JOM KE PESTA LELONG BUKU DI PUTRAJAYA

by - October 07, 2016

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Sape peminat buku murah-murah ni? Angkat tangan please?? Aku ada sorang member. Dia memang peminat novel-novel. Almari 3 pintu tu je penuh dengan novel dia ko tau,haha.. Macam aku,aku kurang sikit novel-novel ni. Aku lebih minat pada buku fixi gitu atau cerita pendek yang disimpulkan pelbagai motivasi yang kita boleh peroleh dengan mudah. Actually bergantung pada hak individu untuk suka buku jenis macamana. Haaaa,panjangkan tu aku bebel.


Kalau korang nak tahu kalini ada Pesta Lelong Buku Putrajaya yang merupakan pesta lelong buku bahasa melayu terbesar di Malaysia yang bakal di anjurkan dari 21 hingga 30 oktober 2016. Untuk pengetahuan korang semua, kalinj Sinergi Ilmu Resources Sdn.Bhd dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya selaku rakan kerjasama,julung-julung kalinya akan menganjurkan Pesta Lelong Buku Putrajaya.

Jangan lupa gunakan hashtag #PestaLelongBuku dan #dahtakdealasandah untuk mengikuti isu-isu semasa juga. 

Bertempat di:-
Dewan Cempaka Sari,
Kompleks Perbadanan Putrajaya,
Presint 3, Putrajaya.


Ohman! Tak lama dah weh. 2 minggu dari sekarang. Haaa cepat block date ampa sesiap. Kalau korang nak tahu pesta lelong buku ini menampilkan 50 penerbit terkenal tanah air tau korang. Antaranya adalah PTS Publications, Telaga Biru, Must Read, Ana Muslim, Dubook Press, Institut Terjemahan Buku Malaysia,Penerbit JAKIM dan banyak lagilah kalau ampa nak tahu.


Matlamat?
Sejurus dengan faktor ekonomi yang kurang memberangsangkan, maka wujudlah Pesta Lelong Buku ini bagi melahirkan generasi yang berakhlak dan berwawasan. 


Harga?
Ofkos serendah rm2 dan rm5 bagi sebuah buku dan rm1 untuk majalah. Pergh! Murah dan amat berbaloi tau korang. Memang rugi la sape tak p. Kalau part harga ni memang takde alasan dah kot untuk korang. Dengan harga yang murah macam ni aku jamin ampa semua boleh dapat buku yang bermutu tinggi dan murah. Bab diskaun tu korang jangan risau, sebanyak 80% korang dapat merasa. 


Masa?
10.00am - 9.00pm
Setiap hari
Masuk percuma
Pesta lelong buku kali ni sesuai untuk lapisan umur seperti kanak-kanak dan dewasa. 


Apa yang menarik kat sana nanti?
  • 100 booth jualan
  • Busking
  • Ceramah
  • Diskusi Buku
  • Pertandingan Selfie
  • Pertandingan mewarna
  • Sesi bersama artis seperti Yatt Hamzah dan Heliza Helmi

Sasaran?
Golongan wanita


Tempoh pesta lelong buku?
10 hari diadakan dan hal ini kerana untuk memudahkan pengunjung memilih hari untuk pergi. Bagus jugak.





Kemudahan yang disediakan:-
  • Parking yang luas
  • Ruang pameran yang selesa
  • Kemudahan mesin ATM
  • Tempat Makan
  • Toilet
  • Surau

Kesimpulannya, korang kena datang jugak bawak anak-anak korang dan seluruh umat wajib datang sebab apa?

  • Buku murah bermula RM1
  • Lebih 50,000 judul buku pelbagai genre ada dijual
  • Pesta lelong buku Bahasa Melayu terbesar Malaysia
  • Pesta buku terbesar tanpa rak selana 10 hari
  • 50 penerbit terkenal
  • Lokasi yang sangat strategik.
  • Masuk pun PERCUMA haaa korang 

Untuk maklumat lanjut bagi pengunjung korang boleh follow mereka dari semasa ke semasa untuk info terkini di Facebook, Twitter dan Instagram @pestalelongbuku atau sinergiilmu. Jika ada pertanyaan boleh hubungi 019-325 8285 atau 019-325 8289.

Terima kasih korang sudi baca.
Salam sayang,
Mek Onie
letopink@yahoo.com

You May Also Like

2 comments

  1. Murahhhhh, dulu2 ada bigbadwolf book sale tu tapi macam dah lama tak nampak. o_o

    ieyra h. | blog

    ReplyDelete
  2. putrajaya bakal diserbu ulat buku nampaknya :-)

    ReplyDelete

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..