Lokasi Berbuka Puasa 2016 : Intekma Resort,Shah Alam

by - June 14, 2016

Assalamualaikum semua. Okay, masuk hari ke-9 berpuasa dah kita semua ni haaaa... Macamana menu berbuka puasa korang? Kali ni aku nak kongsi dengan korang tempat berbuka puasa yang sesuai untuk berbuka bersama-sama keluarga dan kawan-kawan korang tu. Kembali atas permintaan ramai, pihak INTEKMA Resort & Convention Centre (IRCC) tak ketinggalan untuk menawarkan juadah berbuka puasa secara buffet tau korang. Bermula dari 6 petang hinggalah ke 9 malam. Makanlah korang puas-puas. 







Selain tu jugak, pihak Intekma Resort turut memberikan kelainan dengan menyuntik elemen ala Moroccan untuk para pengunjung merasakan suasana yang unik dan baru. Sesuai la dengan menu masakan melayu yang disajikan di sini dengan tema yang diberikan, aummmmm sangat..



Apa yang menarik kalau korang berbuka puasa di Intekma Resort & Convention Centre ni adalah:-
  • Disediakan 6 gerai yang terdiri daripada aneka jenis makanan seperti Sup Tulang Berempah, Kari Kepala Ikan, Perut Gulai, Ayam Panggang, Sotong Berempah dan banyak lagi.
  • Harga buffet bagi seorang adalah RM55 untuk dewasa dan RM27 untuk kanak-kanak yang berumur 6 hingga 12 tahun sahaja.
  • Kemudahan disediakan seperti surau, ruangan tempat letak kenderaan yang luas, kaunter pertanyaan zakat dan kemudahan kenderaan buggy sebagai pengangkutan transit ke ruang dewan makan.




Berbuka puasa di Intekma Resort,Shah Alam

Berbuka puasa di Intekma Resort,Shah Alam

Berbuka puasa di Intekma Resort,Shah Alam

Berbuka puasa di Intekma Resort,Shah Alam


Harga Buffet Ramadhan :-
  • Kanak-kanak - RM27 per net (6-12 tahun)
  • Dewasa - RM55 per net
  • Pakej Keluarga - RM149 per net ( 2 dewasa + 2 kanak-kanak )
  • OKU/Warga Emas - RM49 per net
  • UiTM - 10% diskaun


Berbuka puasa di Intekma Resort,Shah Alam

Berbuka puasa di Intekma Resort,Shah Alam

Berbuka puasa di Intekma Resort,Shah Alam


Menu Berbuka Puasa

Pembuka selera 
  • Kerabu mangga, kerabu perut, kerabu cendawan, kerabu daun selom, ikan masin, ulam-ulam melayu, sambal belacan, budu, cencalok, tempoyak, keropok ikan, papadom, keropok sayur, jeruk-jeruk

Hidangan utama
  • Kari kepala ikan
  • Ayam goreng berempah
  • Daging masak kerutup
  • Gulai perut

Gerai 1
  • Bubur lambok daging, bubur lambok ayam
  • Mee kari
  • Sup kambing berempah
  • Sup perut

Gerai 2
  • Murtabak ayam dan daging dalca, kari ayam * wajib cuba

Gerai 3
  • Kambing bakar

Gerai 4
  • ABC, Ice cream

Gerai 5
  • Rojak mamak * wajib cuba

Gerai 6
  • Roti John
  • Aneka kuih muih dan kek.




Berbuka puasa di Intekma Resort,Shah Alam

Berbuka puasa di Intekma Resort,Shah Alam


Semua yang aku highlight merah tu korang rasa la eh, masa aku pegi seriously memang sedap. Tetiba teringat kambing bakar dia yang juicy tu, aku ingat bila tengok luar yang hangit dalam dia tak sedap dah,rupanya makin sedap wehhhhhh. So sape pernah berbuka di sini?

Sebarang tempahan boleh hubungi:-
03-5522 5009 / 5001 / 5222 / 5066
WEBSITE / FACEBOOK
Salam Sayang,
Mek Onie
letopink@yahoo.com

You May Also Like

1 comments

  1. Sedap-sedap makanan yang disediakan. Memang berbaloi kalau berbuka kat sana. http://diarimommymuhaimin.blogspot.com/

    ReplyDelete

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..