Jika dibandingkan barang lain,saya pilih jam.

by - April 17, 2014



Hai korang, terima kasih sebab masih sudi membaca cerita ambe ni. Awal bulan 4,rasa nak belah otak..satu pegi kanan satu pegi kiri... badan pun rasa macam nak belah,satu pegi kanan satu pegi kiri,kehidupan ambe semakin hari semakin busy. Semakin mementingkan masa. Bila kat tempat kerja, mesti kena bahagi masa,kerja apa yang patut ambe buat dulu. Lagi-lagi kerja dengan orang ni,huhu




Bila balik kerja tak fikir sangat nak rehat sebab malam biasanya masa saya untuk reply whatsapp/sms customer saya (bisness online saya) . Bila terjadinya situasi begini, betullah pepatah melayu mengatakan,masa itu emas. Dari kecil lagi abah umi ambe sentiasa mengingatkan tentang masa. Malah, di sekolah pun guru seringkali mengingatkan tentang masa. Dari situ,kita dapat membentuk sahsiah diri dan kita mampu mengubah diri kepada seorang yang lebih berdisplin atau punctual !


Serius,jam tangan ambe ni,ambe cepatkan 10minit....lagi-lagi masa ke kerja,haha.... wajib awal ! Pastu kalau macam dah lambat 10 minit ke apa ke kan,mesti mula nak gelabah, rasa macam 'ishhhhh,baik buang jam kat tangan kau tu,sia-sia je pakai jam'....kan?


"Punctuality is the politeness of kings" - Louis XVIII






Dua tahun dah ambe setia dengan jam ni, jenama Polo Club Britannia . Keliling ada diamond,memang tu kesukaan ambe. Nasib baik time beli ada sale,kalau tak.. mahu rm200 lebih kalau tak silap,lupa dah.. Beli mahal satu je,kualiti dan tahan lama. Jenis ambe memang lebihkan jam,haha.. dari belajar kalau nak pilih jam mesti keliling dia ada diamond,kalau takde diamond sorry,haha... demand gilakan,huhu



"Budaya yang cukup positif ini pastinya telah membentuk sifat peribadi yang cukup cemerlang dalam komuniti kita."




Betul tak? Jam sangat memainkan peranan dalam kehidupan seharian kita. Cuba bayangkan dalam kehidupan kita tak ada langsung jam? Gigih pulak engko nak pegi cari matahari duduk tegak sambil tengok bayangkan?Bolehhhhhhhh,tak salah pun nak guna konsep tu. Cuma sanggup tak sanggup jela kan?huhu..Saya pasti, dunia kini semakin banyak pilihan terutama dari segi rekaan serta fungsinya. Namun,ambe jadikan jam tangan sebagai satu pelengkap terutama dari segi aksesori. Bukan apa, jam juga mencerminkan personaliti dan status si pemakai. 




Casio Watch LTP-1302L-1AVDCasio watch LTP-1183Q-7ADFCasio Watch MTP-1183A-7ADF Silver
                                    1.  kiri tengah atau kanan?                                   



Logiknya, seseorang yang suka akan gaya menarik,pasti akan memilih jam dengan rekaan yang stylish manakala yang lebih mementingkan status dan kemampuan akan memakai jam tangan berjenama dan agak mahal untuk menyerlahkan keunggulan.Betul tak? Korang dari kategori mana satu? Bagi ambe,ambe dari kategori gaya menarik ;) hehe..




Tone On Tone Watch FS-COVERMGB GRIGIO BLUASTRO/BLUE GREYOMAX watch GUA006-White  WhiteGS Polo watch GS-4001-212 Black
                                 2.  kiri tengah atau kanan?




Yang bestnya, dunia sekarang semuanya dihujung jarikan? Nak order jam pun boleh order kat online. Online mana? Of course lah Watch Malaysia di ZALORA idaman hati tu haaaaaaa... Harga not bad,sangat berpatutan dan terdiri dari jenama yang terkenal (antarabangsa/tempatan) Procedure pembelian pun sangatlah terbaik,mudah dan cukup selamat ! Jangan lupa untuk merasai pengalaman membeli di ZALORA.




Servis Zalora memang terbaik! Jangan lupa korang,Masa Itu Emas ;)



p/s: Alaaaaaaaaa,ambe dah la seorang yang minat gila dengan jam, dah tu bila nak pilih jadi tak keruan, korangggggggggggggggggggggggg...boleh tak tolong pilihkannnnnnn,huwarrr..kelabu mata dah ni,emmm...ambe prefer jam yang ada date tu,tapi tatau nak pilih yang mane,huhu.. 

You May Also Like

11 comments

  1. Aah taste sama arr suke diamond2 jgk br leh fefeling shine bright like a diamond gituh

    ReplyDelete
  2. hehe saya pun minat jam. mcm baju pun xmint dah. ekekeke :)

    ReplyDelete
  3. tak suka pakai jam... tapi selalu punctual ;)

    just guna jam nset.. n di awalkan juga dari waktu yg sepatutnya... kalo rasa malas nak tgk nset tanya ja org mcm onie yg ska pakai jam hihihi

    ReplyDelete
  4. samalah kita ! hazy pun biasa cepatkan jam 10 minit . heheee =D jam no 1. kanan tu lawa ! simple je =D

    ReplyDelete
  5. Love your inspiring blog :)

    xoxo
    http://singingthumbelina.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. samala den pon suka jam.kalau x jam..2nd choice adalah kasut hehe

    ReplyDelete
  7. Sama lah macam saya pun mek.. nanti nak cepatkan jam dinding dalam rumah pulak... haha... serious ada bagi effect kot ke kitaa HAHAHA

    ReplyDelete
  8. salam jumaat dan singgah sini..

    done follow..jemput ke rumah saya :

    http://mrspuex.blogspot.com/
    -tq-

    ReplyDelete
  9. saya jugak peminat jam.....tapi jarang beli jam :)

    ReplyDelete
  10. No 2, yg tengah tu sangat cantik ! hehe
    saya pun minat jam tangan, sekali beli, setia sampai dah rosak baru beli lain xD

    Hai jemput singgah :)
    http://hazirahmuslim.blogspot.com/2014/04/fll-2014-natures-fury-semerbak-vendetta.html

    ReplyDelete

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..