PERJALANAN KE GUNUNG MERAPI DAN BATU ALIEN, YOGYAKARTA

PERJALANAN KE GUNUNG MERAPI DAN BATU ALIEN, YOGYAKARTA

Perjalanan Ke Gunung Merapi Dan Batu Alien, Yogyakarta | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Alhamdulillah. Dapat jugak aku merasa ke Gunung Merapi. Jadi kali ini aku ingin cerita pengalaman aku sepanjang ke Gunung Merapi ini. Tapi sebelum itu, ingin aku nyatakan di sini, pakaian untuk ke Gunung Merapi ini biarlah bersesuaian dan pilihlah masa yang sesuai untuk ke Gunung Merapi ini supaya bila sampai di spot bergambar tidak kecewa. Perjalanan ke Gunung Merapi ini aku pergi selepas dari Gereja Ayam iaitu kami pergi di sebelah petang dan perjalanan ini mengambil masa selama lebih kurang 1 jam 30 minit macam tu. 


Sampai sahaja di pintu utama (depoh jeep) untuk memasuki ke Gunung Merapi ini kami mencari toilet dahulu dan ketika itu, air di toilet sedikit jadi kami pandai berbagi-bagi antara kami. Sebelum aku cerita lebih panjang lagi berkenaan perjalanan aku ke Gunung Merapi dan Batu Alien ini. Aku dan sahabat lain di 'briefing' dahulu sebelum menuju ke lava tour. Sejujurnya juga, ini adalah kali pertama aku menaiki Jeep. 




PERJALANAN KE GUNUNG MERAPI DAN BATU ALIEN, YOGYAKARTA

PERJALANAN KE GUNUNG MERAPI DAN BATU ALIEN, YOGYAKARTA

PERJALANAN KE GUNUNG MERAPI DAN BATU ALIEN, YOGYAKARTA

PERJALANAN KE GUNUNG MERAPI DAN BATU ALIEN, YOGYAKARTA


Tips sebelum pergi ke Lava Tour ini adalah:
  • Sentiasa peka dengan jeep yang dinaiki, jangan tersalah naik jeep orang pulak weh! Ingat no.plat jeep masing-masing. 
  • Jangan risau, akan ada toilet dan sediakan Rp2,000 untuk bayar sewaktu menggunakan kamar kecil (toilet)
  • Kalau pergi sendirian, boleh sahaja untuk buat tempahan pakej aktiviti sepanjang di Merapi. Sekiranya menggunakan pakej Merapi Lava Tour, korang akan diberi kemudahan aktiviti lain iaitu di Kalikuning. 
  • Pakai baju warna ceria untuk bergambar
  • Google siap-siap sudut gambar yang awesome
  • Nak dapat view cantik pergilah seawal pagi dan elakkan pergi petang sebab biasanya petang kabus menutupi Gunung Merapi dan tak cantik untuk ambil gambar
  • Pergi ramai jimat terutama kenderaan. Boleh kongsi-kongsi je.
  • Jangan pakai tudung licin nak mampus macam aku, sebab nak buat aktiviti lasakkan, tak payah nak cecantik sangat,haha
  • Harga pakej ke sini mencecah Rp300k hingga 500k ye, jadi pilihlah yang terbaik,hehe..
  • Satu jeep boleh memuatkan 1 pemandu dan 4 penumpang. 
  • Taknak sakit badan boleh la berdiri sambil menikmati angin yang sejuk sekitar perjalanan nak ke Merapi tu. Make sure, kena pegang kuat-kuat ya dan pastikan tiada halangan di hadapan anda.

PERJALANAN KE GUNUNG MERAPI DAN BATU ALIEN, YOGYAKARTA


Lokasi yang wajib singgah kalau ke Gunung Merapi ini adalah:
  • Museum Sisa Hartaku
  • Batu Alien
  • Mbah Maridjan
  • Bunker Kali Adem
  • Tracking Air di Kalikuning



    Untuk perjalanan singkat aku ini, aku telah dibawa ke 5 tempat iaitu di Museum Sisa Hartaku, Batu Alien, Rumah Mbah Marijan, Bunker Kali Adem dan kali kuning. Perjalanan singkat sebab sampai di Merapi Tour ni hampir petang dan lagi beberapa jam dah nak malam. 


    PERJALANAN KE GUNUNG MERAPI DAN BATU ALIEN, YOGYAKARTA


    Kenapa Ada Museum Mini Sisa Hartaku?

    Masih ingat akan Mbah Marijan ga? Ya, sekarang ini kita pergi ke keluarga Watinem pula. Museum Sisa Hartaku ini wujud ketika anak kepada mangsa keluarga Watinem datang bertujuan untuk mengumpulkan barangan-barangan mereka akibat letusan merapi pada tahun 2010. Museum Sisa Hartaku ini merupakan salah satu penemuan bukti kesan akibat letusan Merapi sehingga setiap yang datang melawat ke museum ini pasti merasa satu perasaan yang sebak (sehingga waktu sekarang, sedang aku menaip kisah ini pun masih lagi bergenang air mata).


    PERJALANAN KE GUNUNG MERAPI DAN BATU ALIEN, YOGYAKARTA

    PERJALANAN KE GUNUNG MERAPI DAN BATU ALIEN, YOGYAKARTA

    PERJALANAN KE GUNUNG MERAPI DAN BATU ALIEN, YOGYAKARTA

    PERJALANAN KE GUNUNG MERAPI DAN BATU ALIEN, YOGYAKARTA

    PERJALANAN KE GUNUNG MERAPI DAN BATU ALIEN, YOGYAKARTA


    PERJALANAN KE GUNUNG MERAPI DAN BATU ALIEN, YOGYAKARTA

    PERJALANAN KE GUNUNG MERAPI DAN BATU ALIEN, YOGYAKARTA

    PERJALANAN KE GUNUNG MERAPI DAN BATU ALIEN, YOGYAKARTA


    Keluarga Watinem merupakan penduduk sekitar lereng Merapi turut menjadi mangsa letusan merapi pada tahun 2010. Selain itu, mangsa yang terlibat juga adalah dari sekitar Dusub Petung, Desa Kepuharjo,Kecamatan Cangkringan, Kabupaten Sleman,Yogyakarta. Semua yang ada rumah sekitar itu habis diletuskan dan disapu oleh awan panas termasuk rumah keluarga Watinem. Setahun kemudian selepas berlakunya letusan ini, anak Watinem iaitu Sriyanto datang kembali ke rumah keluarganya untuk mengumpulkan harta yang ada sebagai kenangan dan tanda letusan merapi yang kuat buat beliau dan masyarakat dan anak cucu beliau. Paling pilu dan sebak, bila Sriyanto dapat tahu bahawa rumahnya hanya tinggal kerangka yang tidak dapat dipulihkan kembali


    Sehingga terkini, rumah Sriyanto telah menjadi Museum iaitu Museum Mini Sisa Hartaku yang mengumpulkan harta peribadi seperti peralatan dapur, dokumen-dokumen, komputer, laptop, televisyen, pakaian-pakaian dan macam-macam lagi yang kelihatan berbentuk meleleh dan hangus. Di bahagian Museum Mini Sisa Hartaku pula terdapat beberapa motorsikal milik keluarga Watinem dan juga lembu menjadi korban semasa saat letusan di Merapi pada tahun 2010.


    Paling sebak, pilu dan air mataku hampir meleleh membasahi pipi adalah sewaktu aku melihat bangkai jam yang menunjukkan waktu letusan Merapi itu berlaku iaitu jam 12 minit 5 saat 40 yang berlaku pada hari yang sungguh mulia iaitu hari jumaat bertarikh 5 November 2010. Antara banyak-banyak lokasi, di sini membuatkan perasaan menjadi 1001 rasa yang tak mampu nak diungkapkan bagaimana.




    PERJALANAN KE GUNUNG MERAPI DAN BATU ALIEN, YOGYAKARTA


    Batu Alien Di Lereng Merapi?

    Jangan terkejut kerana korang akan jumpa dengan Batu Alien yang pada mulanya aku sendiri tidak perasan batu itu mirip Alien dimana riak wajahnya sungguh sedih. Batu Alien ini dikatakan jatuh dari Gunung Merapi sewaktu letusan berlaku. Mungkin semua ini suatu kebetulan atau mempunyai hikmah yang lain? Wallahualam. Kedengaran sungguh seramkan? Tapi ia, perhatikan betul-betul reaksi pada batu tersebut. Milih wajah manusia yang sangat sedih.



    Bunker Kali Adem Masih Mempunyai Suara Rintihan?

    Ya, dahulunya sewaktu letusan berlaku. Hampir 4 meter ke dalam telah tertimbus oleh asap, tanah dan debuan kesan dari letusan di Gunung Merapi sehingga tempat perlindungan ini tidak selamat dan mengorbankan ramai orang sewaktu kejadian letusan. Katanya, bunker ini sungguh gelap sehingga ada peristiwa yang menyeramkan sehingga terdengar suara seperti orang menangis di waktu petang. Bunker Kali Adem ini adalah tempat perlindungan dari panas lahar Gunung Merapi dan kini Bunker Kali Adem tidak berfungsi lagi. 


    Siapa Mbah Marijan Dalam Kisah Gunung Merapi?

    Kisah Mbah Marijan dan Gunung Merapi ini tidak lari dari bualan penduduk di Indonesia terutama sekitar Yogyakarta. Bagi yang mengenali Mbah Marijan pastu tahu kecekalan beliau sepanjang tinggal di lereng Merapi. Mbah Marijan ini lebih dikenali sebagai JURU KUNCI GUNUNG MERAPI dan beliau telah pergi selamanya sewaktu letusan tahun 2010. Mbah Marijan telah dikebumikan di sebelah barat kaliadem iaitu di Dusun Kinahrejo yang mana pada setiap masa sering dikunjungi oleh orang ramai untuk mendoakan beliau.


    PERJALANAN KE GUNUNG MERAPI DAN BATU ALIEN, YOGYAKARTA


    Mbah Marijan dan Gunung Merapi berpisah tiada sehingga gunung menunjukkan letusan akan berlaku tetapi beliau tetap enggan untuk beredar walaupun ramai orang memujuknya, tapi beliau masih dengan pendiriannya sehingga nafas terakhirnya pada tahun 2010 dimana beliau ditemui pergi selamanya dalam keadaan bersujud. 


    Untuk makluman semua, Mbah Marijan menggantikan Juru Kunci Gunung Merapi selepas pemergian ayahnya yang merupakan juru kunci juga. Pada tahun 1970, dimana ketika ini ayah Mbah Marijan masih hidup dan Mbah telah diangkat menjadi hamba di Istana Yogyakarta untuk sama-sama menyertai tugas ayahnya. Sultan Hamengkubuwana IX juga berkenan untuk mengelarkannya Mas Penewu Surakso Hargo dengan pangkat Menteri Juru Kunci Alias Wakil atau pembantu ayahnya. Setelah ayah Mbah meninggal, Mbah membuat keputusan untuk naik menjadi juru kunci pada 3 Mac 1982.



    Dengan niat yang satu, Mbah Marijan pasang hati yang tulus dan ikhlas bersedia untuk menjaga gunung teraktif di Indonesia iaitu Gunung Merapi. Kalau korang nak tahu, Mbah Marijan pernah menolak pelawaan permintaan Sri Sultan Hamengkubuwana X, dimana ia adalah Raja Yogyakarta sekaligus Gabenor DIY yang seharusnya menjadi tuannya sebanyak 2 kali dan dari sini kita sendiri sebagai pelancong dan rakyat semua mengetahui bahawa Mbah Marijan ini merupakan seorang peribadi bersifat setia. Allahuakhbar!


    Namun, Mbah Marijan telah pun pergi selamanya pada tahun 2010 sewaktu letusan terbesar berlaku sehingga beberapa daerah terlibat sama. Jangan lupa untuk ziarah dan sedekah doa di Petilasan Sang Juru Kunci ya. Semoga Mbah Marijan, Ayahnya dan seluruh mangsa ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman hendaknya. Amin.



    Kali Kuning Tempat Aktiviti Lasak?

    Yas! Tempat paling nervous sekali adalah di kali kuning ini, Kali itu adalah sungai Kuning itu membawa maksud airnya yang kuning dimana kali kuning ini terletak di lereng merapi yang kebiasaanya orang di sekitar Yogyakarta memanggil. Aktiviti lasak di sini wajib cuba kalau ke Merapi. Baca tak tips atas sekali tu? Make sure pakai-pakaian yang selesa dan ya for sure akan basah bila lakukan aktiviti di kali kuning ini. Jadi pastikan pakai pakaian yang bersesuaian.


    PERJALANAN KE GUNUNG MERAPI DAN BATU ALIEN, YOGYAKARTA


    Aktiviti di kali kuning ini boleh tahan lasak sebab kena menyusuri sungai yang tak dalam tapi jalan dia sumpah power bergegar segala! haha. Jangan risau, supir yang bawak jeep memang profesional dan ya! Perlu menyusuri sungai dan duduk dalam jeep yang tanpa perlindungaan serta memerlukan kekuatan fizikal. Sekitar kali kuning ini juga terdapat hotel dan kedai makan. Kalau datang awal boleh lepak area kali kuning sambil menikmati keindahan merapi. Tapi masa aku lakukan aktiviti lasak di kali kuning masa waktu gelap dah, memang phewww! Tak berapa onzz sangat. Maybe next time?



    PERJALANAN KE GUNUNG MERAPI DAN BATU ALIEN, YOGYAKARTA


    Jangan lupa untuk bergambar dengan Jeep, korang tengoklah view belakang aku tu hanya kabus semata-mata dan taknampak pun view gunung or gunung merapi,sedih tapi takpelah. Janji ada gambar dengan Jeep, hehe...



    PERJALANAN KE GUNUNG MERAPI DAN BATU ALIEN, YOGYAKARTA

    PERJALANAN KE GUNUNG MERAPI DAN BATU ALIEN, YOGYAKARTA


    Ulasan Aku:

    Pengalaman aku sepanjang di Merapi Lava Tour ini adalah suatu saat yang sangat berharga sehingga air mata aku jatuh ke pipi setelah melihat sendiri kesan peninggalan daripada letusan Gunung Merapi. Kewujudan batu alien yang reaksinya sungguh sedih dan paling sebak dapat bertemu dengan Pak Asih yang kini menjaga serta menjadi Juru Kunci Gunung Merapi. Perasaan ketika menemukan Pak Asih (rasanya nama dia pak asih,tak ingat,adeh), aku sungguh gembira kerana jumpa dengan juru kunci yang hebat dan cekal hatinya menjadi penyelamat buat semua orang. Saat ini dada aku tidak terkata yang mampu hanyalah hembusan nafas yang ingin membuatkan air mata aku menunggu detik untuk mengalir ke pipi dan akhirnya aku tewas. 


    Semoga beliau terus sihat dan dapat membantu rakyat sekitar lereng Merapi. Allah, perasaan yang sehingga kini aku masih terasa. Perasaan menaiki jeep di lereng Merapi juga adalah suatu pengalaman yang sangat berharga sambil mataku terpaku melihat kesan-kesan letusan gunung merapi yang masih ditinggalkan. Suatu pengorbanan dan kekuatan yang ada dalam diri rakyat sekitar lereng Gunung Merapi untuk kekal tinggal sekitar itu. 


    Pengalaman memasuki Museum Mini Sisa Hartaku membuatkan aku sebak dan gigihnya orang yang bernama Sriyanto demi pengumpulan harta keluarganya. Moga warga sekitar Merapi terus dilindungi oleh Allah SWT dari malapetaka yang tidak diingini. Sehingga ketemu lagi warga Merapi. Miss there 


    Sponsored Trip and thank you to The Ministry of Tourism Indonesia ♥

    11 ulasan:

    1. suka baca cerita2 disebalik kejadian..macam mana lah keadaan pada ketika kejadian gunung berapi meletus tu yea..semoga roh Mbah Marijan abadi dengan tenang di sana.

      BalasPadam
    2. It is a great experience exploring Gunung Merapi. I will bring my children there to explore the place soon.

      BalasPadam
    3. allahu ...nak kata best macam tak patut pulak tapi pergi tempat camni hati memang kena kuat , akak ni nampak je sado tapi hati tisu gak....boleh bayangkan musibah yang menimpa penduduk kampung ...kita yang datang ni pulak ambik ia sebagai iktibar , hidup hanya sementara semua yang kita ada bukan hak kita kecuali apa yang kita bagi dan sentiasa bersyukur dengan segala kebaikkan kesenangan yang kita dapat

      BalasPadam
    4. Mesti best pergi ramai-ramai camni. Teringin nak rasa pengalaman travel yang macam ni. Tapi bila dah jadi mak-mak ni pattern travel pun dah kena lain. Huhuhuh

      BalasPadam
    5. seronoknya makan angin, tq for sharing tips travel ni, berguna kalau nak datang ke sini nanti. pakaian pun kene sesuai dengan aktiviti, untuk keselesaan sendiri kan

      BalasPadam
    6. yang penting, gambar dengan jeep ye Mek Onie..cantik tempat mcm ni..kesian lak baca kisah Watinem tu. tak pernah lagi terfikir nak ke sini

      BalasPadam
    7. Seronok dapat jalan2 di negara orang. Banyak kita belajar tentang kehiduoan bila tgk hasil peninggalan sejarah dan keindahan

      BalasPadam
    8. first dgr nama Batu Alien tu mmg nak tengok batu tu aa rupa Alien ke? apa yg alien nye kat batu tu. HUhu. on the other note, best nyaaaa jejalan!

      BalasPadam
    9. Memang best naik ke gunung merapi..apa yg best tu dpt naik jeep dn ikut jalan berbatu batu tu..hahaha..pengalaman betul.

      BalasPadam
    10. Merapi Lava Tour ni nampak special. Haha... sbb mouse mommy belum lagi lawat ke gunung berapi. Terima kasih berkongsi maklumat ni. Menarik.

      BalasPadam
    11. Bestnya awop dapat jalan2 naik jeep tu. Kat indoneaia ni memang. Xpuas jalan. Banyak sangat tmpt best

      BalasPadam

    Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..