SEKOLAH TAHFIZ BERTARAF ANTARABANGSA - RIZQ ISLAMIC SCHOOL

by - October 09, 2016

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Teringat adik teringat sekolah tahfiz dan pelbagai kecaman bila berada di sekolah tahfiz atau sekolah pondok ni. Bukan dari peringkat usia sahaja. Namun pelbagai bangsa. Kadang-kadang ada yang pandang serong dengan sekolah begini. Dan orang yang bercakap itu tidak pernah berada dalam situasi tersebut. Bila setiap manusia mempunyai transformasi sendiri maka wujudlah satu pembaharuan iaitu RizQ Islamic School oleh seorang yang berpengalaman dan bertaraf antarabangsa. Dengan adanya Sekolah Tahfiz sebegini, maka tertutuplah beberapa mulut bagi pihak-pihak tertentu. Bukan merendah-rendahkan Sekolah Tahfiz yang lain, tapi percayalah bukan mereka ingin begitu. Betullah pepatah melayu kata, 'bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian' . Cukuplah contoh terdekat sekolah adik aku. Walaupun asramanya beratapkan zink, berdindingkan kayu. Aku percaya, itu adalah satu pengalaman yang sangat bermakna bila dorang besar nanti. 



Berbalik dengan tajuk utama aku, kewujudan Sekolah Tahfiz bertaraf antarabangsa ini bukanlah merendahkan sekolah tahfiz yang lain. Ini merupakan satu transformasi yang sangat hebat bagi mereka yang mempercayai setiap ilmu itu bukanlah dari pendidikan semata-mata di sekolah tetapi kedua belah pihak sangat penting untuk mempertingkatkan ilmu anak mereka. Biar ada toleransi sesama guru, anak murid dan ibu bapa. Betul jugak, kalau sebelah pihak sahaja. Ilmu itu tidak akan berkembang. Bila aku sendiri jejak kaki ke Sekolah tersebut atau RizQ Islamic School (RIS) nampak setiap pembaharuan dari mula aku melangkah hingga ke setiap sudut RIS. Sungguh tergamam.




RizQ Islamic School
Diuruskan oleh Rizq Educare Sdn.Bhd 
( 1180223-T)

Alamat:
Sekolah Islam Rizq
Wisma RIZQ, Lot 1456-2,
Jalan Cempaka Off Jalan Teratai, 
Kampung Sungai Ramal Dalam,
43000 Kajang,Malaysia

Telefon:
+603-8912 0447

Whatsapp:
+6018-961 1615

RizQ Islamic School - Bangunan Hadapan Sekolah


Bagi mereka yang tidak tahu lagi, sekolah ini masih belum beroperasi dan sedang diadakan OPEN DAY bagi mereka yang berminat untuk menghantar anak ke sekolah ini. Namun bukan semudah itu boleh masuk. Ibu bapa serta anak mereka perlu melalui temuduga dahulu. Bukan apa, mencari yang betul-betul berminat untuk mengasah bakat anaknya sendiri sebenarnya susah. Sebab ibu bapa sekarang banyak memaksa guru menanggung 100% beban didikan anak mereka kepadanya. So, dimana kerjasama dalam memberi didikan kepada anak-anak? Sebab itulah temuduga diadakan. 



Untuk OPEN DAY, RizQ Islamic School membuat promosi bagi 100 pelajar pertama bagi sesi Januari 2017 iaitu sekolah rendah untuk mendaftar di sekolah mereka. Yuran pengajian adalah RM580/sebulan dan paling maksimum 3 tahun. Ikutkan harga sebetul dia adalah RM600/sebulan. Haaaa,jimat RM20. Yuran yang dibayar itu adalah termasuk dengan silibus dan fasiliti yang disediakan di sana. Jangan terkejut, RizQ Islamic School ini masih belum beroperasi lagi tau dan mereka masih membuka kaunter pendaftaran bagi mereka yang berminat dan layak ke sesi temuduga.


RizQ Islamic School - Ruang Belajar


Untuk pengetahuan semua, RizQ Islamic School ini mempunyai 16 buah kelas dan terdiri daripada lower dan upper grade. Setiap kelas, akan menempatkan seramai 20 orang pelajar dan bahasa perantara yang digunakan adalah bahasa inggeris. Masa persekolahan mereka adalah bermula daripada jam 8 pagi hingga 4.30 petang setiap isnin-jumaat. RizQ Islamic School ini tidak mempunyai asrama tetapi menyediakan pengangkutan khas untuk mengambil pelajarnya di kawasan berdekatan iaitu Kajang, Bangi dan Putrajaya. Ibu bapa boleh mengambil anaknya sehingga jam 7 malam dan cas tambahan akan dikenakan jika lewat ambil anak mengikut masa yang telah ditetapkan. 


Jika ibu bapa yang telah melangkah masuk sendiri ke RizQ Islamic School ini pasti teruja dengan warna-warni setiap sudut sekolah ini. Bangunan, lantai, kelas, makmal, dewan, bilik permainan dan ruang permainan pelajar berwarna-warni. Ini bertujuan untuk meningkatkan minat pelajar untuk belajar sekaligus membuatkan pelajar selesa dengan persekitarannya. Jika ada mereka yang selalu melalui Highway Silk, sudah tentu akan perasan RizQ Islamic School ini di atas bukit dan sekolah ini dibina di Sungai Ramal Dalam, Kajang. 


RizQ Islamic School  - Tempat bersukan

RizQ Islamic School - Gymnasium


Menariknya di sini adalah sistem pembelajarannya. Ingat lagi, aku pernah mengajar di pusat tuisyen yang menggunakan konsep yang lebih kurang sama iaitu play based learning. Kadang tu bukan kanak-kanak je perlukan benda macam ni, kita yang dewasa pun kadang perlu. Hal ini kerana, setiap silibus yang dia belajar tidak terus lupa. Inilah orang kata, guru yang profesional terus berfikir bagaimana untuk membuatkan kanak-kanak terus minat dengan belajar. Lagi-lagi kanak-kanak zaman sekarang. Tak sama tau masa kita yang dulu. Konsep play based learning ni datangnya dari Negara Finland dan Jepun. Mesti ramai tertanya-tanyakan. Sekolah ni diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (MOE) ke? And yessssss... sekolah ini diiktiraf pada 13 Julai 2016.

Antara Silibus yang akan belajar adalah:-

KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH (KBSR)

Menariknya di sini, RizQ Islamic School berbeza dengan sekolah tahfiz yang kerana masih berlandaskan KBSR. Namun, sekolah ini mempunyai tambahan subjek iaitu:-
  • Hafal Al-Quran
  • Tajwid
  • Tafsir Al-Quran
  • Adab Hamalatul Quran (Adab bersama Al-Quran)

Bukan itu sahaja, RizQ Islamic School ini juga menitikberatkan modul Islamik untuk melengkapkan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Modul Islamik oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ini merangkumi 5 subjek utama iaitu:-
  • Tauhid
  • Akhlak
  • Khat & Imla'
  • Feqah
  • Sirah

Bestnya kat sini, pelajar dibekalkan IPAD untuk subjek hafazan Al-Quran :)



RizQ Islamic School


Lagi terkejut adalah sekolah ini merupakan sekolah tahfiz yang pertama bertaraf antarabangsa di ASEAN dan menerima pelajar berumur 7 tahun hingga 12 tahun. Bagi ibu bapa yang ingin menghantar anaknya berumur 6 tahun pun boleh. Kesemua pendidik di sini bukanlah datang dari orang yang berpengalaman dalam ilmu pendidikan tetapi mereka mempunyai pekerjaan dan perbezaan latar belakang pendidikan seperti perubatan, undang-undang, teknologi maklumat dan sains politik. Pendidik yang aku maksudkan ini adalah 4 belia iaitu:-

  • Abdullah Firdaus Bin Abd Jalil ( 29 tahun ) - Ketua Projek
  • Dr.Shiefa ( 27 tahun )
  • Mohd Azzizat Bin Abdul Rahman ( 28 tahun)
  • Khairul Azwan Mohd Shafee (24 tahun )


RizQ Islamic School - Auditorium

RizQ Islamic School - Locker

RizQ Islamic School - Kelas Lukisan

RizQ Islamic School - Kelas Seni

RizQ Islamic School 

RizQ Islamic School

RizQ Islamic School - Surau

RizQ Islamic School - Lounge

RizQ Islamic School - Dewan

RizQ Islamic School






Dah tengok video dan berminat? Haaaa, cepat contact mereka. Mana tahu, anak-anak korang terus minat belajar :)

Tak sabar nak tengok RizQ Islamic School ni beroperasi tahun depan.

WEBSITE | FACEBOOK | INSTAGRAM | TWITTER


Salam Sayang,
Mek Onie
letopink@yahoo.com

You May Also Like

6 comments

  1. menariknya kelas dia..siap ade gymnasium..tempat seni tu lawa

    ReplyDelete
    Replies
    1. serius...menarik...onie pun rasa nak masuk sekolah balik kalau macam ni,hehe

      Delete
  2. Bestnya! Harap boleh lah hantar Habib kat sini nanti. Aminnnn

    ReplyDelete
  3. Cantiknya sekolah diaaaa! :) seronok belajar bila environment kondusif macam ni!

    ReplyDelete
  4. zaman sekolah agama dlu mmg seronok!

    ReplyDelete

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..