BETUL KE MALAYSIA WEDDING FESTIVAL (MEFA) ADA DISKAUN?

by - April 14, 2017



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Dalam tahun ini siapa agak-agaknya nak kahwin ye? Kalau ditanya aku,mmmmm....aku masih sibuk dengan kerja seharian. Haha.. Umur makin meningkat? Eh, tidak mengapa. Sebab masa membujang inilah rasa macam woowww..Nak kemana je boleh. Tak terikat dengan mana-mana pihak lagi. Tapi kalau korang yang dah ada perancangan nak kahwin dan masih tak sempat nak membuat persiapan takpe-takpe. Korang mohon baca entri aku sampai habis. Sebab betul ke ada diskaun segala bagai ni kan? Jadi, siapa pernah dengar berkenaan Malaysia Wedding Festival (MEFA)? Kalau pernah dengar bagus, tapi bagi siapa yang tidak pernah dengar lagi silalah baca.


Ada bakal-bakal pengantin suka beli lain-lain pakej pada orang berbeza. Tapi apakata korang pergi festival ni dan tengok sendiri pakej yang ada disediakan dan bandingkan harga. Haaa, time ni la korang boleh tengok harga-harga pakej yang mampu pilih dan sebagainya. Inspirasi orang nak kahwin ni kadang-kadang punca dia datang dari pelbagai sudut. Tapi apakata, korang lock date dan terjah nanti okay?



Khas-khas untuk bakal pengantin yang nak dirikan rumahtangga tu kan. Antara yang korang boleh dapatkan di Malaysia Wedding Festival (MEFA) adalah seperti:

  • Pakej perkahwinan
  • Mudahlah orang kata, lelagi pada bakal pengantin.
  • Pameran seperti One Stop Centre Wedding.

Apa yang dimaksudkan dengan Pameran seperti One Stop Centre Wedding?
  • Produk katering
  • Pelamin
  • Butik Pengantin
  • Kad Kahwin
  • Cenderahati
  • Dewan Perkahwinan
  • dan banyak lagi nokkkkk



Yang penting jangan risau, sebab semua vendor dalam Kuala Lumpur dan Selangor. Lebih 100 tapak promosi ada nanti haaaa...Tapi kalau orang luar negeri pun okay je. Kena jenguk-jenguk pakej yang ada. Jadi, Vendor dari mana je?
  • Shah Alam
  • Ampang
  • Bangi
  • Kajang
  • Damansara
  • Gombak
  • Seluruh Lembah Klang

Ada yang menarik lagi tak berkenaan Malaysia Wedding Festival (MEFA) ni? Ye,ada..Meh baca bawah ni:-
  • Dengan setiap mana-mana tempahan  pakej minima RM500 (terkumpul) di MEFA ni haaaaaa... bakal pengantin berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah seperti pakej bulan madu, gadjet, t-shirt, barangan kecantikan dan coklat. Paling best, setiap tempahan wajib dapat hadiah. So, adilkan? Haaaaaa...letop kauuuu! 
  • Yessssss, benda yang dinantikan. Takkan takde sale kan nanti? Heiiii, of course la ada. Tawaran pakej perkahwinan sehingga 70% diskaun pakej pengantin. Tapi terhad untuk 3 hari pameran jelah bermula jam 10 pagi hingga 9 malam. 
  • Festival ni bakal berlangsung pada 12-14 Mei 2017 di Shah Alam Convention Centre (SACC). Ini merupakan pengajuran kali ke-16 oleh Mefa Events. Haaaaaaaa, power ke dok? Mesti dah ramai bakal pengantin berpuas hati dengan servis yang ditawarkan oleh Mefa Events ni kan. Nantilah, nak usha jugak harga pakej terbaru. Hihi..






Program yang lain selain daripada Pakej Kahwin tu ada tak? Haaaaa, ada awak.
  • Kalau korang berminat nak tengok fashion show, pertandingan makeup artist. Make sure, korang jangan ketinggalan kerana vendor MEFA akan membuat pertunjukan tersebut pada hari sabtu dan ahad. Jadi, masa ni la korang nak spot yang mana satu bakal jadi pilihan di hati korangkan?

Untuk maklumat lanjut korang boleh rujuk link di bawah ini:


atau hubungi En.Azahari : 012-3871775

You May Also Like

0 comments

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..