Lumpur) , Intan Noor baizura ( Penerbit rancangan bual bicara pagi di ntv7 dan Azuddin Zan (Perunding Imej) serta Chef Zam (Pakar Kulinari Selebriti Malaysia) 

Setiap Minggu , 2 orang gadis akan dipasangkan dan dibimbing oleh seorang mentor yang berpengalaman berdasarkan industri yang ingin diceburi oleh para gadis yang telah terpilih.

Sebelum penggambaran, sesi uji bakat telah dibuka kepada semua gadis Malaysia yang mengunjungi mobil Fair & Lovely melalui road show di seluruh negeri. Mobil Fair & Lovely adalah satu iniatif untuk melawat 100 lokasi sambil menawarkan rawatan muka,produk dan panduan penjagaan kulit percuma kepada gadis. Sesi uji bakat menerima sambutan yang sangat positif dan mengalakan daripada gadis-gadis Malaysia yang berhasrat untuk membintangi siri realiti ini. Seramai 10 orang gadis telah terpilih berdasarkan dedikasi,kesungguhan dan semangat yang membara untuk mencapai aspirasi mereka.

Nak tahu siapa yang terpilih itu jangan lupa saksikan rancangan ini tau korang ^_^



Mentor dan protege :)


" Fair& Lovely berharap siri ini akan menjadi pemangkin yang membantu gadis-gadis memulakan langkah pertama untuk mengejar impian mereka," menurut Chong Yen Nee,Pengurus Jenama (Penjagaan Kulit) di Unilever (Malaysia) Holdings Sdn.Bhd.

P/s: oh yaaaaa,abah mek penah kerja di company Unilever beberapa tahun dahulu :)


Sidang pun sudah habis, marilah kita bergambar,kihkih...bersama sazzy falak yang gojes,friendly dan cantik ! 



Kieran Hot Fm yang sangat sangat sangat handsome :D



Alhamdulillah rezeki, semuanya sedap-sedap belaka,rasa nak tapau pun ada,kbai



Azuddin Zan, actually time ni dilema nak panggil sape dulu, konon nak panggil najeeb azami tu,tapi mulut terbukak panggil abang azuddin,wakakaka...abangggggggg,sorry henpon I lembab sikit kalau nak bluetooth T_T



Again ! Thanks Fair & Lovely,diari tu comel gilaaaaaaaaaaa :D



Mempersembahkan diri daku yang suka buat iklan colgate,lol..


Jangan lupa saksikan rancangan ni tau, tak sabar tak sabar nak tengokkkkk mentor dan protege beraksi,berapa hari je lagi akan keluar di tv ^___^

Untuk mendapatkan maklumat yang lanjut tentang para peserta bolehlah layari laman facebook di


p/s: bulan ni mood blogwalking kemain kelauttttttttnyaaaaa,rasa nak pitam je rasa ni,otak full pasal kerja T_T

You May Also Like

20 comments

  1. iklan colgate comel..:)

    seronok jumpa onie..nice event, akk dh tapau mknan..:) haha

    ReplyDelete
  2. wow, makin retis sekarang.. wahhhhh comel mek oni ni.. hehehe

    ReplyDelete
  3. Kn mintak sign cpt2 ni wink wink

    ReplyDelete
  4. singgah dan follow blog ni...
    follow me back okay!
    thanks...
    http://aan-shared.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. Mcm retis dahhh. Hebatnyaa. Nk jd mcm mekonie laaahhh

    ReplyDelete
  6. Wah Mekkkkk. Semakin berleluasa power kamu yer.. keep it up.

    ReplyDelete
  7. wahh untungla ada orang invite join event. retis sudah hg sekarang ni ya :)

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum, saya singgah dan follow blog yang best ni :)

    ReplyDelete
  9. sazzy falak lg tgk dari onie..alalalalalal :P

    ReplyDelete
  10. Bestnya di invite event-event macam ini... Teringin sangat :') sobsob

    ReplyDelete
  11. femesnya onie dpt invitation gini.. patut kulit mulus je lately ni.. :)

    ReplyDelete
  12. Syoknya mek onie!! dapat invite event camnie.. :)

    ReplyDelete
  13. onie onie kene senyum lebih sikit lain kali............... heeeeeeeeee~

    ReplyDelete

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..