Hotel Dan Team Building Di Seremban - Klana Resort Seremban

by - March 23, 2016

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Beberapa hari ke minggu lepas (-..-"), sempat jugak bermalam di Seremban dengan bebudak Projek Travel ni. Terima kasih Projek Travel sudi ngajak kita. Actually tak cukup 2 hari 1 malam tu,haha..tamak halobanya kau mek onie. Dalam hati cuak nak join team building di Seremban tu,dah lama gila kot tak join..lelagi aktiviti lasak,haha... So, sebelum aku cerita panjang. Aku ucapkan ribuan terima kasih kepada Klana Resort Seremban kerana sudi menjemput team Projek Travel. Rupanya bukanlah menginap release tension segala tapi kena join team building weh..kebetulan haritu aku demam, tapi malas nak melayan, maklumlah awak. Cuaca sekarang ni panas yang amat. Tapi jiwa meronta taknak duduk diam. hiks!


Mek Onie x Projek Travel x Klana Resort


Kasut merah berjalan lagi, gicuuu! Sebenarnya aku dah lama gila tak jejak Seremban. Last aku jejak 2 tahun lepas la kot,huhu... Bab hotel kat Seremban pun first time jugak aku dengar dan menginap. Tapi tulah, bukan menginap saja kali ni, tapi siap pakej team building lagi, wahwahwahwah.. seminggu sebelum pergi Klana Resort Seremban jantung i dah cuak (over!). 



So,perjalanan kami bermula pada hari sabtu which is kul 5.30am aku gerak dari rumah pastu sampai KTM Batu 3 Shah Alam arround 6.30am gitu la, maklum la.. adik aku drive kereta memang berhemah (Padahal Sambil Layan Mata). Terima kasih angah hantar kakakmu pepagi ke KTM Batu 3 Shah Alam. Okay, train jam 7.20pm. Hamboiiiiiii... Setahun kemudiannnnnnnnnnn kau menunggu KTM, pastu gerak la ke Bandar Tasik Selatan. Haaaaaaaaa, first time jugak aku naik train ke Bandar Tasik Selatan. Pasni makin confident la nak ke sana naik KTM,ha kauuu! Sampai sana around 8.30am! Homaiiiiiiiiiii! Janji kat Klana Resort Seremban 9am nak kena team building. Sekali kelaut wehhhhhhh.... Pastu, nasib baik jugaklah postpone team building hari kedua kami kat Klana Resort Seremban.


Lobi Klana Resort Seremban


Sampai Klana Resort Seremban, perghhhhhhhhh! Teruja gila dengan lokasi resort ni .... Sebabnya, perjalanan nak ke Klana Resort Seremban dari Bandar Tasik Selatan tu lebih kurang 45 minit kalau tak jem. Kami gerak 2 kereta. Jadilahkan. Terima kasih dikbee kasi tumpang kereta,hehe.... Tak susah pun nak cari Klana Resort Seremban ni. Cumanya kalau korang google atau waze Klana Resort Seremban akan keluar Allson Klana Resort... Haaaaaa,betullah tu. Cuma Allson Klana Resort ni nama dulu-dulu la... Lani tukar dah pada Klana Resort Seremban. Takmau confuse nah!hehe..



Sebelum nak masuk Klana Resort ni kami lalu di kawasan hat mana kanan kiri kami tempat rekreasi dan luas jugaklah. Tu kalau dapat camping ke BBQ ke lelepak dengan kawan dan keluarga pun best jugak. Pastu tak hiruk pikuk. Amannnnnnnn je rasa dia weh. Sampailah kami ke lobi hotel. Macam biasalah minah atas tu, pantang jumpa cermin besar, ke situ dulu dituju,wahwahwah... I is humble je, pakai tracksuit gaissssssss,wakakakakaka.. (Alasan!) Masuk je lobi, walawei.... Bahagianya! Kalaulah hari-hari dapat stay hotel. Bahagia rasa. Lelagi bila masuk Klana Resort Seremban wakkkkkkk.... Masa aku sampai tu pagi lagi around 10 pagi . Haaaaa,tepat jam 10 pagi okay sampai. Padahal lewat dua jam dah,hampeh!haha... Punca dia sebab KTM yang siput,LOL.


Team Projek Tavel di Klana Resort Seremban


Salah satu sudut yang senang nak meeting sekejap sambil dorang dorang tu siapkan peralatan untuk 'menembak' pemandangan dan lokasi kejadian. Lengkap bebudak ni bawak. Aku je herettttt baby pink Sony, Malu jah! haha... Yang ada haritu, Penaberkala, Mawardi Yunus, Ahmad Fauzi Aryaan dan Khai Artzfar. Apapun, semoga pojie dan keluarga tabah ye untuk pemergian arwah emaknya. 



Lokasi yang kita orang santai kat atas ni kan kalau korang nak tahu memalam ada live band. Masa yang aku pegi haritu pun ada live band pastu ada orang celebrate bufday dia. Pastu live band tu siap nyanyi Happy Birthday bla bla bla bla ( Gigih i taip sesatu!Kahkahkah). Haaa begitulah keadaan di sana. Okay la. Nice place! 


Cascade Lobby Lounge | Klana Resort Seremban


Haaaaaaaaaaa, tempat ni la yang kami lepak atas tadi. Selesa jugaklah. Tapi area sini boleh smoking, terkejut jugak itewwwwww...sebab masa aku pergi haritu ada orang smoking pastu terus tanya staff kat sana,boleh eh smoking kat sini sebab aircond kan (tanya macam aku lak yang nak smoking,wakakakaka...over!)... Pastu staff dia kata boleh. Okay, terkejut sikit,kehkehkeh... Nasib tak smoking tepi i. Kalau tak i guling-guling tang tu jugak,bhahahahahahaha...

Kapasiti : 80 Tempat Duduk

Waktu beroperasi:
Isnin- Ahad
9pm-1am

Persembahan Band:
Selasa,Khamis & Ahad : 9.15pm - 12am
Jumaat,Sabtu & Public Holiday : 9.15pm - 1am

Untuk tempahan:
(606) 766 7888 ext. 3666


Recepcetionist


Bersama salah seorang staff Klana Resort Seremban. Alaaaaa comei jugak orang Somban ni haaaaaaaa...


Cascade Lobby Lounge | Klana Resort Seremban


Tempat kami sesantai tadi haaaaaa.... Luas jugaklah... Kalau malam meriah kat belakang aku tu... Nak-nak time ada tayangan bola, haaaaa...meriah satu lobi kau... Okayyyyyyyyy, kisah hari pertama sampai Klana Resort Seremban ni, takde apapun... Cuma kami dibawa menjelajah ke bilik bilik dan korek apa yang ada dalam Klana Resort Seremban selain bilik hotel ni haaaa,hihi..


Klana Resort Seremban


Keluar hotel ternampak satu lokasi gebum ni, apalagi....  selfie satu kali,hihi.... Kalau korang perasan.. tempat yang aku duduk watlek watpis ni adalah sebelah belakang Klana Resort Seremban. Aku ingat yang tangga-tangga biru tu sliding la kan, rupanya kau bermimpi mek onie,hahaha.... Tu kalau buat sliding akulah orang pertama yang beraksi dulu,mihmihmih......


Swimming Pool | Klana Resort Seremban


Yesssssssssssss! Part paling happy baq hiangggggggggg! Kau nampak tak apa yang ada kat belakang aku tu? kihkihkih... dan aku tengah berdiri atas bilik okenggggggg.... Nice gila okay tempat ni... Dannnnnnnnnn kalau korang nak tahu, swimming pool belakang aku tu sebenarnya paling terbesar di Seremban. Aahhhhhhhh,besar gila okay... paling dalam 5 feet... sayang jugak, aku lupa nak bawak baju lebih,bhahahahhahahaha...kalau tak mendugong dah aku dalam pool,muahahahahaha...


Terdapat 5 jenis bilik di Klana Resort Seremban
  1. Presidential Suite
  2. Executive Room
  3. Garden Wing Room ( Family Room )
  4. Deluxe Room
  5. Superior Room



Mek Onie x Dikbee x Superior Room | Klana Resort Seremban


Yesssssssssssss! Bilik kitaaaaa haritu... Macam biasalah, roomate aku dikbee... Hehe... Ni bilik jenis SUPERIOR ROOM namanya. Eh okay je bilik ni..... Luas dari biasa pastu Garden View.... Japppp-jap korang tengok gambar bawah ni haaaaa...

View Klana Resort Seremban


Taraaaaaaaaaaa! View paling tenang okayyyyyyyyy.... Nasib baiklah pool tu jauh nun disana...Kalau betul-betul bawah bilik memang aku dah terjun dari bilik dah haaaaaa ( Over lagi sekali! ) 


Fasiliti | Klana Resort Seremban


Antara kemudahan yang ada dalam bilik aku haritu,eh okay jeeeeeeeeeee... Lengkapppppppp.. Tak payah risau... 


Presidential Room | Klana Resort Seremban


Okayyyyyyyyyyyyyyyyy, kalau diberi peluang memang aku nak sangat masuk bilik paling mahal. Tak kisah la memana hotel pun..... Jadi impian tercapai jugaklah. Ni namanya bilik Presidential Room. Luasssssssssss gileehhhhhh! Fefeeling duduk kat rumah pulak. Yang worth it, harga per night berbaloi gila kalau nak banding dengan hotel lain. Orang luar boleh je kalau nak stay kat bilik ni, cumanya mohon sediakan ongkosnya ye,mihmihmih....


Garden Wing Room | Klana Resort Seremban


Garden Wing Room, bilik yang view dia betul-betul depan pool awakkkkkkkkkkkkkk.... Pun murah jugak bilik ni... Kalau pergi time promo memang murah. Bilik pun besar...


Presidential Room | Klana Resort Seremban


Haaaaa,ni kat Presidential Room. Eh, bestnya.... fefeeling kat indon dah rasanya bila ada kain batik gitu,hikkkkkkk.... 


Klana Resort Seremban


Sesungguhnya aku puas hati sangat dengan semua bilik dari Klana Resort Seremban. Sebanyak 230 bilik yang ada di Klana Resort Seremban ini memberikan kepuasan yang berlainan mengikut bilik yang kita pilih. Setiap bilik ada balkoni dan berpeluang menikmati keindahan alam. Masa ni la nak lari dari bandarkan korang? Memang aman sangat bila sampai Klana Resort Seremban ni. 


Kemudahan yang ada di setiap bilik:-
  • Telefon IDD
  • Voice Mail
  • In-room safe
  • Kopi/Tea disediakan
  • Hair Dryer dan Ironing Board
  • TV
  • Air Cond
  • Bilik mandi dan bath berasingan
  • Semua bilik ada balkoni
  • Extra bed jika ada permintaan
  • No smoking room
  • Free Wifi
Check in : 3pm
Check out: 12pm

Apapun, enjoy dengan bilik superior. Kemudahan semua lengkap. Paling penting balkoni dia besarrrrrrrrrrr..... menghadap swimming pool pulak tu....


_________________________________________________________________________________




RESTORAN DI KLANA RESORT SEREMBAN 

  1. YURI Japanese Restaurant
  2. SELERA Coffee House
  3. The Bakers
  4. CASCADES Lobby Lounge


SELERA Coffee House

Selera Coffee House | Klana Resort Seremban



Jadinya haritu kami lunch kat Klana Resort Seremban jugak, tak gigih aihhhhhhhh nak keluar tempat lain,mihmihmih....Konsep kat sana buffet la ye korang.. Nama tempat ni adalah Selera Coffee House. Memang menyelerakan pun. Korang kalau datang sini jangan lupa try Nasi Goreng Penghulu Cantik. Haaaaaaa! Menarikkan bunyi dia?


Baca lebih lanjut: http://www.projektravel.com/2016/03/bbq-buffet-dinner-di-klana-resort.html


Selera Coffee House | Klana Resort Seremban


Maka,perut pun kenyanggggggggggggggggg..... Naik bilik rest sekejapppppppppppp pastu malam tu  sambung dinner lagi. Malam tu kami berbbq. Memang jodoh aku dengan BBQ la weh, kat KL BBQ,kat Seremban BBQ,kakakakakakaka... Btw harga untuk dewasa RM75 dan kanak-kanak RM38. Okay la dengan harga dia tu, banyak pilihan ye anak-anak semua. Untuk pengetahuan korang semua la kan, Selera Coffee House ni memuatkan seramai 294 orang. So, kalau sesapa yang nak buat parti ke apa memang sesuai yang amat. Masa aku pergi lunch haritu pun berapa ramai orang datang. Company besar-besar pun lunch kat situ. 


Yang tak tahan, ada jugak orang KL datang Klana Resort Seremban ni semata-mata nak BBQ, perghhhhhh! salute lah. Yang menarik masa BBQ tu kan, ada 20 jenis sos yang dibuat sendiri antaranya ada vege sauce haaaaaa,sesuailah untuk orang vege ni, pastu paling femes sekali bbq sauce la kan dan first time aku dengan coca cola sauce,hamboih.... Gebum sangat ni sos dia... Memang dia buat guna coca cola uolssss...Chef dari Klana Resort Seremban buat sendiri...FUHHHH! Paling penting aku nak tunggu buffet ramadhan la,mihmihmih.... sebab tahun ni Klana Resort Seremban akan menyediakan kibas dimana tahun-tahun sebelum ni mereka menyediakan kambing bakar... Kalau ada peluang nak jugak rasa daging kibas ni... Jejaga orang Seremban, nantikan buffet ramadhan ye,hiks!


Setel makan ber-BBQ segala tu kan... kami meeting sesama kami... haaaaaa,padahal mata semua mengantuk dah kan... tapi tulah, malam tu je semua berkumpul... so, kita suarakan la isu berbangkit antara kami. Hagituh...



YURI Japanese Restaurant

YURI Japanese Restaurant

Yeahhhhhhhhhh! Bab paling aku suka,hahahaha...nasiblah tekak oiiiiii...harga untuk dewasa rm75,kanak-kanak pulak rm40...Actually harga tu memang dah okay sangat dah... Aku kalau makan kat restoran jepun pun satu kepala rm80 dah kat situ,bhahahahahhahaha..... Aku kenal makanan jepun ni sejak aku kenal dengan someone yang suka ngajak makan makanan jepun, aku pun iyekan jelah. Sampai satu tahap, perut aku ni macam dah tak boleh terima nasi,bhahahahahahaha... Over betul..


"Award winning Japanese Specialty Restaurant offers authentic Japanese cuisine. It has four private Tatami rooms, Sushi bar and Teppanyaki counter. Indulge in Sashimi, Sushi, Oysters,Prawns and more at the Sunday Japanese Buffet Lunch from 11.30am to 2.30pm. The buffet is available on Sundays only " 


Jadinya, pastikan perut korang tu kosong bila masuk sini. Macam-macam ada sampai tak tahu nak start part yang mana dulu,bhahahahahaha... Untuk aku, raw fish ni agak susah jugak aku nak telan,hehe... macam haritu aku makan raw salmon... actually salmon tu sedap.. tapi kalau kena dengan cara okay je.... Tips nak makan raw fish ni telan cepat-cepat,hahaha...aci tak tips ni?larikkkkkkkkkkkkk...


Pengalaman aku makan fresh oyster tu paling mengagumkan jugak sebenarnya. Even dia punya isi macam pahat,kerang tu kan...tapi tekak aku masih teragak-agak nak telan. Kecuali kalau oyster tu masak, memang aku makan,hiks...

Baca lebih lanjut: http://www.projektravel.com/2016/03/japanese-lunch-buffet-di-yuri-japanese.html


Zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz.....  (over tak aku punya explaination?kahkahkah)


_______________________________________________________________________________



TEAM BUILDING DI KLANA RESORT SEREMBAN

Masuk hari kedua, kami bangun awal jugaklah.... Tak menahan, bebudak ni kata dah siap..punyalah gelabah kami bersiap,rupanya dorang baru bangun tidur..kau rasa? Hahahahahahahahahahha...Okay-okay, maka hari kedualah hari yang gilang gemilang dimana aku dan team yang lain dah lama sangat tak buat aktiviti lasak ni dan mengerikan ni. Alaaaaaaaaa, takde la ngeri mana pun...cuma ekstrem sikit, hehe.... 


Jadinya, masuk hari kedua ni kami punya aktiviti adalah team building. Ya Allah, patutlah banyak company dan sekolah datang hotel ni,rupanya hotel ni memang femes dengan aktiviti team building dia. Semua aktiviti memang best tahap nak jatuh jantung ni haaaa (over over). 


Aktiviti team building yang ada adalah:-
  • Rappelling
  • High Ropes
  • Flying Fox
  • Low Ropes
  • Spider Web
  • Minefield
  • Dynamic Obstacles
  • 12" Foot-Wall
  • Treasure Hunt
  • Night Line
  • Dragon Ball
  • Water Rafting
  • Amazing Raze
  • Tele Matches


So apa yang kami buat adalah.. okay meh nak belanja gambar...sebenarnya, first time jugak aku buat benda alah semua ni,sedih tak korang? Waakkakakakakakakakakakaka...dan first time ni jugaklah aku watlek watpis wehhhhh... Tak nervous langsung,walhal haritu aku demam,wakakakakakakakkakaka



Doa itu penting | Klana Resort Seremban


Apapun,doa dulu korang,hahahahaha.... Korang abaikan la tudung aku yang keduttttttt gila tu lepas tu abaikan muka aku yang tak berapa nak sihat tu ,ahahahahhaha...tapi gigih jugak kau... kau tengoklah apa aku buat bawah-bawah ni,haha...

Taklimat dari jurulatih | Klana Resort Seremban


Doa-doa jugak awak. Briefing wajib dengar sebelum nak mulakan aktiviti ni. Bukan apa, utamakan keselamatan terlebih dahulu. Jangan melulu je nak buat sendiri.  Sebelum nak lakukan aktiviti team building ni perkara pertama adalah keselamatan dan peralatan :)


Rappelling | Klana Resort Seremban


Bismillahirahmanirahim. First time weh aku rappelling. Mula-mula aku naik tangga tu.... 6 tingkat jugak. Cis! Ingat ada lif kat situ,kbai...haha... Okay, dengan semangat wajanya aku naik tangga. Masa tu okay la lagikan. Time tali dah sarung... topi kura-kura merah dah atas kepala kaki dah melangkah ke luar tingkap kau rasa? time tulah baru kenal erti gayat,wakakakakakaka.... Rappelling ni memang kena ada tenaga jugak masa nak turun, kau tengok orang buat senangkan? time tu segala pinggang kepala dan tangan kena pandai kawal,haha... Nak rappelling pun ada cara okay, bukan turun saja gitu,huhu.... Sama ada nak turun pakai tali atau kaki... Tapi aku rasa hari tu macam banyak guna kaki...sebab tak berani nak guna tali.. padahal tali tu dah dikawal oleh jurulatih...cissssss! hahaha.... 


Maksud Rappelling ni adalah aktiviti menuruni cerun samada bangunan atau bukit dengan  menggunakan tali (tapi ada jugak yang tanpa tali) . Serius weh... kena pandai kawal badan masa nak turun .. kalau takkkkk berkungfu la kat situ.. macam aku ritu,wakakakakaa...gelabah la sekejap...tu belum abseiling,hahaha....


Rappelling | Klana Resort Seremban

Done Rappelling bersama staf Klana Resort Seremban, Sabrina namanya..hiks... dia pun first time. Kat atas dah menangis-nangis taknak buat,haha (okay yg ni tipu :P) 
Gayat tapi best!


Klana Resort Seremban


Nextttttttttttttttttttt!!!!! Flying fox. Ops! Sebelum tu, kena la panjat tangga dulu.. Ya Allah rumah aku ada tangga macam ni,cumanya tak kesampaian nak naik lagi,kahkahkah... ni first time la ni... 60 kaki weh... Menggeletar habis kaki tangan nak capai satu besi ke satu besi,wakakakakakaka... Apapun,faktor keselamatan di sini masih ada... ikatan tali pun masih ada...cumanya kalau jatuh mesti tersadung sikit muka kau..so pepandai la nak jaga diri,haha....


Klana Resort Seremban


Nampak tak weh? betapa tingginya tangga ni dan bangunan ni? Nak pitam jugaklah bila kena naik tangga ni, hahahahaha..So, nampak tak? kat sini pun sebenarnya dah bagi kita semangat untuk capai sesuatu apa yang kita nak. Itulah tujuan team building sebenarnya. 


Flying Fox | Klana Resort Seremban


Taraaaaaaaa! Masa kau duduk atas tu pastu bila fasi kata sedia ye nak tolak ni... aku dengan kemas ketap bibir,bhahahahahahaha.... serius masa kena tolak tu nak gugur jantung aku...haha... pastu sampai tengah sikit lega... dah boleh stabilkan diri,haha...pengalaman pertama flying fox,alhamdulillah....


Kelengkapan Peralatan  Team Building


So, kita pergi ke aktiviti seterusnya..... rappelling dah,flying fox dah.... haaaaaa.... ni pun first time aku nak buat... tak padan dengan demam korang wehhhhhhh,hahahahahaha....


Mek Onie x Penaberkala | Klana Resort Seremban


Sep kelate awopppppppp...tapi kencek luar.... Berdoos,hahahahahahaha...Pecoh dera boto budu,wakakakakakaka


Team Building | Klana Resort Seremban


Nexttttttttttttt! Nampak tak? Sebenarnya aku dah lama nak p skytrex kat shah alam tu, tapi tak kesampaiannnnnnnnnn..dari tahun lepas lagi.... Nowwwww! termakbul,hiks..Mula tu aku taknak join,sebabnya macam tak larat plus gayat (baca seslow sikit) tapi disebabkan setahun mengidam, aku pilih yes aku nak main benda ni,wakakakakakakakaka....


Klana Resort Seremban


First step mekkkkkkkkkkk..... time takde orang memang la cool, bila ada orang kat belakang...cuak tak kepalang la wei....bergego habis jantung i ni,hahahaha....


Klana Resort Seremban


Berjayaaaaaaaaa! Okayyyyyyyyyyy part nak tukar tali sendiri tu memang terkial-kial sebab gayat barangkali... So, aku pun redah jela...sekali pakej kena titi kayu tu tetiba aku teringat test jpj moto,wakakakaka.... aku jerit kat memember lain... ni kalau jatuh ke bawahkan?hahahahahaha.... 


High Ropes | Klana Resort Seremban

High Ropes | Klana Resort Seremban

Low Ropes | Klana Resort Seremban

High Ropes | Klana Resort Seremban

Cargo Net | Klana Resort Seremban

Spider Web | Klana Resort Seremban

Laser Zone | Klana Resort Seremban

Water Rafting | Klana Resort Seremban


Tengok balik gambar water rafting ni, haaaaaa ni lah kolam yang terbesar di Seremban. Serius besar ! Nahhhhhhh,ampa tengok la sendiri,hihi...Puas hati kalau bawak anak-anak main kat sini...Kat kolam ni pun boleh la layan bola air.... 



Klana Resort Seremban

Klana Resort Seremban

Klana Resort Seremban

Garden Wing Room | Klana Resort Seremban


Haaaaaaaaa.... ni lah bilik Garden Wing ni korang... kalau korang perasan aku ada selfie kat bahagian atas bilik ni.... Serius best kalau dapat bermalam kat bilik ni. Cumanya,perjalanan nak ke restoran and lobi ni jauh sikitlah. Kena naik turun tangga sikit :D


Bersama Staf yang banyak tunjuk selok belok di Klana Resort Seremban 


Bersama Team Projek Travel dan Staf Klana Resort Seremban iaitu Mrs.Rani

Kesimpulan daripada pengalaman yang aku dapat semasa menginap di Klana Resort Seremban adalah:-

  1. Sebelum korang nak pergi hotel ni adalah lebih selamat untuk booking awal-awal. Lagi-lagi time peak hour,haaaaa.... Jadi book awal-awal okay :)
  2. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Klana Resort mengambil masa selama 45 minit kalau drive cool-cool aje. Okay la kan? Lokasi hotel yang strategik. dekat jugak dengan Selangor ni haaaa.
  3. Parking kereta berlambak. Jangan risau okay. 
  4. Harga bilik semuanya okay belako. Sediakan pitis sahaja,hehe
  5. Hotel yang mesra alam dan banyak aktiviti boleh dilakukan.
  6. Makanan kat sana semua sedap. Jangan lupa try Nasi Goreng Penghulu Cantik. Nak tahu apa yang cantik sila cuba okay?
  7. Bilik yang aku tidur haritu memang seronok sebab garden view plus nampak swimming pool.
  8. Lokasi yang sesuai buat team building.
  9. Yuri Japanese Restaurant memang berbaloiiiiiiiii ! Jangan lupa jugak try oyster oiiiiiiiiiii....freshhhhhh okay,haaaaa..time tu la nak rasa oyster yang fresh. Aku try jugaklah,tapi aku rasa susah nak telan,bhahahaha... inshaAllah second time aku cabar lagi untuk makan,haha
  10. Hotel 4 bintang ni memang semua orang boleh pergi. Ingat, booking awal-awal tau. 


Apapun,terima kasih banyak-banyak Klana Resort Seremban sebab banyak guide kami haritu dan ajar macamana nak capai sesuatu melalui objektif dari team building masa tu. Semua puas hati,yang tak puas hati kenapalah aku tak bawak baju lebih,konon nak lawan beg sapa paling kecik gamak dia.




Alamat:
PT 4388,
Jalan Penghulu Cantik,
Taman Tasik Seremban,
70100 Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus

Tel : (606) 766 7888
Fax: (606) 766 7999

Email:
info@klanaresort.com.my
reservations@klanaresort.com.my







Salam Sayang,
Mek Onie
letopink@yahoo.com



p/s: Dikbee dan mawardi yunus. Terima kasih ambikkan gambar onie yang acah-acah super hero tu tau.. Muah!

You May Also Like

2 comments

  1. Tudiaaa best gilerrr aktiviti kak onie and le gengs buat tu. Plus hotelnya pun, berdarah hidung menengoknya

    ReplyDelete

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..