Pengalaman menginap di Hotel Perdana Kota Bharu,Kelantan

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Yeahhhhhhhhhhhh! hampir seminggu dah rasanya aku balik dari kelantan... Rasa rindu tu mestilah ada,siapa la tak pandai nak rasa rindukan?tambah-tambah pergi dengan kawan blogger yang super awesome . Sebenarnya, banyak jugak blogger yang pergi ni aku tak berapa nak rapat sangat (haa jujur tak?hahahahaha..) maksud tak berapa rapat sangat ni adalah bilamana kita jarang berborak,makan semeja, gelak bersama dan gila bersama. Pertama sekali aku nak ucap jutaan terima kasih kepada Hotel Perdana Kota Bharu dan Destination Malaysia kerana sudi menjemput diri ini untuk ke trip super havoc ni selama 3 hari 2 malam...yaaaa... bagi yang mengenali diri ini mungkin agak pelik,sebab yelah...kampung aku sendiri ,kenapa la nak ikut! Kau tak pernah ke jalan kat kelantan tu mek?


Sejujurnya, aku tak pernah ke sini dan seperti yang aku ajukan pada sahabat yang join trip ini,last aku ke kota bharu 5 6 tahun lepas macam tulah.. See? Aku balik beraya kat kelantan semata-mata sahaja tanpa explore negeri kelahiran sendiri. Sedih tak? Tapikan trip kali ni aku rasa sangat enjoy gila. Sebabnya naik flight,45 minit cenggitu la..biasa aku dari KL naik kereta...So, habis 7 8 jam atas jalan saja,hahaha....




Tapi ! Bila aku sampai di negeri kelahiran aku sendiri minggu lepas...sungguhhhhh,macam-macam aku dapat rasa... rasa rindu,rasa kecewa,rasa gembira dan paling aku rasa adalah TERUJA! Rasa rindu? ye,semestinya la aku rindu dengan negeri kelahiran aku sendiri..rasa kecewa? Yesss,sangat kecewa sebab diri ini tak pernah nak gigih jejak kaki ke Kota Bharu. Bukan apa, aku kadang balik kampung tapi memikirkan trafik di jalan aku hampa. Rasa gembira? Yaaa sudah tentu la aku gembira, sebab kali ini aku ke Kelantan bersama satu impian dan matlamat. Teruja? Yesss... Kalau korang nak tengok keterujaan aku macamana.. tunggu..sebab sekarang memang banyak nak cerita pasal Kelantan..Sabar ye kengkawan.


* Cisss,mukadimah pun berjela ni apa kes mek?haha... Penuh dengan rasa :P




Apapun, aku nak cerita pengalaman aku menginap di Hotel Perdana Kota Bharu... Jomlah kita membaca... mana tahu,suatu hari nanti korang akan ke sini... Seriussss.... aku macam terkedu bila masuk Hotel Perdana Kota Bharu ni ,sangat sangat sangat nice ;)




Antara blogger yang turut ke trip ini.


Pertama sekali, aku ucapkan jutaan terima kasih sekali lagi... sebab tanpa aku di sini mungkin aku takkan melihat sendiri bilik-bilik yang sangat selesa dan mewah ni. Oh, dulu aku selalu berangan nak tidur dekat hotel mewah, hotel bertaraf 5 bintang kata kau... Sekali,nahhhhh! Aku sangatlah bertuah.. Sangat sangat sangat gembira dan syukur ke hadrat ilahi.. 




Syukur dapat ke sini :D



Jommmmm...aku kenalkan korang satu-satu bilik yang ada. Apa yang aku suka dengan hallway ni kan adalah setiap laluan dan sudut dinding ada lukisan yang dilukis oleh WARGA KELANTAN sendiri... Bila bertanya tentang kos lukisan ini sahaja ,lagi sekali aku terkedu... Wahhhhh, dah tentu pemilik hotel ini sangat meminati dunia senikan?...






Sebelum aku panjangkan lagi cerita, General Manager hotel ini adalah En.Taha Zainal. Tahniah En.Taha atas hasil seni dan segala fasiliti di sini. Saya selaku blogger yang kesana cukup terharu dan terkesima dengan setiap layanan yang diberikan oleh pihak hotel. Semoga layanan ini terus berkekalan . Saya yakin Hotel Perdana Kota Bharu ini memang yang paling best saya menginap!



_____________________________________________________________________


Untuk pengetahuan korang juga, Hotel Perdana ni ada 2 wing.
1. Executive Wing
2.Classic Wing

Kesemuanya ada ... ye ke ni ambik gambar ioksss photog :P
Cuba teka wing mana aku duduk?hehe...


Classic Wing : Deluxe Classic



Classic Wing: Premier Classic



Executive Wing : Perdana Suite



Executive Wing: Perdana Executive

Yup, ini adalah bilik aku semasa aku menginap di Hotel Perdana Kota Bharu..Terharu sangat sebab memang puas hati dapat bilik super saia yang kalau aku rasa taknak keluar pegi memana. Since dah ada bilik cenggini,memang bestlah rehat! Nak-nak bantal selembut sutera,selimut selembut pakai sabun softlan segelen,air cond yang berfungsi,  bath tub ..oh ni memang aku teruja, dapat pun aku mandi dalam tub tu,kihkihkih...




Sudut rehat,bersantai dan mewah. Ini pun adalah salah satu sudut dari bilik aku haritu... 



Kalau korang nak tahu, Hotel Perdana Kota Bharu ni baru je dirasmikan dan mempunyai 11 tingkat kesemuanya,sesapa yang teringin nak join yuk ahhhhh . Pulak tu, nampak scenery di negeri 'Cik Siti Wan Kembang'.




Dari suduk bilik kita dah boleh nampak Perpustakaan Awam Kelantan,Bazaar Tok Guru dan sebagainya....Unik sungguh bangunan Perpustakaan tu :)



Dari sudut bilik aku boleh nampak ;)



Barang mandian. So korang kalau ke sini no worries la kalau ada yang terlupa bawa berus gigi. Memang perfect la korang!







Satu lagi apa yang aku suka dan mula-mula tengok balik di Hotel Perdana Kota Bharu,rupanya dia buat kesana sini... Efek ni paling menarik. Mula-mula aku ingat cermin,sekali bukan...terbaiklah!




Benda Wajib Hokayyyyyyyyyyyy! Kolam renang juga dikenali Anjung Terrace :D


Please bagi aku satu peluang :P





Suasana hotel di malam hari.


Satu lagi, aku kalau ke mana-mana hotel aku suka usha toilet dorang dulu... Memang nak bagi 5 bintang pun kat toilet ni....Serius cantik dan bersih!





"Kalau korang nak tahu, Hotel Perdana Kota Bharu  ini mempunyai 272 bilik di mana mempunyai 2 wing serta mempunyai 6 jenis bilik yang besar dan super awesome! Aku rasa ni baru kisah Hotel Perdana Kota Bharu.. Kalau kisah makanan mahu lebih panjang dari yang ni. "-Mek Onie



Apapun,jutaan terima kasih saya ucapkan dan tahniah buat Hotel Perdana Kota Bharu dan Destination Malaysia. Hotel idaman dari kecik dimana akhirnya aku dapat menginap sebab baru tahu perasaan menginap di hotel bertaraf 5 bintang. Kalau korang tak tahu lagi,hotel ini memang sangat strategik di mana jarak ke lapangan terbang lebih kurang 15min macam tulah. Pun dekat dengan kawasan pelancongan. Aihhhhh, tak pernah aku merasa kehidupan di Kota Bharu,cecececeyyyyyyyyyy....



5 Sebab kenapa aku suka yang teramat sangat dengan hotel ini?

  • Hotel sangat strategik dengan tempat pusat pelancongan.
  • Saya tak sebutkan pasal staf? No worries,ni nok oyak la ni, Serius best dan sempoi yang teramat sangat serta pemurah dengan senyuman....
  • Bilik,perabot dan suasana hotel sangat puas hati,cantik dan mewah!
  • Banyak fasiliti yang boleh kita dapat di sini contohnya, gym,Spa,Kolam Renang dan business centre.
  • Impian jadi kenyataan,hihi...



5 Sebab kenapa aku tak suka dengan hotel ini?
  • Masa cepat sangat berlalu
  • Masa cepat sangat berlalu
  • Masa cepat sangat berlalu
  • Masa cepat sangat berlalu
  • Masa cepat sangat berlalu.. haaa sekian ...

Rating: 5/5 bintang mek onie bagi!

Highly Recommended !!!!!!!!!!!!!!!


Alamat:

Hotel Perdana Kota Bharu
Jalan Mahmood, 15200 Kota Bharu,Kelantan

Untuk sebarang tempahan boleh hubungi:
Tel: 09-745 8888
Fax: 09- 748 8855
Email: sales@hotelperdanakotabharu.com

Facebook | Website | Instagram



Terima Kasih Destination Malaysia kerana bawa saya ke Kelantan ! Best gila ;)




Kesimpulannya, dari mula-mula turun flight pergi ke tempat ketibaan pastu terus jumpa signboard ' Selamat Datang ke Negeri Kelantan' . Nampak kelibat staf dari Hotel Perdana dah menunggu kami. Seterusnya,sampai di Hotel Perdana Kota Bharu terus tergamam kerana cantik sungguh dekorasi dan terharu. Sempat juga berendam di kolam renang dan sambung di bath tub,ahakk.. Layanan staf yang cukup mesra membuatkan kami rasa dihargai sangat dan jutaan terima kasih buat semua yang terlibat. Semoga rezeki kalian makin bertambah dan semoga Hotel Perdana Kota Bharu ini terus dikenali dan makin awesome! Pengalaman yang cukup bermakna sebagai seorang blogger dan bangga menjadi anak Kelantan :D



Next entry mungkin aku cerita lebih detail tentang makanan  dan aktiviti semasa berada di Hotel Perdana Kota Bharu. Selamat membaca,hihi...

Salam Sayang,
Mek Onie
letopink@yahoo.com


24 ulasan:

  1. Untunglah pergi trip! Untunglah duduk hotel! Best! Tapi serious hotel ni punya interior memang nice! Especially part bilik tu cantik!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya Allah ,tak tahu nak cakap macamana,memang nice gila hotel ni

      Padam
  2. Bestnya mek onie, tula, walaupon tempat sendiri, banyak tempat lain tak jejak lagi. Tak sabar tunggu next entry. Hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. aah iday, banyak tempat lagi tak pegi kat Kelantan tu,huwarrr...

      Padam
  3. untungnya korang semua.. tengok dr gambar yg awak share, mmg terbaik la hotel nie.. cantik, selesa & mewah.. gitu

    BalasPadam
    Balasan
    1. ahamdulillah pijo... diberi kesempatan untuk share pengalaman yang sangat berharga,cewah :D

      Padam
  4. NI MMG HOTEL BARU KE DEPA UPGRADE? DULU2 RASANYA DH PENAH DGR HOTEL PERDANA NI HUUU...MEWAHNYAAAAA

    BalasPadam
  5. Hotel Perdana memang cantik! Orang tertentu je mampu masuk sana. Untunglah Mek Onie :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. sangat sangat cantikkan...kita pun boleh masuk awak.... jangan ckp macam tu yang..

      Padam
  6. Bestnya. Paling best part mandi tu. Huhu.

    BalasPadam
  7. Urm... urm... tu toilet kat mana tu? Hahaha!

    BalasPadam
    Balasan
    1. dekat dengan restoran jade,hehehehe

      Padam
    2. Apasal rasa mcm tak sama je dgn toilet lelaki yg kat sebelah tu... Ish! Hahaha!

      Padam
    3. Kenapa?toilet laki sebelah tu macamana?lagi cantikkah?

      Padam
  8. aaaaa best nye onie! Bilik dia cantik2 ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. tau takpe anis, kita geram sangat tengok bilik kat hotel perdana ni T_T

      Padam
  9. bestnya Mek!tahniah dapat peluang tidur kat hotel yang gempak macam ni...samalah kita kalau gi memana hotel akan tengok toilet tip top ke tidak

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulillah Sal... peluang yang ada kita jangan bazirkan...just grab it..

      Padam
  10. Mau kembali Mek Onie....
    Mau!
    Hehehe

    BalasPadam
  11. Masa cepat sangat berlalu! Sedihh sedihhhhhhh

    BalasPadam
  12. seronoknya!!! Onie nak tanya... hotel ni OKU friendly tak? my dad kan kena half-stroke, so senang tak kalau nak bawak dia with wheelchair? what do you think?

    BalasPadam
  13. Suka dengan under the pool picture Mek Onie!!!!

    BalasPadam

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..