Berenang adalah hobiku. Cewah!

by - November 12, 2014



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,hai korang ! Sape minat berenang? minat tapi tak pandai sangat berenang? jom geng!haha.. actually hobi terbaru aku adalah berenang even tak berapa power lagi berenang tapi gigih juga la aku berendam dalam pool start dari pukul 9pagi hingga 1 petang,muahahahahaha... Kadang setiap minggu turun shah alam sebab nak pegi pool sesambil bawak adik-adik dan umi jalan umah sedara. 



First time aku try nak belajar berenang adalah di pool port dickson masa holiday 2 3 tahun lepas,lama dah weh..ni baru nak panas line balik. Bila nak belajar balik,tercunggap-cunggap dalam air. Tapi cara aku belajar,memang start dari latihan pernafasan. Even takde sape yang ajar, gigih jugaklah aku belajar kat youtube,nak masuk kelas berenang tak mampu,muahahahaha.. Macam korang terutama kita yang gegirl ni jangan takut kat air..try cool dalam air.. kalau gelabah jugak dalam air (pool je kot,jangan risau takde ombak aih) tatau la,wuwuwuwuwu...






dengan sepupu aku yang nakal-nakal ..

Bagi seorang beginners macam aku,aku try teknik streamline..ternyata teknik ini mengajar aku supaya lebih confident dalam air sebelum menggunakan teknik yang lain. 

Teknik floating dasar air kadang-kadang aku tak berjaya,namun aku cuba untuk mengimbangkan diri dalam air. Teknik ini perlu menggunakan pernafasan yang betul. Tidak diragui lagi,teknik pernafasan ini adalah paling prioriti sebelum belajar teknik-teknik lain. 

Teknik pernafasan ini biasanya dari dua hala iaitu inhale dan exhale. Cara yang betul untuk mengambil nafas adalah dengan keadaan yang relaks dan cool,tidak terlalu laju semasa tarik nafas. Selepas itu,jaga pernafasan dengan se-powernya. Untuk menjaga nafas lebih panjang semasa dalam air,teknik boobing (belon) perlu dilakukan. Lagi cun kalau dapat nafas panjang.




aku dengan salah satu streamline,amboi streamline sangat.

Swimming board pun dapat membantu korang belajar berenang serta mampu belajar terapung dalam air dengan teknik yang betul. Macam aku haritu,aku belasah je. Pastu baru reti nak bukak youtube belajar cara berenang dengan betul,muahahaha...


Seterusnya,teknik flutter kick..teknik ini aku selalu gunakan kerana teknik ini tidak terlalu berat bagi yang baru nak belajar berenang.. cuma kena bertenaga pada bahagian otot kaki.. bagi yang tidak pandai menggunakan teknik ini,korang disarankan untuk menggunakan swimming board. Alah,swimming board(kickboard) tu bukan untuk bebudak kecik je uolsss..yang besar gajah pun boleh guna aihhh...


So,di atas adalah beberapa teknik yang sedang aku pelajari dengan bantuan pakcik aku serta youtube. Cuma,pakaian renang masih belum complete. Gogel sangat diperlukan. Pakaian semasa renang pun sebenarnya memainkan peranan yang pentingkan. Bagi muslimah,kalau rasa tak cukup modal lagi untuk membeli pakaian renang,korang juga boleh gunakan pakaian muslimah dari lycra.Hal ini kerana,lycra adalah fabrik yang ringan dan kurang geseran semasa berada dalam air. 

Kesimpulannya, aku masih belum power untuk bercerita lebih. Aku ambil yang asas dahulu. Tapi berenang ni best,seolah-olah dia merelakskan minda serta senaman ini bukanlah senaman yang berisiko . Sesuai untuk semua peringkat umur. Sape power berenang? mohon ajar kita please,hehe..Seriously kalau aku stress ke apa,aku mesti berenang cause the best of medicine,cewah!hehe..


Okay,jumpa lagi. 

Salam sayang,
mek onie
letopink@yahoo.com

You May Also Like

18 comments

  1. weh. nak ikut... dah lama x swimming.. mek, teknik floating mudah je weh.. ak xnak gtau dekat sini. nak tau wasap ak. hahahaha. tapi ni serius. mudah je kalo ko nak try.

    ReplyDelete
  2. kak yong memang tak pandai berenang...ntah bila kala nak belajar tak tahu la...hihihih...

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum onie. salute la belajar renang sendirian berhad. sheila memang fail dengan air. kalau ada pelampung or lifejacket baru rasa ok. kahkahkahh pastu ada hati nak g pulau pantai. padahal takuttttt air.

    sila ajar sheila berenang!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam sheila, belajar sheila,ajak adam sekali,kikikiki

      Delete
  4. angkat tangan. minat jugak berbenang. aku belajar renang dengan brader nim. lepas 10 kelas seminggu skali, kini aku dah pandai berenang freestyle, breastroke, dan backstroke. tapi few techniques cam nak pusing dalam air and treading tu x reti2 lagi. hohoho

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeay gengggggggggggggggggg!!!!! 10 kelas..ah bestnya wei p kelas! brader nim? ada link blog dia or website dia...?breastroke ngn backstroke?alaaaa,susah lagi yg tu,haha

      Delete
  5. Ena ni main berenang je. Tak tahu teknik apa yang ena buat. Hahaha terbaiklah kak mek onie.. lain kali ajak ena sekali.. ehhhhh XD

    ReplyDelete
  6. Pandainya mek onie berenang. Iday membesar dekat rumah tepi pantai pon tak pandai. pandai celup2 badan dalam air je. hahahaha

    ReplyDelete
  7. oh nooo..xreti kito berene.kalu g pool gak dok tepi jah..tepeh2 air..

    ReplyDelete
  8. Bestnya pandai berenang.Hehe.Syirah nakbelajar jugak.huhu

    ReplyDelete
  9. bestnya..nad berenang guna kaki je..hahaa

    ReplyDelete

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..