ALOE VERA BERTUKAR KEPADA ALOESHAFY

by - December 23, 2017

ALOE VERA BERTUKAR KEPADA ALOESHAFY

Aloe Vera Bertukar Kepada ALOESHAFY | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Yuhuuuuuuu. 12 Disember 2017 lalu aku dijemput untuk menghadiri satu Majlis Pelancaran ALOESHAFY di Ruang,Shah Alam. Bersama-sama turut memeriahkan majlis ini Tuan Haji Rozan Mohd Sa'at, Pengerusi Lembaga Pengarah PIJ Manufacturing Sdn.Bhd., Tuan Haji Zulkiflee Abbas, Pengurus Besar Perbadanan Islam Johor dan En.Abdul Rashid Ismail, Pengurus Besar Syarikat Kumpulan PIJ Holdings Sdn Bhd. Terima kasih PIJ Manufacturing Sdn.Bhd. atas jemputan ini.


Untuk pengetahuan korang semua, daun lidah buaya atau aloe vera ini seringkali digunakan dalam rawatan kesihatan dan kecantikan kerana pelbagai kelebihan/khasiat yang ada. Dengan adanya teknologi yang canggih, syarikat ini telah memperkenalkan teknologi komersil yang berskala besar untuk memproses daun Aloe Vera dan keseluruhan proses ini menggunakan teknologi negara Belanda serta yakin mampu menghasilkan ekstrak Aloe Vera gred terbaik secara pukal  untuk industri minuman, penjagaan diri dan farmaseutikal.


Kualiti produk ini terjaga dan sentiasa diberi keutamaan malah berjaya memperoleh kesemua akreditasi penting pengilangan iaitu:
  • ISO 22000: 2005
  • HACCP
  • GMP
  • HALAL
  • MeSTI
ALOE VERA BERTUKAR KEPADA ALOESHAFY

Produk ALOESHAFY ini merupakan produk 100% dari tempatan dan nama ALOESHAFY ini berasal daripada perkataan 'Aloe' ialah Aloe Vera dan 'Shafy' atau shifa ini daripada perkataan arab yang bermaksud penawar/penyembuh. Menurut penyelidik dan pasukan penemuan IBD diketuai oleh Dr.Lee Ting Hun telah berjaya mempunyai dua komponen bioaktif dalam gel daun Aloe Vera iaitu Asid Digitoxic dan Dioxybenzone. 


Menurut kajian:

Asid Digitoxic : Pengambilan ini boleh membantu pesakit yang mempunyai masalah fungsi ginjal yang lemah dan tidak teratur.
Dioxybenzone : Boleh bertindak sebagai pelindung untuk menyekat sinar Ultra Ungu A (UVA) dan Ultra Ungu B (UVB) agar tidak merosakkan kulit seperti timbulnya kedutan awal dan kebakaran kulit (sunburn) melalui penggunaan topikal iaitu sapuan ke atas kulit.

* Kajian kuantitatif terperinci seterusnya perlu dilakukan terhadap gel yang belum diproses dan Jus Aloe Vera sendiri bagi menentukan kadar peratusan sebenar serta memelihara komponen bioaktif untuk menikmati manfaat.




ALOE VERA BERTUKAR KEPADA ALOESHAFY

Untuk pengetahuan semua, syarikat ini telah memperkenalkan 3 produk yang baru ALOESHAFY antaranya:
  1. Jus Aloe Vera
  2. Aloe Body Gel
  3. Beauty Set

ALOE VERA BERTUKAR KEPADA ALOESHAFY

Youth Essence ini aku suka sebab ianya menyegarkan muka dan membuatkan muka tidak kering. Youth Essence ini sesuai bagi kondisi seperti mereka yang berada dalam cuaca yang sejuk seperti di office. Macam aku, aku akan pakai ketika di pejabat kerana suhu di office agak sejuk dan membuatkan kulit muka aku kering. Jadi aku gunakan produk ini untuk melembapkan kulit muka dari terus kekeringan. Sungguh, walaupun berada dalam office yang sejuk itu, jangan fikir kulit kita tidak bermasalah jika berada dalam kawasan yang selamat. Jadi youth essence ini adalah jawapan yang tepat untuk melindungi kulit muka daripada terus kekeringan. Alaaaaaaa, lepas bersihkan muka dengan pembersih muka ALOESHAFY ni jangan lupa untuk apply Youth Essence ni jugak tau. 

ALOE VERA BERTUKAR KEPADA ALOESHAFY

Antara produk kecantikan kulit:

Aloe Body Gel:
  • Gel badan yang sesuai untuk semua jenis kulit.
  • Dapat membantu melembap, meremajakan kulit malahan boleh digunakan untuk penjagaan kulit kepala dan rambut.
  • Cara penggunaan Aloe Body Gel ini sangat mudah kerana perlu bersihkan kulit sebelum sapu pada kulit dan sapu pada kulit atau kulit rambut pun boleh. Haaaaaa! 
Beauty Set:
  • Set penjagaan wajah yang terdiri daripada pencuci muka, penyembur muka dan gel pelembap muka.
  • Sesuai digunakan untuk membersih, menyegar, melembap dan menghidrat kulit muka.
  • Beauty Cleanser : Aku suka pembersih muka ini kerana mudah di apply dan buih yang banyak dan membuatkan kulit muka bersih dan segar.
  • Youth Essence : Sembur je! Mudah gila cara pakai produk ni. Akan serap semulajadi dan membuatkan kulit muka sentiasa segar.
  • Aloe Plus Soothing Gel : Selepas menggunakan Beauty Cleanser dan Youth Essence, jangan lupa apply Soothing gel pulak tau. 



ALOE VERA BERTUKAR KEPADA ALOESHAFY



Aloe Vera ini telah digunakan secara efektif dalam perubatan tradisional, produk kesihatan dan suplemen diet, produk penjagaan diri dan kosmetik, farmaseutikal serta dijadikan sebagai makanan dan minuman. Untuk Jus Aloe Vera ini aku dah rasa sendiri dan rasanya seperti masam payau macam tu, tapi banyak khasiat yang ada dalam Jus Aloe Vera ini. Antara khasiat yang ada adalah anti oksidan, detoks, anti-radang, meningkatkan proses penyembuhan dan menggalakkan tahap tenaga yang sihat. Cara mengambil suplemen ini adalah sebanyak 30ml sebelum sarapan dan makan malam. Make sure, kena goncang dahulu produk ini sebelum diminum serta jangan letak di suhu panas atau terkena cahaya matahari. Lebih baik letak dalam peti sejuk dan badan lebih segar dan sejuk bila diminum. 



Sekitar Majlis Pelancaran Produk ALOESHAFY

ALOE VERA BERTUKAR KEPADA ALOESHAFY

ALOE VERA BERTUKAR KEPADA ALOESHAFY

ALOE VERA BERTUKAR KEPADA ALOESHAFY




ALOE VERA BERTUKAR KEPADA ALOESHAFY

Sedikit info berkenaan Syarikat PIJ Manufacturing Sdn.Bhd. (PIJ Manufacturing) :

Syarikat PIJ Manufacturing Sdn.Bhd. (PIJ Manufacturing) ini adalah sebuah syarikat perkilangan milik penuh Syarikat Kumpulan PIJ Holdings Sdn.Bhd. PIJ Manufacturing kini fokus dalam menjalankan aktiviti mengekstrak daun Aloe Vera menggunakan teknologi terkini dari Belanda. PIJ Manufacturing merupakan syarikat pertama di Asia Tenggara yang menggunakan teknologi tersebut bagi mengekstrak Aloe Vera dengan kualiti tinggi menepati kehendak pasaran antarabangsa.

Kilang dan pejabat jualannya terletak di POIC SME Factory (Halal Park), Kompleks Perindustrian Tanjung Langsat, Pasir Gudang. Ekstrak Aloe Vera yang dihasilkan dibekalkan bagi keperluan industri yang dijadikan bahan asas dalam penghasilan produk kesihatan, produk penjagaan diri & kosmetik serta produk makanan dan minuman.


Untuk maklumat lanjut boleh klik link di bawah ini:




You May Also Like

20 comments

  1. Aloe Vera ni produk seribu kebaikan. Bole pakai luaran dan dalaman ye....mungkin leh cuba gak produk jus aloe vera ni sebab nak jaga kesihatan....

    ReplyDelete
  2. packaging dia gila cantik. nanti nak check out sendiri la bahan pun nampak macamberkualiti tinggi

    ReplyDelete
  3. Menarik gabungan nama aloe shafy ni. Teringin nak cuba produk2 ni. Byk kegunaan

    ReplyDelete
  4. Tertarik tengok produk ni sebab ia berasakan Aloe Vera kan.. macam nak kena beli nanti .. try mana tahu ok dengan kulit Tb kan.. heee

    ReplyDelete
  5. wahh produk kecantikkan terbaru eh .. tiga rangkaian produk jus, gel mandian dan set penjagaan wajah yang diperbuat daripada ekstrak aloe vera yang ditanam secara organik

    ReplyDelete
  6. Nii agaknya sepupu aoevera kut haha..hebat majlis pelancarannya...

    ReplyDelete
  7. Another skincare products in the market. Huhu. Banyaknya produk skincare di pasaran sekarang. Xtahu nk pilih yg mana satu. Yg nie nampak mcm best n sesuai je.

    ReplyDelete
  8. Produk ALOESHAFY tak pernah tau... baru pertama kali baca...mengenainya tertarik sebab ia dari bahan semula jadi aloevera boleh try ... ada pengesahan halal bagusnya

    ReplyDelete
  9. barangan kecantikan based aloe vera memang bagus..sbb kita sendiri tahu kebaikan ale vera itu sendiri kan...mesti rasa sejuk jer

    ReplyDelete
  10. wah... lelaki boleh juga ke ni kak? selalu masalah kering juga kalau di office. nampak sesuai produk ni!

    ReplyDelete
  11. Wahhh bestnya ada produk based on aloe vera. Aloe vera memang dah terkenal dengan kebaikkan nya utk kulit kan. Jus aloe vera rasa dia memang payau2 sikit tp bagus utk badan kita kan. Menarik lah produk ni. Nak try survey lah.

    ReplyDelete
  12. first time dengar aloeshafy ni. bila baca this entry rasa macam nak try untuk aloe body gel. sebab orang kata bagus bila kita apply aloe vera kat kulit.

    ReplyDelete
  13. Klu sunburnt memang tercari-cari produk aloeverra ni. Sebab bila guna, memang sejuk dan nyaman je rasa. Bagus untuk kulit

    ReplyDelete
  14. Full set ye. Produk bumiputera. Dulu kecik2 mmg suka main lidah buaya. Lagi2 bila jerawat tumbuh

    ReplyDelete
  15. Does it smell nice? I love Aloe Vera products as it good for the skin.

    ReplyDelete
  16. First time hearing about this brand, I love the packaging, very modern and chic. Aloe vera products are really good overall.

    ReplyDelete
  17. ingatkan aloeshafy ni sejenis tumbuhan cam aloe vera..nama produk rupanya heheh

    ReplyDelete
  18. Aloe Vera memg byk khasiat dan kebaikannya. Nak terjah la fb, nak beli juga

    ReplyDelete
  19. neeza pun penggemar aloe vera ni. terasa sejuk dan smooth je kalau apply skincare berasaskan aloe vera. cuma nak tanya bau dia natural ke atau tak ada bau?

    ReplyDelete

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..