SKIM THOHIR BERMAKSUD BERSIH

by - June 09, 2017




Skim Thohir Bermaksud Bersih | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Skim Thohir. Siapa pernah dengar perkataan Thohir yang bermaksud BERSIH? Yes. Entri kali ini aku ingin mengajak korang semua baca dan fahami dengan jiwa-jiwa yang tenang. Kosongkan fikiran dan fahami. Tiada masa untuk membayar zakat. Terlupa dah bayar atau belum? Takde tenaga nak bayar zakat? Makan kos untuk membayar zakat? Haaaaaa, dengan cara ini semua permasalahan tadi selesai dan korang jangan risau kerana yang membuat kutipan zakat ini adalah PPZ-MAIWP iaitu merupakan institusi yang dilantik untuk melakukan zakat harta di Wilayah Persekutuan. Skim ini adalah bertujuan untuk memudahkan masyarakat Islam khususnya di Wilayah Persekutuan untuk menunaikan zakat mereka. Untuk kita mengupas lebih lanjut lagi Skim Thohir ini, perkataan "Thohir" ini bermaksud "SUCI/BERSIH". Sesuai dengan konsep zakat itu sendiri dimana zakat membersihkan harta dan jiwa. Skim Thohir dalam erti kata lain adalah Skim Potongan Gaji Zakat. Jadinya, masyarakat boleh membuat bayaran zakat melalui potongan gaji mereka.



Sesuai dengan MOTO PPZ-MAIWP iaitu "Memudahkan Anda Berzakat" dan kalau korang nak tahu juga, PPZ-MAIWP ini sentiasa memastikan segala urusan berkaitan zakat di permudahkan. Sebelum lagi lanjut, Pusat Punggutan Zakat - MAIWP (PPZ-MAIWP) merupakan sebuah agensi yang berperanan sebagai amil yang dilantik oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)untuk mengutip semua jenis zakat harta di Wilayah Persekutuan. 


TIADA INSTITUSI LAIN YANG DILANTIK UNTUK MENGUTIP ZAKAT HARTA SELAIN PPZ-MAIWP DI WILAYAH PERSEKUTUAN.


Untuk topik kali ini, banyak kelebihan bagi yang menggunakan Skim Thohir ini, antaranya adalah:-
  1. Menjimatkan masa
  2. Menjimatkan tenaga
  3. Tidak perlu bersesak
  4. Mengurangkan kos seperti perjalanan, minyak, tol dan sebagainya.

Betul, walaupun mencari peluang untuk membayar zakat terus di pusat-pusat pungutan zakat, namun waktu kadang kala tidak menyebelahi kita. Contoh bagi mereka yang tinggal di Wilayah Persekutuan sudah tentu faham dengan keadaannya. Mencabar segalanya dari segi fizikal dan mental. Itu yang kadang-kadang terlupa untuk menunaikan zakat pada masa tertentu. Jadi, adalah lebih baik pada mereka untuk menggunakan Skim Thohir ini.



Bestnya lagi, untuk tahun ini telah berlangsungnya Kempen Skim Thohir 2017 yang berkolaborasi bersama pihak CIMB Islamik dimana mereka menaja hadiah-hadiah yang menarik seperti:-
  1. Pakej Umrah
  2. Percutian 
  3. Wang Tunai

Dimana, Kempen Skim Thohir 2017 ini sudah masuk tahun kedua laksanakan bersama CIMB Islamik. Bezanya tahun ini, mereka telah membuat dalam skala yang besar dan secara tidak langsung ianya membuka ruang kepada lebih ramai untuk menyertai kempen ini dan berpeluang memenangi hadiah-hadiah lumayan.


Tedapat 2 fasa sedang berlangsung dimana:
  1. Fasa 1 sehingga Julai, 2017
  2. Fasa 2 bermula Ogos hingga November, 2017


Nak sertai kempen tapi tak tahu bagaimana? Meh sini nak terangkan:-
  1. Mudah sahaja.
  2. Bagi mereka yang belum mebuat bayaran zakat menerusi Skim Thohir, korang perlu bayar dahulu.
  3. Jika dah buat bayaran zakat menerusi potongan gaji, korang perlu membuat penambahan kepada zakat anda dalam tempoh kempen berlangsung.
  4. Borang boleh dapatkan di 11 kaunter tetap kami yang berada di sekitar Wilayah Persekutuan.

11 kaunter tetap adalah di:
  1. Wisma PPZ,Dataran Shamelin
  2. Plaza RAH
  3. Masjid Negara
  4. Wangsa Maju, Wangsa Delima 6
  5. Presint 9,Putrajaya
  6. Presint Diplomatik, Putrajaya
  7. Masjid At Taqwa,TTDI
  8. Masjid Abd Rahman Bin AUF, Puchong
  9. Masjid Imam Al Ghazali, Kepong
  10. UTC Pudu Sentral
  11. Labuan Times Square, Labuan


Selain daripada kaunter atas ni, korang juga boleh dapatkan di Kaunter Zakat Bergerak:-
  1. Perbadanan Putrajaya
  2. KWSP Wangsa Maju
  3. CIMB Bank Setiawangsa
  4. Jalan Dungun
  5. Masjid Asy Syakirin KLCC
  6. JLN Tunku Abd Rahman
  7. Menara Binjai
  8. Surau Bank Islam
  9. Surau Tabung Haji
  10. Tmn Melati

Mereka akan berada di bermula dari jam 11 pagi hingga 3 petang di setiap lokasi atau nak tahu mereka berada di mana boleh tengok facebook MYZAKAT




Salam Sayang,
Mek Onie
letopink@yahoo.com


You May Also Like

0 comments

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..