Mek Onie sudah berdomain sendiri.
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Alhamdulillah, akhirnya tercapai jugak impian nak pakai domain sendiri. Sebenarnya, dari 2 tahun lepas lagi aku tanam niat nak pakai domain sendiri. Cumanya, sekarang ni aku baru ada keyakinan nak pakai domain yang berdot com serta berbayar ni. Aku tak tahu kenapa aku tak yakin sebelum ni. Yang pasti bila ramai yang pujuk aku pakai domain sendiri,aku yakinkan juga diri aku untuk berdomain sendiri.
So, sebut pasal domain ni. Sebenarnya aku memang sayang gila dengan nama blog sebelum ni iaitu letopkeypad.blogspot.com ( haaa,panjang kau nak taip) . Sebab ramai yang kenal aku dengan nama LETOPKEYPAD tu,okay.. nama letopkeypad ni agak krik krik sedikit,aku tak tahu apa yang meletop,yang pasti blog aku ni sendu je. Lepas aku buang sayang aku pada nama letopkeypad.blogspot.com ni,aku memilih mekonie.com.
Tanggal 14 September 2015, sah blog ini sudah berdomain kepada mekonie.com . Tahniah buat diri sendiri !hehehehehhehehehe....
Kenapa mekonie.com?
Salah satunya, nama pena aku (Mek Onie),pendek dan senang untuk orang lain ingat ( harapnya la awak ingat?hehe) . Sebab aku dah malas nak edit url blog kat gambar pepanjang dan malas nak taip pepanjang bila guna url blogspot tu. Heiiiii,gila kau aku tak suka pakai dot blogspot dot my tu. Free kot! Tayah dah renew bulan-bulan. Hahahhahahahahahahahahaha.. Oh kenapa Mek? Hahaha...sebab ambo kelahiran kelantan.kifkifkifkif...
![]() |
Crew Projek Travel peratus paling tinggi support aku pakai domain! Thanks korang !!!! |
Kenapa baru sekarang nak berdomain?
Macam aku cakap atas tadi la korang, aku tak yakin sebenarnya bila nak berdomain sendiri ni. Satu komitmen kita setiap tahun dengan blog ni dah tak free malah bila berdomain sendiri ni kena renew every year. So, aku tak rasa ini adalah satu pembaziran. Minat untuk blogging tu memang tak disangkal lagi. Dan satu lagi, sebenarnya aku takut trafik blog kecundang,lol...Padahal trafik blog bukan la gempak manapun kau mek, Adoiiiii...
Memang aku minat gila blogging. Sampai aku rasa kalau tak dapat menaip sehari memang tak senang duduk sebenarnya. Tapi tulah, sekarang ni masa untuk aku update blog adalah sangat terhad. Tapi takpe. Lepas berdomain ni, aku rasa makin semangat. Bukan sebab berbayar. Tapi sebab satu perubahan. Cewah!!!! hahaha...
29 comments
Mohon yang baik hati lagi pemurah tu sponsor akak pulak.. hahahah. Tahniah Onie dah berdomain. Doakan akan dapat hidayah berdomain jugak hahaha
ReplyDeleteinshaAllah one day kak ^_^
Deleteapapun tq akak sudi datang komen sini lagi :)
tahniahhh mek onie sayanggg!!!
ReplyDeletetq nisa kay <3
DeleteKita dah lama letak blog awk dlm bloglist kita. cepat letak blog kita dkt bloglist awak juga. baru sweet gitu.. bye
ReplyDeleteokeh! wajib ah letak blog pijo,idola kot!
Deletekaksu pernah dapat sponsor buat domain senidri and bertahan guna selama 2 bulan, lepas tu kaksu masuk balik blogspot sebab traffic turun mencanak. time tu dari 7-8k clicks jadik 2-3k click je sehari. so kaksu back to blogspot semula.
ReplyDeleteserius?takpela, onie usaha je.... yang penting senang nak sebut url baru ni,hehehe
DeleteZuan oh zuan.....Mana dia ni. Tak nak sponsor untuk Arisha sekali ke hahaha. Tahniah ye kakak sayang, ada pembaharuan & kemajuan!!!
ReplyDeleterisya jelesss,hahahaha... terus menyepi zuan... yeayyyyy,,thanks risya sayang :D
Deletetahniah mek..nad entah bila..
ReplyDeleteinshaAllah one day nad... :D
DeleteWah... tahniah, mana akan datang nak berwordpress pulak kan? baguslah dah ada domain sendiri, satu langkah penjenamaan
ReplyDeletewordpress ?tak pasti la,hehehehehe
Deletealhamdullilah..thniah
ReplyDeletethank you sayang :D
Deletetahniah mek onie...
ReplyDeletethanks kakak :D
Deletetahniah mek..:)
ReplyDeleteawak,thank you tau :D
DeletePeh. Tahniah mek onie :)
ReplyDeletejudin! thank you dess :D
DeleteTahniah onie.. kita dah lama nak beli domain sendiri tapi still tak terbeli...kwang kwang
ReplyDeletelaaa tak cakap nak suh sponsor. kalau tak abam hoq sponsor jer
ReplyDeleteramai yang baik hati...
ReplyDeletecongrats mekonie.com .. pasni entri makin gebum2 la... hehehe
ReplyDeleteTahniah mek onie dah berdomainnnn. dlu awal2 kenal, iday, ayue dan mek onie masih blogspot. sekarang semua dah tukar. yeayyy! Hahahaha
ReplyDeleteMeriahnyer... Ada makan2 ke ni?
ReplyDeleteSatey ayam : 15 cucuk
Satey daging : 15 cucuk
Satey-satey : 15 cucuk
Satey rusa : 15 cucuk
Lain2 satey : 15 cucuk..
Ok dah.... Hahaha
Assalamualaikum onie..taniah ye. Semoga terus maju dlm blogging
ReplyDeleteTerima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..