JOM BACA TIPS JIMAT BERBELANJA DARI MEK ONIE KPDNKK

by - September 18, 2017

Jom Baca Tips Jimat Berbelanja Dari Mek Onie #KPDNKK | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Setelah beberapa lama aku sibuk. Haaa! Hari ini baru ada masa nak berkongsi bagaimana seorang Mek Onie ni berjimat. Banyak perkiraan yang perlu aku titik beratkan terutama isu berbelanja ni. Macam aku yang bujang ni kira selamat lagilah kalau duit pun dah sampai paras hidung ni. Kalau dah kahwin? Haaa, macamana kita nak handle isu-isu macam ni. Walaupun duit, benda remeh temeh macam ni lah boleh membuatkan keretakan sesebuah perhubungan. Tapi sampai bilakan? Belum kira ada anak lagi? So, time bujang ni lah adalah peluang yang terbaik untuk mengumpul dan berjimat. Kalau dulu, asal tengok duit lebih sikit mulalah makan sesedap tak ingin donia, shopping benda-benda yang tak nampak dan tak berfaedah. #SilaMenyesalHAHA


Betul orang kata, "alaaaaa...duit je kot, mana boleh bawak mati. Alaaaaaa, duit boleh dicari la babe..", kata si polan. Heiiii, gila ke apa? Memang la tak boleh bawak mati dan duit tu boleh dicari, tapi kalau kita pandai menguruskan kewangan keluar masuk itu adalah satu bonus kepada kita sendiri demi kelangsungan hidup. Betul tak? Bukan nak tunggu takde duit, poket dah nipis semua tu baru nak belajar menabung. 


Di sini, apa yang aku nampak dan jadikan contoh adalah mak aku. Walaupun dia seorang suri rumahtangga sepenuh masa namun apa yang aku nampak di sini mak aku ni seorang yang pandai berusaha sendiri dan menyimpan duit dengan sebaik mungkin seperti apa yang aku cakapkan tadi, kelangsungan hidup. Mak aku kata, tak semestinya duduk rumah goyang kaki je kan? Heiiiii, hidup awak. Kena pandai mencuba dan berusaha la orang kata. Cuma bila sampai bab berbelanja ni kita kena pandai pilih. Nak membazir/boros atau berjimat? Haaaa, pilihlah korang.


Kalau diberi contoh, kalau gaji setiap bulan hanya RM900 maka berbelanjalah dengan apa adanya. Jangan pulak jadi seperti Biar Papa Asal Kendana. Haaaaa, itu namanya menempah maut. Bayangkan dengan gaji RM900. Apa je korang boleh beli kalau komitmen pada kereta pun hampir RM450? Minyak? Di sini, setiap apa yang berlaku itu semuanya dari diri kita sendiri samada putus asa dan sering menyalahkan diri sendiri atau berusaha untuk mendapatkan yang lebih baik. Nak sesuatu tapi tak berusaha untuk menyimpan duit?Ahhhh,sila men*nggal,kah!


Bayangkan jika gaji RM900? So, disini aku ada 10 tips jimat berbelanja yang aku lakukan setiap kali mendapat gaji dan punya uang.

  • Sedar diri dimana level anda?
Bila kita sedar diri kita berada di kedudukan yang mana satu, maka berbelanjalah dengan sebaik mungkin. Janganlah kau gaji kecik tapi bajet diva, bajet bergaya kalah che ta. Haaa contoh tau. Jangan kecam,kah! Kan? Kau gaji kecik tapi nak pakai handbag Gucci, nak pakai macbook, ahhh dasar. (perli diri sendiri,haha) So, first thing first, kau sedar diri kau di kedudukan mana tanpa memandang kekayaan dan kesenangan orang lain. Kau nak macbook, kau kumpullah duit elok-elok, jangan reti nak mintak dengan mak bapak, cukup-cukup kita menyusahkan dorang time kita kecik dulu. Kau tengok aku pakai macbook kau cop aku kaya? Kau tak tahu peritnya nak kumpul duit untuk beli barang yang kita idamkan. Kau tak tahu? 



  • Dah sedar diri? Jadikan seseorang itu idola untuk penjimatan.
Hei gila kau. Tips berjimat ni pun WAJIB ada idola weh. Kau ingat artis je nak diidolakan. Tak okay! Macam aku, idola paling terdekat aku adalah mak aku sendiri. Love you umi! Walaupun dia tidak bekerja dan mempunyai usaha tersendiri aku sangat kagum dengan hasil kerja mak aku sendiri. Usaha yang macamana? Tepuk dada tanya selera. Hehe

  • Rancang belanja.
Dah sedar diri. Dah ada idola. Sekarang atas diri sendiri pulak. Macam aku, aku akan tetapkan duit gaji aku tu akan tolak siap-siap untuk bayar kereta, minyak, dan wang kecemasan. Ini pentingnya pendapatan tetap. Kau kerjalah apapun. Pendapatan tetap tu mesti kena ada jugak. Nak bantah? Haaa silakan. Tapi ini adalah aku. Dah tolak siap-siap duit gaji tu, kira baki pulak ada berapa. Haaaa, baki tu kau simpan walaupun RM1 woi. Walaupun RM0.50. Kau simpan je. 


  • Ikat perut
Ikat perut ni bukanlah ikat perut betul-betul. Alah! Kawal segalanya, nafsu shopping, nafsu makan, nafsu berjalan. Kawal nafsulah senang cerita. Nak makan sedap-sedap boleh. Tapi jangan selalu. Jawapan dia mudah je. Nak jimat, masak! Tapi, biasalah manusia ni kadang-kadang bila sampai nafsu-nafsu tu, memang lupa daratan sekejap. Satu je, yang penting kawal diri.

  • Survey harga
Yeayyyyyy! Part survey ini adalah part paling aku suka. Thats why aku kalau nak beli barang, nak shopping ke aku rela berjalan seorang diri. Sebab apa? Aku ni jenis suka survey harga. Contoh, kalau rasa nak beli baju yang cantik dan kau tahu kedai yang murah, maka silalah ke kedai yang murah berbanding kedai mahal. Sebab apa? Dah tahu kualiti produk tu? Material sama? Harga je beza? Tapi kenapa nak jugak beli di kedai mahal tu kan? Haaaaaaa, itulah manusia. Kadang-kadang, lebihkan harga dan abaikan kualiti. Kualiti sama. Tapi macam aku, kalau nak shopping baju-baju, aku akan beli di Times Square. Walaupun taste-taste orang yang tak berapa nak hado, heiiiiii...kualiti sama jelah, kekekekeekekekekekeke.... Orang bukan tahu pun lah. (tapi, kantoi dah terbagitahu sini,ekekekekeke) Haaa tips jugak ni. So, terpulanglah. Yang penting, aku memang seorang yang suka survey harga sampai nak patah kaki rasa,haha

  • Selalu beli time sale
Kalau banding harga time tak sale dan sale memang jauh beza murah dia. Kadang-kadang aku suka beli time musim perayaan. Haaaaaa, menjunam harga jatuh. So, di sini .. kita dah jimat banyak.

  • Kurangkan bawak cash
Sekarang dah boleh debit dan pay wave kan? Haaaaa, jadi...kurangkan bawak cash. Bila tiada cash, maka nafsu berbelanja tu kurang dan janganlah gunakan konsep, alaaaaa...aku takde cash tapi aku boleh debit/paywave je. Sampai bila? Sampai duit dalam akaun tinggal zero?

  • Utamakan pembayaran yang lebih penting seperti hutang
Ada tunggakan PTPTN lagi? Ada tunggakan kereta lagi? Haaaaa, silalah bayar hutang dulu. Macam aku, benda first aku buat lepas dapat gaji adalah setelkan segala hutang. Jadi, bila kita selesaikan hutang dahulu, maka kita terasa kurang beban dan jangan pulak ditangguhkan benda-benda ni kerana sikit-sikit lama jadi bukit dan bila jadi bukit tu, memang sah-sah nak bayar seterusnya, sendiri yang merana.

  • Jangan gunakan kad kredit
Kad kredit? Ada masa kad kredit ni sangat diperlukan dan ada masa sebenarnya tak perlu pun. Macam aku, aku langsung takde kad kredit dan TAK AKAN ada. Manusia ni bila banyak duit mulalah lupa diri. So, tahukan kekurangan kad kredit? Jadi fikir-fikirkanlah sebelum nak ambil kad kredit. Aku takde kad kredit boleh hidup lagi?kah!

  • Wujudkan tabung hijau, oren, biru, syiling
Yeayyyyy! Part ni aku paling suka gila nak kongsi. Sebab sekarang ni aku tengah mengumpul duit hijau dan oren! Korang wujudkan tabung ni dan standby sesiap duit tu korang nak guna untuk apa? Bubuh dalah bekas/tabung dan jangan masuk bank lagi. Kumpul je dulu. Sebab kalau simpan kat bank mesti one day nak ambik jugakkan? Jadi simpan je ditangan anda dan letakkan ditempat yang tersorok. Kenapa aku wujudkan tabung hijau? Sebab jika aku wujudkan tabung ungu aku rasa tak mampu dan nilai RM5 ni bagi aku,masih mampu lagi untuk menyimpan. Mula tu tangan rajin je duk tarik-tarik. Sekarang bila dapat duit RM5 memang aku simpan sesiap dan sayang gila nak guna duit RM5. Sampai sekarang duit tu masih menebal dan of course lah simpan untuk duit kahwin,kah! 



So, cukuplah dulu 10 tips berjimat dari aku. Sama tak tips kita? Jadi di sini, disebabkan kos sara hidup semakin lama semakin tinggi tak kira mana je kita ada, jadi jadilah manusia yang pandai berjimat, yang kenal kedudukan atau kemampuan sebenar kita dalam hal perbelanjaan. 

Contoh terdekat dan kegunaan harian kita adalah:



Haaaaaaa, contoh di atas ni korang boleh gunapakai untuk pemilihan barang. Tapi bergantung pada lokasi seseorang individu tu. Contohnya apa yang boleh kita tengok pada gambar di atas ini adalah harga promosi daripada KPDNKK dimana akan ada harga promosi untuk sesuatu produk di pasaraya yang terpilih. Masak tu memang menjimatkan, tapi masak ni pun kenalah ada perancangan dari segi perbelanjaaannya jugak wak. Kalau korang nak tahu harga yang munasabah untuk 446 jenis barangan keperluan harian korang bolehlah muatnaik aplikasi PAPARAN HARGA di Google Play sekarang. Lepas tu, dah boleh decide nak barangan keperluan harian kat mana. Haaaaa, ini pun adalah salah satu tips berjimat sebelum berbelanja. Gitu. 


Jadi moral of the story, berbelanjalah dengan jimat agar tiada masalah kewangan sehingga memudaratkan diri sendiri. Sebelum aku akhiri entri aku kali ini, korang ni pernah ke tak dengar KPDNKK?


Haaaa, inilah dia tugas-tugas KPDNKK yang terbahagi kepada tiga iaitu:

  1. Perdagangan dalam Negeri
  2. Koperasi 
  3. Kepenggunaan

Jadi sesuailah dengan Motto KPDNKK ini adalah ''Perdagangan Sihat Pengguna Berkat" ini banyak membantu pengguna serta masyarakat untuk berbelanja dengan lebih hemat.


Dah daftar sebagai Friends Of KPDNKK (FOK)?
Kalau belum, jomlah daftar beramai-ramai dan FOK ini dibuka kepada seluruh rakyat Malaysia dan perlu daftar untuk menjadi keahlian. Keahlian atau membership digelar Skuad Pengguna 1 Malaysia. Banyak kelebihan bila berdaftar dengan FOK dan menjadi Skuad Pengguna 1 Malaysia. Kerana apa? Kerana KPDNKK ini mempunyai rakan niaga dari kalangan peniaga-peniaga berdaftar. 


Peranan yang boleh dimainkan oleh Friends Of KPDNKK (FOK) ini adalah:
  1. Melaporkan trend harga, bekalan barangan dan perkhidmatan serta isu-isu kepenggunaan semasa melibatkan kepentingan pengguna.
  2. Menyebarkan maklumat kepada para pengguna mengenai isu-isu kepenggunaan seperti pengedaran poster, risalah, brosur dan sebagainya.
  3. Mengendalikan program dan aktiviti kepenggunaan di kawasan komuniti setempat.
  4. Menjadi pemangkin untuk gaya hidup lestari dan pencinta alam sekitar. 

So, apa tunggu lagi? Selain berjimat dalam perbelanjaan jomlah kita berdaftar sebagai Friends Of KPDNKK (FOK) ini juga. Daftar di >>>>>>>  sini  atau untuk maklumat lanjut boleh semak di >>>>>>> sini





You May Also Like

33 comments

  1. tips yang menarik ni. tq for sharing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you awak sudi singgah ke sini baca tips kita.

      Delete
  2. Zaman sekarang memang kena berjimat cermat. Expenses melebihi dari yg sepatutnya. Dan yes kenalah ikat perut n survey harga barangan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau expenses melebihi dari pendapatan itu adalah satu cabaran yang besarkan. Semoga tips ini bermanfaat tau.

      Delete
  3. Wajib berjimat di zaman yang serba mencabar nie..kena praktik kn tips ni

    ReplyDelete
  4. To be honest memang penting sgt nak berjimat cermat dalam zaman sekarang ni. Bukan apa, ekonomi semakin tak stabil and kita lah kena usaha lebih utk pastikan kehidupan kita ok dan selesa.

    Mudah-mudahan dgn cara merancang cam ni dpt jimatkan wang & gunakan dgn baik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeayyyyy kak nanie datang komen entri kita la..hihi.. aah, kalau dulu bila nampak duit banyak sikit mulalah nak berbelanja walhal boleh je simpan tapi now terasa menyesal jugak pun ada, haha... semoga tips ini bermanfaat buat kita semua kan.

      Delete
  5. thankyou bagi tips. sekarang memang kena pandai urus kewangan kan? kalau tak hujung bulan makan megi jelah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulahkan.. kalau tak..maggi la jawab dia,ekekkekee

      Delete
  6. great content, thanks for the info!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Most welcome dear. Semoga bermanfaat ye.

      Delete
  7. Menarik tips ni..macam akak plak akan pastikan sedikit dari duit gaji simpan dalam ASB...its a must every month...selain jimat bawak bekal pi opis...hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu ada ASB tapi onie stop dan simpan sendiri jelah,hihi.. ASB pun bagus jugak untuk investmentkan

      Delete
  8. Huuuu terkene batang Hidung sendiri...ditimpa ujian dalam hidup dan sedang berusaha melepasi fasa ni.. penjimataan is a must.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaa kenapa? Takpe,anggap je perkongsian ini satu ilmu dan cabaran untuk terus berjimatkan..hihi..

      Delete
  9. Kita tak pernah catata pun mana perbelanjaan dan juga lebihan wang yang guna. Patut lah setiap bulan asyik kering jer hehehehe thank you for your tips..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaaaa selamat menabung maha mahu. Onie share pun sebab terbaca artikel2 yg ada di KPDNKK dan terdetik nak berkongsi tips yg tak seberapa ni dari onie,hihi.. tq madi sudi komen sini tau.

      Delete
  10. Replies
    1. Betul. Biarlah orang kata lecehlah apalah..yang penting kita ada matlamat kita tersendiri sebab kenapa kita perlu 'survey'.

      Delete
  11. orang tua dulu2 memang bijak berbelanja dan menyimpan. kena ikut cara menyimpan dgn betul.. cash memang sebaiknya dibawa sesikit sbb kalau keluar rm200 maka habis gitu jer..

    gd sharing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Onie paling tak suka keluarkan duit dari bank dan pegang cash. Last-last cek beg duit,aik mana rm200 yg baru keluarkan...huhu

      Delete
  12. Betul tu. Tak bawa mati,tapi boleh mati kalau tak ada

    ReplyDelete
  13. terimakasih atas perkongsian yang bermanfaat ini.

    ReplyDelete
  14. Good sharing awakk ��
    Banyak tips2 dia bagi..
    Baru tau pasal FOK. Dan terus daftar..haha..

    ReplyDelete
  15. Alhamdulillah masih sedar diri....

    Cuma kemampuan nak isi minyak just RM10... tapi lepas isi, rasa macam isi tak isi je.... dulu kalau buh rm10... terasa gak la jauh perginya

    ReplyDelete
  16. tengkiu sebab kongsi tips2 yang bernas sebagai langkah penjimatan kepada yang memerlukan..

    ReplyDelete
  17. Masa akak sekolah, mak akak memang mengajar utk menabung. Cumanya bila dah bekerja kelaut tabung tu Uolssssssssssss. Kos assignment mahal. Pastu tabung yang ada pun tabung kahwin je la hahaha. Bila dah kahwin. Tabung bersalin berpantang pula. Pastu dah ada anak. Tabung taska semua. Tapi tabung yang takleh tinggal dr zaman belajar adalah tabung hutang. Hahaha. Loan berlambak. Sakit kepala nak lunaskan saki baki loan. Sedih

    ReplyDelete
  18. Good tips Onie. Sekarang memang kita kena berjumat cermat dan pandai berbelanja. Kos sara hidup makin tinggi. Kena utamakan keperluan. Bukan kehendak.

    ReplyDelete
  19. Kadang-kadang rasa malas nak buat benda contoh survey harga terbaik, check beberapa kedai untuk dapat harga paling best. Tapi tu la menyebabkan kita bazir duit bila sebenarnya ada lagi alternatif atau barang lain yang jauh lebih murah kalau kita rajinkan diri cari.

    Thanks for sharing this Onie, berguna betul. Lagi lagi sekarang ni ekonomi kat negara kita tak menentu.

    ReplyDelete
  20. great info for a shopaholic like me!

    ReplyDelete

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..