Mek Onie sudah berdomain sendiri.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Alhamdulillah, akhirnya tercapai jugak impian nak pakai domain sendiri. Sebenarnya, dari 2 tahun lepas lagi aku tanam niat nak pakai domain sendiri. Cumanya, sekarang ni aku baru ada keyakinan nak pakai domain yang berdot com serta berbayar ni. Aku tak tahu kenapa aku tak yakin sebelum ni. Yang pasti bila ramai yang pujuk aku pakai domain sendiri,aku yakinkan juga diri aku untuk berdomain sendiri.



So, sebut pasal domain ni. Sebenarnya aku memang sayang gila dengan nama blog sebelum ni iaitu letopkeypad.blogspot.com ( haaa,panjang kau nak taip) . Sebab ramai yang kenal aku dengan nama LETOPKEYPAD tu,okay.. nama letopkeypad ni agak krik krik sedikit,aku tak tahu apa yang meletop,yang pasti blog aku ni sendu je. Lepas aku buang sayang aku pada nama letopkeypad.blogspot.com ni,aku memilih mekonie.com. 



Tanggal 14 September 2015, sah blog ini sudah berdomain kepada mekonie.com . Tahniah buat diri sendiri !hehehehehhehehehe....


Kenapa mekonie.com?

Salah satunya, nama pena aku (Mek Onie),pendek dan senang untuk orang lain ingat ( harapnya la awak ingat?hehe) . Sebab aku dah malas nak edit url blog kat gambar pepanjang dan malas nak taip pepanjang bila guna url blogspot tu. Heiiiii,gila kau aku tak suka pakai dot blogspot dot my tu. Free kot! Tayah dah renew bulan-bulan. Hahahhahahahahahahahahaha.. Oh kenapa Mek? Hahaha...sebab ambo kelahiran kelantan.kifkifkifkif...



Crew Projek Travel peratus paling tinggi support aku pakai domain! Thanks korang !!!!


Kenapa baru sekarang nak berdomain?

Macam aku cakap atas tadi la korang, aku tak yakin sebenarnya bila nak berdomain sendiri ni. Satu komitmen kita setiap tahun dengan blog ni dah tak free malah bila berdomain sendiri ni kena renew every year. So, aku tak rasa ini adalah satu pembaziran. Minat untuk blogging tu memang tak disangkal lagi. Dan satu lagi, sebenarnya aku takut trafik blog kecundang,lol...Padahal trafik blog bukan la gempak manapun kau mek, Adoiiiii...



Memang aku minat gila blogging. Sampai aku rasa kalau tak dapat menaip sehari memang tak senang duduk sebenarnya. Tapi tulah, sekarang ni masa untuk aku update blog adalah sangat terhad. Tapi takpe. Lepas berdomain ni, aku rasa makin semangat. Bukan sebab berbayar. Tapi sebab satu perubahan. Cewah!!!! hahaha... 

Aku set up domain ni sendiri ke?

Sebenarnya takpun! Seriously aku ni slow sikit pasal benda-benda macam ni. So,aku upah satay 100 cucuk kat seorang hamba Allah yang sangat baik hati sebab tolong set up kan domain aku ni. Terima kasih seorang blogger bernama DE POTIA CASADELAROSSA . Fuh ! Fantastik betul nama dia,haha... Seorang blogger yang power jugak dalam SEO dan fotografi. Heiiiiiiiii, gambar dia semua buat aku terliur sampai produk racun serangga pun buat aku terliur. Stress betul. Pun banyak share tempat-tempat menarik yang beliau pernah kunjungi. Terima kasih Potia tolong set up kan ! Jasamu dikenang. Satay jangan lupa claim eh. 15 cucuk je kan?hahahahahha #kejam
Tukang set up domain aku : DE POTIA CASADELAROSSA
Kau pakai domain ni berapa setahun Mek?

aku ingat setahun RM2.6b,eh... silap-silap... aku ingat setahun ratus-ratus untuk renew domain. Rupanya, yang aku pakai ni RM45/tahun je weh... Hadoiiiiii... murah je sebenarnya. Tapi tulah. Untuk domain yang tahun pertama ni, aku nak terima kasih sangat-sangat kat seorang hamba Allah ni sebab sudi sponsor untuk aku setahun. Manusia yang baik hati lagi pemurah itu adalah pemilik blog unclezuan.com . Haaaaaa korang kenal? Seorang yang komited dengan kerja full time dia. Heiiiiiii.... Terima kasih banyak-banyak zuan sebab sudi sponsor untuk setahun ni. Terharu gila bila jumpa dengan orang baik-baik ni. Semoga kebaikan ini pun dibalas dengan baik ya zuan.
Tukang sponsor domain: Muhammad Syazwan Norhalik atau dikenali Uncle Zuan
Alhamdulillah, Allah temukan aku dengan orang-orang yang sangat baik hati dan permudahkan kerja kita. Semoga kebaikan ini dibalas dengan kebaikan yang lain ya wahai kalian yang sudi membantu aku. Korang memang sempoi gila! 
So, itu jelah aku nak cerita malam ni. Sudi-sudikanlah masukkan mekonie.com dalam bloglist korang eh. InshaAllah, blog tak sepi. kihkihkihkihkih.. Okay, 7 draft nak kena siapkan. Semoga berjumpa lagi di entri akan datang gaissssssssssssssssss.... Yeayyyyyyyyyyyyyyyyyyy,tahniah Mek Onie sebab dah ada domain sendiri.. Jangan lupa renew setiap tahun ye?hahahahahahhaha...
Salam Sayang,
Mek Onie
letopink@yahoo.com

28 ulasan:

  1. Mohon yang baik hati lagi pemurah tu sponsor akak pulak.. hahahah. Tahniah Onie dah berdomain. Doakan akan dapat hidayah berdomain jugak hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. inshaAllah one day kak ^_^
      apapun tq akak sudi datang komen sini lagi :)

      Padam
  2. Kita dah lama letak blog awk dlm bloglist kita. cepat letak blog kita dkt bloglist awak juga. baru sweet gitu.. bye

    BalasPadam
  3. kaksu pernah dapat sponsor buat domain senidri and bertahan guna selama 2 bulan, lepas tu kaksu masuk balik blogspot sebab traffic turun mencanak. time tu dari 7-8k clicks jadik 2-3k click je sehari. so kaksu back to blogspot semula.

    BalasPadam
    Balasan
    1. serius?takpela, onie usaha je.... yang penting senang nak sebut url baru ni,hehehe

      Padam
  4. Zuan oh zuan.....Mana dia ni. Tak nak sponsor untuk Arisha sekali ke hahaha. Tahniah ye kakak sayang, ada pembaharuan & kemajuan!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. risya jelesss,hahahaha... terus menyepi zuan... yeayyyyy,,thanks risya sayang :D

      Padam
  5. Wah... tahniah, mana akan datang nak berwordpress pulak kan? baguslah dah ada domain sendiri, satu langkah penjenamaan

    BalasPadam
  6. Tahniah onie.. kita dah lama nak beli domain sendiri tapi still tak terbeli...kwang kwang

    BalasPadam
  7. laaa tak cakap nak suh sponsor. kalau tak abam hoq sponsor jer

    BalasPadam
  8. congrats mekonie.com .. pasni entri makin gebum2 la... hehehe

    BalasPadam
  9. Tahniah mek onie dah berdomainnnn. dlu awal2 kenal, iday, ayue dan mek onie masih blogspot. sekarang semua dah tukar. yeayyy! Hahahaha

    BalasPadam
  10. Meriahnyer... Ada makan2 ke ni?
    Satey ayam : 15 cucuk
    Satey daging : 15 cucuk
    Satey-satey : 15 cucuk
    Satey rusa : 15 cucuk
    Lain2 satey : 15 cucuk..

    Ok dah.... Hahaha

    BalasPadam
  11. Assalamualaikum onie..taniah ye. Semoga terus maju dlm blogging

    BalasPadam

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..