GEREJA AYAM SEBENARNYA ADALAH BURUNG MERPATI

by - January 30, 2019

GEREJA AYAM SEBENARNYA ADALAH BURUNG MERPATI


Gereja Ayam Sebenarnya Adalah Burung Merpati | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Yes! So sekarang kita berada di Gereja Ayam Bukit Rhema pula. Perjalanan aku dari hotel Plataran Heritage Borobudur. Sebelum kami ke Gereja Ayam ini, aku pergi ke Candi Borobudur dahulu, kemudian baru ke Gereja Ayam Bukit Rhema ini. Perjalanan nak ke Gereja Ayam dari Plataran Heritage Borobudur ini mengambil masa selama 7 minit sahaja. Dekat je kan. Hotel yang kami stay pun sememangnya sangat strategik sewaktu kami meneroka daerah Magelang.


Yes! Siapa yang tak kenal dengan Gereja Ayam ni kan? Sesungguhnya, bagi sesiapa yang menonton filem Ada Apa Dengan Cinta dah tentu tahu lokasi yang indah inikan dimana babak rangga dan cinta sewaktu di sini. Berbalik kepada tajuk di atas, ya! Gereja Ayam ini sebenarnya adalah bukan berbentuk ayam tetapi berbentuk burung merpati. Disebabkan bahagian kepalanya yang berbentuk seperti ayam, maka lokasi ini dipanggil Gereja Ayam.


Tiket Jeep pergi balik: Rp14,000 (kalau nak naik sehala boleh je, kena bayar Rp7,000)
Tiket masuk Gereja Ayam: Rp30,000
Total: Rp44,000



GEREJA AYAM SEBENARNYA ADALAH BURUNG MERPATI


1. Sejarah Pembinaan Gereja Ayam Bukit Rhema

Kepala Bukit Rhema selesai lebih awal, namun ketika itu belum ada tangga seperti zaman sekarang. Kalau korang nak tahu, dulu pekerja-pekerja dan Daniel menggunakan Tangga Vertikal untuk menuju ke atas Mahkota. Permulaan bangunan ini dibina terbentuk dari belakang hingga ke hadapan serta proses pembinaan bangunan ini adalah sangat sulit kerana untuk memastikan kekuatan bangunan, daneil harus mencari rangka besi yang terbaik. Dan beruntung rangka besi yang diinginkan telah didatangkan dari luar Jawa Tengah untuk dijadikan kerangka sepenuhnya. 


Walaupun pelbagai ujian untuk mendirikan Gereja Ayam ini, namun bangunan ini telah disiapkan sedikit demi sedikit oleh seorang Daniel Alamsjah yang mempunyai visi tersendiri iaitu membina rumah doa di Bukit Rhema untuk pelbagai bangsa seperti Islam, Hindu, Katolik, Kristian, India dan Budha . Di Gereja Ayam ini terdapat ruangan doa yang agak privasi untuk mereka yang nak berdoa . Sejarah awal pembinaan Gereja Ayam ini adalah bermula pada tahun 1988.


GEREJA AYAM SEBENARNYA ADALAH BURUNG MERPATI


Terdapat juga 'Wall of Hope' bagi mereka yang ingin tuliskan harapan-harapan. Semoga doa kalian tercapai hendaknya. Jangan risau, di dalam Gereja Ayam ini terdapat pekerja yang akan terangkan kewujudan Gereja Ayam Bukit Rhema dan sejarah pembinaannya. 


2. Gereja Ayam Sebenarnya Adalah Burung Merpati

Ramai yang beranggapan bahawa lokasi Gereja Ayam ini bangunannya iras dengan ayam dan sebab itu juga nama lokasi ini diberi nama Gereja Ayam. Tapi kalau korang nak tahu, Gereja Ayam ni sebenarnya berbentuk Burung Merpati dan mempunyai badan yang memanjang ke belakang. Tibanya aku di sana, terkejut juga sebab ingat Gereja Ayam ini rupanya besar, aku sangka Gereja Ayam ini hanya bentuk kepala sahaja.


GEREJA AYAM SEBENARNYA ADALAH BURUNG MERPATI

GEREJA AYAM SEBENARNYA ADALAH BURUNG MERPATI

GEREJA AYAM SEBENARNYA ADALAH BURUNG MERPATI




Bangunan ini mula didirikan oleh Daniel Alamsjah pada tahun 90-an. Untuk makluman semua, Gereja Ayam ini bukanlah gereja, tetapi rumah doa yang sesuai semua bangsa untuk berdoa di bilik yang disediakan. So, siapa yang ke Gereja Ayam ini, jangan lupa tanya dengan petugas yang menjaga di kaunter dalam sebelum nak ke mahkota. Tanya dan baca berkenaan Gereja Ayam.


3. Tengok Sunrise dan Sunset Di Mahkota Gereja Ayam

Yeayyyy! Nak tengok sunset dan sunrise di Borobudur tapi tak sempat takpe, korang boleh je datang ke Gereja Ayam, aku rasa lagi puas hati untuk tengok sunrise/sunset kat sini. Cuma ruang di mahkota Gereja Ayam itu sangatlah terhad sebenarnya.



GEREJA AYAM SEBENARNYA ADALAH BURUNG MERPATI


Bagi yang nak tengok sunrise/sunset di Gereja Ayam ini, buatlah tempahan awal dahulu dan hari yang boleh hanyalah pada hujung minggu sahaja. Tempahan awal boleh dibuat dengan penjaga atau pengurus Bukit Rhema ini. Katanya, sunrise/sunset di sini amatlah cantik kerana Gereja Ayam ini barada di sudut Kota Burubudur dan boleh terlihatnya Candi Borobudur serta gunung-gunung yang indah dimana pelancong juga dapat melihat sendiri keindahan daerah Magelang selain Puthuk Setumbu.


GEREJA AYAM SEBENARNYA ADALAH BURUNG MERPATI


4. 7 Cerita Yang Berbeza Mengikut Tingkat 

Bagi yang menaiki tangga untuk menuju ke mahkota Gereja Ayam ini sudah tentu akan dapat lihat sendiri pelbagai lukisan yang membawa maksud sendiri dan juga di lukisan ini terdapat nilai-nilai murni untuk dijadikan pengajaran hidup buat yang melawati tempat ini.

Gereja Ayam ini kalau korang nak tahu mempunyai 7 tingat dan setiap tingkat mempunyai cerita tersendiri iaitu ; Spiritual of Man's Journey, The Meaning of Prayer, God's goodness, Miracle dan Local Wisdom, cerita berkisahkan dadah kepada generasi muda dan perjalanan hidup. Kesemua kisah ini dipersembahkan dalam bentuk lukisan yang saling berkait dan mempunyai nilai-nilai murni tersendiri.


GEREJA AYAM SEBENARNYA ADALAH BURUNG MERPATI



5. Rasai Makanan Tradisional Bukit Rhema; Ubi Kayu/Singkong 

Langkah demi langkah, pengunjung dapat merasai sendiri seni bina yang tersergam indah sejak tahun 1988 dan apa yang lagi menarik, di Gereja Ayam ini juga ada disajikan makanan yang super sedap walaupun hanya ubi kayu sahaja. Korang kena cuba kalau masuk ke Bukit Rhema ini. Nama kafe ialah Kedai Rakyat W'Dank Bukit Rhema telah pun dibuka dan kafe ini terletak di bahagian belakang which ekor burung merpati.


Kat kafe ni, korang boleh chill-chill dulu sambil makan ubi kayu yang dijual. Kalau korang tahu juga, setiap tiket masuk yang korang beli tu, kupon makanan untuk ubi kayu itu telah termasuk dalam tiket masuk ke Gereja Ayam ini, jadi simpan elok-elok tiket masuk itu. Ubi kayu atau Singkong ini akan dimasak dan disediakan panas-panas untuk tetamu yang datang melawati Gereja Ayam ini. Selain nama ubi kayu dan singkong, makanan ini juga dinamakan Latela Gombong Cassava. Phewww! letop nama dia. Rasa ubi kayu dia lain dari yang lain. 


Please bagi siapa yang masuk ke Gereja Ayam, jangan lupa untuk cuba singkong ini ya. Sedap dan ranggup!


GEREJA AYAM SEBENARNYA ADALAH BURUNG MERPATI

Ulasan Aku:

Yeay! First time sampai dekat lokasi penggambaran Ada Apa Dengan Cinta yang dibintangi oleh Dian Sastrawordoyo (Cinta) dan Nicholas Saputra (Rangga). Maybe aku kena playback balik tengok cerita AADC ni. Mesti cantik gila dalam filem tu kan. Bagi sesiapa ke Candi Borobudur, aku sarankan untuk korang singgah ke Gereja Ayam ini juga. Jarak Candi Borobudur ke Gereja Ayam ini hanya mengambil masa selama 13 minit sahaja dengan menggunakan mobil yang disediakan. Untuk naik ke lokasi Gereja Ayam ini, korang perlu bayar Rp14,000 untuk jeep pergi balik dan Rp7,000 untuk pergi sahaja kerana mobil yang korang naik sepanjang di Magelang itu tidak boleh menaiki ke atas kerana keadaan jalan yang sangat curam dan berisiko membuatkan kenderaan rosak atau jatuh. Yes! memang curam weh, kami duduk atas jeep pun cuak dah. Naik ke Gereja Ayam ini kalau naik jeep okay je, nak turun balik dekat area parking kereta tadi jalan kaki pun boleh sesambil layan perasaan.


Kalau korang tengok gambar tiket masuk aku di atas ini ada kupon Free Traditional Food iaitu Singkong atau Ubi Kayu. Jangan pegi buang pulak tiket tu, simpan elok-elok sebab kat tiket tu ada kupon untuk redeem singkong okay.


Even letih macamana pun, korang naik je ke mahkota Gereja Ayam tu. Tengok sendiri 7 cerita di setiap tingkat. Cerita yang diukir dalam bentuk lukisan dan bila sampai di bahagian mahkota Gereja Ayam itu jangan lupa juga untuk spot Candi Borobudur dan gunung-ganang yang cantik. Time ni aku tak naik ke mahkota, jadi gambar penceritaan di setiap tingkat aku takde,wuuu.. Time ni memang letih yang amat dan tak larat nak naik tangga.


Sponsored Trip and thank you to by The Ministry of Tourism Indonesia ♥


You May Also Like

2 comments

  1. Cantik dan uniknya view dekat area Gereja Ayam tu.. Tak pernah tengok lagi gereja ada binaan macam ni.. 😍

    ReplyDelete
  2. Cantik kan. HAritu tak pergi sampai ke blkg pun haha

    ReplyDelete

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..