PENGALAMAN SINGGAH DI NATASYA RIVERSIDE RESORT GOPENG DAN WATER RAFTING

by - October 30, 2017


Pengalaman Singgah Di Natasya River Side Resort, Gopeng Dan Water Rafting | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Yeayyy! 2 minggu lepas aku telah ke Natasya Riverside Resort di Gopeng. Ya Ampun, first time aku datang Gopeng ni haaa, paling terkedu bila dapat masuk tempat yang tenang dan cantik sangat. Tapi untuk trip kali ini aku pergi sehari je. Tak sempat pun bermalam,huwarrr...Untuk makluman korang, Natasya Riverside Resort di Gopeng ni memang baru lagi dan telah dibuka pada bulan julai pada tahun 2017 namun pelanggan yang datang ke sini fuhhh! Boleh tahan ramai jugak dari sehari ke sehari. Walaupun masih baru bertapak, Natasya Riverside Resort ini telah menarik pelbagai masyarakat untuk ke sini untuk aktiviti masing-masing. Paling terkenal adalah aktiviti water rafting. Phewww.. 





Untuk pengetahuan semua, Natasya Riverside Resort Gopeng melalui anak syarikat milik penuhnya iaitu Perwanza Properties Sdn.Bhd., memiliki dan mengendalikan Natasya Riverside Resort Gopeng dimana tema resort ini berkonsepkan alam semulajadi. NRRG berkonsepkan penginapan jenis kabin yang berwarna-warni dan mampu menarik minat pengunjung untuk menginap di NRRG. NRRG ini terletak di Kampung Jahang, Gopeng Perak dimana jarak perjalanan lebih kurang 2 jam sahaja dari Kuala Lumpur. Lokasi ini sangat sesuai bagi mereka yang inginkan ketenangan dan lari dari kesibukan di bandaran. Di sini, korang juga boleh merasai sendiri pengalaman menginap dengan dikelilingi oleh hutan, sungai dan kebun yang masih menebal. Jangan tak tahu ye korang, NRRG ini adalah satu-satunya chalet yang terletak di tengah-tengah kampung tradisional yang dikelilingi oleh flora dan fauna. 


Menarikkan korang? 
Kalau aku, aku akan pilih alam semulajadi dahulu daripada pusat membeli-belah. 
Ada yang sama dengan minat kita tak?hihi..


Untuk ke NRRG ini adalah kita perlu menyeberang lebih dari 5 ekar untuk sampai ke resort ini. Tempat penginapan yang ada di sini pun sebanyak 20 kabin. Landskap di sini pun dicipta mengikut kehendak pelanggan yang inginkan keindahan alam dan ketenangan. Apa yang perlu korang tahu, di sini mampu menampung 60 tetamu pada satu masa. Haaaa, sesuai kalau nak adakan team building dan family day. 




Gambar di atas menunjukkan keadaan di kabin standard yang katil ada 3 dan jangan risau sebab toilet ada disediakan dalam kabin. Ruangan yang sangat selesa. Cuma untuk solat agak susah sikit la kalau dikabin ni,heee 

Nak jumpa dan mendekati masyarakat orang asli? Pun boleh di sini. Sampai sini, janganlah lupa untuk korang terokai apa yang ada di Gopeng dan tinjau persekitaran di resort ini. Kembali pada fitrah alam membuatkan jiwa seseorang pasti menjadi tenang. Betul tak?




Bestnya, penginapan di sini mempunyai Cabin Chalet Standard dan Cabin Chalet Family dan Cabin bertingkat pun ada jugak. Bakal tau. Kalau korang perasan, boleh tengok gambar di atas. Sekitar dari pandangan di sudut atas. Luas dan banyak aktiviti yang boleh buat di sini.

Fasiliti yang disediakan di Natasya Riverside Resort Gopeng ini adalah seperti:
  • Dewan pelbagai guna
  • Dewan makan
  • Sungai semulajadi
  • Padang rekreasi
  • Tempat letak kereta
  • Area BBQ
  • Kawasan kebun
  • Surau
  • Taman permainan
  • Tapak perkhemahan
  • Wifi & Astro
  • Wall Climbing
  • Sewa Borad Game
  • Kawasan halangan

Selain aktiviti di sini, kita boleh buat aktiviti seperti team building, family day dan full day meeting / team building. Bergantung aktiviti apa korang nak buat kat sana nanti. Macam aku untuk day trip ni, aku pilih water rafting wei ! Walaupun kami tiba di resort ini dalam tengahari macam tu, tapi aktiviti water rafting masih sempat dijalankan. Sepanjang perjalanan nak ke port water rafting tu, kita sendiri boleh merasai suasana tenang di kampung. Melihat keliling hutan. Pokok durian ! Yesssssss, memang ada kat sana dan kalau korang hantu durian, wajiblah korang datang ke Natasya Riverside Resort Gopeng ni demi DURIAN tau. Durian ni bukan dari pasar malam atau mana-mana ladang tau. Tapi dari pokok durian tu sendiri. Haaaa, sesambil korang berehat, tunggu jelah kedengaran durian tu luruh. Durian kampung weiiiiiiii, sah sedap! 


Kalau siapa rasa nak makan durian sahaja boleh. Datang je, bayaran yang dikenakan hanya RM30+ sahaja. Makanlah sampai muak! Tapi kalau korang rasa nak menginap sambil kendurian boleh jugak.Just bayar RM150/pax untuk 2 hari 1 malam, 3 kali makan dan durian buffet. Paling penting miminum 3 orang nah! Barulah valid. Ingat tu. Sape hantu durian wajiblah ke sini bulan 11 nanti. Musim durian sana oiiiiii.... Rugi sape tak p. Apapun, kalau rasa berminat, boleh je book awal-awal. Kang habis naya je!haha




Kawasan untuk BBQ







WATER RAFTING DI SUNGAI KAMPAR


Here we go! Time for water rafting babe! Siapa yang nak mencuba water rafting ni boleh datang ke resort ni dan ambik pakej water rafting di sini, paling minimum 3 orang untuk ber-water rafting. Ini adalah pengalaman pertama aku water rafting! Dan perasaan of courselah nervous wei. Tak pernah water rafting dan aku selalu duk tengok orang water rafting dan meneka sendiri perasaan apa la dorang tu. Tak takut ke? Tak rasa tersembam muka ke nanti kat batu masa melalui curam air tu tu kan. Sepanjang perjalanan aku ke port untuk water rafting tu adalah menaiki lori dan heiii, lama wei tak naik lori, best dia tu tak terkata. Korang akan naik macam aku tula nanti. Kalau boleh untuk pakaian water rafting ni biarlah bersesuaian dan digalakkan pakai kasut getah (orang kampung panggil kasut adidas kampung) atau kalau tak bawak ke, jangan risau sebab di resort masih disediakan kasut getah tu. Apapun ikut nasib la kalau ada saiz kaki ampa tu,hihi


No worries.


Bagi yang beginner macam aku ni, dah tentu tak tahu satu hapak pun ilmu water rafting ni. Nak duduk macamana, nak pegang paddle macamana, nak guna paddle macamana, arahan tu semua jangan risau. Sebab sebelum water rafting, kita akan diberi taklimat atau briefing dahulu berkenaan keselamatan semasa water rafting ni. Banyak jugak arahan dia yang kita kena peka masa water rafting tu haaaa, antaranya... paddle forward, paddle backward, jump jump, boom boom, gerak ke kiri (lebih kurang gitulah arahan leader) dan lain-lain. Paling penting kita memang kena peka dengar arahan. Siap sedia nak jatuh tu semua kena berjaga-jaga. Heiiii, water rafting kalau tak jatuh memang rugilah wei, hahaha.... (padahal tak reti handle diri sendiri).. Part paling cemas adalah bila melalui curam air tu haaaaa... Phewwwwww... saat mendebarkan wei..serius..



Peralatan seperti helmet dan life jacket turut disediakan


Bagi yang rabun macam aku ni, jangan risau. Pakai je spek mata tu.. Nanti orang yang guide kita tu tolong ikat simpul mati dispek kita. Jadi, kalau rafting terbalik, tayah la risau kalau spek mata terjatuh ke apa sebab dah kena ikat,hehe..Rugi la kalau tak pakai, sebab tak dapat menghayati keindahan alam,hihi




Fokus masing-masing dengar briefing,hihi





Di Natasya Riverside Resort Gopeng ni jugak korang boleh naik kuda di ladang kuda yang terletak di belakang chalet. Jangan lupa juga urut-urut Sara iaitu orang utan yang sangat comel dan rasa nak sekeh-sekeh je...hehe...



Thank you so much Natasya Riverside Resort Gopeng menerima kehadiran aku ini dan terima kasih kerana mengajar main water rafting. Heaven gila wei! InshaAllah akan datang lagi lepasni. Kalau boleh untuk next trip aku nak bermalam dan teringin nak masuk Gua Tempurung. Will do soon! Yeah! Banyak benda tak sempat buat haritu. Tapi takpe, dapat jejak kaki sehari di Natasya Riverside Resort Gopeng ni pun dah cukup teruja, terharu semualah. InshaAllah ada rezeki nak lagi ke sini. Nak menginap! InshaAllah



Untuk tengok pakej dan membuat tempahan korang boleh klik link di bawah ini:

Email: irman@natasyaresort.com
Alamat: Lot 10855, Jalan Besar, Kg. Jahang, Gopeng

You May Also Like

0 comments

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..