TARIKAN TERBAHARU AWANA BIO PARK, GENTING HIGHLANDS

by - October 22, 2018

Tarikan Terbaharu Awana Bio Park, Genting Highlands | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Bagi sesiapa yang belum membaca pengalaman aku menginap di Resorts World Kijal, Terengganu tempoh hari silakan baca. ( just klik sini: Pengalaman Menginap Di Resorts World Kijal, Terengganu ) Sejujurnya aku tetap rindu dengan perkampungan Kijal yang sungguh cantik dan tenang. InshaAllah satu hari nanti aku akan sampai lagi. Kali ini, aku berada di Genting Highlands pula yang rata-rata ramai yang belum tahu akan tarikan terbaharu iaitu laluan alam semulajadi terbaharu di Awana Bio Park yang hanya 15 minit berjalan dari hotel. 


TARIKAN TERBAHARU AWANA BIO PARK, GENTING HIGHLANDS


Siapa tak suka akan tempat yang sejuk dan hijaukan? Aku yakin, ramai yang akan ke Genting Highlands untuk tenangkan fikiran dengan alam semulajadi yang terbentang kehijauan tanpa membuatkan pelancong yang akan datang ke sini langsung tidak akan jemu. Kali ini, seperti yang aku perkatakan di perenggan atas, Resort World Genting memperkenalkan laluan alam semulajadi terbaharu iaitu Awana Bio Park yang terletak di Genting Highlands. Para pelancong yang datang ke Genting Highlands sila jangan lepaskan peluang dimana mereka sendiri boleh meneroka dan menikmati keindahan alam semulajadi yang mengagumkan di hutan hujan purba, Gunung Ulu Kali.


TARIKAN TERBAHARU AWANA BIO PARK, GENTING HIGHLANDS


Bagi mereka yang menginap di Awana iaitu hotel lima bintang yang menyediakan padang golf 18 lubang yang cukup luas, pemandangan gunung-ganang yang indah, kolam renang yang mempunyai sistem pemanasan dan bermacam-macam jenis fasiliti sukan. Tujuan utama tarikan terbaharu iaitu 3 laluan jalan hutan yang terbaharu adalah satu usaha untuk memulihara tumbuh-tumbuhan periuk kera dan buluh di Awana Bio Park. Hutan Hujan Tropika yang sudah berusia lebih daripada 130 juta tahun dan juga kaya dengan biodiversity tersebut menggalakkan para pencinta alam untuk datang melawat dan meneroka keajaiban ekologi di sini. 


Menurut Encik Isaaz Ishak Yunus, Pengurus Besar Awan Hotel, "Awana Bio Park juga merupakan usaha Resorts World Genting untuk meningkatkan kesedaran mengenai betapa pentingnya biodiversity. Dalam proses membangunkan resort tersebut, hanya 4% yang digunakan daripada kawasan sekeliling untuk proses pembangunan. Hal ini kerana, demi menjaga keindahan hutan hujan dan mengekalkan kehijauan di Genting Highlands."



Untuk pengetahuan semua, Resorts World Genting telah bekerjasama dengan pakar alam semulajadi iaitu TREKS. Kerjasama ini melibatkan projek-projek yang melibatkan keseluruhan hutan. Selain itu, meneroka hutan hujan  di Genting Highland ini akan dibimbing oleh pakar alam semulajadi iaitu Eddie Chan dan Pat Ang yang cukup arif dengan kawasan hutan hujan sekitar Genting Highlands. Seronoknya pada permulaan aktiviti, kami diberi peluang untuk melihat sendiri kehadiran burung-burung eksotik dengan menggunakan teropong yang telah disediakan.


TARIKAN TERBAHARU AWANA BIO PARK, GENTING HIGHLANDS


Pelbagai ilmu aku dapat semasa aktiviti melihat burung antaranya adalah perlu menjadi seorang yang sabar, gunakan lens kamera yang cukup panjang supaya detail burung yang diambil terserlah, bawa buku jenis-jenis burung iaitu Bird Guide Book - South East Asia, tidak bising semasa melihat burung, pakaian semasa aktiviti melihat burung ini juga sangat penting kerana warna yang cerah membuatkan burung cemas dan pakailah pakaian yang berwarna hijau hutan atau gelap supaya burung tidak lari. Apabila dapat melihat burung melalui teropong yang disediakan oleh TREKS tadi, pastikan lakarkan gambar burung supaya dapat rujuk pada Bird Guide Book dan melihat sendiri spesis burung yang bagaimana dpaat lihat. Selain itu, pastikan jarak perlu diawasi supaya burung tidak terbang. Oleh itu, pakailah pakaian yang sesuai seperti kasut, baju dan seluar. Untuk makluman korang semua, sebanyak 250 spesis burung termasuk burung dari luar negara dan dalam negara yang akan datang bermigrasi di sekitar Genting Highlands mengikut peredaran masa. 


TARIKAN TERBAHARU AWANA BIO PARK, GENTING HIGHLANDS


Masa aku melihat burung di sekitar Awana, aku ternampak burung helang yang bebas berterbangan di udara. Rasa rindu untuk melihat burung-burung eksotik yang lain memang satu impian buat aku sebenarnya dan semoga suatu hari nanti aku dapat turut serta bagi aktiviti melihat burung yang datang migrasi di negara Malaysia.


TARIKAN TERBAHARU AWANA BIO PARK, GENTING HIGHLANDS


Selepas melihat burung, jangan terkejut dengan teknologi yang cukup canggih disediakan di Awana Bio Park iaitu perkongsian maklumat tentang hidupan hutan hanya dengan menggunakan imbasan NFC sahaja. Untuk pengetahuan semua, imbasan NFC ini hanya ada pada pengguna telefon mudah alih android sahaja. Jadi, untuk puaskan hati sendiri, jangan lupa untuk bawa telefon mudah alih yang tersedia sistem NFC. Kalau tak tahu NFC apa? Sila google sekarang atau buat carian di setting telefon masing-masing dan taip 'NFC', hehe... Btw, first time aku tahu kewujudan dan kegunaan NFC. 


TARIKAN TERBAHARU AWANA BIO PARK, GENTING HIGHLANDS

Antara tiga laluan alam semulajadi itu adalah:

  • Laluan Pemuliharaan ( Conservation Trail) - satu pusingan laluan ini adalah sepanjang 800 meter yang fokus pada flora Hutan Dipterokarp Atas yang beketinggian 750 - 1200 meter paras laut. Di sini juga terdapat biome yang kaya dengan tumbuhan seperti periuk kera, rotan, buluh montane, orkid liar, teratai kelawar hitam, semua tumbuh di bawah bayangan Strangler Fig dan pokok kayu gunung yang menjulang tinggi. Kawasan Pemuliharaan Tumbuhan Periuk (Pitcher Plant Conservation) - Tempat yang agak menarik untuk melihat sendiri tumbuh-tumbuhan jenis karnivor. Di kawasan ini, sekiranya ada rezeki, maka dapatlah tengok burung Hornbill serta laluan ini juga adalah kawasan yang sedang diusahakan bagi memulihara spesis-spesis primeval ini seiring dengan hasil tumbuh-tumbuhan, tidak kira dari segi penggunaan praktikal, budaya dan juga semulajadi.
TARIKAN TERBAHARU AWANA BIO PARK, GENTING HIGHLANDS

TARIKAN TERBAHARU AWANA BIO PARK, GENTING HIGHLANDS

TARIKAN TERBAHARU AWANA BIO PARK, GENTING HIGHLANDS

TARIKAN TERBAHARU AWANA BIO PARK, GENTING HIGHLANDS



  • Laluan Hutan Herba (Herba Forest Trail ) - ini yang aku katakan tadi dimana boleh belajar dengan menggunakan sistem NFC. Laluan ini sepanjang 1.8km dimana untuk melibatkan lebih banyak lagi rupa hutan hujan purba Gunung Ulu Kali. Pasukan TREKS akan memberi pendedahan kepada semua dimana terdapat spesimen-spesimen yang tertentu juga diberi fokus dengan adanya teg NFC yang boleh diimbas dengan telefon mudah alih untuk mendapatkan maklumat selebihnya. Di sini juga, korang boleh tengok rumpun-rumpun buluh liar yang tebal atau herba-herba hutan yang penuh dengan zat perubatan.

TARIKAN TERBAHARU AWANA BIO PARK, GENTING HIGHLANDS
  • Laluan Biodiversity - Laluan ini sepanjang 2.7km dan kalau korang nak tahu, ini adalah laluan yang sesuai untuk bergambar,trek beralun yang menurun ke arah sebuah lembah dan perlu melintas sebatang sungai yang mengalir, diteduhi oleh pokok kayu gunung yang meninggi melintasi awan.
TARIKAN TERBAHARU AWANA BIO PARK, GENTING HIGHLANDS



Ketiga-tiga laluan terbaharu ini kalau korang nak tahu, ia menawarkan lima jenis pengembaraan yang boleh diadakan di hutan-hutan Genting Highlands dan bakal mendedahkan aspek yang berbeza daripada hutan tersebut. Hutan ini juga dikenali sebagai hutan Wi-Fi bersama Shinrin Yoku merupakan satu pengalaman yang berbeza dimana ianya menggabungkan konsep Shinrin Yoku iaitu pembelajaran di dalam hutan secara kontemplatif dari Jepun bersama penggunaan aplikasi telefon mudah alih. Selain itu, The Experience pula mengalakkan seseorang itu menjadi lebih berani dan sesuai untuk kumpulan 'Team Building". Yihaaaa! 




Untuk mereka yang ingin merasai pengalaman melalui 3 laluan ini, korang boleh bertanya di kaunter check in di hotel untuk membuat tempahan. Harga setia laluan adalah seperti:
  • RM75/seorang - Conservation Trail
  • RM95/seorang - Herb Forest
  • RM135/seorang - Biodiversity Trail



Untuk sebarang tempahan luar, korang boleh hubungi :
Trek Events: +60133993667
Email: info@treks.events



Untuk sebarang pertanyaan berkenaan Projek Pemuliharaan Buluh ( Bamboo Conservation Project), korang boleh hubungi :
Telefon: 013-3993667


Untuk sebarang pertanyaan berkenaan Projek Pemuliharaan Buluh ( Bamboo Conservation Project), korang boleh hubungi :
Telefon: +603-61011118


You May Also Like

0 comments

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..