Lokasi Berbuka Puasa 2016 : Restoran Kontiki, The Federal Kuala Lumpur

by - June 18, 2016

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. 2 minggu lepas aku berkesempatan berbuka puasa di Restoran Kontiki,The Federal Kuala Lumpur di Jalan Bukit Bintang. Kat situ public transport berlambak, so kalau takut jem ke apa aku suggest korang pilihlah public transport,hehe... Pengalaman aku ke sana sebenarnya mencabar jugak, lelagi tengah-tengah pusat bandar KL tu haaaaa, mula la aku blur nak cari parking mana, nak cari restoran tu celah mana? Sempat la jugak sesat dalam Plaza Low Yat tu weh,hahaha... Aku park kereta di Plaza Low Yat dan keluar dari kereta terus aku mencari jalan keluar ke hotel The Federal Kuala Lumpur. 

PHOTO BY @AKUGRAPHY , EMAIL: akugraphy@gmail.com

SALAH SATU TARIKAN DI RESTORAN KONTIKI



Senang je rupanya,alahai... cubalah bertenang onie weh, ni tak...suka kelam kabut,hewhew... (aku memang kelam kabut pun). Dah jumpa The Federal Kuala Lumpur, aku cari pulak Restoran Kontiki.. Besar gila hotel ni. wing sana wing sini. First time jugaklah aku sampai situ, sebelum ni lalu luar tu je haaaaa....
So, sesampai sana..duduk sekejap. Pastu cari surau. Actually hotel ni surau dia kat tingkat 3 tau. Kot korang nak solat ke, memang kat tingkat 3 tu je haaaaa...dan kalau dalam lif tu takde orang mohon tuju ke receptionist hotel tu mintak tolong access card ke tingkat 3. Gituuuuuu.... Surau dia pun selesa jugak,hehe... Dia bilik tidur sebenarnya, tapi dijadikan surau. 
Lepas solat terus ke Restoran Kontiki untuk berbuka puasa, memang wowwwwwwww! Suka suasana restoran tu.. Dengan kerusi gergasi dia tu haaaaa.... Tepi tu ada swimming pool pulak, sangat selesa.. Ruang makan dia pun tak sempit.. Kira okay sangat dah tu kalau datang sini untuk berbuka puasa.  
Restoran Kontiki menyajikan dinner Sajian Kampung Buffet yang bermula 10 jun hinggalah 2 julai 2016 bersempena bulan puasa ni haaaa...Lebih 100 menu tradisional dihidangkan dari kampung,korean food, western dan banyak lagi. Paling penting part dessert dia sangatlah gebum. BBQ,satay semua ada. Paling best nasi bukhari. Haaaaaa,nasi bukhari ni korang wajib rasa. Tak rasa rugi la jawab dia oiiiiii....









PHOTO BY DIKBEE.COM





Antara menu yang ada adalah seperti di bawah ini:-

COLD APPERTIZED, SALAD AND CONDIMENTS
  • Pilihan sushi, gado-gado, rojak buah, ulam-ulam kampung, pelbagai ikan masin, tauhu sumbat, pulut kuning dan serunding, bergedil daging, acar buah rampai, tempe goreng pedas, telur masin, ikan rebus goreng, bendi dengan sambal belacan, terong bakar dengan sambal, pilihan western/chinese cold cut platter, mixed salad, plain salad, mango chutney, budu, sambal belacan, cencaluk, spicy tomato chutney, tempoyak, keropok, papadam, jeruk dan jeruk western 

KERABU
  • Kerabu mangga muda, kerabu kacang botol, kerabu sotong, kerabu nasi, kerabu daging, kerabu tauge, kerabu kacang panjang, kerabu jantung pisang, kerabu kaki ayam, kerabu nenas timun, kerabu perut, kerabu telur

BBQ STATION
  • Hard shell prawn, tiger prawn, fresh water prawn, crab, mussel, sotong, ikan kembung, ikan pari, cockles, chicken sathin, chicken wing, chicken liver, chicken kidney, chicken drumstik, satay ayam, satay daging, beef tenderloin, sosej, whole lamb, sweet corn, taufu  bakar, otak-otak, keropok lekor, ayam percik, deep-fried sweet potatoes, yam dan banana (pastri)

STALL LUAR
  • Sup gear box, sup campur, nasi bukhari, lamb and chicken with lebanese bread or pita bread, roti john, murtabak kari ayam, roti canai, air sirap, ais kacang, cendol, aiskrim, teh tarik.

STALL DALAM
  • Mee goreng, nasi ayam panggang dan stim serta sup

SUP
  • Cream of mushroom, four treasure with crabmeat, bubur lambuk


PHOTO BY MAWARDIYUNUS.COM


So? banyakkan? Aku sampai tatau nak cekau mana dulu, tapi satay kat sana memang terbaikkkkkkkkk, nasi bukhari tu pun sedap. Sebab kenapa aku berbuka puasa di sini adalah kerana suasana dia kat sana tu sangat selesa, masakan chef-chef semua sedap, betul-betul di pusat bandar KL, parking berlambak, toilet bersih dan staf kat sana semuanya mesra. Haaaaaaa,  kalau nak tahu, ada 8 jenis set menu berbeza setiap hari mengikut turutan. Haaaaaa, dah-dah apalagi..cecepat booking. Korang patut try makan disini mengikut tarikh yang aku cakap atas tadi tu. Selamat berpuasa semua :D



Untuk tempahan atau maklumat lanjut hubungi:-


No.Telefon: 03-2148 9166
Faks: 03-2148 0463
Email: maylee@fhi.com.my




Salam sayang,
Mek Onie
letopink@yahoo.com

You May Also Like

1 comments

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..