Bandung Day 1 : LCCT, Bandara Husein Sastranegara Bandung,Restoran Nasi Padang, The Victoria Guesthouse Hotel








Ofkos la tajuk kena kasi panjanggggggggggggggggggggg.  haiiiiiiiihhh,bila nak cerita balik trip ni,tetiba hati ni berdesup terus nak terbang balik ke bandung lagi. Aku ingat bandung ni tak best,sekali perghhhhhhhh...rasa taknak balik pun ada,kihkihkih.. Okay,hari tu aku dah review hotel yang aku duduk 3d2n tu kan,aku harap dapat membantu korang-korang yang nak terbang ke bandung. Aku suggest untuk sesapa yang nak honeymoon tu better check in Hotel The Victoria tu, sumpah cantik! tapi tulah,swimming pool takdeeeee,huhu..

5.8.2013 tiket flight aku pukul 6.30pm gitula,.. perjalanan bermula selepas solat zohor dan terus ke shah alam dulu pasal.. nak pegi tukar duit indon lagi, spare takut tak cukup,so aku pun bergegas ke shah alam (KL REMIT EXCHANGE SDN.BHD) untuk tukar RM100 jerrrr bersamaan IDR350,000 . Time aku tukar duit RM100.80 rate dia 0.000288 ,tu yang dapat IDR350,000 tu..



Sebelum aku ke Money changer yang kat KL REMIT EXCHANGE SDN.BHD tu, aku dengan member aku sorang ni pegi Money Changer kat giant seksyen 13 tu,makkkk aiiiiiiiiii... aku tatau la orang yang jaga counter tu cirit bape belas kali..dari kita orang tunggu sekejap pastu masuk dalam giant cari gam gajah (maklum ah,kasut murah aku buat hal,haha) pastu singgah mekdonel pun tak datang-datang bukak counter jugak,tu kan namanya menyusahkan orang,erghhhhhhhh! pastu time tu dah pukul 2 lebih,maka kita orang pun terus la bergegas ke PAS,Shah Alam... haaa situ bagus.. ada orang jaga counter,erghhh~


stress jap kau tunggu orang tu tak datang-datang~




Lepas siap tukar duit tu, kita orang terus gerak ke LCCT,kl.. driver pun cool,bawak kereta macam nak lawan cerita fast n furious kau,stress aku..tapi,meaceh la sudi hantar ke LCCT, redeem mekdonel kat halena tau,haha.


Setibanya kami di LCCT,maka kami merempat di surau sekejap sambil makan durian crepe dan roti sardin (konfem ana stress baca ayat aku yang ni)  pastu asar terus. Alahai, perasaan masa ni macam nak selubung dalam kain pelikat je wei,pasal penerbangan ini adalah penerbangan kali pertama dari mek onie. Gigih kau simpan duit 5 bulan (pulun) semata-mata nak pegi bandung.semata-mata nak naik kapal terbang,haaaaaaaaa~ 


Makan dah,solat pun dah. aku dapat call dari ana yang dia dah sampai lcct .Maklum la,aku dengan ana gerak lelain... So,jam pun dah dekat pukul 5 ..kita orang pun check in, timbang beg segala tu...pastu, haaa kauuu ..nebes siot nak masuk kat tempat imigresen tu, kenalah raba dengan hakak imigresen tu,nasib hakak,kalau habang?haha.. 



Lepas check in dengan imigresen tu maka kami menunggu di ruang menunggu untuk berlepas,haaaa... perasaan time ni sangatlah eksaited macam apa la,hihi... yelah, orang first time naik flight gini la, jakun terlebih.



So,jam menunjukkan pukul 6.30pm dan tibalah masa kami untuk berlepas meninggalkan MALAYSIA. Ni lagi satu hal, nak sangat kau bergambar dengan flight,merata tempat ambik gambar. haha.. Pengalaman naik kapal terbang eh? aku rasa nanti aku share kat lain entri, ni aku macam nak kena short-kan cerita . Over panjang dah ni,haha... 

Tepat jam 6 lebih maka kami pun sudah terbang,hihiihi... dan sampai sana pukul 7.30pm...hahahahaha... time ni bila tengok jam,aikkkkkkkkkkkkkkkkk...  jam aku dah pukul 9.30,tapi bila sampai sana tgk jam kat sana baru 8.30.. haha.. rupanya indon awal satu jam dari Malaysia tau uolssssss,haha..disebabkan hal ini,aku memang tak terfikir pun nak adjust jarum jam kasi sama masa dengan waktu indon,just jam kita tu tolak satu jam dari masa Malaysia.





pishhhhhhhhhhhhhhhhhh,iteww dapat naik kapal terbang dah,ni angan-angan 11 tahun 5 bulan yang lepas tau,hihi..walaupun air asia, baru sekarang aku mampu nak terbang bersamanya, dari titik peluh aku,aku berjaya tanamkan impian ini sehingga berjayaku kecapi,hihihi...


Sampai sana,terus jumpa pintu imigresen dan ruang airport disana sangatlah terhad dan kecik dan sempit,hihi.. aku ingat besar macam kat lcct tu,sekali...ayoma ayopa.. haha..tapi takpe,aku tak fikir dah semua tu,yang penting aku macam tak percaya aku dah sampai indon time tu,hahahahahaha.. Sesampainya kami disana terus cari tour guide kita orang. haaaaaaa, muda remaja lagi rupanya !!!!! haha.. 


aku macam mak aji dah,hahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahaha ...dan sebelah aku tulah tour guide selama 3d2n kita orang! gantenggggggg banget sih kamu,bhahahahaha... kangen banget sih sama kamu abg zul,haha




Arena besaq ! i loike~

Lepas dah kenal-kenal dengan tour guide kita orang terus dibawa ke restoran padang,alahaiiiiiii... memula sampai tu kan, terus ada penjual kerumun kita orang, tetiba macam stuck kat situ kejap, haha.. So,kami pun berlari terus masuk ke restoran.haha..


Sampai sana terus cari port sedap nak lepak makan-makan pastu orang restoran tu terus hidang makanan,agak pelik gak,tetiba sampai lauk pauk penuh satu meja,haha.. tapi aku memang tahu dah pun hasil survey bacaan aku di blog sebelum ke bandung ritu.

Kita jumpa gambar ni kat google, cik nana..saya kopipes gambar awak ni pasal saya tak sempat ambik gambar cenggini T_T


Keistimewaan nasi padang ni kan, dia  dihidangkan semua jenis lauk pauk dan bila tiba masa untuk bayar, orang tu akan kira pinggan yang kita ambik lauk dia je,yang tak ambik dia tak kira, So far, murah jugak makanan kat situ, lebih kurang RM45 duit kita untuk 5 orang makan,hihi. Aku suka lauk tempe dorang,sedap gila !!!!! aku ingat Malaysia je ada tempe,rupanya Indonesia pun ada tempe weiiiii,hoho..


lepas makan-makan semua,kita orang pun dah tak larat,maka tour guide ( aku panggil abang zul jela eh) terus bawak kita orang ke hotel !!!!!!!!!memula sampai sana tergamam woiiii, rasa macam mewah yang amat ! 



So, The Victoria Guesthouse Hotel ini akan menjadi tempat beradu kami,auwwww..hihi... Malam tu tak boleh tidur,sebab tak sabar nak tunggu hari esok!!!!!!hihi...yang geng laki duk mengopi dengan abg zul,dorang tu bukan reti penat,haha.. pastu,kemain la suka gila..harga rokok sana murah yang amat,sekotak ada yang rm4.50,dorang tatau puntung rokok tu dikutip ditepi jalan pastu recycle balik,eh kbai :P


So,penat.. jumpa di entri Bandung Day 2 kaliannnnnnnnn....tak sabar nak cerita untuk hari seterusnyaaaaaaaaaaaaaa :D


Kesimpulannya,

LCCT ---> Pertama kali aku jejak wei

Lapangan Terbang Bandara Sastranegara Bandung ---> aku ingat aku nak tido untuk malam terakhir kat sini,tapi tak jadi,aku ingat airport ni besar macam airport kat lcct,kl tu...adoiiiiiiiii..sebab apa aku nak bermalam terakhir di airport tu? okay, next entri,haha *banyak sangat dah ni aku hutang entri,haha

 Restoran Padang ---> Bersih, makanan sedap,murah,sampai-sampai je terus dapat air masak,pastu siap ada ruang smoking lagi kau. tapi tulah,aku tak berkenan la tengok jejaka smoking kat kedai makan,hilang habis selera makan aku,krohhhh~

The Victoria Guesthouse Hotel ---> Oh,ini cakap banyak kali pun aku rasa macam nak menangis ,lawa yang amat!




heeee,jumpa di entri Bandung  Day 2 tau korang,meaceh sudi baca :)

14 ulasan:

  1. Onie htel victria cam bes giler kot insyaallah lau repeat bndg ag blh stay sini...ayu pon xpuas ag shpping kt sn

    BalasPadam
  2. Wahhh! Macam best je! Fana ingatkan kos dia mahal sangat. Nak pegi honeymoon sana la nanti. Hihihi. Suka gila tengok hotel dia. Vintage sangat !

    BalasPadam
  3. wahh bandung! pernah la pergi sekali dulu tapi singgah kejap je. :)

    BalasPadam
  4. Seronok nye pegi sana. Amik pakej mahal ke? Serba serbi mewah ni.

    BalasPadam
  5. mmg la indonesia ade tempe..hihi..pape pon mmg pengalaman yg seronok..k.ecah nnt2 la nak gi obersea..baru lepas obersea sabah jek..hihi

    BalasPadam
  6. mek, syok tak pi bandung... aku plan nak gi gak ni...

    BalasPadam
  7. cepat awop update. ore baru plan nk bermlm di airport sbb tolok tgh male.. wuwu. T.T

    BalasPadam
  8. zara ngan suami dapat tajaan melancong ke jakarta dan bandung selama seminggu as a wedding gift dr majikan en.suami, last year. alhamdulillah.. kalo bukan di sebabkn kena sponsor, xmerasa laa jejak kaki ke sana.. penginapan dan tambang flight kena tanggung, so just sediakn blnja makan dan shopping kat sana. kalo ada rezeki lebih nnti, insyallah akan ke sana lagi.. sbb seminggu kat sana mcm xpuas.. hihi..

    BalasPadam
  9. Elie dah lama plan nak ke Bandung, tapi tak tercapai lagi hajat nak ke sana! wuuu!

    BalasPadam
  10. ade plan nk kesana tp tu lah xtau lg..bila kan..

    BalasPadam
  11. akak pun pegi jakarta hari yang sama...tp akak punya flight pukul 11.30pg. byk x onie shopping kt bandung?

    BalasPadam

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..