Jom Ke Hari Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) 2016

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Sape pernah dengar Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) 2016? Untuk pengetahuan semua, NBOS 2016 kalini telah melanjutkan tarikh tutup pertandingan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOSC) kategori perkhidmatan awam sehingga 31 Ogos 2016 (Rabu). Maklumat lanjut Tuan/Puan bolehlah rujuk di laman sesawang www.nboscompetition.my .
TUJUAN PERTANDINGAN NBOS
  • Malaysia sedang berusaha untuk menjadi sebuah negara yang kreatif, inovatif dan berkeusahawanan. Melalui NBOS, kerajaan telah menggunakan prinsip-prinsip Strategi Lautan Biru untuk memupuk kreativiti dan inovasi dalam penyampaian perkhidmatan awam serta dalam kerjasama kerajaan dengan sektor swasta dan sosial bagi pembangunan negara.
  • Bagi mencetuskan kreativiti dan inovasi yang dipandu oleh rakyat di seluruh negara, Perdana Menteri Dato'Sri Najib Tun Razak mengumumkan Pertandingan Strategi Lautan Biru Kebangsaan.
  • Tujuan Pertandingan NBOS adalah untuk memperkasa dan melatih lebih ramai rakyat Malaysia untuk tampil dengan idea-idea lautan biru yang benar-benar kreatif dan inovatif untuk menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan sosial negara serta penyampaian perkhidmatan awam.
  • Disamping itu, Pertandingan NBOS juga bertujuan mengajar pendekatan yang sistematik kepada rakyat Malaysia untuk menjadi lebih kreatif dalam kehidupan profesional dan peribadi mereka.


Apapun, entri kali ini saya taknak sentuh bab pertandingan ini dahulu dan saya ingin berkongsi tentang Hari Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) 2016 bersempena dengan minggu Antarabangsa Strategi Lautan Biru Kebangsaan pada 14.08.2016 hingga 20.08.2016 bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)
Hari NBOS 2016


Pertama kali dengar NBOS? Sini saya jelaskan apakah NBOS.

  • Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) diilham oleh prinsip-prinsip Blue Ocean Strategy (BOS) yang dicipta oleh Profesor W.Chan Kim dan Profesor Renee Mauborgne. Ia memberikan pendekatan yang kreatif dan sistematik bagi mewujudkan nilai yang tinggi pada kos yang rendah. 
  • NBOS ini telah dilancarkan pada tahun 2009 dan telah merangka serta melaksanakan lebih 90 inisiatif dan melibatkan 80 kementerian dan agensi untuk menangani pelbagai isu-isu sosial dan ekonomi.
Untuk maklumat lanjut mengenai NBOS boleh layari laman sesawang seperti:-
www.blueoceanstrategy.com
http://nbos.gov.my
www/blueoceanstrategy.com/malaysia-nbos/


Pelbagai Kementerian dan Agensi yang akan terlibat antaranya ialah:-
  1. NSU
  2. CODING
  3. VIP
  4. UTC
  5. BR1M
  6. MINDEF
  7. MOHA
  8. KPDNKK
  9. MDEC
  10. MOHR
  11. MAGIC
  12. KPKT 
  13. IM4U
  14. KPWKM
  15. BIOTECH
  16. KPM
  17. JPA
  18. PP1M
  19. PR1MA
  20. KPT
  21. MOTAC
  22. MOH
  23. MOA


Aktiviti semasa Hari Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) 2016
  1. Persembahan artis
  2. Pertandingan fesyen
  3. Shawl Tutorial oleh insta famous
  4. Program dari agensi kebangsaan
  5. Lelongan amal oleh selebriti terkenal
  6. Jualan dari vendor-vendor terkenal di Malaysia ( Team Projek Travel turut bersama bagi menjayakan hari NBOS 2016)
  7. Perkongsian ilmu dari artis popular
  8. Ceramah dan soal jawab agama
  9. CODING bootcamp pun turut ada bagi kanak-kanak sekolah rendah dan menengah
  10. Kem Keusahawanan 1MEt ini juga terbuka kepada orang awam
  11. NBOS Run & Ride (acara larian gitu la)
  12. Pameran inisiatif-inisiatif NBOS
  13. Booth Perbadanan PR1MA - Rugi sape tak join,masa nilah nak tahu ilmu/maklumat berkaitan rumah PR1MA.
  14. F1 Simulator by Petronas
  15. Booth Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia
  16. Aktiviti menarik oleh 1M4U dan FIT Malaysia.
  17. Dan banyak lagi.

Artis pun ramai. Macam rugi je kalau tak join. Jumpa sana ye korang. Jangan lupa juga terjah booth Projek Travel,hehe.. 



Salam Sayang,
Mek Onie
letopink@yahoo.com

Tiada ulasan:

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..