TAHNIAH GT DOLLAR GROUP MALAYSIA!

Korang pernah dengar GT Dollar Malaysia? Okay, kalau tak pernah meh sini onie nak kenalkan pada korang semua. Apapun, onie ucapkan tahniah kepada GT Dollar Malaysia yang telah melancarkan GT Dollar Group Malaysia. Pada tanggal 16 Januari 2017 di Kuala Lumpur bertempat di Pusat Konvesyen Sime Darby, Bukit Kiara Kuala Lumpur telah berlangsungnya majlis pelancaran GT DOLLAR GROUP MALAYSIA. Majlis ini telah disempurnakan oleh Y.B Datuk Mas Ernieyati Bin Samsudin, Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan.





Majlis ini telah dihadiri oleh mereka-mereka yang hebat iaitu seramai 3,000 pengguna industri IT dan E-Dagang bagi memberi sokongan pada pembangunan ekosistem FinTech. Turut terlibat semasa majlis pelancaran ini adalah dif-dif kehormat. Untuk pengetahuan pembaca onie juga, kerjasama ini tterjalin antara Kerajaan Malaysia dan GT Dollar yang bertujuan untuk meringankan kehidupan rakyat melalui pelancaran aplikasi mudah alih GT Dollar. Antara produk yang baharu yang dilancarkan oleh GT Dollar adalah Aplikasi GT Dollar dan GT Robot. Selain itu, GT Mobile dan GT Watch pun turut dilancarkan pada hari yang sama.


Apa benda GT Dollar tu onie?

↳ Aplikasi GT Dollar ini adalah berkonsepkan aplikasi "One-stop mobile e-commerce platform" di mana ianya bertujuan membantu peniaga mengembangkan perniagaan mereka dan mendapat lebih ramai pelanggan baru.

↳ GT Dollar ini berkonsepkan E-WALLET

↳ Kenapa E-WALLET? Kerana bertujuan untuk membantu mereka yang sentiasa sibuk dan dengan kos sara hidup sekarang yang tinggi. Menarik bukan?

↳ Menariknya lagi, setelah anda memuat turun aplikasi ini, anda akan peroleh kredit percuma sebanyak RM300 ke dalam akaun GT Dollar dan korang boleh belanja sesuka hati. 

↳ Aplikasi ini memudahkan komunikasi di antara pengguna dan peniaga juga bertambah mudah kerana adanya lokasi GPS-Lancar dan perkhidmatan lain seperti pemindahan data pembayaran bil utiliti dan rangkaian chat sosial dan banyak lagi.

↳ Secara kasarnya, aplikasi ini berfungsi sebagai komposit gaya hidup seharian seseorang dan panduan bandar untuk melengkapkan dan memudahkan gaya hidup yang semakin sibuk.


Apa benda GT Robot tu onie?

↳ Untuk menyempurnakan lagi kerjasama ini, satu lagi tekonologi iaitu GT Robot telah dihasilkan dengan teknologi tinggi dan inovasi di bawah GT Group, pakar kemajuan dalam penyelesaian robot humanoid.

↳ Yakkkkk! Apa benda GT Robot ni? Kalau korang nak tahu, teknologi ini telah dilancarkan dengan bentuk robot yang comel dan dikenali sebagai Gt Wander Boy. Dah tengok gambar? Comelkan? dan itulah GT Wander Boy.

↳ GT Wander Boy ini boleh berinteraksi bersama manusia di muka bumi ini bagi menyelesaikan masalah manusia. Hebatkan?


Apa benda GT Mobile tu onie?

↳ Yes! GT Mobile ini adalah sebuah telefon pintar yang sangat user friendly.

↳ Pelbagai kemudahan yang disediakan di GTMobile.

↳ GT Mobile ini seperti jenama telefon lain juga, cuma ada beberapa fungsi tidak sama pada telefon pintar yang lain. Apapun, onie akan update berkenaan GT Mobile ini dalam masa terdekat. Pun dah dekat sebulan macam tu onie pakai GT Mobile,hehe...



Apapun, tahniah sekali lagi onie ucapkan pada GT Dollar Group Malaysia. GT Dollar Malaysia berharap untuk mengembangkan perniagaan e-dagang di dunia dan menjadi pintu masuk bagi Asia. Pada majlis tempoh hari. Tahniah!



Salam Sayang,
Mek Onie
letopink@yahoo.com

1 ulasan:

  1. menarik! cepat cepat nak tahu jgk fungsi GT Mobile yang tak ada dekat phone lain.hehe

    BalasPadam

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..