PENGALAMAN LAYAN SUPER SPONTAN SUPERSTAR SECARA LANGSUNG

by - October 01, 2016

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Kemain tajuk aku,haha..Fuh! Semalam punya aktiviti tak terjangka sebenarnya,haha... Balik kerja terus ke Bangi. Lepak Eat & Repeat. Pastu terus ke UPM sebab nak tengok Super Spontan Superstar kawwwww. Ni adalah first time aku tengok live. Actually musim-musim sebelum ni aku tak layan sangat. Sebab aku rasa, eh.. rancangan ni tah pape. Tapi bila layan balik. Kelakar weh. Haha. 


*Eat & Repeat tu nanti aku cerita di lain entry eh,hehe haha huhu
Untuk yang semalam sebenarnya, Super Spontan Superstar ni dan masuk minggu separuh akhir korang weh. Beruntung jugaklah jadi penonton semalam. Puas hati. Mengekek aku gelak sampai lupa orang kanan kiri depan belakang aku,haha... Nasiblah kamera tak banyak talaaa ke muka yang kosong ni haaaa,haha...


Bagi yang masih tak tahu lagi, Super Spontan Superstar ni terbitan Astro dan bergenre Program Realiti atau Program Secara Improvisasi serta kesemua ada 10 episod dan selama 10 minggu akan bersiaran di Astro Warna (132) iaitu saluran rasmi dan Mustika HD (134) iaitu saluran serentak. Pengacara macam biasalah Dato' Ac Mical dan pengacara iringan dia adalah Amir Raja Lawak. Bagi minggu yang aku pergi ni pengulas dia adalah Afdlin Shauki dan Pengulas jemputan Erra Fazira in the house uolssss.. First time tengok Erra Fazira depan-depan. Terkesima mak haaaa...


Pas Masuk Super Spontan Superstar

 Super Spontan Superstar

 Super Spontan Superstar

 Super Spontan Superstar



Apa yang korang perlu tahu adalah format program ini adalah kumpulan yang mendapat markah terendah perlu menyingkirkan salah seorang peserta daripada kumpulan mereka manakala kumpulan yang mendapat markah tertinggi akan memenangi RM5000 untuk disalurkan kepada selebriti veteran atau yang memerlukan bantuan kewangan.


Juara Super Spontan Superstar akan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM100,000. Manakala Naib Juara dan pemenang tempat ketiga masing-masing akan memenangi RM50,000 dan RM25,000. Sementara pemenang tempat keempat, kelima dan keenam turut membawa pulang wang tunai RM5,000 setiap seorang. Super Spontan turut mendapat tajaan tenaga Drive M7 dan Go Shop yang menaja baucer membeli-belah bernilai RM10,000 sebagau hadiah mingguan serta hadiah utama peraduan Kata Kunci Super Spontan Superstar untuk dimenangi penonton di rumah.


Kamal Adli : Cabaran Cabut Bulu Kaki

 Super Spontan Superstar

Ozlyn dan Jozan 

Cabaran Keluar Masuk

Penyokong-penyokong yang turut hadir


Tahniah buat mereka yang layak ke minggu akhir. Tapi kenapa Kamal Adli keluarrrrrrrrrrrrrr...huwarghhhhhh... aku tengok dia semalam pun best apa. 


Untuk minggu akhir ni, lebih 1000 orang boleh layan Super Spontan Superstar secara langsung di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian,Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah,UPM Serdang. Haaaaaaa, tak terlambat lagi kalau korang nak beli tiket Super Spontan Superstar untuk minggu akhir ni. 


Untuk booking tiket minggu akhir korang boleh check sini 



Haaaaaaa, tunggu apa lagi. Jom ah gelak sampai penat rahang pipi ampa tu,hahahaha... semalam pun aku rasa penat gelak jeee haaaaa,terhibur sikit hati aku ni haaaa,hahahaha....Apapun thank you crew dari astro,dhiya. Sudi mengajak ke live Super Spontan Superstar semalam. Puas hati haaaaaaaaaa dapat tengok depa semua tu haaaaaa..Tahniah fad oiiiiii dapat imuniti semalam. Nasib baik achey masuk balik. Gila penolong kapten nak terkeluar. Tapi kenapalah kamal adli terkeluar semalam T_T



Okay lah aku tak sabar nak tengok final punya. Tapi tapi rugiiiiiiiii sebab tak dapat tengok live next week, kena p Langkawi next week,sobsobsobsobsob... T_T

Salam Sayang,
Mek Onie
letopink@yahoo.com


You May Also Like

2 comments

  1. Selalu tengok kat tv je, tu pon dah gelak-gelak. kalau live lagi la. hahaha suka tengok johan. hehe

    ReplyDelete
  2. suka tengok johan dengan isteri dia kat super spontan

    ReplyDelete

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..